November 17th 2008 02:08 pm
Los Dan Faun
Lokasi: Cineleisure Damansara
Tarikh: 14 Nov 2009 (Tayangan Perdana)
Filem paling sewel Afdlin SHauki. Sangat best! Anda patut tengok pada 4 December ni. Ianya ibarat cerita Scary Movie ataupun Meet the Spartans. Gabungan adegan adegan filem lain, yang ditertawakan dalam filem ini.

pengarah tak sewel, idea dia yang sewel
Lakonan baik pelakon yang handal seperti Adlin, Afdlin, Ida Nerina, Stephen Rahman, Rashid Salleh, Douglas Lim dan lain – lain. Lakonan Hans Issac tak ubah seperti Baik Punya Cilok, Qabil Khushri Qabil Igam dan Buli. Ada part suara dia yang kita akan ingat kat filem lain. Erra dengan tema yang sama: mekap sama, rambut palsu sama.

Isham, Stephen Rahman & Qmal
Erra Fazira memegang watak sangat kaya. Diceritakan Erra keluar sekejap, ke Cameron Highlands membeli barang mentah. “Biasalah pergi Cameron Highlands, beli bahan mentah, barang dapur, sekejap lagi balik la tu”. Dan Erra kembali dengan helicopter, beli satu bakul strawberry. Anda pasti tergelak tengok babak ini.
Sinopsis: Los dan Faun mengisahkan tentang dua budak yang berasal dari keluarga miskin di Melaka. Los ialah Carlos Rodrigo Gunting (Serani berketurunan Portugis – Hans Issac) manakala Faun ialah Ahmad Faun bin Sulaiman (Melayu – Adlin Aman Ramli). Mereka berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja tetapi selalu diberhentikan kerana kejujuran Faun yang membuat kesilapan dan mengaku kesilapan.

Faun dan Los
Kebolehan Faun ialah mencari benda – benda hilang dengan mengunakan ‘power of deduction’, dan akhirnya mereka membuka perniagaan mencari barang yang hilang. Servis mereka menjadi terkenal, bermula dari iklan kecil di akhbar (muka Faun dilindungi oleh handphone Los) sehingga iklan di TV dan radio. Mereka mengenakan servis caj 10% dari harga barang tersebut.
Kisah bermula pada suatu hari apabila Datin Jasmin (Erra Fazira) menghubungi mereka untuk menjejaki jam tangan bernilai RM30juta yang hilang. Namun, kehebatan Faun tiba – tiba hilang dalam mencari klu – klu untuk menjejaki jam tersebut.
Tema filem ini iaitu “Filem Afdlin Shauki paling SEWEL” adalah sangat tepat. Setiap babak filem bakal membuatkan kita tergelak. Perwatakan, pergerakan dan dialog sangat teliti. Kita perlu beri penuh perhatian supaya tidak terlepas lawak – lawak yang diselitkan. Contohnya, ketika mencari 5 pelajar hilang di Gunung Ledang, mereka menemui Puteri Gunung Ledang dan mengheret Puteri Gunung Ledang untuk keluar berjumpa media.
Walaupun adegan mengheret setakat 3 saat dan sejajar dengan adegan pelajar terselamat berlari keluar, gelagat Puteri Gunung Ledang yang bercakap dengan dialek Indon pasti memecahkan panggung. Jika anda menumpu perhatian kepada pelajar 5 orang yang berlari keluar, anda akan terlepas pandang akan Puteri Gunung Ledang. Benar, anda perlu beri perhatian penuh.
Banyak read-between-the-lines jokes. Memang perlu mengunakan otak untuk memahami. ADalah normal kita gelak, tapi orang sebelah tak gelak, ataupun orang lain gelak, kita blur tak faham cerita.
Filem yang tidak dibenartayangkan di Malaysia iaitu Brokeback Mountain juga ditiru adegan dalam filem ini. Tapi percayalah, orang kampong yang tidak pernah tengok citer Brokeback Mountain takkan faham part tu. Heheh. Biasalah, lawak Afdlin Shauki ialah lawak urban. Lawak orang bandar. Or maybe PLU je faham part tu.

