makanan segera dan iklan

Berita paling sensasi minggu lepas, sudah tentu berkenaan Kementerian Kesihatan yang mengharamkan Iklan Makanan Segera di media massa seperti TV, Radio, Akhbar… IKlan terakhir yang kita sempat tonton ialah iklan tarian singa beli burger di McDonald’s (iklan McD sempena CNY). Ada yang berpendapat bahawa iklan makanan segera yang diharamkan ialah mi segera serta coklat dan makanan seangkatannya. Namun ianya lebih dari mengilirukan! Yang diharamkan adalah iklan KFC, Pizza Hut, McDonald’s.

Persoalannya: adakah Secret Recipe dianggap makanan segera? Air soda, makanan sejuk beku di supermarket, malah makanan express seperti nasi lemak, roti canai dan sate mungkin boleh diklasfikasikan sebagai makanan segera. Jika ini kita pilih, makan hampir 90% iklan makanan di TV Malaysia adalah diharamkan. Tidak janggalkah apabila tiada iklan “Tora datang lagi dengan…” dan kita hanya boleh baca iklan ini di blog kahuna? Ianya juga makanan segera bukan (maksud aku Tora, bukan kahuna)

Kita sebenarnya susah untuk berubah. Bila kita ubah “dadah” kepada “najis dadah”, tiada perubahan ketara dapat dilihat. Bila kita ubah “kemalangan jalan raya” kepada “kecelakaan jalan raya”, PM kita menjadi bertambah sedih kerana bilangan yang meninggal meningkat. Namun kita meneruskan agenda yang gagal ini, dengan memperkenalkan “John Pit” berbanding “Mat Rempit” yang dianggap terlalu manja! Secara peribadi, perempit akan lebih suka dipanggil “John Pit” bukan?! si A bertemu kawannya “oiii, aku John Pit la!” dan bukannya “oiii, aku Mat Rempit la”.

Kita hanya merujuk makanan segera kepada KFC, Pizza Hut atau restoran francais yang berasaskan industri makanan & minuman (F&B). Tanpa berfikir panjang, tindakan Kementerian Kesihatan sebenarnya menutup sumbangan industri F&B kepada Adex (Perbelanjaan Pengiklanan), yakni sebanyak RM100juta atau 2.5 peratus dari jumlah Adex di Malaysia (out of RM4.4 billion). Ianya juga menyebabkan media massa kehilangan keuntungan sebanyak RM11 juta setahun. Yang menjadi mangsanya ialah RTM kerana iklan KFC ditayangkan di RTM dan bukannya di HBO di Astro! Amnya, kesan jangka panjang akan kembali kepada kerajaan sendiri.

Kalau kita masih ingat, salah satu “idea utama” dalam Rancangan Malaysia ke-9 adalah meramaikan lagi usahawan baru dengan memajukan francais. 30% francais Malaysia adalah F&B seperti Hotdog 1901, A&W, DeliFrance, Kyros Kebab, Papa Grills Mama Chops, Sate King & paling femes: McDonald’s. Mulanya kita akan fikir industri makanan segera akan terjejas, namun yang paling teruk menerima kesan ialah pengiklanan dan keusahawanan! Di dalam sebuah buku mengenai restoran di Perancis, iklan makanan di TV di Perancis ialah 47%. Dan kadar obesiti di France ialah 19 peratus. Lebih mengejutkan, di Netherlands, iklan makanan ialah 85% dan kadar obesiti ialah 14 peratus. Kalau di Malaysia, anda boleh selek surat khabar semasa dan salin faktanya… (baca: Wan tak pernah tau pun fakta brp pratus iklan makanan di Malaysia & kadar obesiti di Malaysia)

Kita telah menunding jari kepada iklan, dan bukannya pengusaha makanan segera tersebut! Wajibkan Secret Recipe guna majerin / mentega yang rendah lemak, wajibkan KFC guna tenusu rendah lemak utk casselow dan wajibkan juga pengusaha menyenaraikan kandungan nutrien makanan dalam iklan. Lazimnya, kita akan meneliti segenap iklan makanan dan kosmetik di majalah, malah akan membaca semua yang tertulis! Jika kita hanya memerlukan 1500 kalori sehari, dan burger McD sudah mengandungi 700kalori, maka kita akan berfikir dua kali bukan? *except aku la*

