Ianya memang makanan Anjing. SO What?

Artikel ini ditulis oleh blogger wenkt yang pernah ditahan di lokap selama 6 hari 5 malam pada 5-10 Ogos 2008. Blog wenkt adalah http://www.wenkt.com/blog

Kenyataan Teresa Kok yang menyamakan makanan di dalam tahanan adalah “worse…maybe similar to dog food” adalah sangat tepat. Jika anda tidak pernah menjadi tahanan ataupun masuk lokap, anda boleh kutuk Teresa Kok. Jika anda pernah masuk lokap, anda akan berfikir sebaliknya.

Kos untuk makanan tahanan sehari ialah RM4.50 sahaja untuk 3 kali makan – sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam. Makan pagi ialah roti kering ataupun biskut keping kering dengan air teh susu tawar. Makan tengah hari ialah nasi hancur dengan sayur secubit dan daging / ikan / ayam secubit.

Roti pagi memang roti kering. Anda tidak boleh menjumpai jenama tersebut walaupun di kedai kopi di dalam kampung. Ianya memang roti dari jenama paling murah. Air pula ialah teh susu tawar yang hanya menggunakan seuncang teh dan setin susu manis untuk 40 orang tahanan.

Nasi pula ialah dari beras hancur. Beras ini direbus dan ianya bukan masa sempurna. Ianya sekadar merebus beras supaya ianya dipanggil “nasi” dan bukan dipanggil “beras”. Janji lembut dan boleh telan. Ianya adalah beras hancur, nasi hancur. Ianya bukan Beras Herba Poney Taj Mahal ataupun beras Faiza Emas Super Special Tempatan. Ianya adalah beras yang direject oleh BErnas dan dibungkus kembali untuk diberi makan kepada orang tahanan dan juga pendatang tanpa izin. Beras yang sempurna dijadikan beras berjenama, beras yang hancur bukannya dibuang ataupun dijadikan bedak sejuk, tetapi ianya masih mempunyai nilai walaupun sangat rendah.

Makanan di lokap berbeza dengan makanan di penjara. Kalau anda masuk penjara dan anda nak makan best, keluarga anda perlu membayar RM4.50 sehari kepada penjara. DAn makanan anda adalah berhidang dengan lauk penuh dan jus oren setiap kali waktu makan dan ianya berhidang dengan pelayan. Itulah makanan untuk Razak Baginda dan kawan2 dia. Saya tahu mengenai fakta ini setelah rakan yang dimasukkan dalam lokap bersama saya pernah tinggal di penjara sungai Buloh dan kenal Razak Baginda semua tu..

Makanan di dalam penjara disediakan oleh pihak penjara. Ada bahagian khas yang ditugasakan memasak di dapur penjara. Makanan dalam lokap tidak disediakan oleh Balai POlis tapi mereka bayar kepada pihak luar. PIhak luar hanya terima RM4.50 untuk supply tiga meals setiap hari. Itu kalau betul betul pihak polis bagi RM4.50 kepada mereka. Bayangkan Polis hanya bayar RM4.00 sahaja kepada supplier. Bayangkan lah! Secara purata RM1.00 untuk breakfast, RM1.75 untuk lunch dan RM1.75 untuk dinner. Seketul ayam dijual pada harga RM2.50 di kedai makan biasa. SO apa makanan yang tahanan boleh makan?

Letakkan diri anda sebagai pembekal makanan. Anda dibayar RM1.75 untuk menyediakan makanan tengah malam yang terdiri dari nasi, lauk, sayur dan air. Hanya RM1.75! Kalau kita bukak puasa di Lemon Garden Cafe di Shangri La Kuala Lumpur, kita perlu bayar RM108++ (atau RM124.20 nett) juga untuk makan nasi, lauk, sayur dan air (secara buffet). Samaada RM1.75 ataupun RM124.20, tujuan makanan disediakan adalah supaya kenyang. That’s all.

Jadi, kalau anda adalah pembekal makanan, apakah makanan yang anda akan hidangkan untuk nasi, lauk, sayur dan air pada kos RM1.75?

