memburukkan nama malaysia di luar negara.

Malaysia cuba menjalinkan hubungan baik dengan ratusan negara di luar sana. Kita menghantar duta, atau wakil negara ke kebanyakkan negara. Pelajar Malaysia di luar negara dan stewards dianggap Duta Kecil. Kita melalui Kementerian Pelancongan dan Kementerian Luar NEgeri dengan kerjasama konsulat dan duta, giat mempromosi negara kita di luar sana.

Kita menarik pelabur masuk, kita menawarkan kemudahan prasarana, kita menyediakan peluang pelaburan, pendidikan dan sebagainya. Kita menaik tarafkan semua kemudahan kesihatan, jalinan pengangkutan dan sebagainya.

Namun, kita ada perosak nama baik Malaysia di luar sana. Dengan slogan “selamatkan Malaysia”, ianya memberi gambaran bahawa Malaysia tidak selamat.

Bayangkan jika seorang rakyat Timor Laste datang ke Malaysia dan menyatakan bahawa TL tidak selamat. Dan kita percaya. Jika rakan anda berkata dia nak ke TL, terus anda akan kata bahawa orang TL sendiri cakap bahwa TL tidak selamat. Jika sorang rakan lain ingin melabur di TL, anda memberi alasan dan pandangan yang sama.

SAya rasa lebih separuh orang Eropah, USA dan Arab tidak tahu di mana Malaysia. DAn bayangkan jika anda berkata kepada mereka bahawa Malaysia tidak selamat dan anda akan mengubah keadaan ini. Ironinya, jika anda bercakap, mereka akan percaya, dan mereka tidak akan datang ke tempat kita, dan melabur di tempat kita. Buang masa je semua Duta, Pramugara, konsolut dan kita promote Malaysia jika ada dalang orang kita sendiri yang memburukkan negara kita.

Baca beberapa keratan private message di bawah:

on a entendu parler que la malaisie n’est pas en bonne etat d’apres votre precedent ministre anwar Ibrohim.

donc, on part plutot en cambodie et pas en malaisie. on a envie d’y aller apres l’etat devient normal.
merci pour ton aide precieuse ca rassure tjrs mais on va partir pas en malaisie, mais en cambodie.

on est la que 15 jours ca va passer vite

We heard they speak that Malaysia is not in good State of after your precedent minister anwar Ibrohim.

Therefore, one go to cambodia and not to Malaysia. We want to go there after the State becomes normal. Thank you for your assistance but we will leave not to Malaysia, but to cambodia.

We are going in 15 days will pass quickly

Salut,

Je souhaiterai ouvrir une auberge de jeunesse ‘backpacker’ ou des
bungalows sur la cote.
Pour l’instant je sais pas encore ou? C’est dangeraux en malaisie
maintenant? On a entendu parler concernant l’etat en malaisie qu’est en
danger.

J’ai entendu parlé du programme “MM2H” mais il parle de 60.000 euros pour
s’y installer. On a d’argent mais comme l’etat maintenant n’est pas bien,
on doit penser mille fois.

Si tu as plus d’information sur le programme “MM2H” envois moi un message.
J’espere que la malaisie devient normal fin 2010 debut 2011.. le temps
pour demenager!

Btw, u can talk to me in english if u prefer :)

Rgds

Marc

Good day,

I wish to open a youth inn ‘backpacker’ or bungalows in your country. for the moment I not know where yet? Is this dangeraux in Malaysia now? we heard they speak concerning the State in Malaysia that is in danger.

I heard about the program “MM2H” but it take about 60,000 Euros for oneself there to install. we has money but as the State now is not well, we must think thousand time.

If you have more information on the program “MM2H” sendings me a message. I hope that Malaysia becomes normal at the end of 2010 debut 2011.. the time for move!

Btw, u can talk me in english if u prefer:)

Rgds

Marc

bonsoir monsieur wenkt,

On a change d’idee. On a deja acheter le billet de Paris a Kuala-Lumpur via Colombo le 25mars 2010 et retour le 05avril 2010.

Comme on se discute avant, on a pense pour faire 13jours Kuala-Lumpur – Penang / Langkawi – Malacca – Johor – Singapour.

