May 22nd 2009 07:03 pm

lompat si katak lompat

Macam biasa, aku kehabisan idea untuk tajuk. Lalala

Nak tulis simple je, diary apa yang terjadi minggu lepas.

Hezry dgn hadiah bdayku. Hehe

apiz yang baek sgt. teh 3 lapis ni rm3.90. manis.

Ime dan adik Min datang ke KL pada Selasa 19hb. Amik mereka kat LCCT jam 9.55pagi, then pergi EMbassy of China lepas tu pergi Cosmo World kat Times Square. Adik Min tak main banyak game pun, lagipun wan masuk dgn dia je. Ime pergi lepak online kat Starbucks. Nasib baik adik Min dapat special rate, RM10 je. Wan bayar RM32 as adult. Huh. Then kitaorang lepak kat Starbucks lain kat Times Square sambil hilangkan pening roller coaster. haha

adik min depan cosmo world

Pada 21 May, kitaorang seramai 7 orang check-in kat Country Villa kat Country Height Kajang. Pergi dua kereta. Tok Uncle Wan, Abg Am & Abg Adie (2 orang tunggak utama hiasan bday wan), Ime, Min, Wan dan juga Fzy. Wan dgn Ime pergi asing, kitaorang ke Low Yat beli graphic card jap. Masa sampai kat Country Height tu, semua dah dalam kolam. Patut la call tak angkat!

Abg Am, Abg Adie, Min dan Fzy kat blkg tu. Uncle wan kat kolam kanak kanak

Abg Am dgn Abg Adie. kat Satay Kajang

Uncle Wan dgn Min. nasib baik adik min tak cerewet sgt.

Ime tak kisah

Makan satay. 30 ayam, 30 daging, 5 arnab yang manis, 5 kambing dan 10 perut. Nasi ayam, nasi goreng kampung, 2 ABC kurang manis yang terlebih manis, air – air. Total semua RM89 utk 7 orang makan. Takder la mahal sgt kan.

OTW balik ke Country Height, singgah beli utk breakfast. Adik Min cam biasa la, amik air kotak. Memang dari dulu, dia suka air kotak susu perasa coklat yang seliter tu. Sekali beli RM4.80 – RM5.50 dan dia beli 3 kotak setiap hari! Kat Kelantan pun sama. Haha, air sajer dah abih RM450 kot utk adik min sorang.

graphic card baru utk Ime, tapi terbeli LCD gk. haha LG32″ model terbaru RM1799, diskaun RM300, dapat RM1499. Kelihatan adik Min dan Uncle Wan.

PAgi Jumaat, check-out kul 12 tgh hari, kemudian gi hantar Ime kat Sungai Besi. Then terus ke KLIA sebab flight jam 3.40 petang. Check-in kat self check-in, senang dan tak yah beratur. Lunch kat airport, lepak2 dalam keadaan mengantuk kat restoran tu, then abg Adie bawak balik kereta ke Shah Alam.

Mengantuk yang amat. Masuk je flight, terus ke tempat duduk, pasang seat-belt dan tidur. Hahaha. Adik Min duduk tepi tingkap. Sedar – sedar dah berada kat udara, nampak rumah kecik – kecik kat bawah. Ingatkan baru berlepas, sebab dah janji dgn adik min nak order Nasi Ayam atas flight (sebab tadi dia nak makan nasi ayam macam abg adie kat TasteOfAsia tapi orang beratur panjang). Tetiba terdengar annoucement dah nak mendarat, patut la dah nampak rumah, bukannya awan. Hahaha. Kesian adik MIn, memang kelaparan lah. Haha. Tapi tadi dia dah telan donut besar RM4.90 tu. Lapar penat berenang kan.

Mata wan memang kering sebab tidur pakai contact lens. Penat dan mengantuk. Dah la semalam tak tidur (biasa la, khamis malam jumaat). Masa dah mendarat, bukak phone sambil tunggu nak keluar flight, banyak misscall dan sms dapat. Terutama pasal Perak tu. Mana yang mampu, terus reply. Then sambung lelap jap. Nasib baik keluar je airport, family dah tunggu. Malas nak menunggu dalam keadaan mengantuk nih, nk jaga min lagi. Hehe

adik Min. terus kuar airport, masuk kereta, terus gerak.

Maka saya sekarang kat Kota Bharu sehingga 25hb. Balik pun takder plan, sekadar nak hantar adik Min ke Kelantan je. Isnin ni tgh hari terbang balik ke KL. Huh.

Viewed 615 times by 353 viewers

3 Comments »

3 Comments

  • At 2009.05.22 20:30, Mohd Sufian said:

    Hahaha… I memang suke.
    Best la makan sate… Nakk.. Nak..

    • At 2009.05.22 20:43, ime said:

      bkn grpfic card lor.. lcd..

      • At 2009.05.25 10:49, rizz said:

        mnakutkan laa game kat bts tuh ahah skli jee naikk takotttttt

        (Required)
        (Required, will not be published)

        « | »