Tarikh: 06 May 2009
Majlis: Jubli Perak Syazwan Zanini
Lokasi: Duta Vista Executive Suites, Jalan Duta

selepas party, semua kawan2 yang tidur di Duta Vista membantu mengemaskan tempat.
Kepenatan, melepak di cafe Duta Vista adalah untuk mereleasekan kepenatan selepas party. Menghabiskan air tin VVIP yang tak abih.. Semua dapat jenama dan perasa berlainan..
Lampu yang bergermelapan di sebalik skirting tu sangat lawa… Ianya bercahaya di dalam malap. Sangat cantik!

langsir. habis madu sepah dibuang.
Korang tak tau betapa penatnya memilih kain, membayar kain, mengangkat kain (3 gulung k!), memotong kain setiap 10kaki, kemudian menjahit kain untuk dijadikan langsir dan alas meja, seterusnya proses mengemas selepas majlis adalah senang: tarik dari meja, cabut dari langsir dan CAMPAK atas lantai!
Adakah anda rasa itu pengakhiran kain ini? BAca hingga abih….

koleksi hadiah.
Antaranya ialah perfume lima kotak (Dunhill dari seorang peserta OIAM musim ketiga, Davidoff Silver Shadow dari pereka fesyen terkenal Amir Luqman, Diesel Fuel For Life special edition 125ml dari my Fzy, Yves Rocher dari tak-tau-saper, dan Bvlgari dari Kak Fida – Naib Presiden GPMS), juga dapat 2 keping cds dari I Am Karl, cupcakes dari Karl, t-shirt dari Kaka, mugs, buku best giler dari Ray dan Megat, vitamin C dari Pyan Kemain, KAIN PELIKAT dari abg am dan abg adie, coklat2, cash rm10(k) dan lain – lain. Banyak hadiah tak der nama pemberi. So, tak boleh nak publish satu2 kat sini.

anak patung ni saper kasi?
Selepas kepenatan mengemas dan membuka hadiah, maka kami pun tidur (tetiba rasa macam feeling malam pertama, lepas kepenatan mengemas majlis kenduri dan membuka hadiah perkahwinan). Nothing happened pun, kalau something happened malam tu pun, bukannya malam pertama gak kan? Just like couple2 sekarang la, buat majlis kahwin tapi bila tidur lepas akad nikah, bukan malam pertama gak.
Bila kami bangun keesokan paginya, ramai tidur kat ruang tamu. Actually, kat service condo yang kami sewa tu, ada 3 katil besar.. Yang pertama dah diconquer oleh Pyan Kemain dgn kawan dia Afiz seawal jam 1 pagi lagi, katil kedua diberikan kepada Abg Am dan kawannya Abg Adie sebagai menghargai kepenatan menghias, dan katil ketiga untuk RajaSehari Syazwan dan kawannya Fzy. Yang lain- lain tidur kat lantai sudah: Ello dan kawannya Is, Israq dan kawannya Yusrie, Tok Uncle Wan yang tidak ada kawan, Isham, Afiq, dan Elle.
Menariknya, mereka tidur berbantalkan kain langsir dan kain alas meja, juga berselimutkan kain langsir dan kain alas meja. Kan dah kata, berguna gak kain langsir tu. Tahniah! Dan lagi besh, kami kene check out sebelum jam 12 tengah hari. Hahahahaha
Sebagai menghargai jasa kawan – kawan yang membantu, jasa sponsors, satu majlis kesyukuran dan rehat2 akan diadakan di Country Heights Resort, Country Heights, 43000 Kajang, Selangor pada 21 Mei ini. Hanya kawan – kawan dan sponsor yang dijemput saje akan bersama2 menghabiskan masa semalaman di sini. Jom mandi kolam dan berBBQ (rasanya i prefer kita keluar makan satay Haji Samuri Kajang. Join us makan satay pada malam 21 Mei di Haji Samuri, korang bayar sendiri2 k!)
Resort styled with clusters of Mediterranean Villa surrounded by lush landscaped gardens and lakes. All the villa are tastefully furnished which consist of 3 bedroom and two bathroom, the master bedroom is furnished with a King Size bed with attached bathroom. Each villa comes with a covered car porch, a living area, dining area and a kitchen. It is also fully air conditioned and the villa also equipped with TV, refrigerator, water heater and tea and coffee making facilities.