September 15th 2009 02:33 pm

Cerita Rumah Berhala Kuil Hindu di Shah Alam.

Ianya satu isu yang menarik dan sensitif.

Isu adalah seperti berikut: Kuil di seksyen 19 dibina secara haram oleh penduduk beragama Hindu setempat dan dikelilingi oleh penempatan orang Melayu. Ianya kemudian dicadangkan supaya dipindahkan. Kerajaan BN sebelum Piliharaya Umum ke 12 mencadangkan tapak di seksyen 18 tetapi Kerajaan PR selepas memenangi pilihan raya memindahkan cadangan ke seksyen 23. Isu timbul apabila 95% penduduk seksyen 23 yang berbangsa Melayu membantah pembinaan tersebut dengan alasan hanya beberapa keluarga beragama Hindu di kawasan tersebut.

Saya pernah melawat ke semua tempat yang disebutkan iaitu:

1/ Tapak asal kuil haram di seksyen 19
2/ Tapak cadangan kerajaan BN di seksyen 18
3/ Tapak cadangan kerajaan PR di seksyen 23

Dan saya akan jelaskan di sini tanpa memihak kepada BN ataupun PR.

Tapak Asal Kuil Haram di Seksyen 19

Ini adalah gambar dari udara lokasi Kuil Sri Mahamariaman Seksyen 19. (klik utk besarkan)

ini ialah kuil di seksyen 19. asalnya ialah kecil di bawah pokok.

Tanah milik PKNS. Penceroboh akan didakwa. Well, sudah terang lagi bersuluh

Apa yang kita nampak dalam permandangan dari udara pada gambar pertama di atas ialah kedudukan kuil itu memang dikelilingi oleh kawasan perumahan. Saya tertanya kenapa kuil yang dianggap haram ini perlu diberikan tanah oleh kerajaan negeri untuk dibina secara teratur? Maksud saya, kalau saya ceroboh tanah PKNS, buat rumah sendiri, kemudian PKNS datang, saya boleh request tapak lain secara percuma? Berapa banyak duit rakyat Selangor perlu dihabiskan untuk bayar kos tanah. Harga rumah dan tanah kat Shah Alam ni pun merepek je.

The Malaysian Insider mengatakan kuil Seksyen 19 ini berumur 150 tahun. Namun bila kita baca wikipedia: Kuil tertua di Malaysia adalah Sri Mahamariamman di Jalan Bandar Kuala Lumpur. Kuil tersebut ditubuhkan pada tahun 1873 (136 tahun) tetapi hanya dibuka untuk orang ramai pada tahun 1920an.  Kuil Sri Sunderaraja Perumal, Klang atau dikenali sebagai Kuil Klang Perumal hanya berumur 117 tahun. Ianya dianggap sebagai salah sebuah kuil tertua di Malaysia dan kuil jenis Vaishnavite terbesar di Malaysia. Kedudukkannya di bandar diraja Klang adalah di Little India.

Tapi yang menariknya, Kuil Sri Mahamariaman Seksyen 19 ini berumur 150 tahun yang telah wujud dari tahun 1859 sebelum kuil tertua di Malaysia yang berumur hanya 136 tahun dan kuil terpopular yang hanya berumur 118 tahun?

Petikan HarakahDaily:
Pembinaan kuil di Seksyen 19 oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu disifatkannya tidak sesuai, kerana terlalu dekat dengan surau di samping terlalu dekat dengan rumah penduduk di situ. Ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat cuba memindahkannya ke Seksyen 23, yang kedudukkannya lebih jauh dari kawasan surau serta perumahan penduduk Melayu.

