July 31st 2006 12:00 pm

Kesian Dr M

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog.

Salam dari Istanbul, Turki.

Terlebıh dahulu, wan ucapkan simpati dan jutaan kekesalan terhadap kejadian yang menimpa Tun Dr M di Lapangan Terbang International Kelantan beberapa hari lepas. Kejadian yang tidak disengajakan oleh pengikut Datuk Nik Supian, mengejutkan satu Malaysia dan satu Lille (opsss… wan terkejut). Mengikut kisah asal, masa Dr M ke Kelantan, ada dua puak yang menyambut: geng Datuk Ibrahim Ali dan geng Datuk Nik Supian. Then Dr M naik kete Datuk Ibrahim Ali, so geng Datuk Nik Supian nak serang la Datuk Ibrahim Ali, tapi tersembur Dr M.

Kalau orang Kelantan, sure tau rumah Datuk Nik Supian, rumah selepas lampu isyarat Pasir Tumbuh, yang ada meriam kat luar pagar tu. Kalau rumah Datuk Ibrahim Ali lak, sila tanya kat Abbey J. As usual, both of them kenal wan, dan wan kenal mereka. Ahaks… So, wan tak berani nak kata saper betul saper salah. Datuk Ibrahim Ali tu bekas UMNO, tapi kene pecat then berpaling tadah dengan parti payung masa pilihan raya Pengkalan Pasir dulu. Persoalan: Dr M naik kereta orang yang pernah berpalih tadah dengan UMNO?

Lupakan gossip ini, lagipun Datuk Nik Supian tengah ditahan reman. Lagipun cerita ini dari another Datuk, maybe lain berbanding cerita sendiri oleh Datuk Nik Supian dan Datuk Ibrahim Ali dan Dr M sendiri

Kita masuk ke SSSS. Nampaknya program Syazwan Situ Sana Sini sudah memasukki no 19 dan 20, dan juga telah menjejak Asia. Istanbul (SSSS20) terletak 2jam 30 minit dari Bale, Swıtzerland (SSSS19) by ketubang. Naik flight kali ke 9 dalam masa 30 hari. Giler Wan rasa muak. Ibarat hari hari makan KFC, masuk 9 kali dalam masa sebulan, tentu anda rasa muaknya bukan?

Sampai Istanbul pada jam 0210, pada 31 Julai 2006. Terus naik bas ke bandar, then teksi ke hotel. Hotel terletak 50 meter dari Masjid Biru (Blue Mosque). Bentuk yang menarik dengan 6 menara, bertingkat tingkat namun deja-vu kat Kaherah, Mesir. Tapı warna dia sangat menarik, wan habiskan sekerat hari mengkaji masjid ini, termasuk memandang dari tingkap hotel

Juga ke Grand Covered Bazaar, the oldest and largest covered market place in the world: Souk terbesar di dunia. One word: WOW and one activity: SHOPPING


dari beranda hotel. penat dan panas mentarı. mengadap laut. syukur alhamdulillah :)


bertingkat tingkat dan sangat menarik, habiskan banyak masa di masjid ini


matilah baru perasan pakai baju sama


Ini pula ialah Hagia Sophia, gereja berhadapan dengan masjid biru


kubah dalaman masjid biru


again and again dengan masjid biru.. suka sangat

Habis masjid biru, menghala ke Bazaar, niat seperti biasa untuk wındow shopping. dan seperti biasa tak berjaya


salah satu siling di sebuah kedai yang penuh dengan lampu hiasan


on da way jalan kaki ke bazaar


pintu masuk bazar… maksud wan ialah yang tengah tu, pintu kiri tak boleh masuk :p

Jom kite mengkaji kesan peninggalan Ottoman dan Attatuk… Petang ini ataupun pagi esok. Ataupun ke Troy

PS1: lama giler tak dengar azan (except dari program Athan dari IslamicFinder), baru je dengar azan Zohor dari Masjid Biru

PS2: Kalau anda perasan, huruf i pada perkataan istanbul tidak ada titik, sebab keyboard sini ada ı dan i. Giler susah nak menaip :(

Viewed 375 times by 165 viewers

No Comments yet »

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

« | »