Hang Out With The Guys

Wrote by: Adiewaridi

Salam,

Lama sungguh aku tak ketawa mcm semalam..bak kata Ello..”tu dia high pitch dia”..huhuhu..al kisahnya aku ni pemalu kalau dgn org yg tak berapa dikenali tapi after a few minute dah hang out together gather, kuar la sikit tanduk aku nie…hwa3…Back to the story, semalam lepak kat Pak Li Kopitiam Sec7 dgn beberapa org kawan baru, sebenarnya semua tu kawan Wan a.k.a Wenkt…tapi sebelum tu aku dan Am masuk UiTM selepas hantar Wan ke Pak Li jumpa Israq..tujuan masuk kat UiTM sbb nak g Kolej Kenanga ambil barang Ello (Ello adalah hmate Wan-diorang ni duk sebelah blok ngan aku, baru pindah)..Is pun ikut sekali…

Dah ambil semua barang, aku dan Am pun hantar Ello n Is kat PaK Li..at first ingat nak terus balik rumah masak coz dari tghari kuar tak balik2 lagi..bila tgk jam dan kul 10 lebih..nak masak sure lambat so kami pun join la lepaking kat Pak Li…so bermulalah pertemuan dgn rakan2 baru yang happening nie…hwa3…pada awalnya aku ni agak kekok sikit coz pr aku kan tak bagus, then lama kelamaan mulalah nak bua mulut bercakap…itu lah aku…pendiam yg melampau sgt tapi kalau dah bercakap lahar lak mulut tu…kutuk diri sendiri weiii…

Pada awalnya, hanya aku, Am, Is, Ello, dan Israq yg ada kat situ..kat meja yg begitu kecil untuk menampung kami semua..so semua duk dekat2 jer…then we move to other table yg lebih luas sikit coz there are another guys coming along…then come Izat a new friend of Wan where they met up at Beijing..jauh tu jumpa padahal masing2 duk Shah Alam…i just knew bout him thru wan blog…,Izat a little bit shy thru out the meet…just like me when come to the first meeting, then Shain came..this is the first time i meet him..before this i just know him by the pictures that wan shows to me and also thru the blog…bila mamat ni tiba, aku pun mula byk ckp..hehehe..ntahla maybe because he is a talkative person…still studying at UiTM doing his Event management course but at the same time do modelling…so aku rasa sesuaila dia study event management coz pr dia bagus sgt…friendly….mungkin sbb tu aku agak byk mulut ngan dia…bak kata Ello “dtg je Shain terus dia (aku) banyak ckp”…hwa3…tu la aku…kalau kena gaya memang aku talkative..tgk org gak…

Diorang ni sellau lepak kat Pak Li…and for me n Am, this is like our 4th times since the opening..hwa3…tak sosial langsung…diorang ni dah leh siap kenal nama pekerja Pak Li lagi….kat sini juga jumpa adik angkat aku si Ady Suffian yg dah lama tak sms abg dia ni..hehhee…Ady ni pun kekawan diorang gak…kecil dunia kan…so kitaorg lepak kat situ till midnite…talking n laughing…giler gelak tak hengat punya..aku rasa meja kami yg paling happening..dah la Pak Li tu pack ngan org…byt then it’s really fun…dah lama tak hang out camni..coz dulu masa study kat Arau, aku ada group sendiri yg mana kalau g memana pun bersama…Z, Imad, Atok, Leq, Ina, Faiz, Mas..rindu giler kat diorang semua…aku suka yg gals sbb diorang sempoi giler…sonoknya..tapi la ni semua dah kawin kecuali aku dan Faiz…

Sebenarnya aku kepenatan pada mulanya, coz dari petang kuar g tolon Wan beli barang tuk wat wardrobe dia..tapi tu bukan sbbnya, sbb nya aku tido kul 6 pagi so aku ngantuk giler..kan aku dah cakap aku tido 12 jam sehari…hwa3..giler melampau…pas bis lepak, aku, Am, Ello dan Wan g Uptown Sec24 tuk beli sticker letak road tax keta…tak lepak lama pun coz semua dah penat so balik…aku dan am balik blok 47, Wan dan Ello balik blok 48….oh yeah masa nak balik tu wan hadiahan aku sebuah rantai jade yg dia beli kat Beijing…thanks a lot…semua tu berlaku kerana kat Uptown tadi aku cakap nak beli rantai jade yg bulat tu sbb nak matchkan ngan baju v neck warna hijau aku, tak sangka lak dia nak hadiahkan kat aku…really appreciate it….le pakai masa celebrate New year nanti..huhuhu..tapi celebrate kat ner?..takde plan lagi

wan a.k.a. wenkt

israq

Shain

Izat

Ello

Am, Aku & Shain

Ello, Wan, Izat & Israq

Israq, Am, Aku, Shain & Ello

Rantai Jade from Wan

p/s : diorang ni semua pangkat adik..aku ngan am je dah tua..hwa…tahun depan 29…

Salam Sayang
Adiewaridi

********************************

Wenkt:

Semakin ramai kembali ke UiTM. Hidupku kembali sempurna. Hehehe.