Kita perlu berubah. Namun Wan sendiri yang gagal berubah. Kan? Wan tidak nafikan. Namun tindakan Kementerian Kesihatan ini tidak memberi banyangan kejayaan kepada Wan. Di France, terbaru sekali, kami mewajibkan tulisan seperti “Makan sekurang kurangnya 5 jenis sayuran & buah setiap hari”, “minuman beralkohol tidak baik untuk kesihatan” sejajar dengan “merokok boleh membunuh” di kotak rokok.

Adakah pengharamkan iklan akan dapat mengurangkan penggunaan? Ada kawan Wan dari Ireland, turun ke PAris dan cari KFC (memandangkan KFC di France adalah Halal)… kalau anda baca tag board di sebelah, dia baru tulis kejayaan dia menemui KFC di PAris.. tahniah!! “Guest_4624 : thanks everyone… i found kfc near les marais! !!! hahaha.” Kawan wan dari Ukraine pula, sanggup berada dalam metro selama sejam dari IKEA, untuk ke KFC di Lille! Kalau pelajar di Jepun dan Korea, jejak kaki di KLIA, terus ke KFC. Malah mereka jeles apabila mendapat tahu KFC di France adalah Halal. Ada penafian?

Tepuk dada, tanya selera! Akhir kata, wan sudahi celoteh hari ini dengan gambar minggu lepas….


Selepas tengok gambar ini, adakah anda terfikir nak makan KFC? Sekarang ini, kita sama – sama tunggu arahan kerajaan yang mengharamkan penulisan mengenai Makanan Segera di blog!

Viewed 4657 times by 2474 viewers

31 Comments

  • At 2007.03.04 23:16, buah durian said:

    wenkt, mana ko dapat idea buat entry ginih? Cam banyak je ko kaji?

    aku suka buah durian. Termasuk list ko tak?

    • At 2010.02.17 12:01, fadhil said:

      aku pun suka durian jugak, jom makan kat kg sg pencala.

      aku makan banyak makanan segera tak obes pun.

    • At 2007.03.05 00:27, Azhar Ahmad said:

      Kadang2 org mampu cakap jer… Apapun, kenyataan tu membunuh diri sebenarnya. Adakh ia akan jadi seperti rokok. Haramkan iklan, org tetap isapkan……

      • At 2007.03.05 02:40, ZeMMs said:

        Aler.. fast food bukan pembunuh senyap.. konon jejaskan kesihatan sangat.. kari, rendang & lauk pauk yg kita biasa makan tu lg banyak minyaknye (a.k.a lg bnyk cholesterol) berbanding McD..

        Lg satu.. aku tak pnah sakit perut kalo mkn fast food.. slalunye aku cirit-birit kalo mkn kat gerai2 biasa tepi jalan yg biasa tpt org lepak mlm2 tu..

        • At 2010.02.17 12:02, fadhil said:

          makanan melayu lagilah tak baik untuk kesihatan kot.

        • At 2007.03.05 05:27, Pikor said:

          Great facts and information..tp jgn la kasik insan2 yg baca blog ko ngidam KFC..kesian la kat insan2 tu yg takde transport (cam komuter) nak g redah beli KFC :(

          • At 2007.03.05 07:23, habib said:

            Sekarang ini, kita sama – sama tunggu arahan kerajaan yang mengharamkan penulisan mengenai Makanan Segera di blog! cam sial je statement ko!!!!

            • At 2007.03.05 08:04, Jimi said:

              Wenkt, iklan makanan segera tu belum diharamkan lagi, Baru ura-ura. Tapi, tau saja lah Msia ni, cadangan dah melalak-lalak serata alam.

              Since u r in France kan, dah penah dengar album Belinda Carlisle VOILA. Penyanyi yang buat comeback dan recorded the whole album in french. Dia nyanyi semua lagu popular French.

              Drop my blog to listen one of her song.

