May 16th 2006 10:52 am

di sebalik tabir: Restu Jaya Catering

Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh Malaysia terutamanya kepada Abah Wan sendiri.. selamat Hari Guru Abah!!! Tidak lupa kepada Chek Mah, mak sedara wan… juga Ayah Sid, pak sedara wan.. lagi?? Ayah Him, tuk sedara wan.. tidak lupa kepada Nenek Wan sendiri, bekas Ustazah tu (like granny like grandson…haha)… dan lain lain laa.. tidak lupa gak kepada mama miruL, auntie Anis.. ;)

Selamat Hari Guru semuanya!!

Terdapat banyak Restu Jaya sebenarnya: Restu Jaya Multimedia & Telecommunication untuk cybercafés (yes, plural), Perniagaan Restu Jaya (M) Sdn. Bhd untuk engineering machines & tools, Restu Jaya Auto (previously known as Restu Jaya Motors) utk kereta – kereti, Restu Jaya Motos Restu Jaya Plantation utk Kelapa Sawit dan Ladang Getah. Namun, wan nak fokuskan kepada Restu Jaya Catering sahaja.

Percaya atau tidak, wan sebenarnya bekerja sepanjang berada di Malaysia pada summer tahun lepas. Read my lips: wan bekerja sepanjang berada di Malaysia pada summer tahun lepas. tapi kerja dengan Restu Jaya Catering la, salah satu syarikat milik keluarga.

Wan jarang cerita kat orang lain pasal Restu Jaya Catering ni (dan juga pasal Restu Jaya lain)… boleh kira rasanya: Kimmy, Farid, Zaid Le Vivant… tu je kot? Ihab tau skit2, kat miruL pun wan tak pernah citer sebenarnya..

RJC ditubuhkan sejak lebih sepuluh tahun. Objektif asal ialah untuk pegang tender dewan makan sekolah berasrama, tender asrama ini, asrama sana… tapi paling lama bertahan, ialah tender di Kantin Asrama Jururawat Pelatih USM Kubang Kerian. Kemudian RJC dipecahkan kepada Pinggir Danau Catering untuk tender tidak bergerak dan RJC pula menjadi catering bergerak.

Kalau anda peminat sitkom Puteri, anda sure faham konsep RJC.. lebih kurang Shanana Catering gak la.. perlu jumpa client bagai… konsep RJC ialah Buffet, Hidang Bebas.. Layan diri… makan seberapa banyak…

Amnya, apa yang selalu kami (baca: mama) buat ialah terima tempahan (by phone, face to face..), buat plan menu, tempah makanan, hidang, dan lepas orang makan, kita kene kemaskan.. overall cam tu laa…

tapi Di Sebalik Tabir: secara penuhnya ialah:
1. terima tempahan
jumpa client, by phone or face to face, setuju harga yang dicadangkan dan tarikh dan tempat… kalau tengok diary mama, penuh dgn list tempahan / terikh / tempat… tapi banyak gak kami tolak: kalau tarikh sama, kalau dah penat, kalau nak bercuti, nak cuti, kalau ada kerja lain nak buat, kalau malas…
susah ke nak dpt client?? Mostly projek / aktiviti / kegiatan anjuran USM perlu mendapat kebenaran dari Jabatan Pendaftar dan you olls tau la kan my mum kerja apa kan? So? hahaha

2. buat plan menu
agak susah tapi my mum dah terrer untuk buat benda ni. paling complèxe kalau client tu buat tempahan untuk 5 hari berturut – turut, untuk minum pagi, lunch, tea-time dan dinner! 5 hari darab 2 hidangan berat = 10 hidangan berat… 2 jenis kuih untuk setiap meal, so 40 jenis kuih terpaksa digilir gilirkan sepanjang 5 hari… dan perlu diingat: orang tak makan karipap untuk dinner, orang tak makan kuih sagu utk petang, orang tak makan ‘nasi tumpang’ untuk tea-time dan sebagainya. .. kene gak pilih bahan mentah yang senang dicari…

3. cari jurumasak
dah ada list sebenarnya: kalau kat rumah wan, sebelah phone kat bilik komputer tu, penuh dengan list senarai nama pembekal makanan. nasi dagang kat sana, nasi lemak dari pembekal lain, kuih A dari tempat A, kuih B dari tempat B dan sebagainya.. yang ini perlu strict, jangan la kasi pembekal kuih tu lupa buat kuih.. tapi biasanya ada backup: kedai roti dan kek Perling kat Cabang 4 Kubang Kerian, sbb kedai tu banyak jenis kuih kecik kecik yang diboleh digunakan sebagai backup jika kuih abih / tak siap… hahah.. jarang terjadi pun sebenarnya tapi wan tau trick ni.. haha
FYI, kami tak masak pun, kecuali goreng karipap dan sandwich 3 tingkat! (waaaa, rindu sandwich ni)

