August 15th 2006 07:17 pm
Hawaii versi Eropah
Crete Island. Dikenali dengan nama Hawaii versi Eropah. Terletak sejauh 9 jam perjalanan dengan cruise, pulau ini merupakan persinggahan wan yang ke brapa ntah dlm SSSS.

kedudukan Pulau Crete dalam peta dunia. Kelihatan France dan juga UK.
Menaiki cruise selama 9 jam, adalah pengalaman seronok lama yang berulang. Juga melengkapkan kesemua jenis pengangkutan dalam trip ini: Udara, Darat dan Laut.
Semalam ada masalah yang agak besar. Kesemua credit cards wan tak leh withdraw duit! Maybe dah reach withdraw limit, dan wan pula berfikiran pendek. SMS Ije suruh bantu, kul 440am dia bantu! Mekasih adik pompuan ku itu. Juga thanks kat mama. Namun biler sampai di Athens, cards dah boleh guna balik. Yeay!
Wan berfikiran pendek actually, sbb duit ada, tapi tak leh withdraw dan wan buat hipothese kata duit abih. adeii.. sian kat mama dan ije.. thanks again, wan ada belikan souvenirs.. hehe.. cover baik..
Beg pikul dah sarat.. dah tak muat untuk isi barang, tapi terlupa yang beg ibarat pompuan mengandung, biler sarat, dia boleh melahirkan beg baru. ahaks.. tapi tak melahirkan lagi anak la kot! hahaha.. semua doakan dia tak melahirkan anak ok?

me.. alone as usual.. sedih giler.. takder ke yang nak menemani wan? pleaseeee.. hahah.. ayat cam sanggap

my cruise.. ahaks… inilah benda paling bosan selepas flight

tempat pusing cari makan… juga tempat bosan…
sesampai di Crete, terus sewa kereta dan bayar duit hotel… eh, bukan hotel, tapi rumah yang mengadap laut… 220 untuk 4 hari, dan 160 untuk kereta, totalnya ialah 380euros. Kedudukan port dan rumah ialah 110km dan kereta adalah manual.
Sukacita dimaklumkan bahawa Wan dah boleh drive manual, maka biler balik mesia, koleksi kereta yang wan boleh bawak bertambah lagi 4 bijik.. muhahah… Siaplah lepas ni wan boleh pinjam kereta Ime dan juga kereta Abah..yuhooooo

inilah salah satu bilik dalam rumah tersebut… best giler tdo dalam suasana kampung mengadap laut.. tenang dan sunyi

dari beranda rumah… dekat je pantai.. boleh pergi dengan motor tayar empat itu..
Lepas dah settle melawat rumah, terus plan untuk shopping… Sebab nak stay sepanjang 4 hari, maka lebih baik kalau beli barang dapur dan masak sendiri.. lagi jimat dari makan kat luar.. right?

ni la barang yang dibeli… byk gak actually.. adeii… sos tomato ada 4 botol tak abih.. wakaf kat rumah tu je laa

dan still makan dan minum kat luar… hahahha….

permandangan menarik ok… melihat awek berjalan dengan hanya memakai coli lutsinar (supaya tan sepenuhnya)…

beli octopus dan masak sendiri… tapi tetap kenyal dan liat.. cam ner nak telan erk?

inilah air pantai depan rumah… pantai berbatu dan bukannya berpasir… cam air terjun Jeram Pasu lak.. jgn tengok lelama, sbb nampak lutut.. kan tak pepasal kene suruh masuk kelas Fardhu Ain balik (wan just nak share yg pantai sini berbatu, tu jerk)

me and my dog.. ahaks.. pegi jejauh la anjingku… aku tengah basah, aku malas samak…

yohuuuuuuuu… panas.. hahahah

juga naik private boat untuk pusing pulau pulau kecil kat sini… not bad laa..

lepak again? yes.. after penat drive 90km.. cheeee

ahaksss… ni kat Irakleon, port nak ke Athens..

tak leh tunggu sunset sbb cruise balik ke athens dah sampai..

inilah bahasa matematik.. hahah.. pandai newspaper pun wan dah rasa cam pandang buku maths… hahah… ada lambda tetiba.. hahah

inilah Stadium Olimpik Athens 2004.. tetap tak leh lawan stadium tayar munich
dah abih… blog ini diupdate secara laju dari Athens, dari Syazwan kepada pembaca blog. Maafkan wan jika ada ayat yang menampakkan wan cam riak, sbb anda perlu kenal wan face by face baru tau saper wan.. hahaha… matilah nak cover baik.. hahaha
Tentang athens: Sangat kotor dan berdebu (seperti biasa untuk negara Eropah Timur dan ExURRS) tetapi sistem pengangkutan sangat selesa! Bandar berdebu tetapi metro sangat bersih (tinggal Olimpik2004) namun tandas McD sangat kotor (jika negara lain, tandas McD paling bersih)..
Love athens.. sale dia rockkkkksss.. sampai sarat beg… wan stay kat hotel sama seperti minggu lepas, best gak laa.. waaaa.. tapi alone.. waaaaaaa….
apa lagi nak citer? Abah tengah outstation.. meeting kat tempat terpencil mana ntah.. hahah..
Ada banyak nak bgtau, tapi kat Cc yang cekik darah.. esok lusa wan update lagi.. ok? till then!
Satu soalan: ada ke pantai di Malaysia yang berbatu?
Viewed 413 times by 174 viewers
No Comments yet »


