My latest collection…

Hi…

Apa khabar semua?

Tgh penat. baru balik dari Wet World Shah Alam. TAk tau la apa yang best kat sini. Cam bosan je.  Nasib baik masuk RM10 je. Next time pergi Sunway Lagoon or Waterboom kat Jakarta lagi best.

Meh. Tgk gambar je. Nah.

ini ialah my latest collection. btw, baju or orang?

Mahkota dalam entry minggu lepas ialah corak kat baju yang dipakai oleh Datin Seri Siti Nurhaliza dalam konsert Satu pada minggu lepas. Gambar di atas pun snap masa nak pergi hantar baju itu untuk fitting Tokti kat Istana Budaya masa reahersal. Plan nak ajak Helmi teman, tapi dia tak minat TOkti sangat, kalau Zamri sure terus ikut. Dulu i pernah janji nak bawak InTrend Mac yang ada pic siti ke London utk mereka, tapi cancel pergi London sbb denggi. so, nak tebus kesalahan, I plan bawak mereka jumpa siti yang real lah kan. Baca entry ni.

ni pun baju konsert minggu lepas. dry cleaning before final touch-up.

Kalau lah Sharifah Aini ataupun Adibah noor buat concert, sah2 i dah try baju mereka sebelum performance. Tapi bila Siti buat konsert, terpaksa la memendam rasa nak rasmi baju orang kan.

beberapa helai baju lain. dalam kereta ku. masa hantar fitting.

Masa pergi hantar baju utk fitting tu, i call SyafiqSygKamu. Ingat kalau dia free, nak jumpa dia, suruh dia test baju ni dulu. Dia dah la peminat Siti kan. Matilah main try2 baju ni. Tapi masa tu dia tgh drive, tak sempat nak citer kenepa i call dia. KAlau u baca wahai Syafiq Syg Saya, maka tau la sebab apa i call u dulu. Semua pun jenis berangan. Ye Arep, kalau ko bukan duduk Tawau dan nak try baju ni pun, aku kasi dulu. Hahaha

So, lawa tak my latest collection kat pic pertama tu? Tak kisah la baju ke orang ke, yg penting, my collection. rite!

Kerajaan Perpaduan?

Nik Aziz dahulu yg berbeza..akhbar lama

PKR akan musnah jika ‘Kerajaan Perpaduan’ benar2 dapat diwujudkan. Begitu juga dengan DAP. DAP akan kembali lemah seperti dahulu. Jika DAP lemah, dengan sendirinya kaum cina dan india terpaksa mengikut menyokong ‘Kerajaan Perpaduan yang berteraskan politik melayu/Islam sepenuh nya.

Orang melayu/Islam harus sedar, kuasa memerintah oleh melayu/Islam akan musnah jika berpecah dalam politik. Contohnya apa yang sedang berlaku sekarang. Kaum cina dan india sudah bersatu dalam DAP, kaum melayu/Islam berpecah dan sudah menampakkan kelemahannya dari segi kuasa memerintah.

Suara kaum cina dan india semakin lantang untuk menghapuskan hak-hak kaum melayu. Mereka juga sudah berani menuntut perkara-perkara yang akan merugikan kaum melayu/islam.

Sedarlah sebelum terlambat.

Pemimpin-pemimpin UMNO semakin ramai sudah sedar segala kesilapannya dan sudah berubah.

Mengapa kita tidak berani mencuba ‘Kerajaan Perpaduan’ ?