Mais, il y a deux semaines, on a lu dans l’internet et sur le bulletin ici que la Malaisie est en danger.

D’apres votre ex-deputy minister Mr Anwar Ibrohim, La Malaisie n’est pas un bon pays pour les malaisiens et pour les voyageurs. Le police travaille pour le gouverment et lui met en etat delicat, cad qu’il a fait sodomie qu’il n’a pas fait.

On a change d’idee pour partir a vietnam, une fois arriver a Kuala Lumpur. Meme, on a pense pour changer le route et de ne pas arreter a KL. Donc, on
va prendre pas vos hotels, vos tours.

Nous sommes desole et on souhaite que votre ville va etre en calme .

keep in touch. a bientot.

good evening,

We has changed idea. We already bought the ticket from Paris to kuala-lumpur through Colombo the 25MARS 2010 and return the 05AVRIL 2010.

As we discuss before, we are thinking to do 13days kuala-lumpur – Penang / Langkawi – Malacca – Johor – Singapore.

But, two weeks ago, we read on the internet and on the bulletin here that Malaysia is in danger.

Of apres your former deputy minister Mr Anwar Ibrohim, Malaysia is not a good country for the malaisiens and for the travelers. The police works for the government and puts for him in State delicat, that he did sodomy that he did not do.

We changes idea to visit vietnam, once arrive in Kuala Lumpur. Also, we think to change the flight road and of not stop at KL. Therefore, we will not taking your hotels, your tours.

We are sorry and we wish that your city goes back in calm.

Keep in touch.

++++++++++++++++++++++++++

Private msg di atas wan terima dalam masa 10 bari. Bayangkan dari 14feb hingga 24feb, ada 3 group yang cancel trip.

Anggaran kerugian? Erm… beribu2 gak lah.. tapi nka buat camne, orang kita sendiri yang ke luar negara memburukkan negara kita sendiri.

Bayangkan pelancong dari negara Arab semakin berkurang ke Malaysia, sebab apa? Bayangkan penerbangan dari middle east yang biasa transit di KLIA sebagai hub untuk penerbangan ke NZ dan Aussie, mengubah hub kepada Jakarta yang prasana berbanding KLIA!

Sekarang, nama Malaysia sudah rosak. Tgk statistic forumvoyage.com seperti berikut:

547 members online now
8283 visitors online now
4798 members online within 24 hours
289724 members
Tgk la brp ramai pelawat website tu… 10 000 tgh online skali gus.!

Bayangkan kalau anda ialah orang Eropah, ada RM10k, dan nak melancong ke Malaysia, tapi bila baca forum tentang Malaysia, anda mengubah fikiran. Kemudian ada 10 000 orang tgh online sekaligus. Lepas tu 20% membaca bahawa Malaysia tidak selamat dan bercerita tentang Malaysia kepada orang lain.

Yes, anda boleh kata mereka boleh kaji di website lain, tentang keselamatan di Malaysia. Tapi jika saya kata TImor Laste tidak selamat, anda percaya kata2 saya?

Siapa yang rugi? Yang rugi antara lain ialah: syarikat penerbangan, hotel2 di Malaysia, pemandu teksi, pekedai2 di semua tempat, money changer, restoran2….

Well, jika anda sekadar student yang life hanya antara hostel dan dewan kuliah dan facebook, anda tidak rasa kesannya. Jika anda bermain dgn business international seperti saya, ianya adalah beban yang sakit. Bayangkan, satu mlm hotel boleh markup sehingga RM200 sebilik, kalau mereka amik 2 bilik, dan stay 7malam di Malaysia, saya dah rugi RM2800. Ala belum sampai RM3k, tak luak pun harta i, BUT.. kalau ianya berulang, maka kesan adalah berganda.

Bayangkan kerugian syarikat penerbangan yang biasa transit di KLIA, kemudian mengubah haluan ke bandar lain yang membabitkan kos pengurusan, sewaan, minyak, staff dan lain2… Ianya bukan beribu ringgit seperti saya rugi, tapi berjuta ringgit.