              • At 2007.03.05 08:15, wenkt said:

                @buah durian
                alaa… kalau ko ingat2 lupa fakta tu, ko googlekan je la.. jumpa gak fakta.. bab fakta yg Netherlands / France tu, mmg aku ada baca.. buku tu pun aku ada.. tapi in french la :p

                @Azhar Ahmad
                aah… betul tu.. tapi kalau takder rokok, nak isap apa? opsss

                @ZeMMs
                haha!! idea bernas ok! mmg tepat.. kita tak sakit perut kalau makan makanan segera..

                @Pikor
                dtg la Lille.. kita pi KFC… haha.. aku sendiri pun tergelak baca penutup aku cam tu.. hahah

                @habib
                haha.. tau xpe

                @jimi
                belum lagi erk? Waaa… wan tak duduk sana, nak buat camner.. tapi antara iklan latest mmg iklan penari singa beli burger kat McD kan? hehe

                • At 2007.03.05 10:04, paperjack said:

                  kalau nak dikira,org jepun hidup ngan makanan segera je,serius!

                  • At 2007.03.05 11:00, japanese said:

                    Last year company aku hantar aku pegi training 3 bulan kat Japan…bila balik semua orang terkejut tengok yg mmg slim..

                    Apa aku buat kat sana?

                    1. tiap2 hari aku jalan kaki pergi keja…1 jam perjalanan dari asrama ke ofis…balik lagi sekali 1 jam.
                    Jalan kaki merupakan excersise yg paling berkesan utk turunkan berat. Jogging dan senaman lain yg berat kurang berkesan utk membakar lemak tapi bagus utk stamina. Untuk membakar lemak badan, kita tak perlu lakukan senaman yg meletihkan seperti jogging sebab badan hanya akan membakar protein bukannya lemak. Untuk membakar lemak badan memerlukan banyak okisgen, jadi kita tak boleh excercise sampai tercungap2…badan tak cukup oksigen utk membakar lemak. Senaman jalan kaki yg lebih relax memberikan bekalan oksigen yg cukup pada badan untuk membakar lemak.

                    2. Kat Jepun aku makan kat kantin kilang. So, mmg susah nak dpt makanan bergoreng. 98% rebus. pagi makan roti bakar dgn butter dan miso sup.
                    Tgh hari lak nasi satu mangkuk dgn ikan bakar tanpa minyak. Malam nasi lagi dgn ikan atau telur.

                    After 3 month mmg kurus giler, walhal aku x buat excercise apa pun.

                    Kesimpulannya, kena excercise selalu tanpi excercise yg betul. Dan pemakanan kena jaga. Kurangkan minyak.
                    Lagi satu kalau boleh, mandi dgn air panas/suam selalu.

                    • At 2007.03.05 11:42, hezkey said:

                      eat what u want, sleep as long as u want, dan bila perut dari leper menjadi seketul bulat, jgn bersusah hati sebaliknya anda harus gembira kerana telah menjadi bahagia. buncit lambang kebahagiaan !!

                      • At 2007.03.05 11:44, kemat said:

                        aku tak pernah terfikir kesan pengharaman iklan makanan segera nie sebegini sehingga baca kat blog nie.. nice en3..informatif… kalu confirm diharamkan iklan kat tv, aku nak wat bisnes ngan kfc, mc D, iklankan kat blog lak..hehehe

                        • At 2007.03.05 12:03, paperjack said:

                          ckp2 pasal makannan segera ni yg wat nak pegi makan burger kfc yg baru kluar tu ,cam sedap giler..siap ada iklan lagi tu dlm paper berita harian ari ni.

                          My first shock masa i mula2 sampai jepun about 2 years ago ialah pasal pemakanan diornag..MMg x dinafikan,still banyak jer lagi kedai2 makanan yg serve culture food diorang cam sushi and stuff,tp sejak meiji era,rakyat jepun dah banyak dipengaruhi oleh budaya barat,even cara pemakanan diornag pun dah banyak berubah..Bleh kata more than 50 % convinience stores kat jepun ni,masuk je benda first je yg kita bayangkan ialah betapa banyaknya junk food kat sini.convinience stores lak belambak2 sampai x larat kira..

