April 24th 2005 10:35 am
Demam Sepet
Baca pandangan dari Mon Lapin
Sememangnya tema cuti aku dua minggu ni ialah Sepet. Boleh kata tiap hari ada jer elemen Sepet tu. Kekadang tu pasang je Sepet, then buat kerja lain. Sampai ke lagu siam tu pun aku dah hafal!
Banyak benda yang buat aku terfikir sebenarnya.
1. Cina pun dibuli oleh kaum cina sendiri.
2. Kita suka tgk citer cina time time maghrib.
3. Jason baca puisi untuk mak dia, puisi India lagi. Kalau aku, ermm… (berdoa je la mama :p)
4. Teringat masa kecik kecik, guna sisir kutu utk cari kutu (tak der pun actually, sikat je lebih)
5. Jason jadi teruk sbb family dia kucar kacir, ayah n mak bergaduh. Walaupun pandai, tapi tak dpt biasiswa. Orked lak dpt biasiswa kerana dia Melayu, Alhamdulillah. (Terkedu Kementerian Pelajaran Tinggi)
6. Lagu Dia Datang tu, mmg aku rasa cam ada je org akan datang melenggang (tergelak fikir gaya Jason menari). Then, masa Orked dgn bapaknya mencari Jason tu, tu lagu Saprano, tema ikan duyung mencari manusia. Ala – ala Orked tu ikan duyung la.
7. Pompuan ada citarasa dan perasaan sendiri yang lelaki tak leh masuk campur. “Your job is to love us, not to understand us”.
8. Tapi lelaki ada hak kasi pendapat, ayah dia tak suka sbb Jason tu ‘berkawan dgn gangster’ dan ‘mengandungkan anak orang’. So, ada sebab la kan? Kalau aku jadi bapak skali pun, (KALAU occay KALAU) aku pun tak nak anak aku jadi cam tu kan?
Tapi ending paling menikam jiwa raga, stgh org kata ending la spoilerkan citer ni (selain adegen Leonardo DiCaprio celup oleh Suhaimi tu). Aku dah lebih 10 kali cuba tgk balik n fahami ending, banyak idea terlintas
1. Jason dah mati, roh je yang bercakap.
2. Jason merangkak slow slow pi angkat 3210 tu. (terbukti 3210 tahan lasak, masih berbunyi walaupun hentakan kuat, bangga lak sbb masa form 5 dulu guna 3210 gak)
3. Org lain angkat telefon dan orang lain jawapkan.
4. Orked tgh dlm voicemail.. tunggu skit lagi.. *beep, sila tinggalkan pesanan suara*.. kalau betul la, for sure semua penonton akan gelak giler giler.. sambil Orked berkata ‘Sial punya Jason’.
Hanya orang tak suka berfikir tak suka ending dia. (ada terasa ke?)
“Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan Perempuan, dan membuat kamu berbangsa – bangsa, dan bersuku – suku, supaya kamu mengenali satu sama lain…” al Hujurat, ayat 13
You see, Quran sendiri galakkan kita kahwin campur. Buk bak, aku kahwin dgn french or pompuan Italy…. muahahhah
“tapi abah rasa budak ni tak sesuai, i’m sorry”
Viewed 179 times by 82 viewers
No Comments yet »


