September 25th 2008 02:08 pm
Ianya memang makanan Anjing. SO What?
Artikel ini ditulis oleh blogger wenkt yang pernah ditahan di lokap selama 6 hari 5 malam pada 5-10 Ogos 2008. Blog wenkt adalah http://www.wenkt.com/blog
Kenyataan Teresa Kok yang menyamakan makanan di dalam tahanan adalah “worse…maybe similar to dog food” adalah sangat tepat. Jika anda tidak pernah menjadi tahanan ataupun masuk lokap, anda boleh kutuk Teresa Kok. Jika anda pernah masuk lokap, anda akan berfikir sebaliknya.
Kos untuk makanan tahanan sehari ialah RM4.50 sahaja untuk 3 kali makan – sarapan pagi, makan tengah hari dan juga makan malam. Makan pagi ialah roti kering ataupun biskut keping kering dengan air teh susu tawar. Makan tengah hari ialah nasi hancur dengan sayur secubit dan daging / ikan / ayam secubit.
Roti pagi memang roti kering. Anda tidak boleh menjumpai jenama tersebut walaupun di kedai kopi di dalam kampung. Ianya memang roti dari jenama paling murah. Air pula ialah teh susu tawar yang hanya menggunakan seuncang teh dan setin susu manis untuk 40 orang tahanan.
Nasi pula ialah dari beras hancur. Beras ini direbus dan ianya bukan masa sempurna. Ianya sekadar merebus beras supaya ianya dipanggil “nasi” dan bukan dipanggil “beras”. Janji lembut dan boleh telan. Ianya adalah beras hancur, nasi hancur. Ianya bukan Beras Herba Poney Taj Mahal ataupun beras Faiza Emas Super Special Tempatan. Ianya adalah beras yang direject oleh BErnas dan dibungkus kembali untuk diberi makan kepada orang tahanan dan juga pendatang tanpa izin. Beras yang sempurna dijadikan beras berjenama, beras yang hancur bukannya dibuang ataupun dijadikan bedak sejuk, tetapi ianya masih mempunyai nilai walaupun sangat rendah.
Makanan di lokap berbeza dengan makanan di penjara. Kalau anda masuk penjara dan anda nak makan best, keluarga anda perlu membayar RM4.50 sehari kepada penjara. DAn makanan anda adalah berhidang dengan lauk penuh dan jus oren setiap kali waktu makan dan ianya berhidang dengan pelayan. Itulah makanan untuk Razak Baginda dan kawan2 dia. Saya tahu mengenai fakta ini setelah rakan yang dimasukkan dalam lokap bersama saya pernah tinggal di penjara sungai Buloh dan kenal Razak Baginda semua tu..
Makanan di dalam penjara disediakan oleh pihak penjara. Ada bahagian khas yang ditugasakan memasak di dapur penjara. Makanan dalam lokap tidak disediakan oleh Balai POlis tapi mereka bayar kepada pihak luar. PIhak luar hanya terima RM4.50 untuk supply tiga meals setiap hari. Itu kalau betul betul pihak polis bagi RM4.50 kepada mereka. Bayangkan Polis hanya bayar RM4.00 sahaja kepada supplier. Bayangkan lah! Secara purata RM1.00 untuk breakfast, RM1.75 untuk lunch dan RM1.75 untuk dinner. Seketul ayam dijual pada harga RM2.50 di kedai makan biasa. SO apa makanan yang tahanan boleh makan?
Letakkan diri anda sebagai pembekal makanan. Anda dibayar RM1.75 untuk menyediakan makanan tengah malam yang terdiri dari nasi, lauk, sayur dan air. Hanya RM1.75! Kalau kita bukak puasa di Lemon Garden Cafe di Shangri La Kuala Lumpur, kita perlu bayar RM108++ (atau RM124.20 nett) juga untuk makan nasi, lauk, sayur dan air (secara buffet). Samaada RM1.75 ataupun RM124.20, tujuan makanan disediakan adalah supaya kenyang. That’s all.
