bangsa vs agama

Kenapa wujud pelbagai bangsa yang berbeza? Kenapa dia India, dia Cina dan kita Melayu? Bukankah kita berasal dari Adam dan Hawa yang hanya dari satu bangsa?

Penting ke bangsa?

Bukankah agama lebih penting? Bukankah hanya agama yang diambil kira di akhirat kelak dan bukannya bangsa?

Tapi di Malaysia, kita diterapkan bahawa bangsa lebih penting. Parti politik berasaskan bangsa lebih penting dari parti politik berasaskan agama. Sehingga menghunus keris yang menjadi lambang bangsa dikatakan punca kegagalan dalam pemilihan umum.

Kita telah tanam dalam minda kita bahawa bangsa adalah lebih penting. Kalau ada orang cerita tentang kelemahan bangsa kita, ramai yang melenting. Kita akan kata ‘anak- anak melayu merempit dan bukannya anak – anak islam merempit’.

Sebab itu ada yang melenting bila baca entry sebelum ini. Sebab telah diterapkan kebangsaan itu di dalam dada mereka. Kelakar kan?

Kenapa kita tidak ambil iktibar seperti junjungan kita? Kita akan melenting kalau orang hina bangsa kita, kalau ikutkan bangsa, bangsa Arab lagi mulia sebab junjungan kita berbangsa itu. Tapi kita terapkan ‘biar mati anak, jangan mati adat’

Antara yang paling banyak menyokong junjungan kita ialah Bilal bin Rabah, yang berbangsa Afrika. Akhirnya islam merebak secara baik ke China dan Eropah. Abu Lahab yang penentang utama ialah berbangsa Arab. Bangsa takkan menyatukan, hanya agama yang menyatukan. Kalau melancong di luar negara, kita akan bertanya ‘tempat orang Islam untuk mencari makanan’ dan bukannya kita tanya ‘tempat orang Melayu untuk mencari makanan’.

Well, ‘Takkan Melayu hilang di dunia’ adalah benda yang diutamakan. Menarik bukan?


teka mende apa ni.. hehe

weekend bola…

Sabtu lepas, pergi opis jap settlekan kerja yg tak abih abih, then kul 2 petang pergi Kajang. Then on da way balik tak larat nak balik rumah, melencong ke rumah kawan kat Taman Desa..

Sampai je, tdo sekejap then kitaorang kluar makan….as usual, kat Strawberry Cafe, PJ… wan mmg suka giler cafe ni…

kitaorang duduk depan skali..dekat dengan TV dan kipas yang tak berfungsi… actually sbb kitaorang bawak laptop, ingat nk online or layan Dunia Baru The Movie, senang la nk charge… selamba je aku nak pi off suis TV time org layan bola nanti then charge laptop… hahah


my fren yg tak mahu mukanya dipaparkan di blog sbb tak mau along cari dia. 3 orang = 4 kotak rokok… Menunggu Arsenal vs Bolton…


acah je pegang rokok.. etika kerja wan tak benarkan wan merokok.


my lamb chop. kat sini mmg terkenal dgn kesedapan lamb chop with black pepper sauce


masa untuk makan!!!


salad yang best giler… timun batang sangat segar.. tomato sangat segar!


abih lamb chop, order salad lak, then order ais kacang, then air serai (tetiba teringat Kahuna) juga ice blended jagung….

Air serai tu best giler.. rasa segar.. rasa buat detox lepas makan lamb chop.. haha.. first time jumpa kedai yang jumpa air serai…kalau air halia tu ok je.. tapi air serai mmg wangi dan best…

 


wan snap gambar ni masa rehat separuh masa pertama… dah plan nk kutuk Arsenal kalah or seri, tapi tetiba leh menang dgn gol minit ke 91… ampeh

 


suka sangat gambar candid ni… sbb masa ni wan tgk candid satu gambar.. tgh tunggu angle baik utk snap, tak sangka lak aksi kita dirakamkan… hahaha

THen balik rumah jam 3 pagi.. lepas beli DVD… tapi yang best ialah tension Bolton gagal kalahkan Arsenal.. masa separuh masa pertama tu, wan dah cakap dah… “kalau arsenal boleh menang,aku sanggup balik dgn teksi”… hahha… nasib baik member aku ni baik, kalau tak dah naik Fairlady warna oreng dah…hahah

Tgk DVD citer THank You For Smoking then Accepted..best best… selepas seminggu penat bekerja, weekend adalah satu benda yang best… lagi best kalau pasukan bola yg kawan aku minat tu kalah… wan lak? cam biasa la, tak minat bola…sokong pasukan yg tgh berlawan dgn pasukan kawan wan. hahaha…

lalang sangat..ikut arah angin.. sokong yg menang. haha

Lokasi: Strawberry Fields Café. Lot 14 Jalan Tengah PJ New Town (PJ State), Petaling Jaya, Selangor
Kos: RM71 for 3pax,  paid by my fren

Furlong


444.4km… nice number kan? Kalau 1km = 20sen petrol, dah abih RM88.88 untuk petrol

Pilihan raya semakin hampir. Semua kementerian menunggu Menteri baru. Hanya Pak Lah yang kekal menjadi PM dan NAjib menjadi TPM. Menteri lain mungkin akan berubah kementerian. Bebas!

