October 30th 2006 10:52 pm

Jamuan Raya Grenoble, France

Saper kata kalau duduk overseas tak leh balik kampung? RUmah mak mertua wan kat Grenoble, maka tahun ni balik kampung orang tersayang la. opss (takder saper2 pun, sekadar nak guna istilah ‘balik rumah mak mertua’)

Hehe. Kami 14 orang dari Lille, dengan dua biji Opel Zafira, menuju ke Grenoble pada jam 19 pada 27 Okt 2006 dan kembali ke Lille pada 29 Oktober 2006. Kami bertolak waktu malam, maka takder sangat la kereta kat lebuhraya. Jarak antara LIlle ialah 809km dengan 806km di lebuhraya. dan ianya mengambil masa.. erkk.. rahsia!


peta laluan kami. dari lille ke grenoble.


gambar sebelum bertolak selepas dapat kunci kereta…. ngantuk gak sebab kelas baru abih :(


sempat posing walaupun di tengah2 malam..

majlis bermula pada jam 14 pada hari Sabtu, hingga jam 20… mereka sewa satu restoran ini. Masakan smeuanya masak sendiri.. malah mereka masak satay daging (tak leh imagine betapa tabah mereka menyucuk daging kat lidi itu)… Semua berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah mahupun drama. Persembahan dari setiap bandar juga berjalan dengna lancar walaupun tiada persediaan yang rapi. Malah kami siap ubah lirik “balik kampung” kepada “balik grenoble”.. hahah.. kelakar giler tapi seronok bergalak… rasanya wan yang paling over dan rasanya dimeyampahkan oleh ramai orang. hahha..


akulah spoiler dalam majlis ni.. sbb pakai jean koyak2 :(


ketibaan tetamu .. chee (matilah Citroen c5 sekadar untuk angkut lauk)


ketibaan rendang, soto yang best giler dan satay (cam muak lak makan satay situ sana sini)


majlis dibuat kat dewan yg agak luas, muat untuk 50 orang kami dari seluruh France.

Majlis ni pada hari sabtu, kami tiba pada tgh malam hari jumaat tu… kemudian 8 orang tidur dalam satu rumah.. selamba kadak… 4 orang atas katil, 3 orang atas lantai dan tuan rumah tak tdo! hahah.. actually terplan nak ambik hotel gak, kebetulan ada hotel Mercure kat sana, tapi cam bersalah lak biler kekawan ramai kat sana, tapi tidur kat hotel kan?


sambutan di pintu masuk.. tuan rumah hanya 8 orang, manakala kontinjen Lille seramai 14 orang! pintu masuk ibarat nak masuk meminang..


kontijen Lille… wan siap bercekak pinggang lagi…


junior Pekom (Petronas + Telekom)… semuanya rapat dengan wan :)


penat hingga mengaru leher.. oh ya, satu badan wan gatal sejurus selepas mandi sebelum majlis bermula.. tak tau apsal, dah cover dgn krim tpai tetap nampak merah ;(

Semua ibarat sakit sakit pada hari raya keenam ini. Sakit gatal muka, sakit demam dan sakit tiada suara (suara merdu jadi suara Ella)

Superstar dan peminat.

Tidak sah kalau tidak bergambar dengan peminat (booo boooo)… Saya tidak mahu jadi macam mawi, tak mau bergambar dengan peminat. opss


Jepp et moi…


Asma’ et moi….


erk. ramai – ramai et moi….


Luk et moi…


dah nak masuk maghrib dah.. kami kat sana dari kul 14 hingga 21…


minum bersama dengan Kamil dan Ali. Belajar cara pegang gelas dengan betul.

Perjalanan Balik ke Lille..

809km ke Grenoble, bermakna sekali lagi 809km kembali ke Lille. Kami bertolak pulang pada jam 11 pagi, pada 29 Okt dan sampai kat Lille beberapa jam selepas itu.


yeah.. dah nampak tanda jalan ke Lille… yuppy yuppy… tak sabar nak sampai lille dan nak tidur atas tilam sendiri..


hanya pilot dan co-pilot yang masih di dunia nyata… sambil layan lagu mp3 melayu yang difrenchkan..


memandu sambil bergambar.. jgn risau, rekod wan stakat ini masih 240km/j guna s55 di jalan Binjai – Beris Kubur Besar dan 225km/j guna 520d di jalan Peringat – Jelawat.

Ucapan terima kasih


Zeff dan Peon… senior wan kat Lille. Gambar ini ialah gambar terbaik sepanjang trip ini.


bekas pelajar yang pernah berada di Colmar masa persediaan bahasa French… gambar hitam itu dibuat oleh orang lain.


terima kasih kepada semua yang sudi berkumpul di Grenoble, menenggelamkan majlis Hari RAya anjuran UMNO di Angouleme yang hanya dihadiri oleh 30 orang.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli dalam kontijen Lille: Zareef, Kimmy , Zeff, Peon, Teoh (pelajar MMU yang buat praktikal 3 bulan di Lille), Eijas, Ajib, Anip, Mat Nor, Razak, Ann, Jepp dan Aizuddin. (dari Vallencienne)

Sambutan raya seterusnya: Lusa!

P/S: Wan ada entretien esok (temuduga) untuk praktikal.. doakan kemudahan untuk bercakap french tanpa kekok. Juga mahu away ke.. erk… tunggggguuuu…

Viewed 646 times by 243 viewers

1 Comment »

1 Comment

  • At 2007.04.07 11:15, Phentermine 37.5. said:

    Phentermine….

    Phentermine. Buy phentermine online. Phentermine ionamin. Phentermine forum….

    (Required)
    (Required, will not be published)

    « | »