                          maybe bagi org yg suka junk food,diornag ok kot,tp sebab sy dr kecik kurang sket ngan junk food kecuali coklat,so rasa pelik sket sebab ingatkan org jepun ni makan makanan yg berebus and stuff je,tp sama je ngan US tu,banyak jer makanan ringan..tp sedap lak tu,sekarang pun dah start makan keropok.

                          • At 2007.03.05 13:20, guest 2464 said:

                            i had 2 boxmaster and a bucket friend..which now relieves me crave. lol.

                            love france !!!

                            • At 2007.03.05 14:12, pierre andre delatour said:

                              hmm.. sebelum komen ape2, meh kite buat pembetulan sket: Papa Chops Mama Grills la, ko tulis terbalik. Sedap restoran nih, aku makan kat blah Sg Wang punye. Pastu, COLESLAW bukan CASSELAW.

                              Sebagai pakar makanan segera, aku rasa pengharaman iklan ni memang takkan membawak kesan positif. Orang akan tetap makan situ gak sebab sedap dan mudah. Aku tak nampak pulak ade iklan Marilah Hisap Ganja kat mana-mana billboard kat Msia. Tapi, penagih dadah kat Msia berpuluh-puluh ribu bilangannya.

                              Kesan negatif pengharaman iklan mknan segera cuma bila TV kekurangan iklan, jadi TV la rugi.

                              Aku baru je tgk AC Di Sini. Sume kedai makanan segera tu dia amik kat kawasan Pandan Indah/Cheras iaitu kira-kira 5 minit dari rumah aku. Memang sederet ade KFC, Ayamas dan sebagainya. Masalahnya, kedai kek AngelCakes dengan Mon Cherry tu pon dikira makanan segera ke? Bongok. Tipu gile.

                              Kesimpulan : Kegemukan bukan kerana iklan tapi kerana kewujudan kedai makanan segera. Kalau tak nak orang gemuk, kenapa tak haramkan kedai makanan segera terus?

                              • At 2007.03.05 14:14, pierre andre delatour said:

                                p/s: aku tak gemuk!

                                • At 2007.03.05 14:54, wenkt said:

                                  @japanese
                                  tak pernah ke jalan 1jam? tapi aku tau permandangan sana best.. i mean, kalau kene jalan 1jam kat kawasan kedai, pavement yg menarik, aku pun suka.. kalau kene jalan kat taman bunga, org comel2, aku pun suka…

                                  @hezkey
                                  ahaks… stuju sgt! hahahah… buncit melambangkan kebahagiaan… hahaha… buat apa kumpul harta bebanyak tapi badan kurus cam tka cukup makan kan? hahah

                                  @kemat
                                  aku pun nak bukak business iklan makanan segera kat blog aku la! lumayan ok! aku rasa laa

                                  @paperjack
                                  aah.. wan pun perasan ada iklan burger baru kat mesia.. kat jepun, mereka makan guna chopstick or sudu garfu?

                                  @guest 2464
                                  u make me hungry! lol

                                  @pierre
                                  ahaks.. kesilapan ejaan tu biasa la.. aku main tulis tanpa check balik… aku terfikir nak buat business Chicken King, Hartz Chicken Buffet, dgn Sate King nanti!

                                  aku stuju ko tak gemuk, cuma ko berat 5 kilo dari aku, dan pinggang ko 2 inci lagu besar dari aku. full stop

                                  • At 2007.03.05 14:58, wenkt said:

                                    aku baru perasan, kebanyakkan pengomen dalam entry ini adalah dalam kumpulan yang memiliki badan seperti Datin Nurjuma dan Datuk Siti Nurhaliza… Azhar Ahmad dan Pikor yg setahun membisu, tetiba melenting dgn tulisan ini. haha

                                    • At 2007.03.05 18:17, pierre andre delatour said:

                                      tapi men boobs ko lagi memuncak dari aku hehehe…

                                      ko buat la Hartz Chicken Buffet, tapi murahkan sikit. Aku pegi hari tu kene 16 hengget, kalau rakyat Msia average tak mampu aku rase.

