May 24th 2007 07:29 pm

luka kakiku tiada siapa tahu


aku ada serai. korang ada serai? tapi serai aku sekadar serai biasa. Ianya bukanlah serai yang dipos laju tanpa poskod kemudian sesat di merata France…

adeii.. nak buat ‘duty’ report kat blog jap.. dear blog, 3 hari lepas kan… housemate kita ketuk pintu kan, kita pi bukak la pintu tu kan, then kita tersepak pintu kan, lepas tu ingatkan sakit sakit je.. tapi kan, rupanya rupanyakan, jari kelingking kita kan, berdarah… kat kaki kanan… sakit tau…

heheh.. gedik! apa duty duty report ni.. :p
*sorry kalau ada yg terasa
*buat je apa suka, selagi tak langgar laranganNya, asal bahagia. tak gitu?

tapi mmg sakit gak laa.. lepas kene tu, wan pun basuh la luka tu.. kemudian letak minyak mastika (wan benci bau minyak gamat, baca sebagai: takder minyak gamat).. lepas tu baring atas katil… lepas tu feeling jadi penumpang pesawat jap… ahahha.. actually Zarf main Flight Simulator 2004, aku pun feeling la jadi penumpang. hahah

Hanzab gak la kulit terkoyak ni. ianya bukan terkoyak cam dihiris ke ke dalam, tapi lebih kepada dihiris cam kita buang kulit tebu. tinggal kulit je, kalau kita angkat kulit tu, nampak isi merah dek darah. sakit doo… Wan lalukan air, lepas tu letak minyak mastika, lepas tu baring berdenyut.. jari keliking kaki kanan sakit, jari keliking kaki kiri terasa jua.

Perit dia masa kita menyembah la. duduk tasyahud akhir pun kene duduk cam tahiyat awal… lepas tu tgk balik.. dah merah berdarah… nasib baik tak mengalir.

penerangan: dalam mazhab Syafie, akan terbatal wuduk jika keluar darah. Manakala dalam mazhab Hanafi, keluar darah dan mengalir, baru batal air sembahyang. Maksudnya, wan berpegang kepada mazhab Hanafi untuk penyembahan yang itu. Lagipun, dalam mazhab Syafie, jika batal wuduk, kita kene solat dari awal. Tapi dalam mazhab Hanafi dan Hambali, bila wuduk terbatal, kita perlu ambik wuduk dan cepat cepat sambung rakaat yang batal. SO, in case darah tu mengalir, aku boleh la ambik wuduk n continue yg tertinggal je. heheh (btw, jgn amal tukar2 mazhab ni.. kes aku ni dikecualikan.. ehehe)

OK abih bab tu, lepas tu kan, luka tu mmg tak nak sembuh. Kalau duduk bersila pun, luka akan kembali. Kalau baring pun, luka akan kembali. Kalau keluar jalan2 pun, bila bukak kasut, akan nampak stokin biru jadi hitam. Ermm.. *tu la, zarf pesan suruh balut, aku buat dunno je*

Tapi hari ini, selepas 3 hari, kaki aku dah elok kembali. Dah boleh melangkah ke tempat maksiat. hahaha. *joking*

Korang tau tak.. wan ‘rindu’kan Khairi skrg.. wan rindukan wajah dia yang tenang. Tenang kan wajah dia? Wajah seorang yang tenang.. wajah seorang yang tidak tinggal solat. Semua orang inginkan wajah cam tu kan? Ianya termasuk aku. So, caranya ialah jangan lupakan solat je la kan? Lawatan Khairi ke Lille last week, kemudian 24 jam sehari bersama dia sepanjang 4 hari banyak menyedarkan aku.