Jawapan: Makanan setaraf makanan anjing. Daging ayam cincang kecil, dipotong dua akan menjadi dua ketul. I mean, kalau satu paha ayam dipanggil satu ketul ayam, satu paha ayam yang dipotong 5 akan dipanggil 5 ketul ayam. Teresa dihidangkan dua ketul ayam. Saya pun pernah dapat 2 ketul ayam. BUkannya satu ketul paha dan satu ketul dada macam Snack Plate KFC tapi dua ketul kecil.

Tidak ada alasan untuk supplier makanan tersebut untuk menolak troli mencari bahan mentah di dalam Tesco Extra. Mereka mendapatkan sayur rosak di pasar, ayam yang dah tidak segar dan sebagainya. Semua mereka nak untung. Kalau beli sawi RM1 sekilo yang segar, baik amik je sawi buangan yang dah kecut tu. Segar2 pun, masuk kuali kecut jugak.

Bukannya tahanan nak complaint kepada polis bertugas pun kalau sayur kecut. Polis tersebut sure lempang tahanan tersebut tanpa fikir panjang. Dah memang macam tu cara hidup tahanan dalam lokap.

Ianya memang makanan tidak sedap. Makanan anjing memang tidak sedap. Kalau sedap kita sure habiskan.

Kalau masak ayam kurma, kita perlu letak tulis bawang, kemudian rempah kurma, masukkan kentang dan juga santan secukupnya. Di lokap, makanan tiada kentang, tiada bawang. Ayam masak kurma yang dimasak dengan sedikit rempah kurma dan sedikit santan tetap akan dipanggil ayam masak kurma. Cuma kalau anda buka kedai makan dengan resepi macam itu, maka kedai anda akan ditutup dalam masa 2 minggu.

Kalau korang makan di kedai makan dan diberi makanan seperti itu, anda akan kata: Makanan anjing lagi best. Kalau orang gaji kita masak macam tu pun, kita akan kata: Makanan anjing lagi best. Trust me.

Kalau ikan kembung, ianya bukan ikan kembung segar. Ianya adalah ikan kembung yang dah rosak. Yang peminta sedekah yang malas berusaha, boleh la makan. Kalau orang miskin yang kemudian berusaha, sure mereka pun taknak beli ikan kembung rosak kan? Pembekal makanan, bukannya mereka berebut pergi ke jeti di Tok Bali untuk amik ikan segar. Mereka bukannya ke pasar untuk beli ikan kembung pada harga RM7 sekilo tapi pada harga “Bang, beli ikan bang. Dah nak tutup ni. Amik la ikan kembung ni.. 5 kilo RM10.. dah nak abih dah ni….”. Yezza, ikan kembung yang lama. Yang mata merah menyala, yang kulit kering kontang.

Lokap memang direka supaya tahanan “insaf” dan menyatakan: Ini adalah kali pertama dan kali terakhir aku masuk lokap. Kalaulah makanan dalam lokap itu sedap, ataupun lebih sedap dari restoran, ramai yang tak kisah masuk lokap. Tapi tujuan lokap supaya kita insaf, maka makanan teruk akan dihidangkan. Itu dinamakan psychology.

Apa yang Teresa cuba sampaikan ialah mutu makanan. OK. Korang pergi amik beras, hancurkan beras tersebut dan masak untuk dijadikan nasi. Make sure nasik tu bukan masa betul2, tapi sekadar dipanggil “nasik” dan bukannya “beras”. Kemudian ambik satu paha ayam, potong 5, then masak kurma tanpa kentang dan bawang then santan skit je, lepas tu korang amik dua ketul je dari 5 ketul tu. Kemudian buat sikit sup sayur dengan sayur yang dah sangat layu. Then buat air teh dari 1gram serbuk teh dan satu sudu kecil susu manis. Itulah mutu makanan dalam lokap.

