Khutbah di Malaysia Hall London

Rasanya, kalau wan tak silap, kali terakhir wan dengar khutbah Solat Jumaat dalam bahasa Melayu ialah pada 2 September 2005. Dan kali terbaru ialah 18 Ogos 2006, di Malaysia Hall London.

Merasalah wan seperti biasa akan kluarkan pen dan cebisan kertas untuk melayin apa yang patut disalin. Topik dia “ikhlas”. Wan tulis balik apa yang wan salin, sekadar untuk peringatan kepada diri sindiri yang tidak pernah sempurna

Antaranya:
1. Jadilah seperti pokok yang berbuah. Dibaling batu tapi dibalas dengan buah yang enak.
2. Golongan yang beriman tidak selamat, kecuali yang berilmu. Golongan yang berilmu tidak selamat, kecuali yang beramal dengan ilmu. Golongan yang beramal dengan ilmu tidak selamat, kecuali yang ikhlas, dan golongan yang ikhlas sentiasa diuji.
3. Ada tiga jenis hakim di dunia: 2 di neraka dan 1 akan ke syurga. 2 yg ke neraka ialah yang bukan berdasarkan hukum yang benar dan menggunakan hukum duniawi. YAng ke Syurga ialah yang ikhlas.

Wan stay di London dari jam 4 ptg, 16 Ogos 2006 hingga 10 pagi, 19 Ogos 2006. Thanks kat Ihab yang bergalak sama dengan Wan. Tak sempat minum coffee di kawasan Soho dan gak tak sempat ke Trocadero. Next year ok?


deja vu kat blog ni kan? hahah… bukak gambar masa time raya dulu… dulu ambik gambar kat sini dengan baju melayu bersampin lagi.. suka sgt rambut baru yang dipotong di Athens. ahaks


surau dalam Malaysia Hall London…. ambik lepas semua dah kluar. Jumpa En Mizan dan gak beberapa lagi yang wan pernah jumpa dulu


thanks Nuzul sbb snapkan gambar ni.. suka ukiran kayu dalam surau ni.. cam kat Malaysia lak


after solat, pi shopping kat HArrod’s… juga beli satu novel, tajuk Shameless kat Waterstone (Wan dengan Azhar dari Australia dan Jem dari Dublin). Abah & Mama + Family, dulu pernah jumpa Jem di Paris.. Ingat kan?


Wan, nuzul dari Dublin dan Azhar… sementara menunggu tube… Teringin juga nak buat cam szakif seperti gambar ini.


jem et moi dalam tube…


dapat duduk akhirnya… terpaksa la berketat.. hahah.. Wan rasa wan maybe takkan kaler rambut untuk jangka masa yang lama. Sbb suka rambut skrg. Bagaimana pendapat anda?


tempat typical kalau ke LOndon… kalau bukan Trafagar’s Square, sure ke Tower Bridge


me kat Dover… ada tiga cara ke France dari sini.. naik Eurostar bawah laut ikut English Channel (terowong bawah tanah terpanjang di dunia), menaiki ferry (P&O Ferry / Sea France) ataupun berenang

Jangan tak tau, wan menumpang bas yang menghala ke Amsterdam untuk kembali ke France! Ikut plan asal, biler bas itu masuk je France, terus masuk motorway ke Amsterdam dan tak lalu Lille. Maka, Wan tumpang bas sampai ke Dover, dan naik ferry… sampai je Calais, France terus turun… Tanya orang camner nak ke train station, rupanya jarak port dan train station ialah 6km… apa lagi? Tulis GARE (Train Station) kat kertas A4 dan pegang je la tepi jalan tu since kat situ takder bank untuk withdraw duit dan harga taxi pulak mahal sbb weekends. Tak sampai seminit, ada orang tumpangkan! hahah…

Sampai je kat train station, ambik train ke Lille dan sampailah Lille. Alhamdulillah. Secara official, tamatlah program Syazwan Situ Sana Sini, program ini dibekukan untuk jangka masa yang panjang, bersiap sedia untuk kelas 4 September nanti dan juga fokus kepada study tahun ini. Doakan kejayaan Wan di France untuk tahun kelima.

Wan juga tukar tajuk blog dari Syazwan Situ Sana Sini, kepada Ada Apa Dengan France versi 5.0. VErsi 5 bermakna tahun kelima Wan di France. Namun disebabkan semakin sibuk, wan mungkin akan kurangkan untuk blogging. Namun wan tahu, wan boleh kurangkan masa shopping untuk barang dapur dengan membeli belah masa off peak, juga pergi bank dan pejabat pos masa tempat tersebut kurang sibuk, maybe wan akan ada masa yang terlebih lagi.

