August 20th 2006 10:48 am
Khutbah di Malaysia Hall London
Rasanya, kalau wan tak silap, kali terakhir wan dengar khutbah Solat Jumaat dalam bahasa Melayu ialah pada 2 September 2005. Dan kali terbaru ialah 18 Ogos 2006, di Malaysia Hall London.
Merasalah wan seperti biasa akan kluarkan pen dan cebisan kertas untuk melayin apa yang patut disalin. Topik dia “ikhlas”. Wan tulis balik apa yang wan salin, sekadar untuk peringatan kepada diri sindiri yang tidak pernah sempurna
Antaranya:
1. Jadilah seperti pokok yang berbuah. Dibaling batu tapi dibalas dengan buah yang enak.
2. Golongan yang beriman tidak selamat, kecuali yang berilmu. Golongan yang berilmu tidak selamat, kecuali yang beramal dengan ilmu. Golongan yang beramal dengan ilmu tidak selamat, kecuali yang ikhlas, dan golongan yang ikhlas sentiasa diuji.
3. Ada tiga jenis hakim di dunia: 2 di neraka dan 1 akan ke syurga. 2 yg ke neraka ialah yang bukan berdasarkan hukum yang benar dan menggunakan hukum duniawi. YAng ke Syurga ialah yang ikhlas.
Wan stay di London dari jam 4 ptg, 16 Ogos 2006 hingga 10 pagi, 19 Ogos 2006. Thanks kat Ihab yang bergalak sama dengan Wan. Tak sempat minum coffee di kawasan Soho dan gak tak sempat ke Trocadero. Next year ok?

deja vu kat blog ni kan? hahah… bukak gambar masa time raya dulu… dulu ambik gambar kat sini dengan baju melayu bersampin lagi.. suka sgt rambut baru yang dipotong di Athens. ahaks

surau dalam Malaysia Hall London…. ambik lepas semua dah kluar. Jumpa En Mizan dan gak beberapa lagi yang wan pernah jumpa dulu

thanks Nuzul sbb snapkan gambar ni.. suka ukiran kayu dalam surau ni.. cam kat Malaysia lak

after solat, pi shopping kat HArrod’s… juga beli satu novel, tajuk Shameless kat Waterstone (Wan dengan Azhar dari Australia dan Jem dari Dublin). Abah & Mama + Family, dulu pernah jumpa Jem di Paris.. Ingat kan?

Wan, nuzul dari Dublin dan Azhar… sementara menunggu tube… Teringin juga nak buat cam szakif seperti gambar ini.

jem et moi dalam tube…

dapat duduk akhirnya… terpaksa la berketat.. hahah.. Wan rasa wan maybe takkan kaler rambut untuk jangka masa yang lama. Sbb suka rambut skrg. Bagaimana pendapat anda?

tempat typical kalau ke LOndon… kalau bukan Trafagar’s Square, sure ke Tower Bridge

me kat Dover… ada tiga cara ke France dari sini.. naik Eurostar bawah laut ikut English Channel (terowong bawah tanah terpanjang di dunia), menaiki ferry (P&O Ferry / Sea France) ataupun berenang
Jangan tak tau, wan menumpang bas yang menghala ke Amsterdam untuk kembali ke France! Ikut plan asal, biler bas itu masuk je France, terus masuk motorway ke Amsterdam dan tak lalu Lille. Maka, Wan tumpang bas sampai ke Dover, dan naik ferry… sampai je Calais, France terus turun… Tanya orang camner nak ke train station, rupanya jarak port dan train station ialah 6km… apa lagi? Tulis GARE (Train Station) kat kertas A4 dan pegang je la tepi jalan tu since kat situ takder bank untuk withdraw duit dan harga taxi pulak mahal sbb weekends. Tak sampai seminit, ada orang tumpangkan! hahah…
Sampai je kat train station, ambik train ke Lille dan sampailah Lille. Alhamdulillah. Secara official, tamatlah program Syazwan Situ Sana Sini, program ini dibekukan untuk jangka masa yang panjang, bersiap sedia untuk kelas 4 September nanti dan juga fokus kepada study tahun ini. Doakan kejayaan Wan di France untuk tahun kelima.
Wan juga tukar tajuk blog dari Syazwan Situ Sana Sini, kepada Ada Apa Dengan France versi 5.0. VErsi 5 bermakna tahun kelima Wan di France. Namun disebabkan semakin sibuk, wan mungkin akan kurangkan untuk blogging. Namun wan tahu, wan boleh kurangkan masa shopping untuk barang dapur dengan membeli belah masa off peak, juga pergi bank dan pejabat pos masa tempat tersebut kurang sibuk, maybe wan akan ada masa yang terlebih lagi.
Terimalah Ada Apa Dengan France versi 5.0
Viewed 565 times by 232 viewers
No Comments yet »


