February 19th 2007 08:19 pm

main bola

Hujung minggu lepas ialah hujung minggu yang dikhaskan untuk bola sepak. Ianya adalah “aktiviti” yang “dianjurkan” oleh sebuah persatuan yang hidup segan mati tak mahu peribadi, mungkin sekadar untuk memperlihatkan terdapatnya aktiviti di dalam persatuan tersebut. Dengar cerita mahu menjadikan persatuan tersebut seperti persatuan yang sama di Melbourne. Dengar cerita la.

Bahananya (sekadar kata penyambung, aku tidak bermaksudnya), lokasi pemainan (tuan rumah) perlu menyediakan prasarana seperti makanan dan tempat tinggal kepada mereka yang datang. Hehe.. Wan tak kisah.. boleh je guna bilik Wan… Setakat nak masak or beli lauk tu, boleh je share duit dan keringat kan? Kemudian pepandai la basuh pinggan lepas makan… sbb Wan tak suka dengar alasan typical “tak der masa nak basuh pinggan”, tapi ada lak masa utk edit2 template blog… (aku bercakap depan cermin utk diri sendiri)

Seperti biasa, tuan besar penganjur akan turun dari Valencienne ke Lille. Turun untuk menjalankan aktiviti yang dirancangnya. Dan untuk kelabnya. Bagus betul sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjayakan program ini kan? Terus terfikir untuk mencalonkan beliau sebagai penerima Hadiah Nobel atas semangat yang ditunjukkan. Nampaknya tergugat la kedudukan DSAI untuk turut menerima Hadiah Nobel.

Semuanya berkumpul di Lille seawal petang Sabtu. Safwan dari Rennes, Ali dari Paris, Irfan dari Blois, Kamil dari Annecy dan 3 orang dari Valencienne. Dan pada malam itu juga perlawanan Bola Sepak berlangsung, guna PS2 dan game Pro Evolution Soccer 7. Dari kul 12 mlm hingga pukul 5 pagi.

Dan pada hari Ahad, barulah perlawanan sebenar berlangsung. Asalnya nak main kul 11 pagi. Tapi malam sebelum itu tidur kul 5 pagi, mana boleh bangun pukul 10 kan? Malah masa call rumah tumpangan satu lagi pada jam 10.30 pagi pun, tuan besar masih tidur. Cancel la percalonan Hadiah Nobel.

Tunda pukul 14. OK.

Ringkasnya, perlawanan ini menjadi perlawanan antara Senior vs Junior. Sepatutnya Lille + Valencienne versus Bukan Lille. Terus hilang semangat muhibah dan tidak kira umur yang diamalkan selama ini oleh kami di Lille. Apa apa lah.


anip pam bola. sejurus sebelum perlawanan persahabatan dimulakan.


ini ialah pasukan Lille + Valencienne


ini pula pasukan Bukan Lille. Dimaklumkan seorang pemain dari Lille telah “murtad” masuk ke pasukan Bukan Lille kerana kekurangan pemain.

Sepanjang perlawanan, semuanya berjalan agak lancar. Walaupun terdapat orang kulit hitam yang nak ganggu kami, nak join kami, nak padang kami. urghhhh sengal.

Kecederaan yang dilaporkan: sorang pemain terseliuh kat Articulatio Talocruralis kanan, sorang pemain lagi terjatuh dan luka di Patella kanan dan ramai yang “pancit”. Ye laa, kami ini semua tak bersukan ataupun dah lama tak bersukan, kecuali hand jogging (dah nama anda semuanya wanker kan?). Dari kameraman, Wan berubah menjadi ahli PBSM. Terus jadi superhero cam CicakMan. Jom ikut cakap Yasmin Hani: “euuuwwwww CicakMan, ada peminat ke?”


Ini dia pemain kami yang cedera. Wan yang kaki bangku hanya melihat, bukan nak masuk ganti. Wan dan Bola Sepak ibarat Spagetti dan Nasi, jauh bezanya.


penjaga gol yang mengamalkan konsep “Biar gol tembus, asalkan kasut tak kotor.” Detik – detik keriangan gol yang sempat diabadikan dalam gambar.

Kami yang tak main (Wan, Jepp dan Kimmy) menjangkakan kemenangan Bukan Lille 18 gol dan Lille 5 gol, memandangkan dua gol pertama dijaringkan oleh Bukan Lille pada minit pertama (minit di mana jam belum disetkan di handphone Malaysia Ajib…. apsal Ekin tak antar sms time ni? Boleh la kami baca. opsss). Salah seorang antara kami juga ter’reset’kan timer kat phone tu, memaksa kami mereka masa sendiri. Hahah.. Anggap je sebagai masa tambahan, boleh la jaring barang satu dua gol lagi kan?