Lupakan about cendol, nasi kerabu, ayam madu dan sebagainya. Ianya adalah benda yang mustahil untuk dihidangkan dalam lokap. Manusia seperti Teresa Kok, yang sejak kecil berpandangan jauh, yang sejak kecil belajar seterus berjaya, mengubah kehidupan dia dari miskin kepada kaya, seterusnya sentiasa berfikiran tentang masa depan. Dia telah mengecapi kejayaan, kemewahan hidup tetapi tetiba ditahan dan diberi makanan yang dia tak nak makan. Macam saya sekalipun, kalau saya boleh makan akan yang Teresa dihidangkan, baik la kami tak yah belajar, tak yah bekerja.. Tapi sebab kita mahu diri kita makan mewah, bukak puasa buffet, kambing golek, sushi.. bukannya nak kata kita menunjuk tapi kita setaraf. Aku dilahirkan tanpa pengetahuan, tanpa pelajaran, cuma kami berusaha dan kami dapat. Winners make things happen, Losers let things happen. THats all.

Memang ramai insan-insan dan juga rakyat Malaysia yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang amat terhiris dengan kata-kata Teresa Kok. Ini kerana kebanyakan menu harian mereka lebih teruk dari itu. Ini umpama menyatakan bahawa mereka ini lebih hina daripada anjing. Tapi mereka tetap hidup macam tu. Taknak berubah. Mereka menganggap kata – kata Teresa Kok sebagai hinaan dan bukannya kata – kata semangat.

Sudu garfu memang diharamkan terus di lokap. Malah di penjara pun sudu garfu diharamkan. In fact, semua benda yang boleh menjadi senjata adalah diharamkan. Berus gigi akan dipatahkan. Berus gigi akan tinggal kepala sahaja. Trust me. Aku pernah masuk lokap.

Tak perlu la kita bgtau bahawa Teresa Kok tak bersyukur or what-so-ever. Stop it. Tak perlu cakap bahawa Teresa Kok perlu bersyukur, perlu tengok rancangan BERSAMAMU dan sebagainya. Rancangan BERSAMAMU itu ialah rancangan untuk membuka pekung. Bangga dengan orang miskin. Bangga dengan orang yang tak mahu berubah ke arah kebaikkan. Trust me, kalau pelakon BERSAMAMU tu sejak kecil belajar dan berusaha, dia boleh jadi Kaya.

Salah sebenarnya orang yang tidak masuk lokap dan menjadi tahanan untuk berbicara pasal mutu makanan dalam lokap. Tapi wan telah diberi peluang untuk merasai kesedapan makanan lokap. Bayangkan, saya hilang 4 kilo sepanjang 6 hari di lokap. Dan jika anda perlu tahu, kos makanan makan tengah hari pada hari pertama keluar lokap pada 10 Ogos lepas ialah RM14.00 dan saya makan nasi campur di kedai biasa! Tanya my little brother. Saya amik kerabu perut lembu, sup tulang dan ayam masak rendang. Nasi yang sedap dengan cencaluk dan juga budu.

Tidakkah anda terfikir kenapa saya sanggup makan sehingga RM14.00?? Apa yang saya amik?? Ikhlas, ianya adalah balas dendam setelah lama kita tak makan dengan sempurna.

Artikel ini ditulis oleh blogger wenkt yang pernah ditahan di lokap selama 6 hari 5 malam pada 5-10 Ogos 2008. Blog wenkt adalah http://www.wenkt.com/blog

cup cakes

Dua hari lepas, my housemate Nasha mengidam nak makan cupcakes. Dia beli la sekotak 36 bijik. Harga sebijik RM1.50.. ingatkan dia beli sebijik dua je sbb dia tulis kat YM…

Tapi sebab member dia yang jual, dia dapat harga murah skit. Best giler cupcakes ni…

Saper nak order cupcakes ni, boleh la contact wan… RM1.50 sebijik. Satu kotak ada 36 bijik. Total RM54 tapi kami jual RM50 je. Murah ok berbanding kat luar tu. Maunyer RM2 sebijik.

Furlong


444.4km… nice number kan? Kalau 1km = 20sen petrol, dah abih RM88.88 untuk petrol

Pilihan raya semakin hampir. Semua kementerian menunggu Menteri baru. Hanya Pak Lah yang kekal menjadi PM dan NAjib menjadi TPM. Menteri lain mungkin akan berubah kementerian. Bebas!