++++++++++++++

Kenapa benda ini terjadi? Sebab ada antara kita yang bebas ke luar negara yang sibuk mempromosikan slogan “Selamatkan MAlaysia”. Adakah Malaysia tidak selamat? Maksudnya, kita tidak bebas menuntut ilmu, kehidupan sosial kita tersekat, kita tidak mendapat rawatan kesihatan yang sempurna, dan kita bekerja secara tidak bebas.

Ye la. korang suka je bila business i teruk. I know. Well, saya pernah ke lebih 40 negara, dan jika dulu kita berbangga bercakap kita dari Malysia, skrg orang akan bertanya balik: “selamat ke Malaysia skrg?”

Jika korang bekerja makan gaji tetap, korang tak perlu risau. Cukup bulan kerajaan tetap bagi duit walaupun anda tidak sokong kerajaan. Halal haram duit tak pe. Ibarat mak bagi duit, tapi kita derhaka.

Allah, Enjin Jet, Gula dan Dr Rosli.

Mengenai istilah Allah, dari blog blogger Pas:

“2-3 hari lagi setel la isu ni dan juaranya ialah UMNgOk/Beer eNd… tak caya korang tunggu jelah… lepas 2-3 hari ni, isu enjin jet hilang terus hilang, isu rege gula naik terus tak naik-naik… yang akan HOT ialah isu perkahwinan Dr Rosli dan yang akan jadi Juara ialah UMNgOk/Beer eNd sebab berjaya menangani isu nama Allah…”

Aku terfikir: Isu enjin jet hilang, dan isu gula ialah isu ekonomi. Tapi isu mengenai nama Allah dan Dr Rosli ialah isu mengenai agama! Adakah PAS sudah berubah motto menjadi Membangun Bersama Kristian bila nama Allah boleh digunakan oleh pihak kristian dan Dr Rosli yang diragui status perkahwinannya terus tinggal serumah dengan bini no 2?

Ada orang tanya pendapat wan tentang kenaikkan harga gula. Wan tidak pernah beli gula. Dah bertahun – tahun tidak pernah beli guna. Nama je orang Kelantan, tapi tak makan gula. Terfikir jawapan D.S. Najib: “Kerajaan menghabiskan berbillion untuk subsidi gula setiap tahun, dan subsidi ini adalah untuk barang yang memudaratkan kita”

Kenapa PAS mempolitikkan kenaikkan harga gula (barang kawalan) dan tidak pernah sebut tentang kenaikkan harga budu di Kelantan yang sebenarnya lagi membebankan masyarakat Kelantan? Orang Kelantan, ada yang tidak boleh makan nasi tanpa budu tapi mereka boleh minum teh tanpa gula. Harga budu dulu 40sen je sebotol, sekarang kat supermarket pun 90sen. Gula, dan juga rokok, naik banyak2 pun, bukan wan kisah pun.

Mengenai enjin jet, jet F-5E bukan jet yang baru kita beli, tapi dah 30 tahun lepas. Bukannya berbau kedai, tapi berbau peluh pilot USA.

Kita beli peralatan perang, bukan untuk berperang, sekadar hiasan melengkapkan tentera kita dan show-off masa hari Merdeka. Tu je. Kita ada jet, kapal selam, kereta kebal, peluru berpandu, torpedo, bazooka, bom jangka.. tapi satu pun kita tak guna. Torpedo paling power yang tentera kita guna hari – hari pun M-16 je. Senjata yang besar dan lagi power dari M-16, kita simpan di hari muka. At least kalau negara luar nak serang Malaysia, kita ada senjata, bukannya tangan kosong.

Ada orang tanya kenapa kita beli senjata, kapal selam, kereta kebal, sedangkan bukan nak berperang. Ianya ibarat, kenapa kita pasang grill, dan simpan kayu yang boleh dijadikan senjata di rumah kita? Kalau kita miskin, bukan ada orang nak serang kita pun!

Tentera USA, mereka guna jet mereka dan mereka upgrade. Jet F-5E mereka sudah tidak guna. Mereka upgrade jet pejuang mereka, dan jet F-5E yang tidak digunakan disimpan di padang pasir Arizona. Kemudian, kalau ada negara – negara membangun yang nak beli, mereka akan baiki dan jual, kalau tiada orang beli, jet itu akan tersadai jadi besi buruk. Ini realiti.