Persoalannya, bila masa pulak BN buat kuil kat situ? Maksudnya BN sudah wujud sejak 150 tahun dahulu? kuil itu tidak mendapat bantuan pembinaan dari kerajaan Barisan Nasional. Kuil pembinaannya dimana sahaja modus operandi yang sama digunakana iaitu pacak dan pasang (stake claim)

Tapak cadangan kerajaan BN di seksyen 18

ini ialah permandangan udara tapak cadangan BN di seksyen 18 (klik untuk besarkan)

tapak di seksyen 18. di hadapan itu ialah laluan komuter, di kiri ada jalan raya dan di belakang ada sungai.

Ada pro dan con. Pro ialah ianya jauh dari kawasan perumahan, jauh dari kawasan kilang. Jalinan pengangkutan yang sangat jelas dan berkesan. Kawasan yang dicadangkan ialah yang nampak ada benda kuning tu. Di atas kawasan ini ialah laluan komuter. Di bawah pula ialah sungai. Di kiri ialah jalan raya yang menghubungkan seksyen 2 Hotel UiTM dan seksyen 18. Yang kawasan ada kilang Cadbury tu. Dari Hotel UiTM, lalu kilang Cadbury then naik jambatan yang ada laluan komuter kat bawah dia, kemudian terus masuk kiri. Strategik kot? Kawasan luas dan boleh buat tempat parking kereta yang sangat banyak.

Paling jelas, Shah Alam yang kebanyakkan penduduknya adalah orang Melayu dan rumah di seksyen 18 dipisahkan oleh sungai, dan juga bahagian landai di tepi kiri kanan sungai. Kalau kuil ketuk loceng sekalipun, bunyi kurang didengari. Kalau bakar kemenyan pun, asap tidak sempat seberang sungai.

Con ialah di atas itu ialah laluan komuter dan mungkin bising. Tapi sebenarnya, korang pun tahu, komuter bukan selalu ada pun. Komuter kat Klang valley ini hanya 1 per tiga daripada jadual. Banyak tertunda, banyak tersangkut, skali lalu padat, tak berhenti semua stesen. KPI Menteri Pengangkutan pun aku rasa tak lepas. Tak reti buat kerja gak la tu.

Tapak cadangan kerajaan PR di seksyen 23

tapak cadangan PR di seksyen 23. Klik untuk besarkan.

Yang kuning ialah tapak cadangan Pakatan Rakyat. Yang atap coklat itu ialah kawasan perumahan seksyen 23 yang 95% adalah keluarga Melayu Islam. Atas biru ialah dewan komuniti. Sebelah dewan itu ada Taska dan juga taman permainan kanak – kanak. Kawasan hijau itu ialah tapak cadangan. DI atas dan di kanan ialah kilang2, di bawah ialah LOJI RAWATAN KUMBAHAN IWK. Di kanan ialah jalan raya yang menghubungkan exit Kesas dan Puchong ke Shah Alam. 24jam sehari sibuk dengan kenderaan termasuk lori trelar mengangkat barang. Lagi bising berbanding laluan komuter.

Kerajaan PR memindahkan ke seksyen 23 kerana tanah di seksyen 18 bakal dijual pada harga yang lebih tinggi untuk kawasan rumah mewah sebab kawasan strategik.

Sebagaimana yang disebut rakan-rakan, tidak rasional kenapa perlu mereka mahukan tapak kuil Seksyen 23.

Untuk faham, fikirkan muslihat mereka. Buat setakat ini, kerajaan dulu dah tawar tapak Seksyen 18 dan siap dah sedia. Seksyen 22 dah disediakan menggantikan tapak Seksyen 18 yang mereka tidak mahu. Diputar punya putar, mintak Seksyen 23 dan baghal-baghal Pakatan Rakyat layan pula.

Dapat Hindu-Hindu tiga tempat tapak kuil. Jangan hairan mereka masih enggan keluar dari Seksyen 19. Dapat 4 tapak kuil. Ye la, berdosa kot runtuhkan tempat ibadat. Juga saper nak guna tempat seksyen 19 tu? Sure berhantu selepas dipuja sejak 150 tahun dahulu.