Jadi, kalau anda adalah pembekal makanan, apakah makanan yang anda akan hidangkan untuk nasi, lauk, sayur dan air pada kos RM1.75?
Jawapan: Makanan setaraf makanan anjing. Daging ayam cincang kecil, dipotong dua akan menjadi dua ketul. I mean, kalau satu paha ayam dipanggil satu ketul ayam, satu paha ayam yang dipotong 5 akan dipanggil 5 ketul ayam. Teresa dihidangkan dua ketul ayam. Saya pun pernah dapat 2 ketul ayam. BUkannya satu ketul paha dan satu ketul dada macam Snack Plate KFC tapi dua ketul kecil.
Tidak ada alasan untuk supplier makanan tersebut untuk menolak troli mencari bahan mentah di dalam Tesco Extra. Mereka mendapatkan sayur rosak di pasar, ayam yang dah tidak segar dan sebagainya. Semua mereka nak untung. Kalau beli sawi RM1 sekilo yang segar, baik amik je sawi buangan yang dah kecut tu. Segar2 pun, masuk kuali kecut jugak.
Bukannya tahanan nak complaint kepada polis bertugas pun kalau sayur kecut. Polis tersebut sure lempang tahanan tersebut tanpa fikir panjang. Dah memang macam tu cara hidup tahanan dalam lokap.
Ianya memang makanan tidak sedap. Makanan anjing memang tidak sedap. Kalau sedap kita sure habiskan.
Kalau masak ayam kurma, kita perlu letak tulis bawang, kemudian rempah kurma, masukkan kentang dan juga santan secukupnya. Di lokap, makanan tiada kentang, tiada bawang. Ayam masak kurma yang dimasak dengan sedikit rempah kurma dan sedikit santan tetap akan dipanggil ayam masak kurma. Cuma kalau anda buka kedai makan dengan resepi macam itu, maka kedai anda akan ditutup dalam masa 2 minggu.
Kalau korang makan di kedai makan dan diberi makanan seperti itu, anda akan kata: Makanan anjing lagi best. Kalau orang gaji kita masak macam tu pun, kita akan kata: Makanan anjing lagi best. Trust me.
Kalau ikan kembung, ianya bukan ikan kembung segar. Ianya adalah ikan kembung yang dah rosak. Yang peminta sedekah yang malas berusaha, boleh la makan. Kalau orang miskin yang kemudian berusaha, sure mereka pun taknak beli ikan kembung rosak kan? Pembekal makanan, bukannya mereka berebut pergi ke jeti di Tok Bali untuk amik ikan segar. Mereka bukannya ke pasar untuk beli ikan kembung pada harga RM7 sekilo tapi pada harga “Bang, beli ikan bang. Dah nak tutup ni. Amik la ikan kembung ni.. 5 kilo RM10.. dah nak abih dah ni….”. Yezza, ikan kembung yang lama. Yang mata merah menyala, yang kulit kering kontang.
Lokap memang direka supaya tahanan “insaf” dan menyatakan: Ini adalah kali pertama dan kali terakhir aku masuk lokap. Kalaulah makanan dalam lokap itu sedap, ataupun lebih sedap dari restoran, ramai yang tak kisah masuk lokap. Tapi tujuan lokap supaya kita insaf, maka makanan teruk akan dihidangkan. Itu dinamakan psychology.
Apa yang Teresa cuba sampaikan ialah mutu makanan. OK. Korang pergi amik beras, hancurkan beras tersebut dan masak untuk dijadikan nasi. Make sure nasik tu bukan masa betul2, tapi sekadar dipanggil “nasik” dan bukannya “beras”. Kemudian ambik satu paha ayam, potong 5, then masak kurma tanpa kentang dan bawang then santan skit je, lepas tu korang amik dua ketul je dari 5 ketul tu. Kemudian buat sikit sup sayur dengan sayur yang dah sangat layu. Then buat air teh dari 1gram serbuk teh dan satu sudu kecil susu manis. Itulah mutu makanan dalam lokap.