Kalau dulu, ucapan alu – aluan akan berbunyi “Yang berbahagia Menteri Kewangan, Yang berbahagia Menteri Pelancongan” dan lain – lain, tapi sejak negara kita diperintah oleh tentera, kata alu – aluan berubah menjadi “Yang berbahagia wakil – wakil dari kementerian pelancongan yang diketuai oleh …” dan lain – lain. Sebab dulu hari – hari dengar teks ucapan macam itu, sekarang ni rasa cam pelik sangat. Haha


iklan BN di Maju Junction. Besar giler. Hahah

Aku benci politik sekarang. Benci giler. Surat khabar pun aku tak baca. Normally wan ni jenis yang berfikir positif, orang buat jahat pun, wan amik dari segi kebaikan dia je. NOrmally wan berfikir secara opptimist la, tak nak jadi passimist sangat. Tapi bila baca surat khabar semua pasal keburukan pembangkang, then very the pikir negetif kan? Paling teruk bila tengok TV pun, ada iklan BN gak.. Melampau giler kan?

Semalam masa balik dari opis kul 2 pagi, nampak jalan ditutup. Ingatkan sebab ada construction, tapi sebab ada orang guna kren di tengah tengah jalan untuk pasang poster. Katakan sewa kren oren besar tu pada harga RM800 sejam, berapa la kos nak pasang poster kat seluruh Malaysia ni.

Tapi bila korang berada dalam pelancongan, semua benda tentang Malaysia adalah sangat best! PErnah tengok iklan terbaru dari Tourism Malaysia selama 10 minit yang menggunakan lagu latar To Know Malaysia is To Love Malaysia? Iklan dokumentari ini sangat best. Rasa bangga dengan Malaysia. Sangat bangga dan happy sangat…

To know Malaysia, is to love Malaysia
People smiling everywhere
Showing you how much they care

To know Malaysia, is to love Malaysia
It’s true
This land, so beautiful
It will steal your heart away
This land is paradise
And it’s only, only a smile away

To know Malaysia, is to love Malaysia
In this land where dreams come true
Malaysia welcomes you
To know Malaysia, is to love Malaysia
It’s true, it’s true, it’s true….

Lagu ini wan dengar setiap hari. Bukannya sebab lagu ini ada dalam handphone wan, tapi sebab tiap hari ada event yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia, Kementerian PElancongan dan persatuan – persatuan pelancongan yang perlu dihadiri oleh wakil wakil kementerian dan lain lain. Setiap kali event yang promote Malaysia, tak kira la di dalam atau pun di luar Malaysia, iklan dokumentari 10 ini akan dipaparkan. BEst giler!

Berada dalam bidang tourism, memang tugas utama wan ialah mengatur perjalanan. Tak kisah la orang luar untuk ke Malaysia atau pun orang Malaysia pergi ke luar. So, I’m a specialist dalam mengeluarkan harga untuk korang travel. HEhe. Pakar mark-up harga gak la. Tapi yang menariknya ialah, untuk mengajak orang dari luar ke Malaysia, kita perlu pergi ke tempat mereka untuk ajak mereka ke sini.

Cam last saturday masa MAS fair, duduk lepak2 kat opis, tetiba kawan tanya boleh pergi ke Phuket ke tidak. Masa tu tgh bz bz tetiba dia datang hantar tiket yang sudah dibeli dan dibayar. HAmpeh. Kene terbang lagi. Arghhh. Kelakar la benda2 yang tidak sangka tetapi terjadi cam tu kan? Ingatkan main main, tapi tak kisah pun, dah lali sgt dh. Terbang je la, cuma rugi masa kat airport je la. Thats why I prefer guna official plane, tak yah transit, masa pun ikut suka bos kita (baca: ikut suka kita, sbb kita yg atur perjalanan bos). Then boleh landing kat Subang, dekat la skit nak masuk KL compare kalau landing kat KLIA, dah la tol mahal. ugrhh