Well, saya tak kisah dengan kewujudan tempat ibadat cuma ianya tidak sesuai dengan bilangan penduduk beragama lain.

Viewed 2485 times by 1346 viewers

9 Comments »

9 Comments

  • At 2009.09.15 14:49, Mohd Sufian said:

    PRU13: Goodbye Pakatan Rakyat

    • At 2009.09.15 15:56, rizz said:

      ermmmm

      • At 2009.09.15 17:22, tukang karut said:

        Wow…sangat detail . Syabas. Tak patut bina kuil kat tempat yang majority penduduk beragama Islam. Kanak Kanak tadika pun boleh faham statement itu logic.

        • At 2009.09.16 03:54, wenkt said:

          thx

        • At 2009.09.16 13:08, friend said:

          Pengarah Strategi PKR mengumumkan lebih 30 peratus orang melayu telah mengambil keputusan untuk tidak akan menyokong PKR lagi. Itu yang membimbangkan anwar dan kuncu-kuncunya sekarang ni, ditambah lagi dengan isu hot rumah berhala hindu dan kepala lembu, orang melayu dilihat makin lagi menjauhkan diri dari PKR.

          MB Selangor Khalid Ibrahim memasang satu strategi baru, strategi khalid ialah mengambil hati semua orang india yang sekarang ini dilihat semakin bentan dengan MIC. Khalid dalam ceramahnya pada 13 September telah mengatakan pada kaum india di sebuah estet di Ijok bahawa rumah berhala di seksyen 23 Shah Alam sudah tiada masalah lagi, maknanya, rumah berhala di seksyen 23 sudah boleh di bina tampa ada ganguan dari mana-mana pihak. Dan di tepuk oleh ratusan orang india yang datang, Khalid juga menambah, yang rumah berhala di seksyen 23 tu sekiranya pembinaannya tidak di ganggu gugat oleh penduduk melayu di sana, Deepavali tahun depan seluruh orang india di ijok yang bermazhab mariyaman sudah boleh bersembahyang di sana dan kerajaan negeri berbesar hati untuk menyediakan transport untuk mereka ke sana.

          Khalid seolah-olah tahu isi hati masyarakat india di sana, tampa perlu di soal, khalid memberi jaminan yang tapak rumah berhala yang di peruntukan oleh kerajaan BN dulu di seksyen 18 dan 22 masih kekal haknya, ia tetap tapak rumah berhala dan kerajaan selangor dan pkns berjanji tidak akan membangunkan tapak itu untuk tujuan kormesil, sambil ketawa, khalid mengatakan kita selesaikan rumah berhala di seksyen 23 dulu, lepas tu kita bagi peruntukan untuk buat di seksyen 18 kemudian seksyen 22 itu pun sekiranya orang india menyokong PKR lagi dalam pilihanraya akan datang, kata khalid. dan malam itu khalid ibrahim mendapat tepukan yang amat gemuruh oleh orang india di ijok.

          Sekali lagi det nak ingatkan pembaca semua, seperti yang kita semua sedia tahu, tapak rumah berhala yang menjadi punca kontrovesi ini bermula di seksyen 19 shah alam, di seksyen 19 ada satu kawasan perumahan yang boleh dikatakan penduduknya 90 peratus melayu, memang ada satu rumah berhala hinduu di kawasan itu yang bersaiz sebesar jamban di bina secara haram jadah diatas tanah milik pkns, atas alasan kuil itu telah bertapak kununnya hampir 150 tahun maka kuil yang asalnya haram telah menjadi halal bersyarat tidak boleh boleh diadakan majlis yang grand-grand di kawasan yang majoriti melayu. maka kekal lah rumah berhala itu ibarat hidup segan, mati tak mati-mati lagi.