Malaysia membeli jet tersebut 30 tahun lepas pada harga $2juta sebiji. Apabila enjin itu hilang, pembangkang termasuk blog Anwar Ibrahim dan akhbar Suara Keadilan mengatakan kita hilang enjin bernilai $29 juta. Harga enjin ini diwar-warkan naik 15 kali ganda dalam masa 30 tahun. Oh please la! Itu Harakah main cerita je.

Baca page ini: http://www.timawa.net/modernization-paf.htm

USD75 juta untuk 48 unit F-5E bersamaan USD 1.5635 juta ringgit sebiji.

Kalau kita apply susut nilai RM500 ribu setahun, dari harga asal RM8juta, maka harga F-5E lebih murah dari sebuah Perodua Alza. Tapi jangan lupa, kalau jet satu set USD2juta, orang PAS kata ianya logik enjin dia boleh dileraikan dan dijual pada harga USD29juta.

Tapi saya faham, ianya soal maruah dan soal etika. Mencuri barang tetap berdosa walaupun sekadar 5 sen, tapi ini bukan dosa seperti melacurkan agama. Kes Dr ROsli dan pengunaan nama Allah ialah benda agama Islam, tapi kes enjin jet lebih kepada ekonomi. Enjin jet murah hilang terus bising, tapi anak dara orang hilang dilarikan lebai PAS, maruah dia lagi murah ke?

ADa yang bertanya macam mana enjin boleh terlepas dari kem. Oh please la. Itu bukan bidang kuasa Najib dah. ASkar keluar masuk kem bukannya mereka check satu satu pun. Kita masuk hospital pun boleh seludup keluar ubat. Al-Maunah masuk kem pun boleh bawak keluar Bazooka, M16, Mortar.. BUkan susah pun, angkat enjin masuk lori, then keluar. CAkap nak pergi baiki. HAha.

Adakah kita fikir yang buat kerja ini ialah orang BN? Adakah anda yakin bahawa mekanik, driver lori, guard semua itu orang BN? BUkan ke dulu PAS pernah kata mereka dah berjaya masuk kem askar untuk meraih undi? Kalau mereka berjaya meraih undi, maka mekanik, driver lori askar tu mungkin orang PAS, yang bawak lari enjin pun orang PAS lah.

Oh please la. Nik Aziz, tolong fokus pada akidah Dr Rosli di negeri Kelantan dan bukannya pasal enjin jet or gula. Betulkan akidah orang sana dulu. DAn tolong buat kerja di Kelantan. Arahan supaya Dr Rosli tidak tinggal serumah dengan bini no 2 dikeluarkan pada 9 Nov, tapi tetap 50 hari tinggal bersama sehingga bapak mertua yang pergi tegur, bukannya orang PAS yang bekerja dengan MAIK. 50 hari tak kuat kuasa undang2.

Kenapa saban tahun Kelantan banjir, dan tiada cadangan atau projek untuk mengelak banjir tahun depan? Sebab PAS tiada masa depan? Kot? Tahun lepas banjir, tahun ni banjir, tahun depan akan banjir. Takkan nak jawab: “dah takdir nak banjir, takkan nak tolak ketentuan lak?”. Orang Kelantan mana buat kerja! Jalan berlubang banyak giler, masuk ke kampung lubang kiri kanan, paling last turap ialah 22 tahun lepas masa BN.

Pernah terfikir, masa perlawanan bola Negeri Sembilan vs Kelantan, penyongkong Kelantan memenuhi perkarangan stadium seawal jam 4 petang, dan memasuki stadium jam 6 petang. OMG. Solat Asar dan Maghrib kat kerusi dalam stadium ke? I mean, orang Kelantan tu, orang PAS. Takkan PAS nak kata yang sokong Kelantan yang tak sembahyang tu orang BN pulak?

