A BIG FUCK kepada yang SMS dan gelak2 kat aku. FUCK kepada yang gelak2 kat YM. FUCK kepada yang telefon dan gelak2… I know, i sokong Ali Rustam, i perlukan sokongan sekarang. bukannya gelak2…
PERKASAKAN PARTI
Datuk Shah Rukh Khan
Melaka
Ali Rustam sbg Timbalan Presiden UMNO – part 1
Ceritera 1
Calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang untuk bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti akhir bulan ini. Beliau didapati melakukan kesalahan di bawah Perkara 10.1 tataetika ahli UMNO. Keputusan tersebut dibuat oleh Lembaga Disiplin parti.
Ceritera 2
Lembaga Disiplin parti juga mendapati Khairy Jamaluddin bersalah melanggar undang – undang parti, tetapi diberi surat amaran.
Ceritera 3
Lembaga Disiplin parti bagaimanapun mendapati Khir Toyo tidak bersalah.
Akhirnya, untuk jawatan No 2 UMNO: MY lawan MMT. Tiada lagi calon yang bersih.
Inilah demokrasi untuk orang UMNO. Saya tidak akan menukar tajuk blog ini buat sementara waktu. Saya disaran oleh housemate untuk bercuti setelah dia melihat keadaan saya (i know law better than you… larikkk) tapi saya perlu menghadiri Forum Agenda Melayu kelima di PWTC Sabtu ini, anjuran Alumni Kelab UMNO Luar Negara. Seminar Agenda Melayu kali kelima pada Sabtu ini bertujuan mencari satu formula serta pendekatan dinamik bagi memperkasakan politik Melayu di negara ini. Seramai 10 ahli panel yang merupakan pakar dalam bidang masing-masing telah dipilih untuk membentangkan lima kertas kerja.
Ratusan SMS / email / telefon hari ini. THanks kepada yang simpati dan menganggapnya sebagai demokrasi. FUCK OFF pada yang SMS dan gelak2.
Kenapa Saya Sokong Ali Rustam?
Ali Rustam sekarang ialah Ketua Menteri Melaka, sejak Disember 1999. Ali Rustam juga merupakan Naib Presiden UMNO. Sebagai Ketua Menteri Melaka, dan Ketua UMNO negeri Melaka, beliau jelas membuktikan kedudukan kukuh UMNO negeri. Mungkin kita terlupa, bahawa Melaka adalah satu – satunya negeri yang belum pernah dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), baik di peringkat ADUN mahupun Parlimen.
Beliau banyak mengubah tanggapan terhadap Melaka, sekaligus menaikkan kedudukan Melaka dari segi ekonomi, pelancongan, taraf hidup penduduk dan sebagainya. Daripada 13 indikator terpilih yang digunakan untuk mengukur prestasi ekonomi di Melaka, inflasi ialah satu – satunya indikator yang gagal mencatatkan pertumbuhan positif. Ini jelas sekali menunjukkan pertumbuhan ekonomi Melaka pada 2008, seperti tahun tahun sebelumnya, adalah memberangsangkan.
Gaji minimum di Melaka telah ditetapkan pada paras RM870. Maksudnya, jika anda bekerja sebagai penyapu sampah, mahupun jurujual di Melaka, pendapatan anda ialah RM870 sebulan. Ianya adalah satu – satunya negeri di Malaysia yang menetapkan gaji minimum.
Saya pernah melancong (dan bekerja) di lebih 40 negara, dan jarang berpeluang bercuti di dalam negara. Saya berpeluang ke Melaka pada pagi Ahad 12 Oktober 2008 kerana seorang kawan meminta pertolongan untuk mengambil baju teaternya. Barulah saya sedar yang dalam negara pun tidak kurang hebatnya, akhirnya saya mengakui bahawa slogan “Melawat Melaka Bersejarah bererti Melawat Malaysia” ada benarnya.
Negeri Melaka boleh berbangga kerana prestasi ekonominya di peringkat makro adalah lebih baik dari 11 negeri lain. Sejak 8 tahun sebelum ini, prestasi ekonomi adalah unik dan menakjubkan kerana berjaya menjana pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan. Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) adalah sebanyak 5.8 peratus.
Penyumbang utama kepada kejayaan ini ialah dusun buah – buahan musim sejuk yang pertama di dunia iaitu D-Paradise Tropical Fruit & Aboriginal Native Village yang dilaksanakan di Alor Gajah. Melaka juga mengamalkan satu daerah satu industri.

Melaka juga memiliki terminal bas yang terbaik di Asia, dikenali sebagai Melaka Sentral, terletak di Peringgit dan juga Akademi Penerbangan Professional yang pertama di Malaysia, terletak di Batu Berendam. Kita perlu berfikir seketika bahawa tiada Lapangan Terbang Komersil dan jalinan kereta api di Melaka.
Melaka telah menjadi pengeluar terbesar bagi produk berasaskan tenusu, telur, mangga Melaka Delite, tembikai susu Golden Langkawi dan Tongkat Ali di Malaysia.
Lebih dari 6000 liter susu dan 8 juta telur dihasilkan dari lebih 30 ladang. Bilangan telur harian ini adalah 3 kali ganda dari penduduk Melaka sendiri. Melaka juga bergerak ke arah mengurangkan makanan import, sejajar dengan saranan kerajaan persekutuan.