          Selepas menangnya Pakatan Haram Jadah, secara tiba-tiba rumah berhala yang di seksyen 19 mendapat nafas baru hasil dari pernafasan mulut kemulut dari dua ekor lembu iaitu Rodziah dan Khalid Samad, dalam perjanjian sulitnya rumah berhala seksyen 19 menjadi meriah kembali, bila meriahnya rumah berhala tu, maka turut meriah lah juga crime di kawasan tu lalu penduduk yang selama ini hidup aman damai pun mula protes tentang rumah berhala haram tu, maka untuk menjaga hati penduduk melayu seksyen 19, satu arahan di keluarkan meminta rumah berhala tu kononnya akan di pindahkan, dan tempat yang paling idel untuk di pindahkan ialah di seksyen 23 yang juga majoriti penduduknya melayu dan 60 peratus pula mereka ini penyokong kuat UMNO.

          Nampak tak macam mane permainan khalid dan dua ekor lembu tu? buat di kawasan melayu yang ramai penduduk nya menyokong UMNO, dan bila bantahan penduduk di buat maka kerajaan negeri menuduh yang UMNO menjadi dalang dan mereka ni racist, so mereka boleh la pukul canang pada bukan melayu untuk benci pada UMNO. fikir logik la, kalau rumah berhala tu buat depan rumah Azmin Ali atau Rumah Khalid Ibrahim pun dah tentu beruk dua ekor tu akan mengamuk juga, pasal ape tempat dah ada korang tak buat, pi buat pula ditempat yang tak sepatutnya di buat.

          Percayalah rumah berhala di seksyen 19 tu tidak akan di roboh atau di pindahkan, sebaliknya akan tumbuh tiga lagi rumah berhala Hindu di shah alam di seksyen 18, 22 dan 23.

          • At 2009.09.16 15:51, CAK said:

            aku selaku penduduk sek23 akan tetap perjuangkan hak aku sbg umat Islam. memang xgune punye 2 malaun yg bernama kalid tu. yg aku xtahan org2 PKR&PAS totok leh buta hati dgn menidakkan hak bangsa yg seagama dgn mereka…nasib nasib..

            • At 2009.09.18 10:17, Tepi bangunan SUK Selangor... said:

              Satu topik yang membuatkan aku ntuk bg komen…
              Pengalaman aku x la banyak, tp sepanjang aku keje enforcement, kuil2 india yang haram nih, pda mulanya adalah kecik jer…n lama2 kemudian akan btambah besar….dan kbanyakkan ntuk dpindahkan adalah susah…tentangan dan juga cter pusing2 dorg akan menyulitkan keadaan walaupun seberapa bnyk rundingan diadakan…

              Lg 1, di Selangor, semasa pemerintahan BN…kelulusan ntuk membina rumah ibadat bukan islam adalah tidak melebihi 0.4 hektar..tetapi, setelah pemerintahan PR, syarat ini telah dimansuhkan dengan tempoh tidak sampai 1 tahun pemerintahan dorg…

              Pernah keluar di surat khabar, bahawa Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam yang di ketuai oleh Xavier Jayakumar, berbangga dengan kelulusan permohonan rumah ibadat bukan islam yang meningkat setelah diterajui oleh PR berbanding BN…Dan mengapa sesi perbincangan di MBSA mengenai isu kuil ini tidak dihadiri oleh Xavier???sdang si celaka nih spatutnye hadir sbg Pengerusi Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam Negeri Selangor…

              Apa jua yg criterkan ini adalah skadar sdikit info yg dapat sy berikan mengenai topik ini…ianya bukannyer racist dan menjadikan blog wan ini sbg blog politik…

              Tenkiu…

              • At 2009.09.18 16:35, Hamba Tuhan said:

                Contoh melalui teladan , wahai kawan-kawan Islam !… Kamu sedang diperhatikan .. bukan saya tapi Tuhan….

                • At 2010.06.07 00:11, commonsense said:

                  kat sek 16 tu dah cukup besar dah, nak lagi?

                  (Required)
                  (Required, will not be published)

                  « | »