4. sediakan tempat
ni kerja penat.. kene pergi tempat tu, susun meja, pasang alas, pasang skirting, lap gelas, susun gelas, lap pinggan, susun pinggan, susun tray, susun kerusi dan sebagainya.. penat ok, dan biasanya kerahan tenaga semua adik bradik diperlukan.. haha… kalau kat rumah, mama dan abah la yang kira banyak mana pinggan, byk mana gelas, byk mana tray bagai… sudu garfu (ni pun kene lap one by one!.. tapi wan lap secara pukal… matilah mama marah lepas ni)

5. ambik makanan.. 2 jam sebelum majlis
ni kerja penat tapi menyeronokkan.. dan dulu wan la yg selalu buat… pilih salah satu kereta yang sesuai.. kemudian tekan la minyak: 8 km ke KB untuk ambik kuih kat Kaunters Polis (suami polis, isteri buat kuih), lepas tu 4 km untuk ambik kuih lain dan air batu, kemudian 5 km ke PAsir Tumboh untuk ambik nasik, lauk dan kuah dalca (biasanya kalau ada benda berkuah, wan akan drive van, sbb takut tumpah, kalau kuih tu, wan pakai kereta je la).. kalau sesat masuk hutan tu biasa la.. ehehe.. paling senang, biler client tempah KFC, ambik KFC dan hantar ke tempat jamuan.. vasss kan kalau tempah 70 set KFC? hahahah

6. hidang makanan
biasanya ada bebudak yang kerja dgn kami.. biler sampai kat tempat tu, wan just parking kete, suruh mereka angkat, mereka yang akan hidangkan dan tunggu orang abih makan.. wan biasanya tak stay time mereka makan, sbb mostly mereka ialah doktor USM yang kenal my MUM, yang kenal my DAD, nanti banyak lak soalan.. kalau tak pun, mereka ialah student USM yang mostly wan kenal mostly kenal wan sebab wan slalu lepak kat asrama student USM tu.. hahaha

7. mengemas
sementara mereka makan, wan akan kluar ke KB or mana mana sat, biasanya lepak kat hostel je… selpas sejam / selepas dpt call kata ‘dah abih makan’, wan akan kembali laa.. punggah tray kotor ke dalam van, drive balik… benda ni laju je sebab dah ready…

8. terima bayaran
benda ni yang paling best sebenarnya.. nampak penat seharian berbaloi.. haha… biasanya charge untuk minum pagi, lunch dan tea-time ialah RM20 per person… kalau buat 50 orang, dapat RM1000… tolak RM150 utk modal, RM100 untuk upah… dan RM750 untung.. tak pun, nasik bungkus RM3 sebungkus utk 3000 orang… bayaran: RM9000 tunai… modal RM2000, baki RM7000 utk 7 beranak..

9. lauk tak abih
kalau air, kami buang terus dalam pokok bunga / longkang.. merasalah pokok bunga tu minum air teh suam / kopi suam… kalau lauk, kami bawak balik; tu sebab wan kata kalau anda ke cybercafés kami pada jam 5 ptg, kebarangkalian makan free adalah tinggi.. sbb untuk tea-time jam 4 petang, ramai yang skip sbb nak ambik anak dari skolah, nak kejar jalan sebelum sesak, nak balik awal dan sebagainya (tapi penaja tetap bayar laa).. biasanya kuih abih sbb mereka take-away, air tu tak luak langsung, meehoon goreng / mee goreng pun skit je abih… bawak balik dah letak je kat CC tu, lepas sejam 2, abih gak.. haha.. tak pun tinggal je kat pintu masjid, saper dtg, ambik bekas, isi utk take away… janji abih kan?

dialog yang biasa:
Wan: mama, jamung hari nih, ore tu bayar doh, dia bui seribu riyal… wan isi minyok van spuluh riyal, , wan isi minyak kete wan penuh pat puluh riyal, beli prepaid 30, ni baki dia rm930... [mama, jamuan hari ni, orang tu dah bayar, RM1000 (20 keping RM50). wan isi minyak van RM10(sbb aku drive van utk kerja RJC je), isi minyak kereta RM40, beli prepaid RM30, baki dia RM930]
mama: bui kat mama rm50, mama nak pi beli ikan kat Wakaf Stan jap agi… baki tu wan ambik la [kasi RM50 kat mama, mama nak pi beli ikan, baki tu ambik la]
Wan: okeh…

dan ni la wan cakap wan bekerja! penat ok!! terutama time pi cari rumah pembekal kuih tu, nak cari rumah tu satu hal, kemudian kat tingkat 7 lak, silap ketuk rumah kan naya.. biasanya wan call mama: ‘mama, wan skrg kat Kaunters Polis, tingkat 7, kluar lif tu, ke kiri atau ke kanan, then rumah kiri ke rumah kanan? yg pintu dia ada cross-stitch tu?’.. settle satu benda.. next time pergi lupa balik.. hahha… then kene angkat kuih, kalau dia kata ‘masuk buku’ best la, kalau wan yg kene bayar, merana gak.. mana la nak korek duit kecik kat tingkat tujuh tu.. sbb wan slalu tinggal dompet bawah kerusi kereta.. hahah…

tapi lepas petang, dapat RM870… dan duit ni la wan publish kat blog.. lepas tu dapat tuduhan kata suka menunjuk.. haha.. tak nafi laa, tapi duit kerja gak ok .. duit mama kasi, duit abah kasi.. betul la mereka kasi kan? Dan benda ni berulang banyak kali… Dan malam tu, saper yang kluar makan dengan wan bermakna makan free la… kalau wan kluar ke 7Eleven dgn Adik Nor dgn Adik Min, apa saje yang mereka nak, biasanya akan tertunai..