Kerajaan Melaka juga telah membesarkan ladang mangga Melaka Delite kepada 2000 hektar berbanding 800 hektar sebelumnya, dan ini menjana keuntungan sebanyak RM1juta setahun seperti yang ditargetkan. Sebanyak 1500 hektar tanah di negeri Melaka yang tidak digunakan juga telah ditukarkan kepada tanah pertanian mangga.
Sebagai destinasi pelancongan terunggul di Malaysia, Melaka kaya dengan warisan budayanya yang tersediri, tempat – tempat bersejarah dan makanannya yang begitu enak dan unik yang disumbangkan oleh kepelbagaian budaya yang menetap di sini.
Projek SunPower di Melaka tidak kurang hebatnya. Projek ini berpotensi dan memberi banyak faedah serta membuka peluang pekerjaan kepada lebih 4000 orang jurutera di bidang elektrik, kimia dan mekanikal yang memerlukan teknologi tinggi. Projek yang menelan kos tertinggi tahun 2008 ini juga diluluskan oleh Perdana Menteri.
Projek ini bakal menjadikan Malaysia sebagai pengeluar solar cell dan panel terbesar di dunia dan ianya dibangunkan di tapak seluas 128 ekar.
Pelaburan sebanyak RM1.5 bilion untuk industri berasaskan bioteknologi di Taboh Naning oleh Actis Biodevelopment, sekaligus membuktikan keyakinan pihak luar untuk melabur di Melaka. Kawasan Perindustrian Rembia di Alor Gajah bakal menjadi ‘Solar Valley’ pertama di Malaysia. Pembukaan sebuah kilang solar cell bernilai RM2.3 bilion yang dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang tahun 2010.
Tenaga solar yang menggunakan tenaga matahari merupakan sumber tenaga baru yang percuma dan berpotensi menggantikan tenaga elektrik yang banyak bergantung kepada minyak dan kini hanya satu peratus sahaja tenaga elektrik dunia menggunakan tenaga solar.
Fasa pertama kilang solar cell dan pengeluar panel milik Sun Power Manufacturing Malaysia iaitu anak syarikat Sun Power Corporation yang berpengkalan di San Jose, California, Amerika Syarikat, dijangka siap menjelang Ogos 2009. Kerajaan Negeri dibawah bimbingan Ali Rustam membantu secepat mungkin kelulusan semua pelan, layout pelan dan juga bangunan, manakala kerja-kerja tanah telah bermula sejak Ogos lepas.
Kelulusan projek ini jelas membuktikan keberanian Ali Rustam dan juga keazaman beliau untuk menambahkan pendapatan rakyat kerana dua senjata kembar Siam yang berkesan ialah dengan mengurangkan kos dan menambah pendapatan.
Peningkatan permohonan pelaburan di Melaka yang mana nilainya telah melonjak 31.5%, dari RM235.2 juta kepada RM309.2 juta. Peningkatan yang kukuh ini menjadi barometer mengenai keyakinan mantap para pelabur yang berterusan terhadap kerajaan negeri Melaka.
Kebajikan rakyat dan keadaan semasa juga tidak dilupakan oleh Ketua Menteri, Ali Rustam. Kerajaan Negeri Melaka Melancarkan Kempen Kebersihan selama sebulan sepanjang bulan Ogos 2008 dan ianya bertujuan mendidik rakyat mencintai kebersihan dan keceriaan dalam kehidupan seharian.
Peruntukkan RM6.1 juta dipohon dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar, digunakan untuk menaik taraf gerai dan membina kawasan rawat & rehat (R&R) di Sungai Rambai. Terdapat sejumlah 7944 gerai berdaftar di seluruh Melaka dan banyak kursus, seminar dan kempen diadakan untuk membantu penguasaha makanan dalam meningkatkan mutu dan kualiti sejajar dengan pengiktirafan Bandar Melaka Warisan Dunia oleh UNESCO.
Penerapan 5S iaitu SISIH, SUSUN, SAPU, SENTIASA SERAGAM dan SENTIASA AMAL memastikan semua restoran, medan makan dan gerai dalam keadaan terbaik.
Bagi mengatasi kesesakan jalanraya ke pusat Bandar, Kerajaan Negeri mengambil langkah dengan membina laluan persisir pantai iatu dari Jalan Syed Abdul Aziz ke Kampung Limbungan sejauh 2.4 KM. Jalan ini akan memudahkan perjalanan dari utara ke selatan yang kini sesak pada hujung minggu.
Projek pembinaan laluan pesisir pantai empat lorong melibatkan kos RM 12.39 juta di atas kawasan tambak laut itu dijangka siap pada Oktober 2009.
Sungai Melaka kini dikenali bukan sahaja di Melaka bahkan di Malaysia berikutan keunikan dan keindahan yang telah dinaiktaraf. Tujuan utama acara Pesta Sungai Melaka ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kembali Sungai Melaka yang dahulunya merupakan satu tempat yang terpenting kepada dunia khususnya kepada perdagang-perdagang asing untuk berniaga.

