Baru semalam, blog ini menyaksikan satu lagi kegunaan blog. Tempat bertikam lidah, tempat bergaduh, tempat mengutuk, tempat mengeji dan saling menjatuhkan. Pihak A ialah senior wan di Jepun, dan pihak B ialah junior wan di France. Tiada siapa menang, tiada siapa kalah. Cuma wan yang menjadi mangsa. Ibarat dua gajah bertempur, kancil yang berada di tengah ini menjadi korban. Cuma wan dipandang serong, dianggap menjadi batu api, dilihat gagal mengawal keadaan.
Wan sendiri pernah, dan selalu menyalahgunakan blog. Menjadi tempat melepaskan kemarahan, meluahkan perasaan, menyebar fitnah dan menungkitkan keaiban seseorang. Banyak kali kutulis tanpa fikir impak yang bakal menimpa. Dan impaknya bukan dari bentuk komen di blog, malah melalui sms, email, telefon, entri lain di blog lain dan juga dengan 4 mata. Segala ruang penghubung akan digunakan, asalkan niat tercapai. Kutukan, nasihat, kejian dan pujian akan silih berganti.
Paling suci, blog ini pernah menyatukan beberapa kawan yang terpisah, ibarat jejak kasih, malah pernah menyaksikan satu pasangan mendirikan rumah tangga selepas mendapat link dari blog ini, dan seterusnya saling terpikat antara satu sama lain. Kita rahsiakan siapa mereka, namun kita doakan kebahagian mereka.
Blog sepatutnya menjadi tempat berkongsi ilmu, mencari fakta, mengenali dengan lebih mendalam malah sebagai tempat saling mengingati antara kita. Namun wan telah lencongkan tuntutan ini. Kita tahu, tulisan tidak bernyawa, tulisan tidak beremosi. Pembaca yang memberinya emosi. Namun biasanya gagal. Niat yang baik disalah anggap. Tulisan yang sepatutnya sedih menjadi bahan ejekan. Tulisan yang mengutuk mendapat pujian. Teguran dianggap kejian dan kejian dianggap perlian. Dan tulisan yang tidak beremosi itu melambangkan bahasa dan bahasa melambangkan budi pekerti kita. 100 kali kita membina benda baik untuk menaikkan diri kita, namun 1 kali kita membongkar benda buruk sudah cukup untuk menjatuhkan kita.
Wan dapat bayangkan bahawa 90% pembaca blog wan terdiri daripada mereka yang wan tidak pernah jumpa secara fizikal, tidak pernah berhubung secara telefon, tidak pernah berbalas melalui email dan tidak pernah bermimpi di dalam tidur. Yang 80% ini tidak kenal wan secara fizikal (dan batin), namun tulisan boleh menyebabkan mereka dapat meneka siapa wan, dapat menganggar IQ wan dan dapat mengagak kejujuran wan.
Pernah, disebabkan blog wan berkenalan dengan ramai orang, dan disebabkan blog juga wan bergaduh dengan ramai orang. Malah, bekas kawan baik wan, wan kenal dia melalui blog, kini menjadi musuh ketat. Pembaca di kedua – dua blog kami pernah menyaksikan kami saling mengagungkan antara satu sama lain di blog masing – masing, sehingga kami saling mengaibkan antara satu sama lain di blog masing masing.
Wan tidak pernah terfikir akan menjadi sejauh ini. Sekadar insan biasa, menjadi terkenal kerana blog. Menjadi hanyut kerana blog, menjadi lali kerana blog. Namun kerap kali juga menjadi baik kerana blog, menjadi rajin kerana blog. Kerana blog wan dipuji, kerana blog wan dikutuk.
Kerana blog wan menjadi pemarah.
Kerana blog wan menjadi peramah.
Blog ibarat sehelai kain putih, dan pemblog yang akan mewarnai hitam putih blog itu. Putih yang akan menceriakan semua orang, dan hitam yang mencalit arang ke muka sendiri.
Kerana blog, aku masih bernafas.
Viewed 732 times by 274 viewers
amik iktibar..jgn tlalu beremosi..setiap manusia harus tempuhi kesilapan utk mbtk keperibadian..tp jgn slalu buat silap kelak akn jadik badi utk diri sdiri gak.
Salam…
Wah?? Since when ko concern pasal bebenca camni?
I thought bebenda ni yg give live to ya blog
hahaha…
Teringat zaman2 bertikam lidah kat AADF
Tp sbb aku jenis cool, tak pernah Wan buat entry pasal aku bertikam lidah…
Jd mika2 yg bertikam lidah tu… Tikam la lembut2…
Ni main SODOK dalam2… Mana la tak sakit…
Bergaduh la secara baik2…
Jadikan GADUHAN tu satu HIBURAN… Bkan PERMUSUHAN…
Bleh??
chill out…tu semualah yang menjadikan blog ni meriah..blog is about real thing..real life..dalam real life tak ada yang perfect, tak semuanya indah..tak semua yang kita kata orang akan terima, tak semua yang kita buat orang akan suka…cara hezkey lain, cara tbk lain BUT that add colors to your blog life, isnt it?