Nak tau citer tak? Dulu.. tahun lepas.. atau 2 tahun lepas.. wan ada banyak jerawat. Abih ubat itu ini wan guna, kemudian wan tau cara terbaik untuk hapus jerawat ialah air sembahyang. Dan ianya berkesan. Jerawat wan mula berkurangan, dan sekarang ni, jerawat jarang naik.. Kemudian wan tersedar niat wan suka ambik wuduk masa mandi# adalah kerana nak ilangkan jerawat dan bukannya niat kerana Allah taala sahaja (2 niat).. ehem.. lebih baik tersedar lambat dari tak tersedar langsung kan?

#penerangan: Sah wuduk bagi orang yang wuduk sambil menyelam atau di dalam hujan atau sambil MANDI kerana semua anggotanya basah. (Riwayat Baihaqi dari Zubir)

Riwayat Hakim dari Ibnu Umar pernah menyebut.. Rasulullah s.a.w. bersabda “Siapa yang mencantikkan hubungan di antara dia dengan Allah, Allah akan mencantikkan hubungannya dengan orang ramai. Siapa yang mencantikkan batinnya, Allah akan cantikkan zahirnya”

Ermmm… pusing situ sini maksud Hadis tu.. Kalau hati baik, maka zahir dan perbuatan kita pun akan jadi baik. Islam menjaga kedua – duanya iaitu zahir (Rukun Islam) dan batin (Rukun Iman). Sebab tu banyak ayat Quran yang sebut “Amanu wa amilus solehah” iaitu beriman yakni batin dan beramal soleh yakni zahir.. Kalau kita nak cantik semuanya, kita kena la rapatkan hubungan dengan Pencipta kita…


serai itu di dalam singgang bendi yang berlendir di atas.

Haiiih… Untuk naikkan seri muka, kita perlu la jaga solat kita. TU je la kan? Ataupun cara lain buat pembedahan plastik. Apa hukum pembedahan plastik erk? Demm… aku nak betulkan mata aku.. korang tau kan, mata wan sebelah kanan lebih sepet dari mata kiri. Tapi apa hukum pembedahan plastik?

P/S: semalam tgk citer Pirates of the Caribbean: At World’s End (kat Mesia / US kluar 24 mei, kat France kluar 22 mei lagi!).. Abih tgk movie tu, kami buat satu episod Friends (Version Lille)…. tajuk dia: Kerana Pringles dan 3 soya CNI. *zarf tau citer. haha*

Viewed 405 times by 153 viewers

9 Comments »

9 Comments

  • At 2007.05.24 21:34, equilibrium said:

    rindu….mmmm…sgt abstract utk dikupas…utk dinyatakan…rindu yg membawa seribu makna…rindu yg bisa menggamit jiwa… (adeiii…pekessss aku lak blues nie)…

    about serai…tuan serai yg tawaf dunia tu mayb dok berduka coz blog dia dah bertobat, bertuko wajah, berseh berseri…i feel sorry if so…

    • At 2007.05.25 00:35, zarf said:

      takde2.aku x terlibat ngan drama korang 2 tuh. aku tukang sambut pringles tu je.

      • At 2007.05.25 01:25, diane said:

        haha..ni ke bendi smlm yg kecoh xtau nk masak ape tu? ;p

        • At 2007.05.25 07:49, wenkt said:

          @equilibrium
          tuan punya serai tu dah ada magic limegrass.. dia tak risau dah.. hehe

          @zarf
          yg part sambut tu la paling penting.. kalau ko tak sambut, n dia jatuh, mmg aku tak ambik dah. hehe

          @diane
          tu la.. dari asam pedas, masak kari kepala ikan la.. last last jadi singgang je.. hahah.. nasib baik singgang, kalau kukus or rebus je, lagi simple kan? hehe

          • At 2007.05.25 12:20, dzoelhakim said:

            erm… komen aku sebelum ni hilang ker?

            • At 2007.05.25 14:27, amirulllah said:

              Ko tukar2 mazhab ko? HARAM tukar Mazhab. Taubat la weiiiii

              • At 2007.05.25 14:43, wenkt said:

                @dzoelhakim
                ahaks. no comment. type balik la ok?