curi tangkap. ihiks. Brokeback Mountain katanya. Hahahaha
Cerita memang laju. Cerita yang complicated giler, penutup dia sangat laju. Ianya ibarat cerita Detektif Canon membuat huaraian penyelesaian masalah, kita perlu tangkas berfikir watak, kemudian kaitan, kemudian memahami huraian yang laju, seterusnya memahami kembali. Banyak informasi yang perlu difikirkan segera.
Lawak Ida Nerina: “Fikirkan satu nombor di antara 1 dan seribu.” Mulanya kita akan fikir silap mata ini akan jadi susah dan menarik. Namun, bila Ida Nerina cakap “Kecuali 2 hingga Sembilan ratus Sembilan puluh Sembilan.”, anda akan tertawa. Bila dia teka ‘satu’ dan jawapan itu salah, satu panggung tertawa. Jawapan dia ialah 1000. Simple, tapi ianya lawak bersambung tanpa henti.
Karekter dalam Los dan Faun adalah sangat pelik, tapi dibantu oleh pelakon lain, maka karakter mereka boleh diterima dan ditertawakan.
Lawak dia sangat best. Sangat menjadi. Memang korang patut tengok! Cerita ni tak banyak kelemahan. Anda boleh menerima konsep dan jalan cerita filem ini berbanding filem Melayu lain. Ada few slapstick jokes tapi masih boleh diterima kerana penyampaian yang bagus.
Tengok filem ini 4dec nanti, dan anda akan membincangkan cerita ini. Seriuosly. Sewel sehingga hari ini!
Masa filem ni, Israq duduk kat sebelah kanan, dan kat sebelah kiri wan ialah Adi Luqman. Banyak kali gak dengar Adi gelak besar. Hahaha. Dah la kami kat terduduk kat couple seat, asyik gelak je. Hahaha. Lepas abih filem, ada Press Conference, tapi just tgk2 je, kitaorang ni blogger je, belum sampai tahap wartawan nak tanya2 soalan kan. Hehehe. Kemudian shopping kt Watson’s then lepak kat kedai mamak dgn yang lain2. Ihiks

Manja~

Adi Luqman & Ajami Hashim
Thanks to Vision Works, Afdlin Shauki dan AJami Hashim yang invite, paling penting, Afdlin sentiasa ucap thanks kat bloggers. Terharu seketika. Ihiks.

Juvanex 7-day program. RM135 per box (printed price RM160). Beli 2 boxes: 1 for me, 1 for Israq. swap sajor. Ihiks!
P/S: Plan nak jumpa Erra. Israq nak sangat jumpa Erra. Tapi maybe sebab Hans Issac ada, Erra tak datang. Waaaaaa
Viewed 870 times by 367 viewers
26 Comments »



mana gambar Israq?!?!?
ada dlm phone i.
ngee
ape kabar adi luqman?
adi luqman pe kabar?
:p
adi luqman sihat
pi komen kt blog dia lak
getah setia kat wenkt blog jer..
wah!!!
aiyoh
senang nak cucuk ilham nanti
sure masuk 100% dalam otak getah
Cam best jee.. aku memang tak miss tgk citer afdlin nih.. tapi tungu keluar dvd jee heheh
aiyoh
sokong la tgk kt wayang
typical afdlin movie,
but boleh tahan lawak!
teringat scene putri gunung ledang.ngeee
kan!
hahaha
part tu mmg lawak laa
sbb tak sangka2
kan
uh,mcm best tapi tunggu someone upload kat youtube je lah..haha~ mean next year..waaaaaaaaa~
nak gambar Israq!!!!
aiyoh
spam kah
torrent tak download? opss
larik
dimaafkan sbb berada kt luar negara
wan, spoiler yg buatkan moi teruja nk tgk..pe daa..HAHA..tunggu dah ade dlm torrent bru leh tgk! sigh
ihiks
orang luar malaysia
kene tunggu torrent yeay
puaka… blog mak kecelakaan…
nok.. apa tu?? ubat kurus ke???
ihiks
patut la serabut je tgk blog hang
bukan ubat kurus, ubat detox lor.
nnati buat review lepas seminggu
ihiks
wahhh! sempat promosi juvanex??? wakakaka
mahal ok juvanex tu
siap la aku mintak refund lepas buat review nanti
hahhaa
Wah , dah tengok . cis!
malam ni tgk Histeria lak.
ihiks!!
untung ar dapat tengok skali dgn bebudak fress-konfrenzz… keji ittew..
pegi sajor
dah nama blogger propah
hahah
org invite, kene la pergi
ngee
i nk itut jugak next tyme… huhu…
datang sajor
masuk list dlm site diorang
« Jersi Bersalib | Wan Homestay? »