June 19th 2009 08:04 pm

Kerajaan Perpaduan?

Nik Aziz dahulu yg berbeza..akhbar lama

PKR akan musnah jika ‘Kerajaan Perpaduan’ benar2 dapat diwujudkan. Begitu juga dengan DAP. DAP akan kembali lemah seperti dahulu. Jika DAP lemah, dengan sendirinya kaum cina dan india terpaksa mengikut menyokong ‘Kerajaan Perpaduan yang berteraskan politik melayu/Islam sepenuh nya.

Orang melayu/Islam harus sedar, kuasa memerintah oleh melayu/Islam akan musnah jika berpecah dalam politik. Contohnya apa yang sedang berlaku sekarang. Kaum cina dan india sudah bersatu dalam DAP, kaum melayu/Islam berpecah dan sudah menampakkan kelemahannya dari segi kuasa memerintah.

Suara kaum cina dan india semakin lantang untuk menghapuskan hak-hak kaum melayu. Mereka juga sudah berani menuntut perkara-perkara yang akan merugikan kaum melayu/islam.

Sedarlah sebelum terlambat.

Pemimpin-pemimpin UMNO semakin ramai sudah sedar segala kesilapannya dan sudah berubah.

Mengapa kita tidak berani mencuba ‘Kerajaan Perpaduan’ ?

Berikut adalah SMS dari YB Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri

Kita merasa ada kejujuran Presiden & Timbalan Presiden PAS untuk berbincang tentang perpaduan samada kerajaan perpaduan atau dasar perpaduan atau persefahaman perpaduan. Alangkah mulianya hasrat itu yang telah disambut baik oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dengan fikiran terbuka. Tentunya kita ingin tahu perincian yang lebih lanjut dari PAS. Apa yang berlaku selepas ini terpulang kepada perbincangan pimpinan tertinggi UMNO. Saya kira PAS tidak semestinya perlu melibatkan perbincangan dengan DAP & PKR kerana mereka mempunyai kekuatan sendiri. DAP & PKR tentu boleh dianggap turun menumpang kekuatan PAS dalam pembangkang itu. Jika ada ikhtiar dan iltizam yang baik untuk menafaat rakyat terbanyak, semua pihak wajar mengalu – alukannya dengan rasa penuh kesyukuran. Sayugia diingatkan bahawa bumiputera / Melayu yang merupakan 2 per 3 penduduk negara ini sudah lama mengimpikan dua parti terbesar Melayu agar dapat duduk bersama berbincang untuk kebaikan. Perpaduan sebenarnya baik untuk semua rakyat yang 1 per 3 lagi tanpa mengira bangsa di negara ini. Amatlah sesuai hasrat itu dengan gagasan 1Malaysia yang bertema rakyat didahulukan.. Perpaduan sememangnya bersandarkan kepada kepentingan rakyat terbanyak. Barulah kita dapat memastikan pencapaian atau prestasi martabat negara ini dapat diangkat dan diangkasakan. Masalah dalaman PAS akibat cadangan ini hanyalah suatu cabaran yang tidak mustahil untuk diselesaikan. Tiada jalan mudah untuk mencapai sesuatu hasrat yang mulia. Mudah – mudahan Allah akan memberkati segalanya.

YB Ahmad Maslan, supper at UM, 31 May 2009. KAt situ lah kitaorang exchange our handphone no.

P/S: Lupa nak tanya YB, banyak tak getah dia dapat masa menoreh minggu lepas. Nanti i miskol beliau. Ngee. Off to LQ.

Update: MMS from YB Ahmad Maslan. Tapi dia tak bgtau byk mana susu dia dapat. I mean, susu getah.

Viewed 617 times by 311 viewers

6 Comments »

6 Comments

  • At 2009.06.20 06:54, Jero said:

    SMS ke? Panjang nyer.
    Macam teks ucapan ko je

    • At 2009.06.21 10:59, wenkt said:

      ke situ pulak
      SMS lor.
      takpe panjang, asalkan sampai maksud

    • At 2009.06.21 12:37, zaharibb said:

      jika PAS tunduk kepada UMNO melalui Kerajaan Perpaduan bererti nasib kita akan terus menjadi bahan mainan politik orang UMNO. UMNO beria-ia nak bekerjasama dengan UMNO hanya untuk survival parti itu sendiri dan ahli-ahli (kaya) dan bukannya untuk survival orang Melayu keseluruhannya.

      • At 2009.06.21 13:04, wenkt said:

        Hi
        Nice answer. Tapi bila MCA dgn DAP nak bersatu, kita rileks je kan? Kalau cina bersatu, kita tak kisah. KAlau melayu bersatu, terus membantah.
        Kebaikan lebih banyak dari keburukan. Maybe.

        Kenapa dgn Ahli – ahli UMNO yang kaya?
        Sebab mereka MELAYU dan anda JELES.
        Why not anda KAYAkan diri sendiri gak.

        I tak pernah jeles or benci dgn Pemimpin UMNO yang kaya.
        Sebab i know, I boleh jadi macam mereka, bukan pemimpin, tapi kaya.

        Just bersatu, dan berusaha.
        bukannya just jeles, membantah dan terus mengatakan yang lain kaya sebab rasuah so on dan kita terus ketinggalan.

      • At 2009.07.04 05:39, KoKo said:

        eh aku rs ko copy paste text ucapan die tu..btw,ko taste org tue ke? gile hideous ko nyah…

        • At 2009.07.04 07:45, wenkt said:

          Dah datuk tu nak SMS i
          takkan i nak block SMS dan MMS dia lak.

        (Required)
        (Required, will not be published)

        « | »