Masa anda membaca entry ini, wan selamat berada di Beijing buat kesekian kalinya. Dalam entry 7 Wonders of the World, wan tulis wan tak pernah sampai ke BEijing dan maybe amik masa untuk sampai ke sana. TApi sejak setahun, dah lebih 5 kali ke sana. Muak la pulak Hahahah.
Khamis Malam Jumaat lepas, kami buat majlis bacaan Yasin kat rumah… Actually just nak buat majlis makan – makan, nak ajak semua kawan…. Tapi alang – alang tu, buat majlis bacaan Yasin dan doa selamat. Israq anak ustaz Ismail yang jadi ketua.
Sure ramai nak tahu tentang seseorang yang wan bawak ke Beijing tu. Ermm, biarlah rahsia. Wan takkan citer kat blog, kot.Kalau cerita pun, korang tunggu la bertahun lagi.. Hahaha
Nampaknya, UiTM sedang bercuti, tapi wan kurang merasai kehilangan kawan – kawan. Sebab wan tak kesunyian. Kalau wan tak travel pun, Israq ada kat sini, wan cuma sedih sekejap bila Ello balik kampung seminggu. Actually, ianya baik gak untuk persahabatan kami. Sebab wan dgn Ello tinggal serumah, tiap hari ada je benda yang kami nak argue, so better berpisah buat sementara. Kami tak bergaduh, cuma ada benda2 kecik yang saling nak betul dan saling nak menang. Biasa lah. I love him as my housemate.
i love all my friends. Wan jenis suka berkawan. Wan suka bila tengok kawan – kawan gembira.
Ello dah balik ke Melaka, lepas Jumaat dia balik ke sana. Ada orang hantar dan orang itu kembali ke Klang. Senang je kan. Bila dah sayang, semua arahan senang je…. larikkkkk
Oh. Tujuan entry ini ialah nak tunjuk gambar rumah kitaorang. Ada dua orang je yang tinggal kat rumah ni: Wan dgn Ello. Masing masing kat bilik sendiri lah. Bilik Ello skrg sgt lawa. Berlumba hias bilik. Tunggu wan beli cadar sutera dan selimut sutera kat Beijing ni. THen tunggu orang Eliza datang ukur langsir. Baru nangis Ello nanti. Hehe. Buat masa ni, wan mmg byk tidur kat bilik Ello….
RUmah kami sekadar rumah flat kat Seksyen 7 Shah Alam. Tingkat 1 sebelah tangga. Memang parking kereta, terus naik ke rumah. Dekat je. Rumah ni pun murah je, harga dia bawah seratus ribu je.. Sekadar buat rumah bujang, hiasan pun simple – simple je.

ruang tamu kami. ada sofa 3+2 dgn pokok buluh je.kat sofa tu GLAM baru ye.

israq tgh online kat my workplace. just a simple computer + mesin fax + laserjet printer.
Kalau ada benda korang nak fax kat wan, sila fax kat 03-5518 4440 …. Jangan call ke no tu, sebab dia auto masuk ke fax. Fax la apa apa yang boleh dishare, selama ni dapat fax dari putrajaya je..

ruang tamu. a simple 43″ projection TV + astro. juga satu lukisan abstrak.

lukisan ini untuk dijual.RM12,000. Harga boleh didiskusi.
Terdapat 2 lukisan sebegini dihasilkan oleh seorang pelukis terkenal tanah air. Satu lukisan berada kat rumah wan. Satu lagi lukisan kembar kepada lukisan ini akan dilelong pada 28 JAnuari ini pada harga RM15,800. Kalau saper berminat nak mendapatkan lukisan di atas ini, boleh hubungi wan. Harga boleh dibincangkan.
Ianya memang daya penarik. Tiap kali orang masuk ke rumah wan, mata akan terus tertumpu kat lukisan ini. Size dia ialah 3′ x 3′.

ini ialah dapur kami. dapur bujang je u’olls, petang2 kalau lapar, pergi Pak Li gak.

ini ialah bilik no 2… bilik Ello. Bilik wan lagi private (saper faham, faham la dia.. hahah)

ini bilik no 3…. ialah wardrobe kami. wardrobe biasa je…

ini ialah pet kami.
TOilet, bilik mandi, tempat basuh baju dan tempat jemur baju tak yah tunjuk la ye. Sangat simple. RUmah flat katanya. TApi rumah kami ibarat syurga gak la, seronok kat sini. At least, rasa la kehidupan.
Wan suka sangat kalau ramai2 lepak kat rumah kami. Drink lak free flow, buat sendiri je. Saper rasa nak boikot Milo, ada Ovaltine, saper nak boikot Nescafe, ada kopi biasa… Free flow, just pilih dan mix sendiri jer k… then basuh sendiri gelas.. gituh.
Semalam buat majlis baca yasin. Rasanya next2 week nak buat agi. I mean, sekadar masak sikit2, then ajak2 orang datang makan sambil baca yasin. Simple. Beramal sambil mengukuhkan ukhuwah silaturahim katanya.

abg Syam dgn abg Idham. Abg Idham yang masak semalam.Saper tau pasal poster kat atas tu? Hahah

abg IDham dan Abg Syuk Getah

abg Syam. sajer letak byk keping tapi semua gambar tak clear. larikkkkk

isham

ello, is dan abg syam.matilah gambar syam tetap blur. hahaha

wan.
Abih. Nak pergi panjat Tembok BEsar China kali kelima ni. Hahaha
Wan ada banyak lagi departure ke Beijing nanti. Wan akan gilir- gilir bawak kawan – kawan ke Beijing ikut turn. HArap2 bila abih pengajian mereka kat UiTM nanti, setiap seorang pernah jejak BEijing. InsyaAllah.
Korang semua doa – doakan kejayaan wan k!