August 5th 2006 08:57 pm
Bukan Sekadar Melancong
Bukan sekadar melancong sambil menghabiskan duit, tetapi belajar budaya dan bahasa turki
‘ne kadar ayran?’
‘bir lira elli kuruÅŸ’
‘yok, bir lira’
‘ok’
hahha… maka pandailah aku mengetuk.. orang sini suka naikkan tanda harga sesuka hati, maka wan ketuk. mintak murah… sehelai pakaian untuk family ialah 70 lira, ketuk dan ketuk dapat 50 lira untuk 2 helai.
ketuk = mintak murah
petua = pandai cakap
wan sekarang berada di Izmir, Turkey dalam lawatan kerja program SSSS. SSSS22 ıalah Denizli dan SSSS23 ialah Izmir.
BTW, tahniah kepada Faizal yang menjadi juara AF4. Terima kasih kepada Han, Abbey J dan Aznil Nawawi sendiri yang menghantar sms kepada wan. Sepanjang hidup wan, tak pernah tengok final AF. Musim 1 sebab tak minat, musim dua berada di Irbid, Jordan.. musım ketiga berada di Bali, Indonesia dan musim keempat di Izmir, Turki… whatever la kan
Selepas 11 jam dari Istanbul, wan sampai di Denizli, kemudian driver hotel ambil dan ke Pamukkale (19 km dari Denizli). Check-in, mandi, lunch, solat kemudian bergalak dan berposing dgn batu kapur di Pamukkale. Bayaran masuk ialah 5 lira.
Selepas dua hari satu malam di Pamukkale, wan bertolak ke Izmir via Denizli. Taxi ke hotel 25 lira dan seterusnya mandi dan solat (baca: ganti solat) dan ke Konak Pıer (heaven shooooping kat The Body Shop dan beli kesemua 7 album TARKAN!!!)
Pusing masuk bazar dan beli aiskrim tumbuk seperti di bazar di Syria (dan of course la aiskrim tumbuk di Syria lagi sedap kerana terkenal di serata dunia)

antara gambar terakhir di Istanbul.. dengan pengilat kasut.. pakailah sandal supaya anda tidak dikejar oleh orang seperti ini

depan Hilton Convention Center Istanbul… after last visit ke bazar… hahah

perempuan turki… sejuk mata memandang kan?

dalam bas dari Istanbul ke Denizli

wan dan batu kapur Pamukkale

yang ni pun sama

ok ok.. jijik kalau tgk wan pakai singkat, maka wan pakai balik seluar.. haha
Dan sekarang, wan masih teringat kepada Pamukkale. Wan hanya habiskan masa kurang 24 jam di sana, agak singkat.. tambahan pula hotel di sana sangat best.. dalam kampung yang sunyi, penuh dengan anggur, pie, zaitun, ada private pool, dan breakfast disediakan khas! (dah dah, lupakan kenangan lama)

dalam dotmus ke Denizli (dotmus = van cam bas skolah kecik… trenko di Mesir, Service di Syria dan Marshutka di Ukraine juga Dotmus di Turki). Perhatikan pergerakkan bahasa akibat pepatah Jauh Berjalan Luas Permandangan

gambar lepak di hotel sambil hisap shisha… benda ni percuma lepas makan malam tahap royal..hahah..

gambar pertama di Izmir… bandar ketiga terbesar di Turki dan bandar pelabuhan kedua selepas Istanbul

spoiler… hahha… maka anda tahulah destinasi seterusnya Syazwan untuk program Syazwan Situ Sana Sini.. tapi dlm french, usahalah sendiri untuk cari nama in english or melayu
Terima kasih kepada semua pengunjung blog ini.
1. Alfatihah kepada Mohd Amin, bekas ketua al maunah yang dihukum gantung sampai mati semalam
2. Nyata usaha bapa Faizal, Ramly Yaacob berhutang untuk memastikan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) Faizal mengatasi pelajar lain tidak sia-sia. Alahai
3. Wan pun suka makan strawberi yang dicecah coklat
Viewed 435 times by 201 viewers
No Comments yet »


