melayan kitties.

Haish. Banyak benda nak update tapi tak sempat masa nak tulis semua. Semalam lepak KL, tidur kt Swiss Garden, lepas tu pergi tgk preview Setem yang best gilerr… Setem adalah filem Melayu yang paling best sehingga ari ni. Sumpah. Korang patut tengok 30 Julai nanti. Jangan bazir duit tengok Skrip 7707, tu filem bodoh bengal ke 28 dari pengarah tak makan saman. Sila tgk Setem, sumpah best. kalau korang kata tak best, i byr balik tiket filem korang.

Dah. Dah kul 3.17pagi. Kne tdo. Esok nak bangun awal. Byk sgt benda kene settlekan ni. Haish

Sebelum terlanjur waktu, saya sajikan gambar – gambar terbaru anak – anakku.

dolce. kerja dia macam i. makan byk2, kemudian baring bawah aircond.

multicolor. 4 warna dalam satu. kaki depan berbelang

adik = tidur adalah hobi utama lepas penat berkejaran dalam rumah.

kepenatan.

bantal ungu dari China ni mmg tempat kegemaran yang ni..

jom lawan tenung mata

Nite ~

P/S: baru balik dari lepak kt Restoran Murni SS2 dgn cik ady ander, mdm haslinda, faris, nadia, aguz, comot, dan lain – lain.

Gucci makan ratatouille

Updated: Gabbana (mix Bengal) masuk wad dari pagi tadi. Pipi dia membengkak. Bernanah dari dalam. Hantar doktor, then doktor suruh tahan kat wad clinic tu. Kita sama doakan dia selamat menjalani pembedahan dalam masa terdekat (selepas demam dia sembuh) dan harap boleh keluar wad minggu hadapan. Kesian kat dua ekor lain, seharian mengiau mencari Gabbana.

tidur berjemaah atas sofa

bila kene kejutkan bangun utk photoshoot..

Bangun pagi tadi, baca SMS dari kawan: “Jgn hirau org ckp u amik kucing kg dr pasar. I jeles dgn kitty2 u. Ari2 main & tdo je, mkn paling mewah, mlm tdo dlm aircond. I nk jd kitty u” [Jangan hirau orang cakap you amik kucing kampung dari pasar. I jealous dengan kitty - kitty you. Hari - hari main dan tidur saje, makan paling mewah, malam tidur dalam aircond. I nak jadi kitty you]

Tersenyum je. Tak kisah pun orang nak cakap apa. Dari kecik i mmg diajar untuk buat benda baik. Rasanya tak berdosa kalau pungut kucing tepi jalan then jaga dia? Sebab salah satu impian nak buat rumah jagaan untuk anak – anak yatim, orang kurang upaya dan warga emas. InsyaAllah, under my own foundation lah :)

Takkan nanti i nak jaga orang tua, i kne cari orang tua yang lahir dalam istana ataupun yang kacukan Mat Salleh kan?

Now, kita bagi Gucci makan pulak.. GUcci Si Ular akan makan Ratatouille si Tikus.

Ratatouille. ready to eat. Ignorekan gambar di dinding.

perkenalan antara Ratatouille dan Gucci

belitan maut. memang kuat. sampai menangis Ratatouille

bye bye Ratatouille.

Lepas bagi makan, mandikan ular dgn shampoo kucing. Bau kucing baru lepas mandi ular tu jadinya. Tapi tak perlu keringkan guna hair dryer dan grooming ular tu. Hahahah

Gucci menjalar atas meja.

jadual bulan ni. Senyum je wan tgk free minggu 20-26july! Wow dah lama tak free. Tapi later2 penuh gak, bila synchronize dgn PA malam nanti.

Fakta tentang ular:
1/ Boleh membuka rahangnya sehingga 6 kali lebih besar dari lehernya. Tapi nampak sengsara lah dia nak telan
2/ Boleh hidup tanpa makan selama 3 tahun
3/ Boleh hidup tanpa air selamat 1 tahun

TUnggu besar skit, i akan sembelih buat sup, kulit buat dompet baru. Yeay!