Kalau dulu, ucapan alu – aluan akan berbunyi “Yang berbahagia Menteri Kewangan, Yang berbahagia Menteri Pelancongan” dan lain – lain, tapi sejak negara kita diperintah oleh tentera, kata alu – aluan berubah menjadi “Yang berbahagia wakil – wakil dari kementerian pelancongan yang diketuai oleh …” dan lain – lain. Sebab dulu hari – hari dengar teks ucapan macam itu, sekarang ni rasa cam pelik sangat. Haha


iklan BN di Maju Junction. Besar giler. Hahah

Aku benci politik sekarang. Benci giler. Surat khabar pun aku tak baca. Normally wan ni jenis yang berfikir positif, orang buat jahat pun, wan amik dari segi kebaikan dia je. NOrmally wan berfikir secara opptimist la, tak nak jadi passimist sangat. Tapi bila baca surat khabar semua pasal keburukan pembangkang, then very the pikir negetif kan? Paling teruk bila tengok TV pun, ada iklan BN gak.. Melampau giler kan?

Semalam masa balik dari opis kul 2 pagi, nampak jalan ditutup. Ingatkan sebab ada construction, tapi sebab ada orang guna kren di tengah tengah jalan untuk pasang poster. Katakan sewa kren oren besar tu pada harga RM800 sejam, berapa la kos nak pasang poster kat seluruh Malaysia ni.

Tapi bila korang berada dalam pelancongan, semua benda tentang Malaysia adalah sangat best! PErnah tengok iklan terbaru dari Tourism Malaysia selama 10 minit yang menggunakan lagu latar To Know Malaysia is To Love Malaysia? Iklan dokumentari ini sangat best. Rasa bangga dengan Malaysia. Sangat bangga dan happy sangat…

To know Malaysia, is to love Malaysia
People smiling everywhere
Showing you how much they care

To know Malaysia, is to love Malaysia
It’s true
This land, so beautiful
It will steal your heart away
This land is paradise
And it’s only, only a smile away

To know Malaysia, is to love Malaysia
In this land where dreams come true
Malaysia welcomes you
To know Malaysia, is to love Malaysia
It’s true, it’s true, it’s true….

Lagu ini wan dengar setiap hari. Bukannya sebab lagu ini ada dalam handphone wan, tapi sebab tiap hari ada event yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia, Kementerian PElancongan dan persatuan – persatuan pelancongan yang perlu dihadiri oleh wakil wakil kementerian dan lain lain. Setiap kali event yang promote Malaysia, tak kira la di dalam atau pun di luar Malaysia, iklan dokumentari 10 ini akan dipaparkan. BEst giler!

Berada dalam bidang tourism, memang tugas utama wan ialah mengatur perjalanan. Tak kisah la orang luar untuk ke Malaysia atau pun orang Malaysia pergi ke luar. So, I’m a specialist dalam mengeluarkan harga untuk korang travel. HEhe. Pakar mark-up harga gak la. Tapi yang menariknya ialah, untuk mengajak orang dari luar ke Malaysia, kita perlu pergi ke tempat mereka untuk ajak mereka ke sini.

Cam last saturday masa MAS fair, duduk lepak2 kat opis, tetiba kawan tanya boleh pergi ke Phuket ke tidak. Masa tu tgh bz bz tetiba dia datang hantar tiket yang sudah dibeli dan dibayar. HAmpeh. Kene terbang lagi. Arghhh. Kelakar la benda2 yang tidak sangka tetapi terjadi cam tu kan? Ingatkan main main, tapi tak kisah pun, dah lali sgt dh. Terbang je la, cuma rugi masa kat airport je la. Thats why I prefer guna official plane, tak yah transit, masa pun ikut suka bos kita (baca: ikut suka kita, sbb kita yg atur perjalanan bos). Then boleh landing kat Subang, dekat la skit nak masuk KL compare kalau landing kat KLIA, dah la tol mahal. ugrhh


Last week punya allXS card. Huhu…

Then smlm, dapat arahan untuk cari tiket ke Burkina Faso. Normally my geografi agak ok, tapi bila sebut Burkina Faso, aku jadi cam tergelak dan blur. Seblur2nya hahaha

KOrang tau mana BUrkina Faso? Rujuk sini


Dinner semalam. Gabungan Bumitra dgn Tourism Malaysia


Slide yang lama, tapi sangat bermakna pada masa sekarng

Saper nak teman aku? MAybe cari F class ke London, then C class ke Burkina Faso. Kalau beli cam tu, dapat free tiket gak. Buy 1 free 1. Hoho. Tapi bila tengok gambar kehidupan Burkina Faso, ntah laa..