Sebelum terlupa, baik wan tulis terus: Kepada sesiapa pemilik blog yang masih belum menukar link wan dari http://syazwan.blogspot.com kepada http://www.wenkt.com/blog, berharap dapat menukar link tersebut secepat mungkin, kerana dalam wordpress, terdapat list incoming links, seronok lak tgk kalau link tu banyak. Hehe. TQ
Semalam Jepp sewa kereta sebab nak pi tengok Lille lawan Manchester United yang berakhir dengan….. pergaduhan. MU memang teruk, penjaga gol Lille tengah sibuk nak atur kedudukan pertahanan, tetiba bola datang masuk ke Gol! Maka terus wan tak puas hati kepada semua pelajar di Manchester, termasuk Wan Zue. Hahah. HUh, its nothing la. Bola sepak dgn Wan ibarat nasi dgn spegeti, takkan selari.
So, ari ini Jepp guna kereta yang di sewa semalam tu utk bawak kawan dia dari Paris, Faisal untuk pusing Belgium. Darul datang Lille gak, so dia pi gak. Ajaq lak tak der kelas, pergi gak. Dan mereka invite Wan. Mulanya malas nak pergi, tapi tetiba reramai ajak pi sama, maka pi je la. Just cuci muka, gosok gigi, pakai contact lens, capai kamera dan jacket (cam wartawan lak) dan terus turun.
Dan cam biasa la, selagi tak bergegar kereta, selagi itu akan pecut. Selari dengan kereta lain la kan? Hasilnya: dapat dua kali flash dan harap harap tak der la saman yang menyusul. Ye la, kereta France, kene saman kat Belgium, pemandu lak org Malaysia. Tak ke naya nak naik turun mahkamah antarabangsa? BTW, pembaca blog, jgn la ambik berat pasal pendedahan ini. Tak nak la jadi cam Rocky or Jeff Ooi kene naik mahkamah.. hehe
PI Brussels, parking kat Boulevard du Midi, then naik Tram ke Bourse, then pusing Mannekin Pis, then test coklat percuma (hahah.. typical tiap kali ke Brussels).. pi lunch, then kembali ke kereta, then drive utk cari Brupark / Atomium. Ambik gambar, then pusing cari toilet (kat Quick dalam Brupark.. 30sen sorang tu..).. kemudian kembali ke France. Pulangkan kereta dan balik ke rumah jalan kaki sambil borak dan merasa diri semakin hendak demam.
Tadi hujan, aku demam.

wan dan ajaq di Grande Place Brussels.. cuaca hari ini hujan renyai renyai… wan berbasah sedikit sebab beri payung untuk kamera, sekarang demam sedikit.

inilah tarikan Brussels… Mannekin Pis . Dah tau benda ni tak best, tapi tiap kali pergi, sure ambik gambar.

awek korea yang cun depan kedai Belgian Waffle . Dia seksi ok dalam keadaan sejuk. hehe.. comel!

tak sah kalau ke Belgium kalau tak merasa Belgian Waffle kan? eiii.. tak boring ke?

Atomium Brussels. Takder tripod, main letak je atas kerusi..

muka happy lepas pi toilet. ahaks.
Plan nak call Abang Saiful, tapi masa dalam kereta baru perasan yang tertinggal handphone. Kembali ke France pada jam 7 malam. Ada 8 miskol, dan 4 sms. Penat, nasib baik Kimmy dah belikan pizza! Mekasih… makan kemudian rehat. Demam! telan Aspirin.
Eh, korang tau takyg Britney Spears tiru rambut wan!!!!

Britney Spears botakkan rambut pada 17 February lepas, wan pulak botak pada 17 Januari. Tepat2 sebulan kan?
Eh satu lagi, apa beza Aspirin dan Paracetamol erk?