Kepada pembaca blog ini, sure korang teringat kat Izat kan? Dia ialah yang wan jumpa kat Beijing 3 minggu lepas. Dah serap untuk masuk group wan gak. hahaha.

Tapi Izat still pendiam, later i hope boleh ubah dia jadi extrovert skit..  I mean, dia amik law, kene la bising skit kan. Takpe, kawan dgn wan, lama2 kene kluarkan idea utkku gak, akan jadi bising gak nanti.


Bocor sudah rahsiaku !

Kerana disebabkan wan dah bocor rahsia pada entry lepas, jadi aku rasa takde gunanya aku nak berselindung lagi di sini. Kalau bukan sebab rahsia dah bocor, rasa cam nak lagi bermain helah di sini. Muakakakaka…

Pertama sekali aku nak mintak maaf pasal menipu pembaca-pembaca blog wan ni. Bukan aper, aku bermain muslihat jer…nak tengok berapa ramai orang prihatin pada si wan ngan blog dia yang buruk ni. Ni plan aku sorang, wan tak tahu menahu, so tak perlu nak speku-speku ok? Terbukti, selepas testimoni wan, ramai rupanya orang sayang kat wan (tak tahu la kot2 korang sayang blog dia jer kan?)

Anyway, nak perkenalkan diri la sket, bleh? Ala-ala promosi gitu. Yaaa, mungkin saudara saudari telah mengetahui dari entry sebelum ini betapa lama nyer aku dah kenal si wan ni..dan satu lagi fakta pasal aku, aku memang suka band jikustik tuh..tak tahu la berapa ramai yang dengar lagu Jikustik yang aku promo dalam entry sebelum ni, tapi aku harap korang terhibur dengan lagu tuh.

Salam perkenalan, aku dikenali sebagai life4hire atau nama saintifik nyer |1f34|-|1r3. nama sebenar adalah rahsia. umur aku confirm lebih dari 5 tahun sebab aku kenal wan dah kenal wan lebih dari 5 tahun. Aku kerja kat company yang dirahsiakan dalam bidang IT merangkap balaci wan dalam bab-bab IT ni. Aku ada blog sendiri tapi masih nak menyemak kat blog si wan sebagai ghost guest blogger.

Korang boleh lawat aku kat http://life4hire.berceloteh.com. Ini blog untuk eksperimen aku sebagai blogger. Kalau korang nak belajar pasal tips blogging, nak tanya soalan pasal komputer, korang leh lepak sini. Korang leh guna contact form aku atau tinggal komen kalau nak tanya soalan.

Blog untuk aku membebel adalah di http://berceloteh.com. Kalau korang semak-semak blog aku, korang akan tahu lebih banyak pasal aku. Amaran keras aku kat blog ni, aku tak bagi jaminan korang tak akan terpengaruh dengan doktrin-doktrin baik atau jahat aku di sini. Oleh sebab itu, sila pastikan anda sudah bersiap sedia. Walaupun aku baru start blog yang ni, aku akan pastikan doktrin-doktrin aku tersebar dengan luas melalui blog ini.

Cukup panjang dah aku membebel kali ni. Maaf kerana tidak ada gambar kerana aku tak punya DSLR macam wan tapi aku akan share lagi satu band indon favourite aku iaitu Element dengan lagu dia Rahasia Hati. Layankan lagu tuh dengan penuh perasaan kerana lirik dia memang puitis beb !

<a href="http://youtube.com/watch?v=g76xoOPYqIQ">http://youtube.com/watch?v=g76xoOPYqIQ</a>

Sekian, wabila hi taufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh ! Dengan lafaz suci ini, saya mengundur diri !

Blog ini telah dihack !

Hai semua, Wenkt kat sini. Okok…sebenarnya aku bukan Wenkt. Aku ialah orang yang hack blog ni pasal aku tak suka ngan Wenkt..Boo Wenkt boo…mesti korang tertanya-tanya kenapa aku tak delete post ini seperti mana hackers lain buat? Sajer…aku nak buktikan yang aku leh hack blog ni tapi aku tak nak menyusahkan tuan dia untuk recover balik semua post-post dia..banyak tuh..kesian plak nanti kalau dia terkejut tengok blog dia kosong…hehe…ada yang kena sakit jantung karang.

Ok la…aku tak nak membebel panjang kat sini. Terimalah lagu dari salah satu band Indon favourite aku dengan lagu Puisi, persembahan dari Jikustik !

<a href="http://youtube.com/watch?v=UHo5UtTVS-0">http://youtube.com/watch?v=UHo5UtTVS-0</a>

Sorry DJ takde masa nak lepak lama-lama kat sini. Semoga berjumpa di lain hari dan waktu kalau umur panjang. Tuan punya blog lambat lagi balik so ada harapan lagi berceloteh kat sini !