September 30th 2009 12:30 am
bidan terjun
Semalam hari Isnin, plan malamnya nak kluar dgn Aziya, pergi rumah Sarah untuk beli mesin penapis air Bio Aura. Tetapi ptg tu dapat urgent call supaya meeting tgh2 malam. So, pergi amik Bio Aura, RM2080 set baru!! kemudian pegi meeting kt Kepong sampai kul 2 pagi.
Ditugaskan untuk turut serta dgn meeting bersama Datuk Zain, Datuk Yaakub dan lebih 40 pegawai atasan di tingkat 11, Menara Park, (menara KUB.com)…. Ada kereta askar no plat Z8. Smart siot! Semua pakai baju tentera siap bintang2, paku2, wan selamba je…
Ianya adalah kerja last minute. TEnsion gak la. sebab kul 6.30 pagi driver dan tunggu bawah rumah sebab meeting start kul 9 kat area KLCC. Driver tanya nak ikut jalan mana? I suruh dia masuk NKVE dari Bukit Raja sampai Duta, then masuk DUKE sampai Ampang, sebelum masuk AKLEH ke KLCC. Puas hati aku… TAk jem.. Ada ke driver nak cadang lalu Federal Highway time orang nk masuk opis… Biar rugi minyak dan tol, bukan sampai 50 pun kan. Daripada rugi masa sejam bagai.. Hahaha
BTW, my current rate as liaison de la langue francaise ialah RM250 sejam atau RM1000 sehari. pengiraan bermula dari i keluar rumah. hehe im joking, bermula dari start meeting or program lah.. Well, still below market rate… biar lah, janji aku buat seribu sari, ko mampu?
Abih meeting, bermulanya cerita menarik… I tau my fren kt Colmar dulu kerja kat Megan Avenue, terus sms, kalau dia boleh keluar, i nk blanje lunch.. Then dia pepandai reka alasan, terus kami keluar.. jalan kaki je dari Megan Avenue ke KLCC walaupun driver offer nak antar.. Motif betul.. dekat sgt je kot? Siap nak offer guards.. jgn risau, takder orang nak rogol i tgh2 hari buta, kat area KLCC lak tu.. kalau mlm lain citer lah.
masa bjalan, i call Darul. Normally dia terperap kat rumah di Sepang, tapi tetiba dia cakap dia kat KLCC. Suruh dia turun ke Coach, then jumpa dia. Hahaha.. So, kami bertiga bebudak Lille: Wenkt, ABuza dgn Darul.. borak2 sambil lepak kat Secret Recipe (guna duit entertainment, korang cepat2 la byr cukai, senang i claim nanti) .. Plan nk gi Dome tapi tak mengidam nk makan potatos dia lak…

darul dan abuza
LAst jumpa Darul kat France pada Jun 2007, abuza pun lebih kurang last. Tapi last 2 weeks jmp abuza kat Concorde Shah Alam, sempat jumpa 5 min sambil tukar2 no phone je… Sadly, abuza dah kahwin…
Lama gak lepak, then masing2 ada kerja masing2, wan pgi jmp Kimmy lak. Hehhee.. Sronok giler lama xjmp kan! Tapi skjp gk sbb dia kne masuk kje balik..Abih jmp2 ni, balik Shah Alam. Sebab semalam meeting sampai kul 2 pagi, kemudian kul 6.30 dah kluar rumah, maka sepanjang balik ke Shah Alam, wan tidur je dalam kereta. Driver tanya nak lalu jalan mana, wan kta tak kisah, janji i nk tdo.. Hehhaa i just tsedar skjp2, kuatkan aircond, slowkan aircond je hehe.. tau tau dah sampai.. mandi,check email, cam biasa, berpuluh request travel, then bagi staff i makan (kt restaurant city lol), then tidur.. janji dgn Nawie utk dinner kat Tanjung Harapan kul 6, tp tukar kul 7. Tapi tak tidur lena sebab risau kat staff, kan tak cukup makan..
Kul 7 kluar, dua orang dinner seafood RM73.60.. nawie swap card dia… actually sejak awal Ogos dia nak blanje, tapi tak sempat2… bulan puasa pun tak sempat, skrg baru sempat. Plan asal nk makan kat Halia kat KL Convec Centre, tapi bila wan suggest tanjung harapan,terus dia nk.. dh 3 tahun dia tak pergi..then pegi makan lagi steamboat tepi pantai tu.. lagi sedap. haha balik rumah, drive 40kmj je. ngantuk doe. penat giler … tapi tadi wan beli tiket air asia, away jap tgh2 oktober nih.. Heheh..
2-10Oct ni saya sangat busy. jadi BIG boss kat KL Convention Centre, diorang offer MO or Impiana, just amik as tempat mandi dan salin baju je la.. kne balik Shah Alam gak tgkkan kucing2 kesayanganku… Hehe
Saya sangat gembira hari ini kerana:
1/ Kami berjaya dalam tawaran untuk menyediakan 40 kereta sepanjang event. 20 waja, 20 perdana dan 40 pemandu.
2/ Saya dilantik sebagai liaison de francais. walaupun rate below market, tapi bbrp hari gk kot. tapi LO biasa la, tunggu kucing i bertanduk, dpt la payment.
3/ Saya jumpa Abuza, Kimmy, Darul.. 3 kawan kat Lille, France dulu
4/ Kluar candle light dinner kat Tanjung harapan dgn Nawie..
5/ call my donut for 15minutes. miss his voice lor!!
6/ saya rindu awak =)
Viewed 818 times by 286 viewers
6 Comments »



ape maksud mydonut ?. cuba berfikir dari segi bentuk donut dan manusia … hmm..
astaga.. puasa 6 puasa 6
Wan, dia org contact lagi untuk jadi interpreter French dan Spanish kat KLCC, 5 – 9 Okt Kalau I amik , jumpa u kat sane je lah. Hehe, still thinking whether to accept or not. Hrmmm..byk lak nak kene ganti kelas, lagipun skrg crucial..dah dekat habis sem. Hrmmm…vraiment je ne sais pas quoi faire. Pas tu 19 – 26 Okt ada satu lagi international conference kat KL juga..
Ambik je.
I kt KLIA lg
Sini dpt hotel 3 malam
Esok stay KLCC
Dpt 4 mlm
jom la jom la
Boleh mandi kolam
I jd liaison masa pendaftaran, liaison lunch & dinner.
Boleh mamam mamam
My rate rm250 per hour
Or rm1000 per half day.
Ur rate brp erk
ngan nawie fzy ke?
Darul dekat sepang duduk kat mana?
wah..rindu sape ni???
oooo..
you and your scandals..ish2x