June 18th 2009 01:04 pm
merdeka berbunga api ke tidak?

Pada 30 Ogos nanti, ialah hari jadi Isham. Salah sorang close friend kat Shah Alam. Very creative, yg buat design banner berdiamond masa bday wan dulu.

design blkg tu dia yang buat.

juga design yang ini.
Birthday dia pada 30 Ogos ni, maka wan booking satu 2-bedroom suite apartment mengadap KLCC. Check-in pada 30 Ogos, check-out paga 31 OGos 2009. Plan asalnya, just semua kawan2 kami datang, then kita sama2 tengok bunga api pada kul 12.00am sempena merdeka. Kita buat makan ringan2. Then partying borak2 sehingga jam 2 pagi. Abih bunga api dan makan2, maka para jemputan kene blah sebab apartment untuk 4-6 orang je. Takpe balik lewat pun, sebab 31 Ogos adalah cuti hari kemerdekaan, boleh la tidur sepuasnya… menikmati erti kemerdekaan atas tilam empuk.
Tapi sebab wan booking hotel tersebut menggunakan duit, maka wan akan charge kepada tetamu yang datang, sekadar nak cover cost harga bilik, dan kos beli makanan untuk small party. Juga kos untuk beli TEPUNG dan TELUR untuk Isham. Nanti wan akan kumpulkan bilangan mereka yang setuju datang, then baru decide harga. TAkder maknanya nak amik untung atas kawan kan.
Then baru perasan bahawa 30 dan 31 Ogos adalah bulan puasa. My lil bro la yang bgtau benda ni. Siap bgtau pada 30Ogos tu, takder bunga api, semuanya digantikan dengan majlis tahlil dan doa selamat je. OMG. No concert area KLCC, no bunga api?
Wan google, call TDC, tapi takder jawapan kukuh. Biasa la, mana ada jabatan kerajaan kat malaysia yang tak mengamalkan birokrasi kan? TApi harap2 Menteri bukan-melayu Perlancongan akan decide buat bunga api gak. Maka, aturcara majlis adalah seperti berikut:
7.00mlm – jumpa di lobby. then bersiap untuk majlis bukak puasa buffet kat cafe hotel tersebut.
8.00mlm – stop solat maghrib
8.02mlm – sambung makan
9.00mlm – terawih di majlis as-syakirin, KLCC. Jalan kaki sendiri (tidak diwajibkan)
10.30mlm – berkumpul di bilik. majlis makan2, minum2
11.00mlm – proses mandikan isham dgn tepung dan telur
11.59mlm – ready untuk bunga api
01.00pagi – party
02.00pagi – majlis bersurai
Saper nak join, boleh email kat wan [contact@wenkt.com]. Maybe dalam RM100 gak kos dia. Sebab termasuk buffet bukak puasa kat hotel kan.
TApi kalau takder bunga api, camner erk?
Viewed 579 times by 363 viewers
16 Comments »



tak der bunga api, bukak api lah jawabnya
aah…
i think bukak api dalam bilik hotel pun not bad kot?
Bestnyooo…!~
tak besh kalau takder bunga api
Wan, beli la bunge api.. Kan bulan posa senang dapat… Bunga api kucing ke… yang batang2 kaler merah tu ke… Bunga api naga ke… bunga api bawang ker…
hehe… Leh pakat main masa hari tu.. Sure ramai suke!~ Cayalah!~ :p
bunga api pop- pop tu erk? yg jalur merah putih tu? dulu panjang,skrg smakin pendeklak.. nk untuk byk la kan..
bunga api bawang? Hahaha.. yg baling then meletup kat kaki tu kan? best2..
ok la. kalau takder bunga api atas udara, i nk pegi rantau panjang beliyg tu lah.. wish me luck… bwk duit lebih ready nk rasuah polis kalau kne tahan. hehe
Wan nak gi R.Pjg??? Nak ikut..!~ Sedapnyeeee air cendol campur kat sana…!!~~~~~ Best gilerrrr…!!!~~~
Bawak duit banyak2, selain rasuah polis tu, rasuah makan cendol skalie… hehehe…
macam pernah baca dalam paper dulu yang dato’ rais yatim kata tahun ni memang takde sambutan. untuk menghormati bulan Ramadhan
celebrate je lah kat masjid klcc tu ke
hehe
masjid KLCC ? oh
tetiba alim…
ishhh
ramadan tu, ramadan gak…
tapi bunga api kene main gak..
waaaaaaaa
Wan kan budak baik…
alhamdulillah.
amin
sambutan kemerdekaan kali ini dibuat tanpa bunga api. Kalau pihak swasta hendak buat, mereka boleh buat
kalo merdeka je tembak bunga api..
baca yasin lagi bagus daa tanda syukur
huhuhu
baca yasin waktu maghrib
mlm tu main bunga api gak.
kite porak perandakan sh alm dgn bunga api buatan kite nnt…
btw sedap air EVIAN yg isham pegang tu! ngee
Menarik gak bunga api buatan sendiri… u bawak bahan dari sabah, i bwk dari kelantan.. sure gabungan gempak… janji dia meletup tinggi…
eh, tu bukan Evian.. tu Perrier lah! but i prefer Evian lagi..
Hari Kemerdekaan ke-52 tahun ini akan disambut sederhana kemungkinan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai menghormati bulan Ramadan dan mengambil kira keadaan ekonomi semasa.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sambutan “Di Ambang Merdeka” bagi mengira detik 12 tengah malam seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini, tidak akan diadakan kali ini memandangkan pada malam itu, ia dipenuhi dengan program keagamaan seperti solat tarawih.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Kemerdekaan ke-52 di sini hari ini, Rais berkata, sesuai dengan bulan puasa, ada cadangan agar tempat sambutan kali ini diubah dari Dataran Merdeka ke Stadium Nasional Bukit Jalil tetapi ini akan ditentukan oleh kabinet.
Beliau berkata, antara manfaat untuk sambutan perayaan hari kemerdekaan diadakan di stadium ialah ia kawasan tertutup, mempunyai kemudahan asas dan logistik yang lengkap serta mampu memuatkan 100,000 orang pada satu-satu masa.