sungai Melaka semasa projek dimulakan

Sungai Melaka skrg. Siang Hari.


sungai Melaka sekarang (waktu malam)
Kerajaan telah membina tebing sepanjang Kg. Morten dan juga menggantikan 8 jambatan yang sedia ada. Di muara sungai pula akan siap sebuah Marina. Kerajaan negeri juga menaik taraf tujuh jambatan di sekitar bandar Melaka menerusi projek pembersihan dan pengindahan Sungai Melaka didalam fasal ke 4.
Projek menaik taraf kesemua jabatan terbabit melibatkan kerja-kerja meninggikan struktur jambatan sedia ada untuk membolehkan kemudahan bot pesiaran yang beroperasi di Taman Rempah boleh diperluaskan sehingga ke Melaka Sentral. Sungai Melaka yang kini telah pun tersenarai dalam World Heritage Site oleh UNESCO.
Pesta Sungai Melaka diadakan disepanjang 9km laluannya dan mempunyai 42 acara yang seperti pertandingan perahu naga, jet ski, berenang, tangkap itik. Perarakan Beca berhias, perahu berhias, kereta berhias juga disertakan. Di samping itu pertandingan melukis kanak-kanak, tarian naga, kugiran atau kumpulan muzik tempatan di setiap jambatan yang ada.
Sungai ini boleh disusuri dengan bot. Sehingga Mei lepas, Melaka mempunyai 12 bot dan boleh dimuatkan 40 orang setiapnya. Sekarang ini hampir 2000 orang pengunjung menaiki bot setiap malam. TIada lagi malap di sungai Melaka. Setiap malam, dipenuhi lampu bagaikan pesta. Ianya sekaligus mengubah Sungai Melaka menjadi seperti Venice, di Italy.
Pesta Sungai Melaka ini adalah produk pelancongan yang utama pada masa sekarang di Melaka. Pesta Sungai Melaka pada 31 Mei hingga 6 Jun lepas menerima lebih 250,00 tetamu. Kerajaan Melaka berusaha untuk mencapai 1 juta pengunjung menjelang 2010.
Kejayaan Kerajaan negeri Melaka untuk mempunyai Eye on Melaka tersendiri juga menjadi sebutan pemimpin negeri lain. Terletak di Melaka Pirate Park, Eye on Melaka memberikan permandangan menarik Sungai Melaka yang berwajah baru. Bakal menjadi Venice Timur dalam masa 5 tahun. Gondolanye bertutup secara automatik dan berhawa dingin.

Menara Taming Sari juga tarikan teristimewa ke Melaka. Bernilai RM23juta, kos membina Menara Taming Sari ini adalah oleh kerajaan negeri Melaka sendiri dan bukannya kos Kerajaan Pusat. Menara yang pertama seumpamanya di Malaysia dilengkapi dengan kabin pemerhati yang berputar 360 darjah; membolehkan pengunjung menikmati pemandangan bandaraya Melaka dari paras hampir 100 meter.
Kabin pemerhatinye dilangkapi dengan sistem pendingin hawa dan mampu memuatkan 66 orang untuk satu-satu masa. Kabin akan mula berputar apabila hampir mencecah puncak menara, dan setiap sesi mengambil masa kira-kira seminit untuk naik ke atas puncak dan untuk turun ke bawah. Setiap sesi pula akan mengambil masa kira-kira 7 minit. Para pengunjung akan dapat menikmati pemandangan indah bumi Melaka apabila tiba pada ketinggian 80 meter. Dengan ruang jarak penglihatan pemandangan sejauh hampir 5km.
Negeri Melaka hanyalah sebuah negeri yang kecil. Ramai beranggap Melaka boleh Berjaya disebabkan oleh penduduknya yang sedikit dan negeri yang kecil. Tapi kita perlu tahu bahawa Perlis juga negeri yang kecil, dan Perlis tidak Berjaya seperti Melaka. Negeri yang besar dan mewah dengan minyak iaitu Terengganu, tetapi hutang negeri Terengganu adalah yang tertinggi.
Saya yakin bahawa Melaka akan mencapai Wawasan Melaka Maju 2010 dalam masa setahun lebih awal. Pembangunan pesat negeri Melaka ini wajar membuka mata rakyat Malaysia yang lain tentang kejayaan pimpinan Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.
Apa calon lain buat? Selain membayar kepada Media supaya tidak menyiarkan berita mengenai Ali Rustam yang paling bersih? Yang nama beliau tidak pernah terjejas?



