the fact is memang tak ada salah, tak ada yang betul..its just some people were expressing their tots, their ideas..thats all..and bagi Deeba tu semua bagus…tahu tak kenapa orang Melaka dijajah pada tahun 1511 dulu? sebab org melayu melaka semuanya ikut saje kata orang luar..at the end of the day, apa yang jadi…orang melayu zaman sekarang ni dah lain..kita kena jadi a bit more expressive..kalau tak suka, kata tak suka…kalau suka, kata suka..jangan jadi tipikal, nak cakap takut, tak berani, malu…
so, gaduh-gaduh, bertikam lidah ni take it from a different angle plak..look at a different point of view…barulah best..hebatzzzz nih, tengok Jr. you lawan Sr. you..an arrogant Malaysian French vs. a defensive Malaysian Japanese..yiewwwww me likey!!!
opsss, ada tambahan lagi..konon-konon semua dalam The Apprentice katanya…kalau begitu Deeba nak bagi title “Omarosa Manigault” pada TBK…
Not sure ape yg tgh happening kat sini… but hopefully things will calm down. Kabare wan?
gaduh..!tukar citer lain laa wan.amik citer yg tak der adegan gaduh.
gaduh-gaduh jugak….maner gambar…gambar kertas soalan peperiksaan pun tak per..janji gambar
yep..1 pengalaman baru bg aku. membuat aku lebih yakin utk membuahkan pendapat.Tp kesian lak aku wan jd mangsa.maybe i should be more berhati2 dlm memilih perkataan kot after this.
Amoun says…
“Jd mika2 yg bertikam lidah tu… Tikam la lembut2…”
menarik utk diexplore. ngan pompuan bese berlembut kot but gaduh dgn laki… mcm mana ye. any idea? . bleh membayang but sukar utk di laksanakan sbb laki tu sniri kasar n tegas. ego lah masalah utama kot.
wan, ewan setuju benor ngan pendapat wan ttg blog nie.. mmg multi-function sgt.. hehe.. yer la, kadang2 kiter tak terpikir aper impak hasil dr tulisan kiter kat blog nie.. bukan kat blog saje pon, kat mane2 same je..
wah, thats so swet.. leh satukan couple.. teringin sgt nk wan satu kan ewan ngan sape2 kt link wan nie.. hehehe…. ahakzzz
askum wan….ni first time..zila tglkan msg kat cni…sedih gak bace cite wan tu..camner ble jd camtu..problem wan hampir same..dgn problem zila dulu..bergaduh dgn member baik sendiri..terlalu menyanjung..bila disanjung…tp alhamdullilah…sumer nyer da kembali jernih..so be as u are…walaupun org lain yang mengtafsir kite…hanye kite saje yg bole tau rahsie diri kite sendiri…
hadapi dgn senyuman..semua yg terjadi…biarkan terjadi..hadapi dgn tenang jiwa..semua kan baik2 saja..bila ketetapan tuhan sudah ditetapkan…tetaplah sudah…tak ada ada yg bisa merubah..dan takkan bisa berubah..relakan saja ini..bahawa semua yg terbaik..terbaik untuk kita semua..menyerlah untuk menang….
kuatkan semangat wan…zila nak wan yg ceria dulu..happening…zila ttp sokong wan!!
p/s:sedih jugak dgr adik wan nak kene bedah…hopefully moge2 sumernyer berjalan lancar…insyallah…amin…
hmm… the arrogant Malaysian French?
1st of all, since Malaysia tak menerima dual nationality, takkan wujud term Malaysian French.
2nd of all, arrogant? ape2 aje ler…
adik ko dah ok ke wan..
ala bucuk-bucuk… wan jangan sedih pada yg terjadi. macam wan cakap kita jgn peduli pada benda yg tidak mengembirakan kita aritukan. so, jgn fikir.
pasal gaduh dgn kawan baik, itu normal. kalau betul dia kenal hati budi wan dan wan kenal hati budi dia nanti bila dah okay wan dgn dia akan jadi kawan paling baik.
tapi bila dengar nama Omarosa Manigault tu, abang memang ketawa terbahak2 (Deeba – ko memang kelakar) aku pun panggil sorang budak pompuan tu dgn nama tu dan sorg budak lelaki dgn nama Damien.
salam..bonjour..wan pe kabo?sehat ko?
hehe..slalu gak aku bace blog ko neh..tapi kali neh ku tergerak nak ngomen..hikss
ayat ko “kerana blog,aku masih bernafas”..
tatau ler ko niat lain ker tulis ayat neh..tapi sebaik nye di tukar..sebab ianya seolah2 mendekati syirik..dan memang dah mendekati dah tuh..hehe..
sebab hanya Dia yang berkuasa atas segalanya..termasuk lah nafas2 ni..Kalau tidak kerana Dia..Pasti nyer dah kite tak wujod di Doonia ini..hehe..
sekadar peringatan dan nasihat dari ku..muslim sesama muslim.
Ok wan..dari kawan mu neh..di Royaume Du Maroc..ingat lagi tak?hikss..au revoir
oh yeah, actually aku tak bermaksud macam tu la ais-putih.. hehe… ni ibarat tulisan tak beremosi, apa yg difaham pembaca, itulah yg pembaca faham.
peace
biasalah itu perkara lumrah dalam kehidupan tak best kalau takde pergaduhan masakan tidak si qabil dan habil pun boleh menjadi kes pembunuhan manusia pertama di muka bumi amnya