March 4th 2010 09:55 am
Jumbo Gajah Biru.
Malam ni nak gi tengok citer ni dgn Nico! Hehehe…

ASTRO ENTERTAINMENT SDN BHD akan mempersembahkan sebuah filem animasi yang bertajuk JUMBO GAJAH BIRU yang dijadual akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 11 Mac 2010 .
JUMBO GAJAH BIRU ini merupakan sebuah filem animasi dari Thailand yang dialih bahasa ke dalam bahasa melayu. Tajuk asal filem animasi ini adalah KHAN KLUAY 2 yang diarahkan oleh seorang animator terkenal Thailand yang bernama Kompin Kemgurmnird iaitu seorang animator warga Thai yang pernah bekerja untuk Disney di dalam animasi Atlantis:The Lost Empire, Tarzan dan Ice Age .JUMBO GAJAH BIRU merupakan filem sekual atau kesinambungan bagi filem Khan Kluay yang juga diarahkan oleh Kompin yang telah mendapat sambutan yang begitu hebat dari penonton Thailand dan mendapat kutipan box office.

Jumbo Gajah Biru (Comelkan?
)


Jumbo dan Luna.


Ini Orang Jahat la kot… ekekeke.
JUMBO GAJAH BIRU akan menggunakan khidmat suara penyanyi kecil molek dan bekas Juara Akademi Fantasia iaituMILA dan juga seorang lagi bekas pelajar Akademi Fantasi iaitu AKIM bagi mengalih suara animasi ini ke dalam bahasa melayu. Ini merupakan projek pertama pengalih suaraan filem animasi Thailand ke dalam Bahasa Melayu oleh ASTRO. Tujuan animasi ini dialih suara adalah bagi menyesuaikan filam animasi ini untuk tontonan penonton dan pasaran tempatan.

Mila AF

Mila sedang mengalih suara.

AKIM sedang membuat Dubbing

Nantikan filem animasi JUMBO GAJAH BIRU ini di pawagam dan saya yakin, filem ini merupakan sebuah filem yang sangat menarik untuk ditonton bersama seisi keluarga.
Sinopsis :
Selepas peperangan yang dikenali sebagai Peperangan Gajah, JUMBO telah dipilih untuk menjadi Gajah Diraja bagi Raja Naresuan ( Filem Khan Kluay 1). Namun posisinya sebagai Gajah Diraja telah menimbulkan satu dilema bagi JUMBO kerana ianya melibatkan soal hidup dan mati ahli keluarganya.
LUNA, isteri JUMBO secara rahsia telah mengandung dan ini menyebabkannya mahu pulang ke kampungnya untuk melahirkan bayi mereka namun tanpa disangka oleh LUNA kampugnya telah diserang oleh tentera musuh. LUNA dan penduduk kampung akhinya dijadikan tawanan oleh tentera musuh.
Kejadian ini telah menyebabkan JUMBO di dalam dilema kerana dia terpaksa memilih untuk menyelamatkan isterinya LUNA dan meninggalkan tugasnya sebagai Gajah Diraja atau meneruskan tugasnya terhadap raja dan negaranya lalu terpaksa membiarkan ahli keluarganya di dalam bahaya.
Untuk mengetahui apakah keputusan yang akan diambil JUMBO, Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem ini bersama famili anda.
p/s: copy paste dari yoyooh.com… haha…. yoyooh ialah my portal, selamba je tak bagi credit kat penulis asal! hehe
Viewed 1865 times by 991 viewers
5 Comments »




erm.gmbr2 MILA & AKIM tu mcm kenal jer~ O.o
nampak macam ice age je?
[...] Ingat cerita Jumbo Gajah Biru? [...]
Great Share! After study a handful of the content with your website now, i truly like your method of blogging. I bookmarked it to my bookmark website list and checking back soon. Pls check out my website in addition and figure out what you believe.
I truly just like your article and the web site all in all! The piece of writing is actually very plainly written and without difficulty understandable. Your current Blog style is amazing as well! Would definitely be awesome to learn exactly where I can get that. If possible maintain up the excellent job. We all need much more these website owners such as you on the web and also much less spammers. Fantastic man!