Lupakan about cendol, nasi kerabu, ayam madu dan sebagainya. Ianya adalah benda yang mustahil untuk dihidangkan dalam lokap. Manusia seperti Teresa Kok, yang sejak kecil berpandangan jauh, yang sejak kecil belajar seterus berjaya, mengubah kehidupan dia dari miskin kepada kaya, seterusnya sentiasa berfikiran tentang masa depan. Dia telah mengecapi kejayaan, kemewahan hidup tetapi tetiba ditahan dan diberi makanan yang dia tak nak makan. Macam saya sekalipun, kalau saya boleh makan akan yang Teresa dihidangkan, baik la kami tak yah belajar, tak yah bekerja.. Tapi sebab kita mahu diri kita makan mewah, bukak puasa buffet, kambing golek, sushi.. bukannya nak kata kita menunjuk tapi kita setaraf. Aku dilahirkan tanpa pengetahuan, tanpa pelajaran, cuma kami berusaha dan kami dapat. Winners make things happen, Losers let things happen. THats all.
Memang ramai insan-insan dan juga rakyat Malaysia yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang amat terhiris dengan kata-kata Teresa Kok. Ini kerana kebanyakan menu harian mereka lebih teruk dari itu. Ini umpama menyatakan bahawa mereka ini lebih hina daripada anjing. Tapi mereka tetap hidup macam tu. Taknak berubah. Mereka menganggap kata – kata Teresa Kok sebagai hinaan dan bukannya kata – kata semangat.
Sudu garfu memang diharamkan terus di lokap. Malah di penjara pun sudu garfu diharamkan. In fact, semua benda yang boleh menjadi senjata adalah diharamkan. Berus gigi akan dipatahkan. Berus gigi akan tinggal kepala sahaja. Trust me. Aku pernah masuk lokap.
Tak perlu la kita bgtau bahawa Teresa Kok tak bersyukur or what-so-ever. Stop it. Tak perlu cakap bahawa Teresa Kok perlu bersyukur, perlu tengok rancangan BERSAMAMU dan sebagainya. Rancangan BERSAMAMU itu ialah rancangan untuk membuka pekung. Bangga dengan orang miskin. Bangga dengan orang yang tak mahu berubah ke arah kebaikkan. Trust me, kalau pelakon BERSAMAMU tu sejak kecil belajar dan berusaha, dia boleh jadi Kaya.
Salah sebenarnya orang yang tidak masuk lokap dan menjadi tahanan untuk berbicara pasal mutu makanan dalam lokap. Tapi wan telah diberi peluang untuk merasai kesedapan makanan lokap. Bayangkan, saya hilang 4 kilo sepanjang 6 hari di lokap. Dan jika anda perlu tahu, kos makanan makan tengah hari pada hari pertama keluar lokap pada 10 Ogos lepas ialah RM14.00 dan saya makan nasi campur di kedai biasa! Tanya my little brother. Saya amik kerabu perut lembu, sup tulang dan ayam masak rendang. Nasi yang sedap dengan cencaluk dan juga budu.
Tidakkah anda terfikir kenapa saya sanggup makan sehingga RM14.00?? Apa yang saya amik?? Ikhlas, ianya adalah balas dendam setelah lama kita tak makan dengan sempurna.
