April 17th 2006 08:00 pm

jalan kaki pusing Old Riga (edited)

Achtung: Entry sebelum ini juga telah diedit dengan memasukkan gambar di Brussels.. komen rambut daruL ok? **larik** (yeah!!)

Riga ni kecik je.. tapi maju… mostly kereta ialah kereta mewah, dan semua budak remaja ada handphone… maju giler.. dan dilengkapi dengan bas, troly bus, trem dan matro!! bandar kecil, tetapi mewah dan harmoni.. i love it

wan stay kat Hotel Frank, well… dlm bilik ada tv plasma 109cm… permandangan mengadap sungai Daugava dan nampak matahari terbenam dari beranda.. dan skrg wan kat lobby, jam 2103, 17 april 2006.. hotel ni banyak orang tua je, so komputer ni asyik kosong takder orang guna.. wan pi la lepak sini.. hehe

dari airport ke hotel, 5LV or 8 euros by taxi… matawang sini LV, mengigatkan wan ke Louis Vuitton.. masuk je hotel, terus tidur sampai jam 4 petang.. kemudian bangun dan mandi.. bukak contact lens (dan pedih mata ok) dan barsiap untuk keluar.. wan tanya kat reception cam ner nak pusing ni dlm masa satu petang, dan dia ajar wan.. kasi map in english, dan driver hotel hantar wan ke tempat permulaan by Mercedes E Class lampu bulat.. well, free ok!



matilah wan snap gambar semuanyer senget senget.. boleh mula la proses teleng meneleng ok?

Bermula dari 1 Brīvības piemineklis (the freedom monument = monumen kebebasan yang mengigatkan wan kepada monumen kebebasan rakyat Bali
Bukit Bestion…

i love this part… saper pernah tengok Amazing Race yang season 6, yang masa final kat Xi’an, China… mangga ini dimanggakan oleh couple dengan harapan hubungan mereka berkekalan seperti mangga yang bertaut ini (dem aku ada idea tapi tak reti nak explain.. harap korang faham la yerrr)

Dari sini, wan ke 2 Bastejkans (Bukit Bastion).. memanjat sorang diri.. dengan kamera dalam poket kiri, kertas catatan / peta di tangan kiri dan pen di tangan kanan… penat gak laa… dari atas bukit, nampak kedudukan pertahanan (defense structure).. terdapat satu tugu yang memorial yang dibina sempena kematian 5 orang wartawan yang dibunuh pada 1991 oleh Soviet.


Laima Clock (wan pun confuse kenapa wan tak snap gambar ni secara senget?)

Turun dari bukit, menuju ke 3 Laimas pulkstenis (The Laima Clock). Sebuah taman tempat couple berkumpul dan tempat couple bercium di khalayak ramai tanpa risau dikenakan Undang Undang taman no 8 / 20. Dibina pada 1924 dengan niat supaya orang tidak lambat pergi kerja! Dan menara jam ini sekarang ditaja oleh Latvian Laimes, pengeluar coklat no satu di sini.

Berjalan sepanjang Aspāzijas boulevard, dan nampak dari jauh 4 Latvijas nacionālā opera (opera nasional).. overall, bangunan ni lawa la, binaan typical europe… i like it.. dibuka pada 1863 dan ukiran luar dibuat pada 1883 (blur skjp pakcik yg jaga tiket tu sbb wan pi tanya sejarah dan bukannya nak beli tiket)


Kaļķu iela.. double coffee or double standard? kesian tgk makcik ni…

Kemudian masuk ke Kaļķu iela (jalan kalku).. tanda jalan dia cam kat France, so senang nak baca…ni jalan yang wan paling suka la… shopping street, beli poskad 3 keping utk fariD, then terus jalan sampai ke Jāņa iela, pusing kanan dan nampak gereja SvÄ“nā Jāņa (Saint John) dan 5 Sv. PÄ“tera (St Peter)… Kemudian naik ke puncak gereja, 2LV = 3 euros… cam mahal, tapi alang2 dah sampai, naik je laa… whatever


the house of blackheads..

Berjalan di depan churches, dan nampak my hotel mengadap sungai.. jalan lagi ikut Kungu iela dan 6 Rātslaukums (town hall square).. ada satu guild hall yang dibina pada kurun ke 14 dan diberi nama 7 Melngakvju nams (The House of Blackheads) dan sekarang menjadi tourist information centre. Di dalam bangunan ini, dibina 8 Latvijas Okupācijas Muzej (museum pekerjaan latvia). Wajib lawat ok… i love it!


ni la akibat jalan sorang diri… takder orang nak tolong snap gambar kita.. terpaksalah menyenap gambar sendiri… muhahaa… Wan kat Dome Square


wan suka riga.. bangunan dia kecik kecik, kotak kotak, comel comel dan warna warni.. suka giler!!