Hey u, i nak share satu benda best. Kisah seorang Menteri di Malaysia. Apa Menteri tu buat? Time solat, dia solat di masjid Putrajaya! Kalau meeting dari kul 3 hingga 6 petang, dan asar masuk pukul 4.42 petang, maka beliau akan tangguhkan mesyuarat around 4.35, dan terus turun dari tingkat 17 ke basement melalui lif khas untuk pegawai atasan, masuk kereta dan driver terus hantar ke masjid putrajaya, beliau akan tiba di masjid sejurus sebelum iqamah, terus solat berjemaah dan sejurus selepas solat, terus kembali ke bilik mesyuarat. Semuanya hanya dalam masa 20minit semasa ahli mesyuarat lain minum petang ketika mesyuarat ditangguhkan! Amazing? Yes!

14 Dec

Di atas ialah print screen SMS yang saya terima dari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. Ianya satu SMS yang jujur dan memberi penjelasan yang jelas di atas ketidakhadiran beliau di Parlimen pada malam 14 Dec lepas.

Saya kenal beliau, saya tahu mana nak jumpa beliau paling senang. Anda pun tahu. Beliau seorang yang down-to-earth, yang menoreh getah dan tidur bersama di rumah kampung penduduk di Manek Urai dulu.

Mungkin ramai yang tidak sedar tentang kejadian yang melanda Dewan Rakyat pada 14Dec lepas. Secara ringkasnya, selepas kemeterian terakhir membentangkan bajet 2010, salah seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat mencadangkan undian setiap ahli parlimen dibuat. Pusingan pertama telah menyaksikan 61Ahli Parlimen menyokong dan 60 Ahli Parlimen membantah. Ianya berlaku pada jam 10.30 malam.

Kemudian Ahli Parlimen dikerah ke Parlimen untuk pengundian seterusnya. DS Najib bergegas dari majlis, ahli parlimen yang baru turun flight terus ke Parlimen, yang dalam perjalanan ke Pahang patah balik ke KL dan lain – lain. Undian ketiga menyaksikan 66 menyokong dan 63 membantah.

Belanjawan diluluskan dengan majoriti 3 undi.

Jika bilangan membantah lebih tinggi, ini bermakna kerajaan sekarang tidak dipercayai dan belanjawan dibekukan sehingga dikaji semula. Ini bakal mengakibatkan kerosakan ekonomi yang sangat teruk di Malaysia. Ramai pihak menyalahkan ahli parlimen masing masing yang tidak datang menyebabkan BN menang tipis dan PR kalah tipis.

Saya tidak akan salahkan ahli parlimen yang tidak hadir. Saya pernah berada di Parlimen sehari suntuk, ianya sangat sangat sangat sangat sangat memenatkan. Dan boring *yes Dato Sri, bosan giler tau menunggu u kat parlimen. Ianya ibarat kita masuk kerja pagi, duduk di kerusi sampai petang. Walaupun ianya sekadar tiga kali bersidang setahun. Mendengar ayat orang keras kepala yang tidak boleh dibentuk. Mendengar soalan bodoh pembangkang dan jawapan bodoh kerajaan. Kemudian sahut menyahut, kemudian “ahli yang berhormat, sila duduk, hormati dewan yang mulia”

Bayangkan kita sebagai wakil sesebuah kawasan Perlimen, terpaksa memikirkan masalah rakyat, tugas di kementerian yang berlambak, puluhan orang menunggu untuk berjumpa kita, satu benda selesai, 10 benda baru datang. sukan SEA di Laos lagi, dan banyak kerja lain. Kamu sebagai orang biasa pun kadang kadang ada 3 jemputan satu malam, apatah lagi Ahli Parlimen. Dan apa motif Menteri Pelancongan mendengar pembentangan Menteri Pelajaran? Misalnya, malah belanjawan sudah dibentangkan, hitam putih sudah diedarkan, nilai duit sudah difahamkan, sudah diluluskan.

Bayangkan kamu Menteri Belia dan Sukan. Hal sukan kena diskus pasal masalah bola, masalah badminton, masalah stadium, masalah sukan baru, masalah gaji jurulatih… Hal belia pulak kene fikir masalah shuffle, remaja ubah suai kenderaan, effect harga barang untuk remaja, pembangunan belia, penyelidikan belia, masalah remaja songsang, masalah tempat rekriasi tidak sesuai. dan sebagainya, belum selesai masalah shuffle, masuk pulak jabbawockeez. Kamu tahu Jabbawockeez? Naik giler aku kene kerah untuk fikir Jabbawockeez ni. nak tahu jabbawockeez, pergi search google or youtube! Merana dah aku dgn benda ni.