Berikut adalah SMS dari YB Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri

Kita merasa ada kejujuran Presiden & Timbalan Presiden PAS untuk berbincang tentang perpaduan samada kerajaan perpaduan atau dasar perpaduan atau persefahaman perpaduan. Alangkah mulianya hasrat itu yang telah disambut baik oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dengan fikiran terbuka. Tentunya kita ingin tahu perincian yang lebih lanjut dari PAS. Apa yang berlaku selepas ini terpulang kepada perbincangan pimpinan tertinggi UMNO. Saya kira PAS tidak semestinya perlu melibatkan perbincangan dengan DAP & PKR kerana mereka mempunyai kekuatan sendiri. DAP & PKR tentu boleh dianggap turun menumpang kekuatan PAS dalam pembangkang itu. Jika ada ikhtiar dan iltizam yang baik untuk menafaat rakyat terbanyak, semua pihak wajar mengalu – alukannya dengan rasa penuh kesyukuran. Sayugia diingatkan bahawa bumiputera / Melayu yang merupakan 2 per 3 penduduk negara ini sudah lama mengimpikan dua parti terbesar Melayu agar dapat duduk bersama berbincang untuk kebaikan. Perpaduan sebenarnya baik untuk semua rakyat yang 1 per 3 lagi tanpa mengira bangsa di negara ini. Amatlah sesuai hasrat itu dengan gagasan 1Malaysia yang bertema rakyat didahulukan.. Perpaduan sememangnya bersandarkan kepada kepentingan rakyat terbanyak. Barulah kita dapat memastikan pencapaian atau prestasi martabat negara ini dapat diangkat dan diangkasakan. Masalah dalaman PAS akibat cadangan ini hanyalah suatu cabaran yang tidak mustahil untuk diselesaikan. Tiada jalan mudah untuk mencapai sesuatu hasrat yang mulia. Mudah – mudahan Allah akan memberkati segalanya.

YB Ahmad Maslan, supper at UM, 31 May 2009. KAt situ lah kitaorang exchange our handphone no.

P/S: Lupa nak tanya YB, banyak tak getah dia dapat masa menoreh minggu lepas. Nanti i miskol beliau. Ngee. Off to LQ.

Update: MMS from YB Ahmad Maslan. Tapi dia tak bgtau byk mana susu dia dapat. I mean, susu getah.

kucing

kucing saya bernama ‘adik’.

umur dia 2 bulan. dia sangat baik. suka cakar saya. suka jilat saya, kemudian tidur kat sebelah. nasib baik sofa kat rumah jenis tahan cakaran. menariknya, dia dah pandai, dan tahu, tempat untuk dia *kencing* dan *berak*

wan beli bekas khas, dan pasir yang bagus. so, najis dia sangat melekat kat pasir tu, dan pasir tak berterabur. air kencing pun sama. pasir akan berketul dan kekal. so, bila nak bersihkan pasir, just buang yang berketul dan the rest adalah pasir bersih. dan pasir itu wangi. berbau lemon. 3 kali ganda lagi mahal dari pasir tesco. tapi lagi jimat sebab jenis boleh pakai lama. dan najis tak berbau.

makan dan minum dia pun senang. wan bagi makan royal canin for kitten.. memula pening gak, nak kasi iams, hill’s science plan ataupun royal canin. bila baca forum www.kitten.com.my, ramai kata royal canin paling bagus.. 400g dalam RM15.. rasanya sebulan dia abihkan dalam 4 bungkus. tunggu besar skit, boleh beli yang pek 9kg untuk adult, dalam RM200 lebih, jimat skit rasanya.. air lak, bagi minum susu cair + air suam. senang je.. dan jimat..

memula, wan hanya bagi toilet dan tempat mesin basuh sebagai ruang dia. dalam 4 x 3 meter. tapi bila dah pandai buang kat tempat sepatutnya, maka keluasan tempat permainan dia bertambah. satu rumah milik dia. hanya bilik office wan je. sebab ada komputer, mesin fax, kan tak pasal2 dia tetiba nak kencing kat situ. naya. merata2 tempat dia tidur. dari atas tilam dalam bilik, atas sofa kat luar, dan tepi tingkap. dia suka selimut MAS tu. kalau nak pindahkan tempat tidur dia, just pindahkan selimut tu. kelakar lak…

kesian dia. nanti wan cari partner untuk dia. rasanya nak cari kitten satu lagi, sebaya dengan dia. mainan dia dah banyak. dari tikus mainan, gumpalan kertas, kotak rokok, tisu, bola berloceng, dan lain – lain. paling best, dia baring2 sebelah kita. dan dia tak pandai mintak duit, tak pandai suruh belanja dia.

