Well, ramai yang menunggu Wan cerita tentang kisah minggu lepas tu. 6D5N dalam lokap. Seronok ke dalam lokap? Hahahah..
Wan nak cerita kat sini, cuma wan dioffer RM4000 untuk tulis cerita itu utk satu majalah. Puratanya, wan terima bayaran RM666.66 sehari untuk merasai ‘keseronokan’ dalam lokap. Wan akan tulis, kemudian perlu diperiksa oleh peguam, BPR dan seterusnya pegawai polis sebelum dipasskan kepada wartawan. Dan wan akan cuba apply harga lagi tinggi! Takkan ada wartawan yang sanggup masuk lokap sekadar nak tulis entry pasal lokap. Mereka kena rasa ke’best’an tidur, disoal siasat dan sebagainya dulu sebelum menulis dengan pengalaman yang sebenar!
Tapi, akan akan tulis dalam dua versi. Versi yang formal untuk RM4000 atau lebih dan versi santai untuk pembaca blog yang disayangi.
Frankly speaking, lokap terdiri dengan tandas yang kotor – belendir, penuh dengan lumut dan berbau hancing, tempat tidur yang basah dan sejuk (dan sangat kotor) – dan ianya adalah simen dan kayu keras tanpa tilam, tiada sabun, tiada selimut, dan tiada semuanya. 6 hari tanpa berus gigi. Tempat makan yang kotor, tempat sembahyang yang berlendir dan berlumut, makanan yang sangat sedikit dan air hanya 3 gelas sehari!
Lokap mmg spycho! Sekali masuk sahaja, dan anda akan kata: “ini kali pertama dan kali terakhir kita masuk”. Lokap memang direka supaya pesalah merasa takut dan mereka akan berjanji pada diri sendiri tidak akan kembali ke sana. Kepada yang tidak bersalah, lokap adalah satu pengalaman baru yang menarik.
Kenapa wan tidak malu bila berbicara pasal pernah masuk lokap? Bagi orang yang bersalah, mereka akan malu, tetapi wan berbangga, at least ianya pengalaman baru. Tak buat salah pun masuk lokap! Tak ke bangga? I mean, korang tak perlu buat jahat untuk merasai benda cam ni..
Wan sememangnya bercuti di sana! Jika selama ini 9 pagi hingga 9 malam berkerja, sekarang ini 9 pagi hingga 9 malam berehat, tidur dan berborak dengan anggota polis! Juga diescort ke mahkamah, di kawal rapi dan diperhati 24 jam sehari. 24jam dihabiskan dengan tidur dan berfikir mencari idea baru! Seriously. Semasa orang berfikir apa orang lain buat di luar, wan berfikir idea yang akan dilaksanakan di luar.
Wan tidak dilayan seperti orang lain. Tidak ada sebarang serangan kasar mahupun tangan yang hinggap kat badan wan. Memang polis tidak sentuh langsung wan. Malah, polis yang mengawal lokap untuk memerhati wan sepanjang 24 jam sehari. Pantang ada orang yang cuba menghampiri wan, polis yang mengawal akan mengetuk coti pada besi dan mengarah mereka menjauhi wan.
Malah, CCTV mereka juga memerhati wan sepanjang masa. I can simply buat gaya peace kat CCTV dan polis akan bangun tengok wan. Cool kan? Hahaha.. Sejibik macam kat Akademi Fantasia!
Siapa yang keluarkan arahan supaya wan dijaga? Wan juga tidak digari pada masa – masa perpindahan (i know, mereka tahu wan tidak boleh lari laju). Soal siasat yang dijalankan bermula dengan ‘soal siasat formal’ seperti yang anda tengok dalam TV, tapi akan berakhir dengan berbual dengan polis. Idea, pandangan dan pendapat wan sememangnya membuatkan hampir semua penyiasat datang berbual dengan wan. Jadi icon kat lokap! Malah ada polis yang datang ke lokap semata – mata nak tau siapa Syazwan!
Even di dalam lokap, pembunuh, perompak, penyamun dan perogol akan datang tegur wan dan akhirnya respect kat wan dan mereka tidak pernah percaya wan melakukan jenayah! Akhirnya wan tahu bahawa dengan kejujuran, orang akan percaya kat kita. Wan boleh minta air lebih dari pembunuh, boleh mintak paha perogol untuk wan letak kepala masa berbaring dan sebagainya! Mereka akan tunaikan.. Wan pernah suruh penyamun nyanyi lagu Aizat masa tengah lepak! Cool right?
Simple: Kita respect mereka dulu, dan mereka akan respect kita in return!
6D5N di dalam lokap adalah pengalaman menarik. Wan berkenalan dengan seorang anak Ketua Polis sebuah negeri. Dia berikan Audi TT untuk wan pusing malam lepas. Dia berikan RM1000 untuk belanja hingga bulan depan. Cool kan? DIa ada geng, at least wan rasa lebih selamat sekarang!
Juga wan dapat seorang kawan yang sangat rapat! Baru umur 18, tapi sangat cutebaik! Anak tunggal dan ditahan sebab dia pinjam motor kawan, tetapi dituduh memegang barang curi. Trust me, dia kawan baik wan skrg. Wan baru sedar siapa kawan siapa bukan kawan bila kita berada di dalam itu.
Viewed 1278 times by 632 viewers
what the hell! so pity you dude.. its true.. friend of mine pun pernah masuk lokap. and die ckp tu lah yg 1st and last. tp bezanya die bersalah jugak. heheee.. and die mmg dah hinsap habis ar..
and 1 more thing. i respect you dude. buat apa nak takut if not salah kita kan. Tuhan maha adil and besar rite.
yup
wan rasa mmg 1st and the last.
tapi trust me,
kalau kne masuk lagi,
wan akan pergi.
for real,
nak jual rm10k lak.
why not kan?
i think, kalau kne masuk lagi,
i akan rasa biasa je
dah tau selok belok lokap
then i akan jadi otai
sbb i tau, masa i masuk dulu
they all takut nk kacau i
sbb ada org besar yg bg arahan supaya jaga i
hahahha
Wow! Caya la Wan!! Pengalaman yg sgt bharga tuh kan!
trust me
sgt berharga
i simply buat more than rm5k sbb masuk lokap tu
dgn jual cerita bertulis
dan juga ceramah
hahah
kalau boleh
i nk dptkan gambar i yg snap dgn code tahanan tu
ala2 paris hilton dan kimora lee simmons!!
[...] Under Wenkt Voyage: Acara: 2D2N Pangkor (dari Shah Alam) sempena ulang tahun pertama Syazwan masuk lokap Tarikh: 11mlm 7 Ogos hingga 9mlm 9Ogos 2009 Rate: RM175 per person, including bas sewa khas dari [...]