                                      • At 2007.03.05 20:31, Khairi Majid said:

                                        aku rs,iklan mayb ade pengaruh tp brape la sgt..
                                        mcm biase,yg paling pnting attitude individu 2 sdiri…
                                        wan,kuang hajo ko sbyt hartz chcken..aku rmdu!!hehe..
                                        erm..bgs la kalu murahkan sket harga sekepale kt hartz..
                                        RM17 2 8ly jz nice aready..mcm biase,lg murah lg bgs.

                                        • At 2007.03.05 20:58, wenkt said:

                                          oh erk?
                                          nanti la aku decide… aku kasi idea kat family suruh bukak kat kelantan ke…

                                          skrg ni pun, tunggu bangunan kat KB tu siap je.. nanti ada la starbucks dan motel milik kami.. ahaks…

                                          tapi cam biasa la jawapan parents aku.. “tangan ada dua je”.. hehehe

                                          • At 2007.03.05 21:56, b said:

                                            1st of all.bravo.kupasan menarik.ada statistik.it’s not the food it’s the pepel.completely agree…consumer education perlu dibanyakkan.

                                            • At 2007.03.05 22:06, wenkt said:

                                              me personally, kena bykkan benda cam iklan outdoor, sistem pesanan ringkas (sms), mengadakan roadshow ke seluruh negara, iklan di laman-laman web popular (contohnya blog aku.. opss), menaja acara-acara besar seperti acara sukan, filem dan konsert dan sebagainya

                                              tapi ye la.. kerajaan promote franchise, suruh usahawan ramai, tapi dlm masa sama, anti benda cam ni.. hehe

                                              • At 2007.03.27 07:04, are_ku said:

                                                kerajaan memang patut la mengharamkan iklan makanan segera..tapi yg peliknya kenapa iklan kfc iaitu tarian naga di keluarkan beberapa minggu yang lepas…

                                                • At 2007.04.16 09:54, ckinzzz said:

                                                  Makanan segera lebih bahaya daripada rokok

                                                  (Berita Harian, Rabu – 21 Feruari 2007)

                                                  Batu Pahat, Johor (Malaysia) – Menteri Kesihatan mengandaikan makanan segera yang semakin popular di kalangan rakyat negara ini umpama bom jangka yang boleh meledak menjadi penyakit kronik apabila diambil sejak usia muda dan beliau juga menyifakan makanan segera lebih bahaya daripada rokok dan minuman keras. Pengambilan makanan segera dari sejak usia bayi lagi menyebabkan sistem badan lemah dari awal lagi kerana sudah terdedah kepada kandungan gula, garam dan lemak yang melebihi paras minimum yang diperlukan badan kita.

                                                  http://www.prn2.usm.my/mainsite/berita/2007/februari07.html#w32

                                                  • At 2007.04.16 09:56, ckinzzz said:

                                                    Makanan segera lebih bahaya daripada rokok

                                                    (Berita Harian, Rabu – 21 Feruari 2007)

                                                    Batu Pahat, Johor (Malaysia) – Menteri Kesihatan mengandaikan makanan segera yang semakin popular di kalangan rakyat negara ini umpama bom jangka yang boleh meledak menjadi penyakit kronik apabila diambil sejak usia muda dan beliau juga menyifakan makanan segera lebih bahaya daripada rokok dan minuman keras. Pengambilan makanan segera dari sejak usia bayi lagi menyebabkan sistem badan lemah dari awal lagi kerana sudah terdedah kepada kandungan gula, garam dan lemak yang melebihi paras minimum yang diperlukan badan kita.
                                                    http://www.prn2.usm.my/mainsite/berita/2007/februari07.html#w32

                                                    • At 2007.04.16 10:25, wenkt said:

                                                      thanks :)

                                                      eh areku, yg iklan tarian naga tu dari mcD

                                                      • At 2010.02.01 15:09, budakkkkk said:

                                                        fast foddd best siooooooooooooootttttttaku selalu makan kfc kat segamattttttttttttttttt

                                                        • At 2011.11.14 03:26, deals singapore said:

                                                          Youre not the off the shelf blog writer, man. You definitely have something vital that you boost the web. Such its own blog. Ill come back to get more.

                                                          • At 2011.11.15 13:34, learning management system open source said:

                                                            Wow, great post Thank you for sharing !

                                                            (Required)
                                                            (Required, will not be published)


                                                            five × 6 =