November 3rd 2009 02:09 am
Dr Asri dan Wahibi…
Semalam, kita dikejutkan dengan penahanan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki mengajar tanpa tauliah. Ramai lagi individu yang berceramah namun tidak ditahan serta didakwa.
Antara ajaran fahaman Wahabi ialah tidak mengamalkan bacaan doa qunut dan Yaasiin, tidak mengadakan tahlil dan tidak berzikir selepas solat seperti amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah meminta Jais supaya segera memberikan penjelasan mengenai penahanan Dr Mohd Asri kerana tindakan jabatan itu akan menimbukan kekeliruan dalam kalangan umat Islam memandangkan bekas mufti itu diketahui tidak memihak kepada mana-mana parti dan sering memberi syarahan agama yang turut dihadiri menteri selain diundang berceramah di televisyen.
Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau ingin tahu tauliah macam mana lagi yang Jais hendak kerana Dr Mohd Asri mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD) dalam pengajian Islam dan juga merupakan bekas mufti.
“Kita tidak boleh menolak fahaman itu (Wahabi). Bagaimana kita hendak solat di Mekah jika kita menolak Wahabi,” katanya.
**********************
BErikut ialah contoh mufti yang diiktiraf tauliah untuk mengajar oleh JAIS dan kerajaan negeri Selangor… Petikan dari blog GAP.
Macam mane seorang kafir kristian boleh memberikan ceramahnya di dalam sebuah masjid? Tahukah kamu yang si kafir kristian ini membela dua ekor anjing jenis rotwiler di rumahnya, perhati betul-betul kat mane si kafir kristian ini berceramah, dia berceramah betul-betul di saf kedua tempat makmum masjid bersembahyang menghadap ALLAH TAALA. Mustahil YDP PAS Kawasan Kota Raja dan juga Timbalan Pengerusi Masjid Lipat Kajang tidak tahu hukum, adat dan adap bila menjemput seorang kafir kristian masuk masjid, setakat kalau di perkarangan masjid itu tidak menjadi soal, tapi tengok la, sikafir kristian ini masuk sampai kedalam masjid dan berceramah di saf kedua tempat orang islam bersembahyang.



Seringkali aku terfikir dengan PAS termasuk Selangor ni. Semakin banyak benda khurafat.
Ikrar lafaz taklik, dapat pahala sembahyang tidor dengan gambar Tok Guru dan solat kiblat Madagascar adalah hanya antara pelbagai khurafat yang diamalkan oleh PAS dalam ketaksuban mereka berpolitik.
Kita jangan lupa pula pasal amanah Haji Hadi yang pernah mengkafirkan orang Islam pada tahun 1986. Mana cerita Masjid dua imam.
Di kampung-kampung, ada pula cerita yang hampir dengan ikrar lafaz taklik iaitu mana-mana ahli PAS yang tidak mengundi PAS akan jatuh talak. Ada pula suami akan sebut lafaz cerai terhadap isterio untuk memaksa mereka undi PAS. Dilafazkan jatuh talak jika isteri tidak mengundi PAS.
Punyalah taksub orang PAS ini sampai ada didengari lepas talkin orang PAS akan sebut sesuatu ke arah lubang. “Tengok-tengok ini orhe kito.”
Buat peringatan pada kita semua berikut:
Katakanlah wahai Muhammad: Mahukah kami khabar kepadamu orang yang amat merugi perbuatannya? Iaitu orang sesat perbuatannya sewaktu hidup di dunia sedangkan mereka mengira perbuatannya itu adalah kebaikan.(Surah Al-Kahfi: 103-104).
Viewed 794 times by 338 viewers
4 Comments »



Salam. Bukan Wahibi lah tetapi Wahabi. Hehe.
Persoalan besar timbul ialah apakah hukum orang bukan Islam memasuki masjid? Berdasar pendapat Mazhab Syafie, orang bukan Islam dilarang secara mutlak memasuki Masjidil Haram seperti dinyatakan firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman. Sesungguhnya (kepercayaan) orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid al-Haram sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu daripada limpah kurnia-Nya, jika Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah at-Taubah, ayat 28)
Utk masjid lain selain Masjidil Haram di Makkah, Fuqaha Madinah melarang non-Muslims dari memasuki masjid kerana non-Muslims dianggap oleh al- Qur’an sebagai tidak suci. Imam Ahmad diriwayatkan berkata mereka boleh masuk ke masjid dgn kebenaran Muslims. Ini disokong oleh riwayat yg Rasululllah (SAW) membenarkan penduduk At-Ta’if utk tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Baginda juga menerima Orang Kristians dari Najran dlm masjid baginda di Madinah. Apabila masa sembahyang mereka sampai, mereka bersembahyang di masjid mengadap arah timur. Maka Rasululllah (SAW) bersabda (kpd Sahabat), “Biarkan mereka (utk menunaikan sembahyang).”