Artikel ini ditulis oleh blogger wenkt yang pernah ditahan di lokap selama 6 hari 5 malam pada 5-10 Ogos 2008. Blog wenkt adalah http://www.wenkt.com/blog
Viewed 647 times by 331 viewers
25 Comments »



[...] P/S: Pada entry tulisan saya yang lepas, Fayz telah dikutuk dan dipersalahkan. Maka untuk entry ini sahaja, komen mesti diletakkan ke blog saya sendiri. Sila klik di sini untuk meninggalkan komen anda [...]
btol gak kan.. kalo nak mrasa sedap, bkn kat lokap penjara tempatnya…..
mmg pun motiffnya: keinsafan… kannnnnn
mmg laaa
mmg saper yg masuk lokap, sure kene rasa tertekan.. kalau tak, sure ramai yang berfikir ” daripada aku lapar kat rumah takder duit nak beli makanan, baik aku bunuh orang, gerenti masuk lokap seumur hidup, makan free”
yang penting, insap
itu baru part makanan…. belum lagi..kena pukul atau toture….
pernah saya tengok citer prison on fire lakonan chow yun fatt…. banyak konflik jatuh menjatuhkan orang lain….dalam penjara… bahaya,,oooooo
tau tak pe
ramai yang nak jatuhkan kita tapi mereka gagal
sbb mereka bodoh
erm..insaf chee bace ni…nak nangis neh..wawaaaaa……..cam zalim kan..kan…tp muge2 sape yg masuk tu kuar insaff…..
tapi aku tak insap pun
hahahaaha
Tp wenkt panjang2 ko taip.Asal ko masuk lokap hah? kalu tak keberatan lah.Aku punya org tersyg pun penah masuk gak.Tul jgk apa yg ko ckp psl makanan tu..Jawab jawab
Akta 377, ia melibatkan jenayah seks lelaki dengan lelaki, haiwan, seks oral dan kanak-kanak di bawah 17 tahun. hahahaha
ko memang banjingan..memang patot pun makan makanan anjing, hanjing~!…
thanks.
tapi rasanya berbaloi masuk lokap
i make more than rm10k sebab lokap
hahahha
Ha biar betul ? Ko ada buat salah ke WENKT?
mana ada manusia tak buat salah kan/ hahahah
haram jadah ko wenkt ko menyodom ke? ke main ngan anjing? ke main ngan kanak2..teruk lah ko nie…
bawak2 la insaf beb,….raya2 ni..hehe
lame tak mencemar duli kat sini..
pos la cupcakes tu kat aku sbg adiah raye.
biase la masuk lokap makanan gitu.
mampos aa nak makanan mcm kat hostel.
kat hostel pon da best gile kang.
ape lagi hotel.
thanx kerana sudi melawat blog saya… betul kata saudara org yg tak pernah masuk di dalam lokap tidak berhak utk mengomen akan makanan di dalam lokap kerana mereka tidak pernah mengalami keadaan tersebut. relevankah hanya sekadar dengar cerita org? utk pengetahuan saudara saya pernah di tahan reman selama 7 hari di salah sebuah lokap di negara ini atas sebab tertentu… mmg seminggu tu saya tidur di atas simen walaubagaimanapun kami (tahanan) di bekalkan sehelai selimut (saya tidak tahu samada situasinya sama dgn semasa saudara ditahan). Membandingkan makanan dilokap dgn makanan anjing adalah tidak tepat kerana bagi saya ianya masih boleh di kategorikan makanan manusia. mungkin saudara penulis seorg yg bernasib baik dapat tidur di tilam empuk dan dapat memakan makanan yg enak setiap hari sebab itu lah anda merasakan ianya makanan anjing… (saya mungkin salah). Frankly speak mmg makanannya tidak sedap dan serba serbi tawar. but saya tidaklah merasakan ianya seperti makanan anjing (bagi agama saya Islam adalah berdosa jika kita menghina rezeki, tak tau pula dgn agama saudara). kita kena ingat, kita di dalam lokap adalah sebagai tahanan bukannya sekadar utk suka – suka dan semestinya kita patut dilayan seperti tahanan. bagi kenyataan saudara mengenai pelakon bersamamu saya taknak komen kerana bagi saya tidak semua org di lahirkan bernasib baik(saya juga berasal daripada keluarga yang susah)… sekian terima kasih cheers!!!
