July 29th 2006 06:54 pm
Le Lion de Belfort
Bandar Belfort (tempat persinggahan ke 18 dalam program Syazwan Situ Sana Sini) terletak di sempadan France / Switzerland / Germany. Sebuah bandar yang agak kecil (berbanding Lille) dan agak sejuk. Jadi, musim panas ini tidak menghitamkan wan.. haha.. well, dah 5 hari berada di Belfort, tak tau nak buat apa.. BAngun pagi, breakfast, sambung tdur, lunch, shopping, diner, bowling + pool, supper, tdo.. tu jerk benda harian kami.. semalam, Syukri dari Nancy (mama, kita pernah singgah di bandar ni dulu, tidur di rumah aunty Fida) join kami kat Belfort. LAgi la bergalak. ahaks
Tambahan pula SYukri baru beli kamera baru, lagi la bergalak untuk mencuba dan mengambil gambar sendiri.. heheh.. ni la result hasil ambik gambar sendiri… huhu

ada benda yang tak kena pada wan kan? hahah..

anda perasan tak? benda yang biasa berwarna merah tetiba jadi hitam.. hehe
Belfort juga terkenal dengan zaman perang dia dulu.. tak minat sangat pun, sekadar menghabiskan masa dengan melawat museum yang hanya kami melawat, dan tak der orang lain melainkan kami bertiga. Dan pada hari sabtu, pada tengah hari.. hahah

Syukri et moi, depan tangga menghala ke puncak bukit

Hazrul et moi, sajer posing dengan tangga, why not kan?

Ini ialah papan tanda Citadelle de Belfort, Kubu lama kat sini…

satu lagi papan tanda, sekadar tugu peringatan la kot

dalam terowong / kubu… selamba kadak duduk dalam terowong (benda cam ni biasanya hancing, sebab toilet bayar dan org biasa kencing kat kawasan macam ini)
Masuk ke museum, bayaran masuk ialah 2euros. Suka sangat tengok koleksi senjata walaupun wan akan merasa ’sakit’ tiap kali tengok pisau, pedang, tembok dan senapang laras yang dipamerkan.
Kami juga melawat patung singa yang dibina di lereng kubu / bukit ini. Nama patung ini ialah Le Lion (bermaksud singa / lion (en anglais) tapi sebutan tak sama dengan english) dan harga untuk masuk ialah 0.90 euros. Bayar je laa walaupun sekadar untuk tengok patung

berlatar belakangkan bandar Belfort.. wah besarnya.. larikk

dengan Le Lion de Belfort…
Pengalaman melepak di Belfort agak best. Bowling, then pool, then bowling balik.. shopping, masak dan makan.. hahha. tu jerk kerja kami.. Hazrul ada koleksi komik Les Blondes.. Hari hari duk ulang baca benda ni jerk.. seronok giler lawak tentang kebodohan blonde. tiap kali kami buat lawak, ada la yang akan diperli blonde. ahah. lv it!
N/B: masa baca balik sebelum post, baru wan perasan yang ada beberapa ayat yang agak skema.. sebab wan abihkan cuti dengan buat 9 artikel, maka ayat adalah ayat skema dan bukannya ayat untuk blog.. nasib korang la kan? ;p
P/S: Wan memerlukan komen tentang penampilan wan.. sila komen ok? plizzz
Viewed 441 times by 184 viewers
No Comments yet »