Last week punya allXS card. Huhu…

Then smlm, dapat arahan untuk cari tiket ke Burkina Faso. Normally my geografi agak ok, tapi bila sebut Burkina Faso, aku jadi cam tergelak dan blur. Seblur2nya hahaha

KOrang tau mana BUrkina Faso? Rujuk sini


Dinner semalam. Gabungan Bumitra dgn Tourism Malaysia


Slide yang lama, tapi sangat bermakna pada masa sekarng

Saper nak teman aku? MAybe cari F class ke London, then C class ke Burkina Faso. Kalau beli cam tu, dapat free tiket gak. Buy 1 free 1. Hoho. Tapi bila tengok gambar kehidupan Burkina Faso, ntah laa..

Balik Kelantan! Yeay

Dari Danau Kota, Setapak, Wan balik ke Kelantan. Tujuan dia? Nak rasa 1st day puasa kat Kelantan. Dah 6 tahun tak rasa puasa di Malaysia. Lama sebenarnya tempoh masa 6 tahun ni. Kalau budak baru lahir, dah masuk tadika. Kalau budak darjah 1, dah abih UPSR. Kalau orang mati, orang dah lupa dah. Hahaha

Actually mama dgn Abah datang dengan bas ekspress. Objektif asalnya (skema tak?), ialah adik bongsu wan, adik min tu dah lama gian nak naik bas ekspress. So, Abah dgn Mama yang sporting, bawak la adik min naik bas ekspress, sampai je KL, terus wan ambik n bawak balik ke Kelantan. Hehehe… Mama dan Abah pun dah lama tak naik bas ekspress, berdekad dekad katanya. Mama kata, dulu kalau dia naik bas ekspress, kalau cabut kasut / selipar, bila sampai, dah tak tau selipar kat mana, sbb mengelongsor ke depan. Masa tu katanya, ada orang kasi tisu, makanan dan sebagainya. Dan dalam bas ada tandas.. Itu cerita 20 tahun lepas la. Abg Lee n Kak Mazihan sure tahu. *Larik!

Plan asalnya, sampai je KL, terus balik ke Kelantan. Tapi samapi je, terus ke Bandar Baru Bangi untuk tidur sampai tgh hari. Kemudian ke PUchong jap, then ke Sg Besi jumpa Ime, lepas tu pergi rumah kat Danau KOta, then lunch kat sana. LEpas tu ke Selayang. Lepas asar baru bertolak ke Kelantan. Hehehe

So, sampai KB jam 11.30mlm lah. Takder la banyak singgah pun. SInggah KFC Bentong utk adik min beli fries, then singgah menyembah kat Gua Musang. Masa ni la Jepp call cakap terlepas terawih n ke hulu ke hilir cari beriani untuk ayah dia. Heheh. anak mithali katanya.

Apa yang menarik kat Kelantan? Jalan yang luas giler berbanding KL. Hahaha.. Mmg luas la sebab tak jem, tak perlu risau kiri kanan… Then tak perlu berebut parking cam KL, parking pun tak perlu lock stering, tak perlu check 2 tiga kali, sbb dalam pagar rumah je.. hehehe.. Tapi ye la, KL memanggilku kembali ke sana.

Apa aku buat di KL? Belajar jalan lah. Wan dah tau jalan dari Bangi ke Puchong tanpa sesat, jalan dari Sg BEsi ke Danau Kota tanpa masalah, dan yang lain lain tu still boleh dipertimbangkan lah. Ala, baru 5 hari kat KL. Tapi gabungan sign boards, N95 dan peta KL yang bersaiz A2 dan free dari jabatan Ukur tu ialah gabungan yang berjaya. Peta tu, boleh buat tutup cermin lagi, mmg besar! Sure korang akan gelak2 kalau nampak wan tgh kaji peta dalam kesesakan lalu lintas. Hahahah