                @amirullah
                Ulama Imam Syafie pernah berkata: Kalau seseorang sembahyang mengikut mazhab lain yang mudawwanah (yang sempurna susunan hukumnya), yang muktabar (iaitu 4 mazhab yang besar), sahlah sembahyang sekalipun dia tidak taklid (ikut) kepada mazhab yang dia buat. Boleh pakai semua mazhab dan “pergi mari” (wenkt sana wenkt sini) antara 4 mazhab, seperti gerabak keretapi, boleh ke mana-mana gerabak. tujuan Allah buat 4 mazhab itu adalah satu rahmat Allah dan kemudahan bagi umat Islam. Tidak sah dalam satu mazhab ada masanya sah dalam mazhab yang lain. jadi kita masih selamat selagi sah pada salah satu dari mazhab.

                Sebagai contoh:

                Kalau nak ikut betul-betul Syafie, sembahyang kena menghadap tapak kiblat. misalnya kalau Malaysia di atas, Mekah di bawah (bayangkan bumi bulat), maka masjid kena korek tanahlah (buat bawah tanah) untuk betul-betul menghadap kiblat. jadi kita ikut kiblat mazhab Hanafi yang mengatakan kiblat itu dari tapak sampai ke langit Baitullah.

                Tidak ada orang yang sembahyang “pure” 100% ikut mazhabnya. kalau nak ikut mazhab Syafie betul-betul:
                1/ lepas takbir, tangan kena lurus ke bawah sebelum diletakkan di dada/pusat.
                2/ bila imam dah turun sujud baru makmum boleh turun. Kebanyakan kita tidak tunggu sampai imam turun sepenuhnya, namun masih sah mengikut mazhab Hanafi.
                3/ bacaan Fatihah dan Tahiyyat kena betul ikut makhrajnya. Mungkin susah bagi sesetengah orang awam. Tapi bagi mazhab Hanafi bacaan sah selagi tidak berubah maknanya.

                Apapun, yang pentingnya buat (iaitu sembahyang). Semua mazhab terutamanya 4 mazhab yang muktabar sudah mantap, boleh diikuti dan tidak boleh diubah hukumnya. LAgipun tak wajib taklid dan tak wajib niat taklid. tapi kita tak leh la mudahkan semua benda.

                Apapun, aku tak semestinya betul. aku praktik apa yg aku tau je la. janji tak menyusahkan aku, tak langgar apa yg dilarang. :)

                • At 2007.05.25 16:11, pierre DELAFONTAINE said:

                  sape tuan pune limegrass?

                  dah dah la tu ngumpat dier.. die dah tak ske serai dah skang.. die ske kuih tat…

                  • At 2007.05.25 21:46, mila said:

                    Filem Perancis di panggung tempatan

                    Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL

                    SEJAK tahun 2000, rangkaian panggung terbesar di Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) mengambil inisiatif menayangkan filem-filem terbaik Perancis pada Festival Filem Perancis di Kuala Lumpur.

                    Sempena itu, para peminat filem di negara ini dapat menyaksikan filem-filem Perancis yang pernah diiktiraf sebagai terbaik dan popular di negara itu.

                    Tahun ini, buat kali ketujuh, GSC membawakan tujuh buah filem terbaik Perancis dalam siri Festival Filem Perancis yang bermula pada 24 Mei lalu sehingga 3 Jun ini di GSC MidValley, Kuala Lumpur dan GSC One Utama, Petaling Jaya.

                    Bagi tayangan di GSC Gurney Plaza pula, Festival Filem Perancis hanya akan bermula pada 7 Jun sehingga 13 Jun ini.

                    Jadi kepada peminat filem di luar sana, jangan lepaskan peluang menyaksikan filem-filem terbaik dan hebat Perancis yang dibawakan eksklusif oleh GSC

                    **
                    Wan, cerita apa ye?

                    (Required)
                    (Required, will not be published)

                    « | »