Jalan sepanjang Mazā Jauneila sehingga hujung kemudian masuk kanan ke satu jalan yang wan lupa nak salin nama jalan… hujung jalan ni ada 9 Doma Laukums (Dome Square) dan wan singgah satu coffee shop, berehat sambil makan 2 slices kek dan satu cappocino.. cam kat Secret Recipe ok… lepas abih makan baru perasan yang kek tadi ialah Apple-Rum, tu pun sebab gedik belek2 buku menu tu.. hehe… patut la sedap… satu kek hanya 80 sen, another cake lak 60 sen dan cappocino lak 1.35 LV… 2.75LV = 3.90 euros = RM19 … still cheaper berbanding Secret Recipe kan?


ok tak? 2 kek cam kat SR, air pun cam kat SR (mirul pernah minum capocinno cam ni kat SR KB Mall dulu!!).. kat Kapičīno Bārs

Sambung berjalan ke 10 Rigas Pils (Riga Castle), dibina pada 1330 sebagai pusat pertahanan Livonian. Dan sekarang menjadi museum. Tak masuk pun, ambik gambar dari luar dan salin sejarah dia je.


ayam atas kucing atas anjing atas lembu… depan JÄ“baka katedrāle

Jalan lagi sehingga 11 TrÄ«s Brāļi (the three brothers). Merupakan bangunan rumah tertua di sini. Jalan menuruni bukitm di sepanjang Klostera iela di mana terdapat 12 JÄ“baka katedrāle (st Jacob’s), cathedrale katolik. Then turun ke kanan dan jalan menuruni Klostera iela di mana boleh jumpa Saiema (parliament)

Jalan lagi ke Jēbaka iela kemudian masuk kanan ke Trokšņu iela. Di Aldaru iela, nampak 14 Zviedru Vārti (The Swedish Gate).. wan suka pintu ni, sebab sebijik warna kuning cam rumah kat Malaysia..juga 15 Vecpilsētas mūris (the old city wall). Tak tahu sejarah pasal pintu pagar dan dinding ni, tapi dapat bayangkan sebagai kubu pada zaman dahulu.


terpaksa ambik gambar bayang2 dalam cermin je la… hahha… teknik berjalan: sentiasa ada map dan kamera.. dan pen… cukup laa.. ehehe

Di hujung Torņa dan Smilšu iela ialah 16 Pulvertornis (The powder tower). Dihancurkan pada kurun ke 14 dan dibina balik pada kurun ke 17. Sehingga sekarang, 9 meriam milik Russian masih dikekalkan di sini. (aku kira ada 8, tapi buku tulis 9)

berjalan sepanjang Meistaru iela untuk melihat 17 Lielā Ģilde dan 18 Mazā Ģilde (the great and small guild hall), berhadapan dengan 19 Kaķu māja (cat house)

Wan habiskan lawatan jalan kaki wan dengan berhenti di kedai kek kedua, kat 20 Livu laukums dan beli satu kek 60sen, dan suruh kakak cashier tu callkan hotel suruh datang ambik (dah hotel kata free, lagi la aku gedik)… driver hotel sampai, then bayar 1LV (feeling termasuk tips la)… then terus masuk dalam kereta untuk kembali ke hotel… balik mandi dan berehat di beranda sambil tengok mentari terbenam… sambil minum air coca cola ntah perasa apa yang diberi percuma…


gambar snap kat depan hotel… my room kat atas di blkg wan ni.. dari bilik pun nampak jambatan ini dan boleh tengok mentari terbenam


just to share… blajar bahasa baru paling senang biler berada di tempat itu sendiri.. cam perkataan ini.. klientu = client, centrs = center… apkalpoÅ¡anas kita tak tau, so wan teka ianya ialah Pusat Pengkhidmatan Pelanggan.. Boley?

well, tadi wan dapat sejambak bunga dan sebakul buah – buahan…. pihak hotel kasi… hotel ni berharga 69 LV per night … 98 euros per night… rm450… airlines kasi ok sebab mereka tukar schedule flight.. untung untuk aku laa… lagipun hotel ni ala ala hotel yg pramugara suka duduk, cam Renaissance dan Nikko je la… best ke? Boleh la.. tapi alone… saper nak menemani ku??

p/s: gambar yang wan snap akan dipublish esok kat Simferopol sebab sekarang guna internet kat lobby hotel… malu la ok nak mencucuk usb kat blkg CPU ni

Viewed 276 times by 138 viewers

No Comments yet »

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

« | »

  • Search

  • Archives

  • Nuffnang

  • Blog stats