Terimalah Ada Apa Dengan France versi 5.0

mind the gap, part 1

*’mind the gap’ ialah suara yg kita selalu dengar kat tube / underground kat Kota London ni.. suara dia agak sama.. suka wan tiru suara ni!! hehe

wan still terharu biler ada orang kata yg dia ‘boleh melancong tanpa mengeluarkan duit’ dengan membaca blog wan.. terimalah gambar seterusnya.. heheh

underground London kepam skit.. teruk than metro Paris… metro Lille gak la best skali… kat london ni, ada peak and off-peak… tensi tul… kul 930am baru boleh kuar rumah.. sblm tu kene la berbuang masa kat rumah.. dah la mahal gell… 7pound utk daily tiket, then 5.20pound je untuk off-peak… then kul 930am, ramai beratur kat kaunter sbb semua tunggu off-peak nyer harga.. hahha

dari rumah, beli tiket dgn ihab, then dia ada kelas kul 10, nasib la lambat sbb nak beli tiket off-peak kan? hohoho.. ihab study kat King’s College.. stesen Westminster.. mmg center of London… kuar je stesen tu, nampak Big Ben, House of Parliment dan jugak London Eye.. cantik giler permandangan dari kelas dia kan? heheh


OMG… pic ni mengimbau kenangan lampau… ingat lagi mama suap adik min makan apa ntah kat tempat duduk ni.. masa tu tgh tunggu tube… sejuk sgt masa tu, hujan renyai renyai dan semua ala ala basah kan? (wan satu family ke UK dan France pada bulan Disember 2002)


pic ni snap masa kuar dari westminster… terus nampak Big Ben… Ihab punya kelas kat sini laa.. Feeling kan usha jam kat Big Ben, tak yah tgk jam tangan dah!! tepat terus masanya


tak yah tanya la nama apa gereja ni.. wan tak tau.. yg wan tau, Puteri Diana dan Charles nikah kat sini… 30 meter dari House of Parliment je kot.. hehe.. ramai pengunjung ke sini


jangan jadi Mesia murtad dgn kata tak kenal berdera ni… actually usha gak bendera France, tapi mmg takder… agaknya sbb ni koleksi bendera negara Komanwel (jajahan British).. France tak dijajah ok… pic ni snap depan Parliment


British Airways London Eye… 12.50pound untuk naik bendalah ni.. mahal gell… 30 minit pusing dan nampak satu London (agaknya la).. apsal tak buat cam KLCC.. free je naik atas tu… dah la ramai beratur nak naik benda ni.. tapi still tak leh lawan orang yg beratur nak naik Eiffil Tower kat my countryFrance la


Trafalgar Square… OMG.. seriously meningatkan kat Family… dulu Ime dgn Ije duk panjang patung singa kat sini, abah dgn mama duk posing dpn air pancut tu…


‘slamat ko burung merpati, adik min tak dtg!’… hehe.. kalau adik min ada skali, sure tak berehat la burung ni dikejar adik min.. hehehe… dulu pun adik min kejar sampai berpeluh, dah la masa tu sejuk giler kan? masa krismas…


satu lagi kenangan dengan family.. wan belikan adik min topi Santa Claus kaler merah then ada lampu kelip kelip (lik lak) kat kedai ni (terowong dari tube Tower Hill ke Tower Bridge)… then masa dlm flight dari London ke Paris, abg pramugara tu pakai topi sama.. lol


Tower Bridge… sure ramai confius dgn lagu ‘London Brigde is falling down, falling down’ kan? kita anggap benda ni London Bridge, tapi ni sebenarnya Tower Bridge.. wan pun dulu confius gak (betulkan balik wan kalau fakta ni salah)

London Bridge is falling down,
Falling down, Falling down.
London Bridge is falling down,
My fair lady.


voila… Kuala Lumpur di Garisan Greenwich… sanggup tau wan berjalan panjat bukit ni smata mata nak tengok balik tempat yg kami pernah pergi!!


wah! Abah pernah ambik gambar kat sini… semangat lak tu!! sbb dia cikgu Geografi…. slama ni baca buku Geografi PMR Fajar Bakti jer ada tulis pasal Greenwich, then dulu pi lawat sendiri garisan ni.. saper tak girang kan?


then mama lak tunggu kat sini.. sebab tak larat nak jalan.. mmg penat pun, n agak jauh… naik bukit lagipun… ni adalah pintu masuk ke taman Greenwich tu… bukit ni mmg menarik pun… tpai banyak anjing.. hahah


ada pun pic sendiri.. lepas bukak poser kat Malaysia Hall… ramai lak bebudak first year yang datang… dah agak dah sure ada yg kenal Wan sbb blog Wan..… muhaha… mmg blog mencapub (cari publisiti)!

actually jalan hari ni sorang diri…ihab ada kelas… tapi sebab dah pernah beberapa kali ke sini sebelum ni, tak risau laa berjalan sorang diri walaupun kat tempat yg Wan tak faham bahasa ni (yo yo jerk).. seronok gak jalan sorang diri, masuk kedai buku, belek belek… then pi Boots or Superdrug, belek belek benda kat situ (dah nama metrosexual kan?)… cuma bersms la dgn Ihab utk make sure Wan tak sesat dlm lingkungan bahasa tak faham ni (muhahah)… actually, ramai je French kat sini, masa kat Trafalgar tadi jumpa 3 orang Parisian, then kat tower Bridge ada sorang ni mintak tolong snap gambar mereka.. then jumpa lagi dlm train ke Greenwich… sbbnya > buku panduan London wan adalah dalam bahasa French.. terpampang besar LONDRES kat kulit tu.. haha.. mana org French tak nak tegur kan? hahaha