suka jaga kucing ni. kene tabah la untuk membesarkan dia. kekadang, rasa dia lagi bertuah dari tuan dia. makanan dia sedap, dan senang. air pun sedap dan senang. toilet best. tempat dia bermain lagi luas dari bilik i. biarlah. janji i happy ada kawan.

adik.

wan.n.ello. tgk alien vs monster 3d.

bali cafe, acappella sec13. in love with this place.

jumpe eijam. first time jumpa. kenal kat internet sejak 2005. dah lama kenal. tapi baru jumpa. masuk betul2 nak masuk satu kepala.

student PTPL (kembangkan sayap jajahan takluk). semalam kenal dalam 5 orang student situ. orang panggil PTPL sebagai pusat ternakan pelajar lembab. tapi lebih tepat sebagai pusat ternakan pelajar lembut. tapi wan tak kisah. janji tak hisap dadah. nak hisap benda lain, wan tak kisah. mereka tak lembab, mereka tak lembut. mereka baik.

Day Trip to Penang.

PAgi rabu. Bangun pagi. Bosan. Ajak abg Idham dan Abg Wadi ke Penang.

Heheh. Cerita dia tak sesimple itu. Actually, 24-28 Januari ni, wan ada group 21 orang dari Penang nak akan join trip Beijing tu. Then mereka nak buat bayaran tapi since tak pernah kenal, better wan pergi penang. Tunjuk muka, at least bertambah la kepercayaan. Orang nak bagi cash mencecah RM60k ni bukan benda senang kan.

Sebab ticketing dateline ialah 9hb, so kene la amik duit pada 7hb ataupun 8hb. Merasalah. Call Abg Idham dgn Abg Wadi, nasib baik mereka takder kerja pada hari tu, terus setuju nak ikut sama ke Penang. Kul 10 pagi, lepas hantar Ello dan Fzy ke kelas, balik tidur sebelah Is. Kunci jam kul 11, then bangun bersiap ke Penang.

Is masih mamai tidur. Dia mesti benggang sebab wan takder kerja tapi asyik bising atas katil kan.

Is: knp bgn awal. nk ke mana?
wan: nk pi penang jp.
Is: PKNS?
wan: Penang lh. Petang nanti i balik. bye

Kami bertolak jam 11.30pg. Dari Shah Alam ikut Guthrie E35 sampai Rawang ikut exit 115 (very the iklan Guthrie kt HotFM). THen terus ikut PLUS sampai Ipoh, ikut Juru sampai GeorgeTown. Sampai penang lebih kurang 3.30ptg.

LAma betul tak ke Penang. Berkurun.

Jumpa my guest kat Komtar. Kemudian ke Opis dia. Then En AZmi drop kami kat Padang Kota sekejap. Dia pergi amik passport anak dia. Pergi makan jap: Laksa Penang dan Mee Mamak yang hot.

Lepas settle passport tu, kami balik ke Opis, settlekan pengiraan payment. Then En AZmi bawak kami ke Batu Ferringhi. Shopping jap. Then kawan call ajak jumpa.

abg Idham dan Wan

Balik ke opis En Azmi, amik kereta dan pusing2. Parking kerta depan McD kat Padang Kota, then naik kereta kawan. Pusing2 cari port best, makan pasembor dgn kerang bakar. BEsH!

kt batu ferringhi

abg adie, adik mirul & wan

me and adik mirul

Then ke rumah kawan tu jap. Then pusing PEnang balik.

Bila penat. Balik ke Tanah Besar. Singgah Ipoh. Balik Shah Alam.

HAbis!

P/S: Trip Beijing pada 24-28hb ni dah penuh. 21 orang dari Penang + 2 dari Perlis + saya + sorang kawan (ehem)

Korang rasa blog ni lama sangat nak load kan? Nanti akan pindah ke server lagi laju. TUnggu dalam masa 72jam ok!