Malacca

Lokasi: Malacca Day Tour with ello.
Tarikh: Ahad, 12 October 2008

Semuanya angkara ello. Dia call tanya buat apa pagi ahad, then bila cakap free, dia ajak ke melaka. Amik baju teater dia. UiTM yang bayar minyak dan tol. Wan pun on je la since takder benda nak buat pagi Ahad.

Plan asal nak bertolak pukul 8 pagi. So ello kunci jam kul 7.20 pagi. Tapi since kami lepak kat Pak Li semalam, dan tidur pun pukul 5 pagi, wan biarkan je alarm phone berbunyi masa kami tidur. Seriously tak larat. Ello tdo mati kot, wan amik phone dia letak bawah bantal, biar kurang skit bunyi. Hahaha.

Then kul 7.50pagi terpaksa gak bangun. Sebab dah 5 kali snooze. dah la lagu tak senonoh dia letak. Hahaha

Bertolak jam 8.30 pagi. Isi minyak penuh2 dan terus ke Melaka. Wan bawak less than RM10, anything kene cari ATM or bayar guna card tapi since minyak dgn toll ada orang bayarkan, wan drive je la. Nanti makan ello je la yg bayarkan. Hehehe.

Kami tiba di Ayer Keroh jam 10.45 pagi. Settlekan baju teater, kemudian ke JOnker Walk (Jalan Hang Jebat). Makan laksa kat kedai nyonya dan cendol.

Maybe wan jarang bercuti dalam negara, barulah kita sedar yang dalam negara pun tidak kurang hebatnya. Sebab tu bila datang Malacca, rasa cam best giler… Jalan dia, suasana dia, bangunan dia… Wan drive je, ello yg tunjuk jalan

Wan: Lepas traffic light depan tu, pi mana?
Ello: Straight ok. Kita kan straight. Kene la pergi straight.
Wan: URghh.
Ello: Shah alam je banyak roundabout. Sebab tu ramai yang patah2 kat sana.
Wan: Hampeh


Kami sudah masuk ke bandar Melaka. Nampak je tak jem, lepas ni start la sesak tu. Ahad memang sesak kat bandar Melaka.

Selamat Datang ke Bandaraya Melaka Bersejarah

Wan: Bas lama kot
Ello: Ni bas i pergi sekolah ok. Nama dia Wira. Kerusi dia keras giler. Engin dia bising giler. Gegar gegar. Kalau lalu garisan kuning, goncang-goncang satu badan. (sambil buat gaya)
Wan: Takder RApid KL?
Ello: …

BTW, bas kat Kelantan pun dah mewah skrg. Dah ada aircond bagai. Lupakan semangat kenegerian.

Menarik kan jalan ni. Warna maroon bangunan kiri kanan.

Stadhuys and clock tower et al red

Fish Spa pun sudah ada kat Melaka skrg ni. Next time kita try.

dalam kesesakan bandar Melaka. Wan muka tak shave ok. Dah la tak pakai contact lens.

Time bosan2 ello dalam kereta. Bosan kot kalau asyik borak sepanjang perjalanan.

Jonker Walk memang hot. KEdai2 dia yang beraneka. Risau je kalau stop kat kedai aksesori cam gelang tangan semua tu, tak pasal2 terbeli kan. Heheh. Dah la kedai – kedai baju pun banyak. 1st piece RM19, 2nd piece RM1.

Seriously next time nak pergi lagi ke Melaka. Ello cadangkan pergi petang Sabtu, kemudian sampai petang kat Melaka. Malam tu jalan2 pusing Melaka. Tidur kat Melaka dan pagi ahad balik ke Shah Alam. Dia kata malam penuh dengan gerai2 kecil kat Jonker Walk. Then lampu dipasang di bangunan – bangunan lama ikut shape bangunan. Sure lawa kan? Tapi seriously, mmg akan datang lagi ke sini. Jalan kaki time malam. Then tido kat Melaka.

Laksa Nyonya dan Cendol best giler. Saper nak join our next trip to Malacca, boleh la bagi nama ye.

ello amik gambar ‘goreng-goreng’. tak tau apa. such as dumplings and fishballs goreng.

Wan: Apa tu?
Ello: Goreng – goreng
Wan: Apa tu?
Ello: Goreng – goreng la.

Wan suka pic ni.

Wan: Lawa kan gambar ni?
Ello: Tengok la saper model dia
Wan: Kne tgk skill orang yang amik gambar la
Ello: Whatever
Wan: Tangan berurat ok
Ello: Hahaha

Eh, wan realize gambar yg dah diedit kat atas ni, tak nampak lawa sangat kalau tak rotate. cuba korang tgk gambar yg dah rotate ni lak.

Nampak ketara giler bila rotate kan. Heheh. Lawa kan skill cameraman. hahah

OH YA, lepas abih makan tu. Kami amik lagi 2 mangkuk cendol. Hahaha. Total 2 laksa, 1 ‘goreng-goreng’ dan 5 cendol. larikkk

Lepas makan dan pusing-pusing, tibalah masa untuk balik ke Shah Alam. Ello bayarkan minyak dan dia isikan, dan terus ke Shah Alam. Memula layan lagu Turki by Tarkan. Masa ke Turki dulu, wan beli semua CD Tarkan, masa tu murah giler. Tarkan ni femes ibarat Siti kat Malaysia lah. Ulang2 lagu sama. Last – last ello tertido kot. Biar je la dia tidur. Memang tidur betul. Masa sampai plaza tol pun, wan layan diri je bukak dompet dia dan amik RM20 utk bayar tol. Dia ok je bila wan bgtau wan dah amik duit. Takut gak tetiba dia melenting bila tau kita bukak dompet dia, tapi niat tak mau kejutkan dia dari tidur je.