Hari paling penat, ialah Isnin lepas. Pagi tu hujan, dan housemate wan tak bawak balik kereta office dia, so, wan baik hati offer untuk hantar dia ke Selayang. Setapak ke Selayang bukannya seperti jalan Selayang ke KL, memang jalan kami tak jem. Senang je pecut. Sampai office dia, plan nak masuk ke KL, tapi jalan still jam. So, lepak makan jap (time tu bukan bulan puasa lagi), kemudian masuk ke bandar. Senang je, sebab sign board KLCC berlambak… tu pun boleh sesat sampai nampak Sogo. Then ala ala masuk ke kiri, baca peta N95, last last nampak balik sign board Jalan Ampang. Jumpa Piji kat Pelita, kemudian follow dia ke Kg Baru, nak baiki kereta skit. Dia tau la kedai femes tu, dah beribu dia melabur kat situ baiki kereta. Sementara tunggu kereta siap, kami ke Hentian Putra, beli tiket dia balik ke Kelantan.

Dulu punya la wan bersusah payah mencari tayar size 17 untuk BM kat Kelantan, tapi kalau kat KL, berlambak. Terkejut gak bila tokei tu kata size tayar yg kami cari tu ialah 18, ingatkan 17 je… Lepas tu tokei kat Kg BAru tu kluarkan semua katalog: Toyo, Pirelli, Dunlop, Goodyear… punya la senang kat KL. heheheh.. Baru tau rupanya hanya tayar Toyo je terbaik kat Mesia, sbb corak bunga dia berselerak. Kalau tayar Pirelli dan Goodyear, bunga dia jenis lurus, tak bagus untuk membelah air katanya. KAt mesia ni kan kerap hujan. Cam KL tu, tuang air satu baldi pun boleh banjir.


Piji dan Wan… mengharungi kesesakan lalu lintas di KL.. heheh… giler ah tembam muka aku :(


ambik gambar sendiri… tgh bosan tunggu Piji pergi beli tiket…


Bila balik ke Kg Baru, kereta dah dicabut tayar, tapi tayar baru beli sampai lagi..

Sementara tunggu tu, kami berempat pi makan kat kedai nasi ayam kampung kat Kg Baru tu. Maybe korang kenal kot. Kedai tu agak femes, dah 15 tahun kat situ. Penuh orang. YAng penting, mostly orang kelantan, semuanya jenis smart berkot, tapi makan pakai tangan. Tidak tercemar oleh arus kehidupan di kota katanya. Mana la aku tak bangga jadi orang kelantan. Even peniaga kat uptown Danau Kota tu pun, rasanya 100% orang Kelantan. Maybe terror berniaga kot. Sejak kat KL, baru wan setuju pendapat orang kata: Kalau nak tengok Melayu Kaya, sila ke Kelantan. Melayu yang pakai kereta mewah, dan rumah besar memang berlambak kat Kelantan. Merc kat Kelantan ni, normally perempuan bertudung yang drive…. Mmg susah nak jumpa kat KL cam ni. Unik kan kelantan?

Petangnya, gerak ke rumah Peon kat Rawang. Ambik barang yang dia post by flight dari France. Ada 4 kotak milik wan. satu kotak besar yang memang besar  + 3 kotak kecil. Lepak rumah dia selama 2 jam lebih gak la. Borak2 pasal Lille, pasal benda kat LIlle. LAgipun semalam Ajib ada call wan lebih 30min, so, ada idea la nak ngumpat dgn Peon (tak puasa lagi time tu). Dari Rawang, pergi ke Selayang untuk ambik Hafiz, kiranya on the way balik ke rumah lah… Kemudian balik ke rumah, Hafiz bawak balik laksa penang dari office dia. Malamnya, kami just panaskan kuah laksa dan makan laksa… After that, pergi ke Carrefour Wangsa Maju. Ingatkan nak jumpa Shawal, tapi cam tak larat je. Later lah! Lagipun rumah wan kat Danau Kota dgn rumah Shawal kat Wangsa Maju tu less than 2km rasanya, memang dekat je. Juga dekat dengan rumah adik Nurin yang hilang sejak 20 Ogos dulu…