Keputusan akhir: 9 – 3


ini ialah 5 managers. termasuk wan la. silap besar tak bawak cards.. kalau tak dah boleh main Chong Tai Ti.

Viewed 393 times by 162 viewers

18 Comments »

18 Comments

  • At 2007.02.19 20:42, bukan katijah tan said:

    eh, aku main bola, ko pon main bola?

    aku injured kat gluteus maximus, ko pon ade injured?

    AKU BARU LEPAS TENGOK AC DI SINI BERSAMA YASMIN HANI DLL, KO PON SAME KE? sebab aku teringat dialong geli “eww, ade peminat ker?”

    hahahaha… ko memang peniru aku. dahla nama panggilan ko lebey kuang ngan aku (kat umah la).

    • At 2007.02.19 22:16, wenkt said:

      aku tak main bola tu. aku main bola lain. maksud aku, bola golf

      aku tak injured pun?

      aku suka je ayat tu. aku tgh siaran langsung, ko download.

      aku lebih berusia dari ko. dan aku lebih MATANG dari ko. maka, ko tiru aku, dan bukannya sebaliknya. dan sila bayar royalti kat aku sbb guna identiti aku!

      • At 2007.02.19 22:56, hezkey said:

        dari cameraman jd ahli pbsm… bagus2 !!kalau tetiba ade pergaduhan ko jd la polis bantuan aka pengawal. kalau pas main pdg kotor ko jdla ahli PLKN kutip2 sampah. kalau player haus.. jdla water boy.. ko mmg berbakat !

        • At 2007.02.19 22:56, fanramli said:

          9 bijik gol tu.

          • At 2007.02.19 23:04, wenkt said:

            eh kalau pergaduhan, aku jadi cameraman.. ambik gambar or video, then publish kat youtube.. yeahh! kalau nak jadi pengaman pun, aku jadi FRU terus…. main guna air pancut warna merah biru hijau

            fanramli, actually 10. tapi yg rasmi 9. biasa la kan? hehe

            • At 2007.02.20 03:53, paperjack said:

              nape rumput warna hijau?

              • At 2007.02.20 05:28, cosmo said:

                then nak rumput warna apa?

                • At 2007.02.20 09:16, paperjack said:

                  pikir logik time winter rumput warna kekuningan…kalo rumput kat jepun la…

                  • At 2007.02.20 11:38, usahcari said:

                    multitasking ek ko. power. 2 team lima manager. ke ade pom pom girls nih?

                    • At 2007.02.20 15:51, bukan katijah tan said:

                      ko lebey tua drpd aku, ok fine. tp ko lebey MATANG drpd aku? hmm…. aku x bape d’accord héhéhè

                      • At 2007.02.20 21:34, wenkt said:

                        rumput kat eropah jarang kuning? tapi ntah la. tak sure sgt

                        aku gak yg jadi pom girls. hahaha

                        • At 2007.02.21 01:48, masze san said:

                          POM GIRLS? mesti kiut wan ittew!!! lari….

                          • At 2007.02.21 01:55, chot said:

                            wenkt..gaya ko xmcm main bola je…

                            • At 2007.02.21 09:05, Khai said:

                              dah agak dah.. si wan ni mmg kaki bangku .. hehehe .. kita serupaaa… even khai boleh main bola, tapi rasa bangga untuk mengatakan diri ini kaki bangku sebab bagi khai buang masa je berebut benda yang tak bernyawa tu …. beli je kat kedai then bawak tido.. hahahahaha.. x yah rebut2 ye adik adik..

                              • At 2007.02.21 09:45, qebalt said:

                                hahaha, 9? mcm Arab Saudi lwn German jer, haha.

                                • At 2007.02.21 15:45, goolie said:

                                  tengok kat keeper tuh..tingat kat shaolin soccer! muahaha..korang ada terbang2 tak mase kena belasah tuh?

                                  • At 2007.02.21 19:08, wenkt said:

                                    @masze san
                                    seminit je jadi POM girls, semua tak layan.. hahaha

                                    @chot
                                    mmg la tak main bola. tgk je. tu pun sekadar nak ambik gambar

                                    @khai
                                    ahaks.. agak r.. tak suka ok bola ni.

                                    @gebalt
                                    no comment.

                                    @goolie
                                    ada gak yg terbang2, sbb tu ada luka terseliuh bagai

                                    • At 2007.02.25 02:10, abbey jay said:

                                      wan akan kelihatan seperti fabien barthez.

                                      (Required)
                                      (Required, will not be published)

                                      « | »