Tidur nyenyak kot. Sampaikan terlentok kepala ke kerusi driver. Siap peluk bantal besar agi.

Dalam kereta wan memang ada macam-macam. Bantal dengan selimut Fendi. Pencuci muka, sabun, tuala, sikat, perfume, semua ada. RUmah kedua kot. I ada banyak rumah kot. Malas balik rumah sendiri, boleh pergi rumah Shain, boleh pegi rumah Hazwan. Benci rumah sendiri ok.

Viewed 1621 times by 644 viewers

21 Comments

  • At 2008.10.14 09:03, konpius said:

    jauh berjalan!@

    • At 2008.10.14 10:06, ima said:

      nak pi lepak Melaka gak awal Nov nanti.
      member nak belanja makan ikan bakar.
      dan juga belanja cendol.
      dan juga nak jalan2 kat Jonker Street waktu malam.
      :)

      • At 2008.10.14 10:28, wenkt said:

        JOm kita convoi reramai nak? wan seriously mahu pergi lagi. Nak bawak kamera SLR lak
        baru best amik gambar.

        Wan suka jalan2 waktu malam. Tengah hangat kepanasan tapi jalan selamba je. Kalau boleh, tempat yg tak bising dgn kereta. Harap2 Melaka cam tu la waktu malam.

        Cendol best giler. Ikan bakar kat area mana ye?

        • At 2008.10.14 10:49, wenkt said:

          @konpius
          bukan niat nak berjalan pun. sebab amik baju teater dia je

          • At 2008.10.14 11:05, getah said:

            ermm……. (tu jerlah komenku)

            hikss~

            • At 2008.10.14 11:13, wenkt said:

              @getah
              ermm gak lah. heheh

              • At 2008.10.14 13:03, ima said:

                my friend selalu makan kat anjung batu
                dekat ngan umbai gak
                wenkt google lah
                umbai mmg glamer
                tp my friend prefer anjung batu

                • At 2008.10.14 13:29, wenkt said:

                  @wenkt
                  wan dah googlekan. not bad. nanti nak save dalam GPS. Nanti tak sesat ke sana. heheh

                  eh, nanti pergi pun dengan orang melaka. tsk perlu GPS bagai…

                  • At 2008.10.14 19:14, AsH said:

                    mak aih wan…ape jadi ngan projek diet??? oops ( pdhl jeles x dpt mkn bnde alah tu kat sini )
                    hahaha
                    selamat hari raya n terus murah rezeki….

                    • At 2008.10.14 20:38, hazwan said:

                      wahhhh.. best nye gi melaka… if ewan tak der pe2 hal ari ahad tu, sure ewan join wan gak… ke u tak nk ajak?? wakakkaa.. just kidding…

                      • At 2008.10.15 08:12, ima said:

                        dah ada GPS bergerak, watpe nak save bagai..
                        hiks..

                        • At 2008.10.15 09:17, wenkt said:

                          tu pasal.
                          malu giler ok.
                          tapi since ello dgn shain pun pakat jaga makan, wan terikut sama

                          • At 2008.10.15 09:18, wenkt said:

                            ihiks.
                            next time kita pergi sesama.
                            lagi besh

                            • At 2008.10.15 09:18, wenkt said:

                              u wish!
                              dia asyik kata: “kita straight, so pergi straight”

                              • At 2008.10.15 11:52, Wénktatouille » Teater Ello said:

                                [...] jalan2Ted Baker: Teringat time ted studywenkt: keji panggil i pondan.areps: lepak ngan i takwenkt: u wish! dia asyik kata:wenkt: ihiks. next time kitawenkt: tu pasal. malu giler ok. tapiwenkt: tak kisah gk actually,wenkt: [...]

                                • At 2008.10.15 12:08, ima said:

                                  sampai ke johor la kalau dah kat melaka dok pi straight jer.
                                  ha ha

                                  • At 2008.10.15 12:38, wenkt said:

                                    tu pasal. hahhaa
                                    mmg wan cakap sampao johor gak kalau asyik straight je

                                    • At 2008.10.18 14:27, nazmie said:

                                      wah bestnyer…teringat cam nak jenguk kenkawan kat melaka lagik la…

                                      • At 2008.10.18 14:42, DANNY! said:

                                        hello wan..
                                        ingat kat danny x?
                                        lain kali klu nak g melaka bgtau dulu,
                                        bley i bwak jalan2…
                                        melaka mmg best okay..
                                        just kay melaka panas je..
                                        sbb x banyak awan dgn orunk2 yang banyak wat dosa..
                                        hahahaha..
                                        by the way,
                                        klu nak melaka bgtau la…
                                        ajak la shain sekali…

                                        • At 2008.10.26 21:37, Eva said:

                                          lorrr…g melaka x habaq pown…leh wan banje eva…hahaha

                                          • [...] saya sedar yang dalam negara pun tidak kurang hebatnya, akhirnya saya mengakui bahawa slogan “Melawat Melaka Bersejarah bererti Melawat Malaysia” ada [...]

                                            (Required)
                                            (Required, will not be published)


                                            five × = 10