2 hari lepas, sebelum balik ke Kelantan, singgah sekejap kat rumah ime kat Sg Besi tu. Mama dgn Abah nak tengok rumah ime. KOndo kat tingkat 5. Ada 4 bilik, 3 bilik air, 1 dapur yg tak digunakan, 2 ruang tamu dan satu ruang makan. Cam best, tapi sebenarnya, dari tingkat rumah dia, boleh nampak kubur cina yang besar giler. Tak der la takut, tapi cam tak sesuai je permandangan tu…


ni dari ruang tamu, snap menghala ke ruang makan. makan hati je tgk ruang tamu dia lagi besar dari rumah wan kat Danau Kota. Nampak tak ime dgn baju TUDM dia? hehhe


Ni la bilik dia. Tak sah kalau tak berselerak. Mmg itu perangai kami adik beradik. Heheh… Dah nama lelaki kan? :p

Kita masuk ke bahagian klimaks entry ini. Wan tahu, bahawa ramai yang masuk blog ini di pejabat. Termasuk yanie. DAn wan tau berdasarkan statistik, ramai yang masuk pada jam 8 pagi, 2 ptg dan 4 ptg. maksudnya, sampai je ke office, terus baca blog sebelum start buat kerja (macam hafizal sbb dia nak komen no 1 sbb dia tau wan update after office hour), ataupun lepas lunch tapi still kenyang untuk start bekerja balik, maka baca la blog. Tak pun, pukul 4 petang, bila dah takder mood nak buat kerja tapi menunggu waktu pejabat abih. Dan di bulan puasa ni, rasanya mostly akan baca blog pada jam 8 pagi sebaik masuk ke office, kemudian akan baca jam 3 petang, masa tengah lapar dan tak boleh tumpu perhatian kepada kerja. Voilà, gambar special utk korang. Harap harap korang baca jam 4 ptg time tengah lapar.

Gambar kat sini, juga ditujukan khas kepada kawan kawan di luar negara. Di France, England, Scotland, Wales, Ireland utara dan selatan, Nastaien di Korea Selatan, Hezkey di Jepun, Anas di Australia, New Zealand, GErmany, USA dan lain lain. Kepada kawan yang di Jordan dan Mesir, tak terasa sangat kot sbb kat sana pun ramai islam.


kita mulakan deraan di bulan puasa. Ini ialah lauk yang dihidangkan kepada wan di Kajang. Ikan siakap masak pedas. Thanks semua!


ini ialah ikan tuka. Tak tau nama dia dlm bahasa baku. ibarat ikan pari yang menikam crocodile hunter lah.


Tgh dibakar.. kemudian letak air asam, tak pun sos pedas… kalau mahu lebih sedap, perahkan sedikit asam limau (cam ayat kat botol kicap kipas udang je.. hehe)


mau kolestrol lebih? ada ayam percik, ikan percik… KHairi nak tak? Ayen nak tak? Wan pun tak beli benda ni..


mau benda manis? Nasik manis dan .. ntah nama apa ntah… yg aku tau, dia manis… dan sedap time lapar kul 4 ptg kan? hehe


labu sira. dah bertahun tak makan, tapi tak makan gak. manis daaaaaa


pilih pilih. sedap ni.. jahat tul aku.. hehehe


ikan asam pedas. penuh dgn cili dan air limau.. sedap kan?


Ikan patin ada, ketam pedas pun ada….


biar lah gambar blur, janji korang terliur.. hehehhe


ikan percik, ayam percik… apsal cam salah rotate je pic ni.. heheh


sup gear box tulang lembu pun ada… RM7 seketul + daging2…


mau sayur? makan kerabu je la… heheh


cendol!!!

Teringin gak nak minum yoes campur.. soya campur cincau… nanti2 lah.. bukannya sehari je puasa kan? heheheh….

Entry ni diupdate jam 12 tgh malam, tapi dipublish jam 10 pagi. Sebab nak make sure korang tak baca jam 8 pagi, tapi baca jam 4 petang. Kalau rasa pahala dah kurang, tutup la terus blog ni. heheheh…

Selamat menjamu mata! Esok lusa aku gerak balik ke KL…