August 1st 2006 10:23 pm

istanbul hari kedua

Jatuh cinta dengan Masjid Biru Istanbul

Seriously. Wan akan extend sehari lagi kat IStanbul, delaykan skit trip. Dan sehari yang diextend akan dikorbankan sepenuhnya untuk shooooping di Grand Bazar!! yeayyy… shhhhhhhhhhoooping untuk mama dan abah, untuk adik beradik, untuk boyfriend dan girlfriend.. ahakss (cam ada je)

Jatuh cinta dengan Masjid Biru Istanbul

Mungkin sebab hotel terlalu dekat dengan MAsjid Biru, hatta tiap kali memandang ke tingkap, nampak benda ni.. tiap kali keluar, nampak benda ini. maka jatuh cinta. ahah


gambar semalam, depan Masjid BLUE… haha… penat sambil terpaksa tahan dagu dari jatuh :p

Pada hari kedua, Wan ke La Basilique de Sainte-Sophie (Asofya). Menjadi simbol pada zaman Ottoman, ianya pada asalnya adalah sebuah masjid yang menjadi lambang kebesaran Ottoman (ayat terpesong)

Pda tahun 532, bangunan ini dirampas oleh Nika dan menjadi Haghia Sophia sebagai sebuah gereja oleh Justinien namun bahagian kubah atas telah separuh hancur. Pada 1453, ianya diubah kembali kepada kepada masjid oleh Fossati.

Dan pada 1935, Kamal Attatuk (baca: Kamal Terkutuk) ubah masjid ini kepada… gereja dan seterusnya musium. Bayaran masuk ialah 10 Lira (100 euros = 194 lira)


bahagian kubah yang runtuh dan terpaksa ditampung oleh tiangthat is not a supporting pillar…tp….sky folding….sky folding tu adalah untuk kegunaan archelogist membersih kan lapisan2 kapur/simen yg menutupi motif2 tersembunyi semasa perubahan dari gereja ke masjid….sbb tu la yg nampak jesus mosic tu…..they do tht atas nama conservation…..hagia sophia…..project conservation tu bermula dari tahun 1993 lagi


anda perasan satu benda yang pelik? Allah dan Muhammad saw, then Jesus kat tengah tengah

Petangnya, menuju ke Otogar (stesen bas) untuk beli tiket bas. kemudian naik metro, tukar kepada tram dan tukar kepada ferry untuk ke Istanbul Timur (yang terletak di ASia… Istanbul barat di Eropah)

Naik ferry dari Eminonu (Eropah) menuju ke Harem (Asia) dan Wan berada di Eropah paling Timur dan berada di Asia paling Barat


dalam bot.. matilah kulit muka asyik kene mentari.. mau hitam nanti.. berlatar belakangkan my blue mosque (yang sebelah kiri, yang kanan ialah Anasoyfa – gereja)


again dlm ferry… suhu panas giler.. merasalah senyum mengadap mentari


makanan pertama di Asia.. hahaha.. lokah / tiram besar / tijjoh (abbey j kan?) yang dimasak dengan nasi, then diperah asam limau… yummmmyyy… 50 sen lira (25 sen euro / rm1)


ini ialah bahagian dalaman lembu.. dipusing dengan daging gak.. tak berapa suka sangat… beli skadar untuk try


kembali ke Eropah (hahha.. padahal georafi ni manusia je yang tentukan).. jika anda peminat James Bond 007, dia pernah berlakon di sini, di pulau kecil ini (matilah tak nampak di waktu malam)

Kemudian pergi makan, dan lepak sambil minum aryan (yogurt) sambil melayan perasaan… hisap rokok dan shicha.. hehe


ni la contoh duit turkey… 25 keping duit 20 lira.. buku panduan turkey (dalam french) dan juga buku catatan perbelanjaan (biasa laa, wan mmg strict dlm berbelanja)


Salah satu masjid lain, assulaiman, pada waktu malam


ahaks… feeling kat Bali… melepak sambil kaji perbelajaan dan buat planning dan budget untuk hari seterusnya..


gambar terakhir sebelum balik ke hotel.. seperti biasa dengan Masjid Blue

Abih hari kedua, penat sebenarnya dan berborak dengan sorang dari University California Los Angelos (UCLA) sambil update blog (beborak dalam english sambil menaip bahasa melayu sambil menukar ayat dari buku panduan turkey yang dalam bahasa perancis… mau pening otak)

Viewed 550 times by 223 viewers

1 Comment »

1 Comment

  • At 2008.09.17 10:07, Wenkt Wanderlust said:

    [...] shisha. Wan tak hisap shisha, tak suka. I’ve tried it – every single night for 5 nights in Istanbul, back in 2006 tapi still tak minat [...]

    (Required)
    (Required, will not be published)

    « | »