Dan paling saya terkilan, kenapa Kementerian terakhir tidak menanguhkan pembentangan? Ataupun kenapa Yang Dipertua dewan tidak menanguhkan pengundian. Bukankah beliau sedar jika pembangkang menang, maka beliau hilang kerusi Yang Dipertua? Speaker mempunyai kuasa bukan?

Berikut adalah SMS antara Wan (box hijau) dan Datuk Ahmad Maslan (box kelabu) selepas beberapa hari kejadian tersebut. SMS ini lebih awal dari SMS di atas. Ianya lebih kepada perbualan biasa, mungkin tidak sesuai dikongsi tetapi saya mahu kamu sedar!

Nampaknya, DSAI sekali lagi gagal dalam percaturannya ke Putrajaya. Dulu pembangkang kata, kalau menang PRU ke 12, nak lelong Putrajaya kerana itu projek raksasa yang membazir, sekarang ni pakat tanam semangat nak ke sana pula.

Mungkin PAS fikir Putrajaya lebih dekat dengan Sepang, tempat mereka buat ladang khinzir moden dan baru. Dekat nak tengok hasil katanya. Ianya adalah projek Mega kerajaan Selangor iaitu membina pusat ternakan khinzir terbesar di Asia. Ibarat kata Teresa Kok: One Stop Center. Ianya akan membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada penduduk daerah Sepang. Antaranya pencuci najis Khinzir, menyembelih, melapah kulit, penghantaran Khinzir dan sebagainya.

Sehingga ke saat ini aku masih tertanya-tanya, di manakah PAS ketika isu ini hangat diperkatakan. Bukankah dulunya dalam ceramah-ceramahnya, PAS dengan lantangnya membicarakan kejijikan Khinzir dikalangan masyarakat ISLAM di MALAYSIA. Penternakan babi di Bukit Pelandok telah menjadi isu penting pada setiap ceramah bagi memberitahu rakyat bahawa kerajaan BN menjalankan bisnis khinzir. Tapi kini setiap ungkapan yang dikeluarkan oleh PAS menyetujui pembinaan “one stop center” ini. Inikah PAS yang selama ini mempertahankan perjuangan tetapi layu dek desakan Pakatan Rakyat (DAP). Siapalah PAS di mata DAP. PAS tak ubah seperti langau yang cuba melambatkan proses “MALAYSIAN MALAYSIA”. DAP bukanlah lawan dan kawan PAS , yang sentiasa dinafikan hak mereka.

MAsih ada lagikan Perjuangan Islam di dalam PAS?

DAP pertikai hak keistemewaan orang melayu, PAS kata ok.
DAP pertikai kerajaan BN banyak bina masjid, PAS diam.
DAP jual tanah wakaf di Pulau Pinang, PAS diam.
DAP suruh Azan di perlahankan, PAS senyap.
DAP tak bagi bantuan untuk sekolah agama di pulau pinang, PAS tak kata apa.
DAP gunakan PAS untuk minta kerajaan BN hapuskan BTN, PAS kata “Hamba yang menurut perintah tuan”
DAP suruh PAS baring atas jalan (kes perak) PAS ikut.
DAP suruh PAS maki sultan. PAS buat.
DAP suruh baca ayat quran yang tak wujud, PAS kata “tak ayat quran tu wujud” (surah aura)
DAP minta duit zakat di beri kepada orang kafir, PAS kata “ok”

Dr Asri dan Wahibi…

Semalam, kita dikejutkan dengan penahanan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki mengajar tanpa tauliah. Ramai lagi individu yang berceramah namun tidak ditahan serta didakwa.

Antara ajaran fahaman Wahabi ialah tidak mengamalkan bacaan doa qunut dan Yaasiin, tidak mengadakan tahlil dan tidak berzikir selepas solat seperti amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meminta Jais supaya segera memberikan penjelasan mengenai penahanan Dr Mohd Asri kerana tindakan jabatan itu akan menimbukan kekeliruan dalam kalangan umat Islam memandangkan bekas mufti itu diketahui tidak memihak kepada mana-mana parti dan sering memberi syarahan agama yang turut dihadiri menteri selain diundang berceramah di televisyen.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau ingin tahu tauliah macam mana lagi yang Jais hendak kerana Dr Mohd Asri mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD) dalam pengajian Islam dan juga merupakan bekas mufti.

