fuh

Be nice to people on your way up because you meet them on your way down

I baru decide untuk kurangkan satu dari pekerjaanku, mengurangkan pendapatan sebanyak RM11,500 sebulan. Ianya adalah keputusan yang amat berat untuk dibuat, tapi ianya mengurangkan 2000% dari kesibukkan harian. Pekerjaan yang aku perlu alert 24 jam sehari, membaca lebih 8 surat khabar sehari, sentiasa on call 24 jam walaupun pukul 4 pagi, bertukus lumus bila dapat call.

Dan dengan hanya mengurangkan RM11,500 sebulan, aku boleh bernafas seperti 2 tahun yang lepas. Selepas keputusan ini dibuat, aku mandi selama sejam. Kemudian tidur di rumah kawan di blok sebelah. Ianya keputusan yang sukar, mengejutkan bagi ramai orang, tapi aku nampak hikmah di sebaliknya.

Ianya akan mengubah gaya hidup, tapi tidak banyak yang berubah. Cuma i kesian kepada mereka yang mendapat peratusan dalam pendapatanku ini. Kerana selepas ini, tiada lagi peratusan itu. Cuma aku perlu sedar, ku ingat kata – kata seorang kawan: NEVER let someone become a priority, when all you are is an option to them. Aku tidak sekejam itu, tapi dalam dunia ini, kita perlu pentingkan diri kita terlebih dahulu.

Ku masih muda, ku harus jaga kesihatan.

Tabah hati, lupakan nya. RM11,500 bukan sikit, tapi ianya tidak banyak. Ku tulis bukan kerana aku menyesal, tapi kerana ku ingin ingat tarikh hari ini: 25 Jun 2009.

Helmi, from The Bogus Circus: Bila yg Ciplak Sebest yg Ori. that night, he acted as a truck driver.

Semalam, kami keluar sama – sama, last minute punya decision. Pergi tgk Drag Me to Hell kat GSC Signature. Best!

Then makan2, lepak2… Kebetulan dia tiada kawan kat Shah Alam ni, dan rumah kami hanya sepelaung. Sama2 kat Sec 7, rumah dia sebelah sana skit, area rumah teres sana. Dekat je! BErcerita pasal life dia kat Newcastle, wan pun tak sure pernah pergi sana ke tak. Tapi kalau London, dah 14 kali wan pergi, Newcastle tak pernah not?

aduan.

Ruj. Kami: SKMM (T) 09-CCB/160/0053/02/09

Tuan,

HTTP://WENKT.COM/BLOG/BOIKOT-TINDAKAN-MELULU/

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawasanya pihak kami telah menerima aduan berkenaan artikel bertajuk ” Boikot tindakan melulu?” di laman blog milik tuan yang dinyatakan di atas. Menurut pengadu, pihak tuan telah mempertikai kewibawaan Ulama khususnya Majlis Fatwa Kebangsaan serta mempersenda Nabi pada perenggan terakhir artikel tersebut. Beliau juga mengadu bahawasanya penyiaran artikel ini berkemungkinan akan menyebabkan umat Islam bercakaran sesama sendiri.

3. Dengan ini ingin dimaklumkan bahawasanya adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) sekiranya seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar- mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.

4. Oleh yang demikian, pihak tuan adalah dengan ini diminta untuk memadam/mengeluarkan artikel yang dinyatakan di atas dari blog tuan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh email ini dihantar. Kegagalan pihak tuan melakukan sedemikian apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan tuan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Sekian, terima kasih.
Yang Benar,

Biro Aduan Pengguna SKMM
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
63000 Cyberjaya, Selangor
Aduan Melalui Internet : http://aduan.skmm.gov.my/
Talian Aduan : 1800 888 030 (8:30am-5:30pm, Isnin-Jumaat)
Faks : 603 8688 1880
Laman Web : www.skmm.gov.my

*********************

Perkara yang dikatakan mempersenda nabi adalah ayat berikut: “2/ Azfarul, komputer zaman Nabi hang tu guna windows ke? Haram gak k!” sebenarnya ayat perli wan kepada Azfarul.

Masa dulu, my blog ni cam lambat giler nak loading. Then Azfarul cakap dalam komen: “br nk ckp. dh la kom rmh ni beli zmn nabi dlu x upgrade2.” Dia mengaku mengalami kesukaran nak loading blog wan. Saper baca blog ni dengan ikhlas, dia tau la kan.

duit. stakat rm45k cash ada la. kalau nak lagi rm5k, kene beratur kat bank la. nak m2u pun, dah abih limit RM3k ari ni. Nk withdraw pun, minggu ni dah cecah limit rm5k. Ngee

Umat islam mungkin akan bercakaran sesama sendiri akibat artikel itu. AIyoh, bukan ke selama ini dah bercakaran. Kornag bercakaranlah, ada aku kisah?

Kelakar gak terima email macam ni. Yelah.. tetiba mintak derma dari kita. Aisyeh.. Orang tgh kalut nak budget untuk majlis kesyukuran bday ke 25 nanti, mereka lak selamba mintak duit.. Duit sangat diperlukan sekarang.. nak bayar catering lagi, then catering untuk VVIP lagi lah… nak bayar RELA yang jaga jalan lagi, PA system lagi, lampu lampi, khemah-khemah, petugas2…

Tak pe. TArik nafas. FIkir positif. I must do another RM10k before akhir bulan.

Kad jemputan dah nak siap. Saper nak kad jemputan, sila kasi alamat …

P/s: sebenarnya, otak rakyat Malaysia ni tertutup. Sebab kita hanya fikir dalam negara je. KEmudian dengan sekatan kebebasan Media, lagi la menutupkan otak. Saper nak baca artikel boikot tu, boleh email or tinggal komen, nanti wan emailkan.