Jadual lawatan Hari Ketiga:
Day 3 HO CHI MINH CITY / MY THO / HO CHI MINH CITY (Breakfast /Halal Lunch / Halal Dinner included)
After breakfast, a two hour drive to My Tho will expose the colorful outskirt life as well as picturesque rice fields along the journey. Upon arrival, get on a boat trip up Mekong River with islet stop at Thoi Son to taste seasonal fruits, enjoy traditional folk songs. Then, visit the authentic life of the local and challenge your bargaining power at cottage handicraft shops. An adventurous sampan ride in palm shading creeks will be the next experience of the riverside region. Then going back hochiminh for late halal Lunch at halal restaurant then visit to China Town free for shopping until dinner.
** Semalam, kami clubbing. Then sumthing happened. Dont worry, i tetap sayang Syahmi.

Remi and our guide.
Selepas breakfast, kami menaiki bas selama 2 jam ke Delta Mekong. TIba di Mekong, kami terus menaiki ferry menyeberangi sungai mekong. Ferry ada banyak size, dan semua tour dijalankan secara private, maksudnya, jika anda ke Ho Chi Minh untuk honeymoon, hanya ada anda dan pasangan anda dan pemandu bot di dalam fery kecil anda. Kalau group seramai 10 orang, akan guna ferry sederhana besar dan kalau ramai macam kami (40 orang), akan guna bot besar.

syahmi di depan delta Mekong
Tiba di seberang sungai, akan singgah makan di tepi sungai. Kami dihidangkan dengan air special vietnam. Limau nipis + madu + teh (ke macam mana dia buat? lupa dah – bahana update blog selepas 2 bulan!)

ini ialah lebah yang dipelihara.
Selepas makan, kami menyusuri tali air di dalam sungai mekong ke kampung lain. TErdapat puluhan sampan dan penganyuh yang akan membawa kita. Kumpulan kami seramai 37 orang, dipindahkan mungkin dalam 10 sampan.. satu sampan boleh muat antara 3-5 orang, dan ada 2 orang yang tolong kayuh. Kami hanya duduk dengan kamera. Dan mereka kayuh dengan laju (walaupun tukang kayuh ialah kanak – kanak perempuan!)

pijon, syahmi & remi, tunggu sampan kami tak sampai2
Ehem. Masa ni kan, pijon ilang kamera dia. Dah puas cari, tak jumpa2. Teori utama ialah kene curi oleh penjaga tempat kami makan tadi. Dah abih beg dia kami kosongkan. Asalnya, kamera terjatuh ke bawah meja, kemudian wan amik dan cuba snap gambar. takder masalah. kemudian pijon perasan yang air dalam beg dia tertumpah, kemudian dia kosongkan beg dia. lepas tu lepas kemaskan balik beg, kamera tu hilang. puas cari tak jumpa, siap semua check beg masing2 (termasuk beg wan sbb mmg wan antara yang terakhir pegang kamera tu). kemudian tak jumpa dan redha je la. Then, kamera tu terjumpa balik dalam beg Pijon masa kami late lunch. Magic! Sebab kami memang dah selongkar beg dia banyak2 kali, dan tidak ada orang bukak beg dia untuk masukkan balik kamera tu.

kayuh kayuh

kesesakan tali air di Sungai Mekong

time betul2 sesak. haha. semua main redah je. ada pun pic wan..
Kami menyusuri tali air, kemudian singgah makan buah buahan di tepi sungai, dan tengok tarian kampung. Lepas tu ada kedai2 cenderamata dan tempat buat gula2. Lepas shopping dan hujan renyai2, kami naik bot untuk kembali ke tempat bas. Walaupun agak lama di Sungai Mekong, tapi ianya santai dan best.

syahmi pose tepi sungai. yucks!
Pulang dari Sungai Mekong, kami singgah lunch di Samsudin Restaurant, restoran halal di sini. Kemudian kami ke China Town untuk shopping. Kami diberi masa 3 jam, dan surprisingly, CHina Town dia sangat besar, jauh lagi besar dari Ben Thanh market dan lagi banyak pilihan. HArga lebih kurang sama sebab semua tempat kene pandai tawar menawar.

ntah area mana ntah
Vietnam sangat warna warni. Bayangkan, semua signboard adalah dari lampu nion. DAn lampu tu warna warni, satu bandar warna warni, dari udara nampak warna warni. KAlau kat Malaysia, mostly signboard takder lampu. Kalau ada pun, kuning atau putih je.

salah satu kedai, signboard lampu neon merah!

wan mencuba kopi di Ben Thanh market. Selagi tak beli, selagi tu dia turunkan harga.
Selepas shopping, kami pulang ke hotel. Dinner dihantar dalam tupperware ke hotel sebab semua dah penat berjalan dan shopping.
Hari ketiga dah abih. Basically kami ke Sungai Mekong, naik ferry ke seberang sungai, makan dan diberi penerangan tentang business setempat dan sejarah Mekong, kemudian naik sampan ke kampung lain, makan buah, tengok tarian, then balik ke ferry, minum air kelapa, naik bas balik ke Ho Chi Minh. Lepas lunch shopping kat China Town. Then balik hotel.

motosikal yang banyak di Saigon