citer2 mcm ni bukan nye ape.. semoga org yg lom penah msk lokap or penjara tu insaf dan takut tuk wat jenayah.. semoga kite sume tahu bkn la selesa dok dlm tu bkn nye makan minum sume dpt dtanggung cam dok kat umah..
x taula nak ckp taraf ape mknn kat lokap tu.. ikutkan makanan anjing peliharaan pon lg mahal cost nyer.. mknn kucing whiskas 1 tin pon dah jejak rm3.90 mknn anjing mahal kot!! tp kalo trf anjing jalanan yg bertuah pon dpt mkn yg sedap2 selongkar dlm tong sampah.. hehe
to come closer to the reality of the nation visit the low profile blog but the person whom created the blog is the greatest in political motions,http://burujerdi.blogspot.com/(if u dare to enter)
Tu la Rinoa,Mknn kucing saya pun Whiskas 3.80 .Blum kira mknn kering 10 kg 60.00.
Wenkt jgn lah ckp psl Bersamamu tu kecik ati dorang.Yg anak cacat tu pun bukan dorang mintak dilahirkan susah mcm tu..
Jgn marah ya dik..
selamat hri raya to everybody.. saya dah banyak dengar masalah makanan mahupun keselesaan serta layanan dalam lokap terutamanya. but guys.,. hanya satu perkara yang kita tidak sedar selama ini untuk mengelakkan diri dari mengalami situasi sedemikian.. guest what?; JANGAN CARI MASALAH NESCAYA ANDA DAPAT MASALAH.. banyak hal atau perkara yang boleh kita buat dalam dunia ini kenapa nak cari pasal dengan menganggu gugat hak orang lain. So… gunakan demokrasi dengan bijak dan betul dan bukan ambil kesempatan atas kebebsan yang tersedia ini. Sorry guys…
amboi hang…sedapnya kata org bersamamu tuh malas dan tak nak berusaha..beb…lu ingat diorang mmg nak hidup susah ker..Tuhan dah tetapkan dan bagi rezeki masing2..so kalau semua org jadi kaya dalam dunia ni, siapa akan jadi miskin utk bagi keinsafan pada org lain..
mmg patutlah makanan dalam lokap macam tuh..sedarlah korang sket supaya takkan masuk lokap lagi…salah atau tak itu tak penting…tapi anda akan dapat belajar sesuatu dari lokap itu..
makanan adalah rezeki anda..syukurlah sekurang2nya ada dapat gak makan ayam, roti dan nasi walaupuun banyak sangat komen ada..
huh.. ape ko ingat ko masuk lokap dpt mkn sedap2?.. ko tau makanan anjing tuh rasenya mcmana ker? smpaikan ko boleh beza antara mknan anjing dengan manusia?.. anjing tuh mkn apa saja, smpah, nasik basi, kepala ikan busuk, & etc. cuma anjing peliharaan je yg mkn sedap2.. itupon still mknan anjing.. xbleh dimakan oleh manusia.. (lain la kalau ko mkn pedigree utk lunch & dinner kan??).. mmg layak la org mcm ko nih masuk lokap.. dah buat salah, masuk lokap, pastuh byk bunyik pulak.. ade otak, tapi letak kat kepala lutut.. x nak fikir.. ko x layak jadi org malaysia la..
U deserve to be put in a lock-up.what kind of food do expect when you are detained for some sort of offense?u expect 5 star hotel food?Restaurant food?Dream on.For ppl like u,they should feed nothing but waste.Bloody ungrateful piece of shit.
You are a criminal,a disgrace to the country,so u deserve to eat those kind of food anyway!
hahah
6d5n in lock up then dibebaskan tanpa bukti, tidak bersalah
hikmah: new better job, better salary. Lockup for a while, is best rest period.
Come and travel with wenkt.com