Di bawah tajuk ‘Musyrik Masuk Ke Masjid’, Al-Bukhari, dlm Sahih nya menyebut yg Thamamah ibn Athal (sedangkan dia seorang Musyrik) diikat dlm masjid.
Dlm Fath al-Bari, Ibn Hajar menyebut terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Fuqaha Hanafi memberikan kebenaran tanpa syarat sedangkan ulama Maliki dan al-Mazni diriwayatkan melarang nya langsung. Ulama Shafi`i membezakan antara Masjidil Haram dgn masjid lain. Terdapat satu pendapat yg kebenaran itu dihadkan kpd Ahli Kitab tetapi ini di bantah dgn kes Thamamah yg disebutkan di atas.
Berkenaan dgn masjid lain, beberapa Fuqaha Muslim berpendapat adalah dibenarkan kpd non-Muslims utk masuk ke dlm nya kerana tiada dalil utk menyebut keharaman perbuatan itu; yg lain berkata ia nya tidak dibenarkan, dgn qias kpd kes Al-Masjid Al-Haram. (Ayat yg ditepek tadi)
Pandangan tepat ialah ia nya dibenarkan jika ia menepati matlamat Shari`ah atau menepati sebab penting, seperti jika non-Muslim perlu masuk ke masjid utk mendengar sesuatu yg mungkin menggalakkan nya utk memeluk Islam, atau dia perlu minum air, atau seumpamanya. Ini adalah tujuan cara Rasulullah (SAW) dlm hal ini; dia mengikat (tawanan baginda ) Thamaamah ibn Athal Al-Hanafi dlm masjid sebelum dia menjadi Muslim, dan rombongan dari Thaqif dan Kristian dari Najran tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Sebenarnya, banyak manfaat diperolehi dari hal ini: mereka boleh mendengar ucapan dan khutbah Rasulullah (SAW) utk melihat orang solat dan membaca al- Qur’an, dan sebagainy. (Fatawa Al-Lajnah Al-Da’imah – Jawatan kuasa Tetap Utk Kajian Islam dan Ifta’)
Maka, jika non-Muslims memohon utk masuk ke masjid dgn tujuan utk melihat bagaimana Muslims bersolat, tiada salah dlm hal itu, selagi mereka tiada sesuatu yg boleh mencemarkan masjid itu, dan perempuan mereka tidak berpakaian menjolok mata, atau sebarang alasan lain yg menghalang mereka dari masuk ke masjid. Jadi mereka boleh masuk dan duduk di belakang Muslims utk melihat bagaimana mereka sembahyang.
Berdasarkan kpd Fatwa diatas , kita boleh katakan yg non-Muslim, termasuk Orang Kristians dan Yahudi, dibenarkan utk masuk ke masjid, tetapi mereka patut mentaati syarat berikut:
1- Non-Muslim dibenarkan utk masuk ke masjid – selain dari Masjidil Haram di Makkah – dgn kebenaran awal dari Muslim.
2- Mereka mesti ada alasan kukuh utk masuk ke masjid.
3- Mereka mesti menghormati kemuliaan masjid dan beringat yg itu ialah tempat suci utk beribadah.
4- Lelaki dan perempuan tidak dibenar membuka aurat semasa masuk ke masjid.
Berkenaan dgn hal baik-pulih/ubah-suai, Kita berpendapat yg Muslims mesti diberi keutamaan dlm melaksanakan kerja itu, melainkan jika ia sangat perlu utk meminta pertolongan dari non-Muslims. Ada keperluan yg memerlukan pertolongan dari mereka, terutamanya dlm hal berkaitan masjid.
Sumber: Can a non-Muslim Enter the Mosque?
islamonline (http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503543870&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE)
Perterjemah: Zul Yusoff http://zulyusoff.blogspot.com
saya lebih gemar terfikir dia pegang anjing, kemudian pegang mikrofon.
apa perasaan imam yang pegang mikrofon selepas itu?
Asri wahabi. Orang sokongnya dan tak mau dia ditangkap ialah mereka yang haprak dalam hal agama.Tak tau sejarah Wahabi Mekah dan salah faham dan laku mereka dalam islam. Tak mengetahui selok belok hal ehwal agama,Rata orang yang menyokongnya adalah orang rendah mutu agaman, amalan dan fahaman. tak kira siapa dan apa pangkatnya,Asri patut di tangkapan. Dia kan mendatang kekeliruan dalam faham agama. menambah sector2 dalam badan umat islam.mengikis iman dan amal dan faham.Orang tak ada kelulusan agam sila jangan campur, Biar pejabat agama hukum dia.Jangan tunjuk pandai dalam agama. Ramai orang ada PHD tak pulan tunjuk jaguh macam dia. Apakah Asri seorang saja ada PHD dalam agama?.