3rd wife

Aisyeh. I mmg suka kucing dari dulu. Kalau kat kampung kat Kelantan, kucing bebas berkeliaran sebab ada halaman. Sejak duduk kat rumah flat kat Shah Alam ni, actually susah nak pelihara kucing tapi bila tengok rumah – rumah kawan yang lain boleh pelihara tanpa masalah besar sangat, maka wan cari la sekor. Last2 sampai 3 ekor. Hahaha

Wan baru dapatkan satu lagi kitty. Mix siamese. Thanks to Kak Alia dari Setapak. Kak Alia suka kucing, kat rumah dia dah ada 4 ekor (rasanya), baya abang kepada kitty ni. Tapi sebab yang besar2 tu suka buli kitty kecik ni, maka Kak Alia terpaksa cari orang lain untuk jaga kitty ni.

Memula bawak balik, kitty ni takut dengan 2 kucing yang sedia ada kat rumah ni. Malam pertama, wan kurungkan Gabbana (mix bengal) dgn kitty ni. Next day bila lepaskan kembali, mereka dah rapat tapi kitty takut2 lagi. Fobia kene buli dgn kucing – kucing Kak Alia dulu kot..

my 3rd wife + makan dalam bekas makan flight Uzair (Uzbekistan Airways)

time makan. Kene bagi makan bekas berasingan sebab berebut nanti.

Gabbana dan kitty baru ni (belum ada nama, ada cadangan?), belum bersedia nak makan kibble yang betul2 kering. Maybe sebab gigi belum tumbuh dgn sempurna. Mereka hanya makan kibble yang kecik, yang dilembutkan dgn fresh milk. Ataupun wet food.

Makanan mereka juga memeningkan. Kalau bagi betul2 wet food, Fussie Cat satu tin kecik tu harga dia RM2.20. Skali makan 1 tin share 2 ekor, tapi 3 kali makan sehari. Jadi RM6.60 sehari. Kalau bagi kibble Royal Canin untuk babycat tu, kos dia RM19.90 untuk 400g, tahan 3-4hari, then susu fresh milk untuk lembutkan kibble tu share dgn wan je. Yang sekotak 1 liter dalam RM6. Susu tak reti nak kira lah, sebab isi penuh satu gelas, tuang untuk mereka skit, balance dalam gelas tu i minum. hahaha. Kalau campur 2 benda ni kibble + susu pun, bila kira purata pun RM5 sehari gak untuk kitty 2 yang kecik tu.

Royal Canin babycat utk 2 kitty kecil & Science Plan untuk kitty besar.

Tapi bila fikir balik, beli wet food dalam tin tu menyebabkan wan terpaksa asyik pergi kedai pet nanti. Dah la kedai pet agak jauh (kat sec9 je padahal). Last2 wan decide beli dry food, beli kibble pek besar, then fresh milk boleh beli kat mana – mana 7-Eleven ataupun Cold Storage je kan…. Kalau beli pek 400g, harga dia RM19.90, bila beli pek 4kg, dapat murah la skit.

So, kitty kecik berdua tu makan kibble + susu lah. Yang besar skit tu makan kibble, susu berasingan. Hehe… Rasanya dalam 2-3 minggu, bila semua dah makin besar dan makan kibble je nanti, tahi diorang sure tak cair dah. Yang kitty besar tu mmg dah berak keras je sbb makan kibble je, senang nak bersihkan litter box mereka. Wan beli pasir yang elok, 2 kg dalam RM25 tapi tahan lama. Najis akan berketul dengan pasir, senang nak bersihkan dan pasir lain tetap bersih. Yang penting, pasir mereka berbau epal. Hehe

Pening juga nak decide nama untuk kitty ketiga ni. Nak cari jenama gak, sebab nanti bila dah besar skit, senang nak beli pendant sebagai rantai untuk leher mereka. Dulu pernah tgk pendant Dolce dan Gabbana yang ringan kat butik, maybe sesuai untuk mereka tapi kene costum made rantai dgn size leher mereka nanti.

tempat tidur paling mereka suka

Tak tau la kenapa suka tidur kat tingkap tu. Nak kata panas, takder la panas pun. Maybe lantai sejuk untuk mereka baring. Wan pun ada plan nak pasang aircond kat ruang tamu dalam masa terdekat, tapi kalau mereka suka kat tingkap sebab tempat lain sejuk, better hold la pasang aircond. Sebab plan nak beli LED LCD Samsung tu gak. Gambar comel doe. Tapi tunggu harga turun skit lagi. ngee

tiga isteri adalah maksimum. takder lagi dah. hehe