“Kita tidak boleh menolak fahaman itu (Wahabi). Bagaimana kita hendak solat di Mekah jika kita menolak Wahabi,” katanya.

**********************

BErikut ialah contoh mufti yang diiktiraf tauliah untuk mengajar oleh JAIS dan kerajaan negeri Selangor… Petikan dari blog GAP.

Macam mane seorang kafir kristian boleh memberikan ceramahnya di dalam sebuah masjid? Tahukah kamu yang si kafir kristian ini membela dua ekor anjing jenis rotwiler di rumahnya, perhati betul-betul kat mane si kafir kristian ini berceramah, dia berceramah betul-betul di saf kedua tempat makmum masjid bersembahyang menghadap ALLAH TAALA. Mustahil YDP PAS Kawasan Kota Raja dan juga Timbalan Pengerusi Masjid Lipat Kajang tidak tahu hukum, adat dan adap bila menjemput seorang kafir kristian masuk masjid, setakat kalau di perkarangan masjid itu tidak menjadi soal, tapi tengok la, sikafir kristian ini masuk sampai kedalam masjid dan berceramah di saf kedua tempat orang islam bersembahyang.

Seringkali aku terfikir dengan PAS termasuk Selangor ni. Semakin banyak benda khurafat.

Ikrar lafaz taklik, dapat pahala sembahyang tidor dengan Tok Guru dan solat kiblat Madagascar adalah hanya antara pelbagai khurafat yang diamalkan oleh PAS dalam ketaksuban mereka berpolitik.
Kita jangan lupa pula pasal amanah Haji Hadi yang pernah mengkafirkan orang Islam pada tahun 1986. Mana cerita Masjid dua imam.
Di kampung-kampung, ada pula cerita yang hampir dengan ikrar lafaz taklik iaitu mana-mana ahli PAS yang tidak mengundi PAS akan jatuh talak. Ada pula suami akan sebut lafaz cerai terhadap isterio untuk memaksa mereka undi PAS. Dilafazkan jatuh talak jika isteri tidak mengundi PAS.
Punyalah taksub orang PAS ini sampai ada didengari lepas talkin orang PAS akan sebut sesuatu ke arah lubang. “Tengok-tengok ini orhe kito.”
Buat peringatan pada kita semua berikut:
Katakanlah wahai Muhammad: Mahukah kami khabar kepadamu orang yang amat merugi perbuatannya? Iaitu orang sesat perbuatannya sewaktu hidup di dunia sedangkan mereka mengira perbuatannya itu adalah kebaikan.(Surah Al-Kahfi: 103-104).

Ikrar lafaz taklik, dapat pahala sembahyang tidor dengan gambar Tok Guru dan solat kiblat Madagascar adalah hanya antara pelbagai khurafat yang diamalkan oleh PAS dalam ketaksuban mereka berpolitik.

Kita jangan lupa pula pasal amanah Haji Hadi yang pernah mengkafirkan orang Islam pada tahun 1986. Mana cerita Masjid dua imam.

Di kampung-kampung, ada pula cerita yang hampir dengan ikrar lafaz taklik iaitu mana-mana ahli PAS yang tidak mengundi PAS akan jatuh talak. Ada pula suami akan sebut lafaz cerai terhadap isterio untuk memaksa mereka undi PAS. Dilafazkan jatuh talak jika isteri tidak mengundi PAS.

Punyalah taksub orang PAS ini sampai ada didengari lepas talkin orang PAS akan sebut sesuatu ke arah lubang. “Tengok-tengok ini orhe kito.”

Buat peringatan pada kita semua berikut:

Katakanlah wahai Muhammad: Mahukah kami khabar kepadamu orang yang amat merugi perbuatannya? Iaitu orang sesat perbuatannya sewaktu hidup di dunia sedangkan mereka mengira perbuatannya itu adalah kebaikan.(Surah Al-Kahfi: 103-104).