fakta lain
1. pekerja
tukang masak utama ialah sepupu kepada abah sendiri, Kak Zakiah.. sedap sangat! pernah kerja dgn raja dan pernah bukak restoran sendiri.. so, boleh tau la kesedapan cam ner kan? Bebudak Ireland pernah makan sambal belacan yang Kak Zakiah buat dulu, masa kat Colmar, France!..
tukang hidang lak biasanya budak budak kampung… panggil je saper saper yg lebih kurang sebaya dengan wan yang tak sambung blajar tu… kasi RM20 sehari pun mereka dah setuju (matilah kerja mereka lagi banyak dari aku, tapi mereka dpt RM20, aku dapat hampir RM1000)
tapi kalau utk 20 org je, kami tak pakai pekerja, boleh buat antara anak beranak je… hehe.. nanti nampak la my mum turun padang tengok wan buat kerja.. haha

2. gula
kalau client kami tu ialah doktor, gula tidak akan luak.. sebab doktor minum teh / kopi tanpa gula / kurang gula.. kalau client kami ialah student / orang luar, kami terpaksa sediakan 2 bekas gula, sbb mereka akan abihkan gak gula tu.. Kelantan maa.. mmg manis… hehehe.. ni mmg terbukti laa

3. bayaran
kalau kat USM, mereka akan bayar by cheque, dan perlu tunggu chop dari Jabatan Bendahari dan biasanya mereka akan bayar akhir tahun sahaja. bila masa nak tutup akaun, mereka akan bayar semua bayaran yang tertunggak.. sebab tu bila masuk december, semua akan gembira.. hahaha.. cheque akan sampai ke rumah secara berlambak.. segala penat lelah sepanjang tahun akan berbaloi….
kalau tempat lain, biasanya akan bayar cash / cheque bile tamat majlis… dan yang ni la yang wan suka, sbb wan yang hantar pekerja / teman Kak Zakiah, nanti bile time nak bayar, mereka akan kata ‘tunggu anak tokey sampai laa’.. tak pun, ‘yg besar tu anak tokey, bayar kat dia laa‘.. dan biasanya, wan baik hati (saper pernah jumpa wan, maybe anda takkan bantah hakikat ni), biasanya wan baik dgn pekerja wan… nak singgah makan tepi jalan on the way balik pun boleh, nak singgah minum air pun boleh, nak rokok 2 kotak pun boleh…

4. kerja kahwin
kami tak ambik kerja kahwin rasanya.. sbb penat dan penat.. bayaran rendah untuk per person (ye la, dah jemput 5000 orang, kalau sorang kami charge rm12, naya la kan?).. lagipun kalau kenduri kahwin ni, perlu ramai pekerja dan tak sempat dengan pinggan mangkuk.. lagipun nak kasi peluang kepada catering lain gak..

5. lain2
pakaian biasa.. tapi anda tahu la, kalau budak metro buat kerja… haha.. tetap kemas maa, lagipun kene la jaga nama baik mama dan abah.. hahah…. wan bukan suka mengarah pun, buat yang ala kadar je, tunggu arahan dari mama… mama yg buat list, wan reti tekan minyak, ambik kuih, hantar kuih, ambik pinggan kotor.. tu jek.. ambik duit satu lagi.. then publish duit kat blog.. hahah..

woit, duit tu hasil penat bekerja ok! so, maaf la kalau slama ni kalau anda kata wan prabih duit parents je.. buat kerja gak ok! *wink*

berminat untuk ambik kami sebagai catering? (kelantan sahaja).. boleh contact la parents wan ok? harga boleh bincang (around RM6 hingga RM15 per person utk lunch buffet) .. tak pun, boleh ke rumah kami je.. utk CC pun boleh.. hehe

Restu Jaya Catering / Restu Jaya Multimedia & Telecommunication
440, Kampung Pulau,
Kubang Kerian
16150 Kota Bharu
Kelatan

mama: 013-922*440
abah: 013-911*440
rumah: 09-765*440 (contact wan by email kalau nak no phone.. )

Viewed 193 times by 119 viewers

1 Comment »

1 Comment

  • At 2010.08.26 16:20, Nadia said:

    salam, sy Nadia, tinggal kt tg.mas kb. nk tanya harga utk menu ni, utk 100 org sempena majlis bertunang

    nasi beryiani dan nasi putih,
    ayam goreng berempah
    daging masak hitam,
    dalca sayur
    dan sambal tumis udang/sotong
    hirisan buah-buahan.
    Manakala minuman pula ialah kordial oren dan teh tarik.

    set buffet
    4 set dome
    n peralatan lain

    (Required)
    (Required, will not be published)

    « | »