May 6th 2007 10:30 am

my birthday

happy birthday to me!!!

 dan hadiah birthday paling sedih yang wan dapat ialah penyingkiran Dafi dari Akademi Fantasi

dan pada jam 4.42 pagi (10.42 malam waktu Cannes, France), selepas Dafi diumumkan keluar pada 11.18 malam, wan call Sabrina dan berbual dengan Dafi selama 4 minit. Hahahahha…

Korang pernah call Dafi jam 4 pagi?

Heheh… salam perkenalan buat Dafi

dari
Syazwan, Barcelona, Spain

P/s: wan ada 8 helai baju dafi lagi. saper nak? cepat chop!!

Viewed 847 times by 346 viewers

27 Comments »

27 Comments

  • At 2007.05.06 10:40, Kak Faizah said:

    Joyeux Anniversaire!

    • At 2007.05.06 10:50, from_edin said:

      Joyeux Anniversaire!

      tu la padahnya biler AF di’politik’kan… huhuhu

      • At 2007.05.06 12:56, yatie chomeyl said:

        jgn lupe janji wan dgn kak yatie erk..akak g tuntun t-shirt dafi bulan 6 nanti..tggu akak g paris yerp…tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuu

        • At 2007.05.06 15:23, pierre DELAFONTAINE said:

          AKU NAK SATU T-SHIRT. SAIZ M. OKEH?

          • At 2007.05.06 16:14, Fauzan said:

            @ wenkt
            tahniah…..semakin dewasa

            Padan…padan muka dafi, padan muka wan….dah lama tunggu saat ni…hahahhahahha *gelak evil*

            • At 2007.05.06 19:32, pierre DELAFONTAINE said:

              oh ye.. slamat melalui hari tua.. ko ah bape umo ni? 30 ade?

              hehehe… sian ko dah takleh gune kad 12-25 hehehe

              • At 2007.05.06 20:37, izad_iskandaR said:

                Ola! habla ingles? si? mucho gracias. haha ni kat Barca ke? teringat zaman2 muda kat barca dulu.

                anyways, happy birthday! hope ure having a great day. tried calling ur hphone but tak dpt. anyways since its ur birthday kan, y dont u do a charity, gimme a shirt for me? lol. aku tension gak sumer anak datuk keluar. damn it. ada agenda nih! hmmm

                have fun on ur birthday, u deserved it

                • At 2007.05.06 21:02, wenkt said:

                  wan on da way ke madrid my dear-

                  • At 2007.05.06 22:08, Eva said:

                    Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…..si comell telah meninggalkan AF….tidak!!!!!

                    Sian Dafi kan Wan…sob~

                    • At 2007.05.07 00:59, ash said:

                      ash dah cop satu baju! btw, selamat mendekati usia suku abad. sikit lagi card 12-25 dah takleh gune..:p

                      • At 2007.05.07 03:40, nashrex said:

                        x sangka hang minat kat dafi smpai gitu skali.
                        hahahhaa

                        epi birthday wenkt.. epi birthday aku.. hihik

                        • At 2007.05.07 05:40, darling8tabby said:

                          bestnye dapat sembang dengan dafi..bosan kan tengok diary takde dafi :(
                          my daughter cried bila dafi keluar..frust habis la dia…

                          • At 2007.05.07 07:23, diane said:

                            klo xde org nk shirt tu,kasik kt i satu ye..u blk x summer ni?

                            • At 2007.05.07 08:07, dzoelhakim said:

                              happy belated birthday buat Wan. hahaha… terkejut juga bila Aznil tunjuk nama Dafi terkeluar. anyway, itulah yang sepatutnya berlaku, daripada dia kena kutuk tak sudah2 oleh rakyat Malaysia pada masa akan datang. good for him.

                              oleh kerana wan ada xtra baju Dafi nak selai gak le. leh pakai kat office buat sakitkan hati mereka2 yg suka kutuk Dafi. saiz XL ye… apa2 warna pun tak kisah….

                              • At 2007.05.07 10:58, Azhar Ahmad said:

                                Alhamdulilllah, habis sudah tempoh darurat di blog wan…. huhuhuhuhu

                                • At 2007.05.07 11:12, dD said:

                                  berapa lama euro trip wan ni..nanti jgn lupa kasi itinerary okess..sama costing sekali..cheers!

                                  • At 2007.05.07 12:38, ayaq said:

                                    happy birthday!!

                                    • At 2007.05.07 13:28, wenkt said:

                                      wan kat madrid skrg… kat embassy kita di sini… lagi seminggu balik france laa

                                      dafi dah out, dah koling koling dia dah, then pasal baju dia lak
                                      1 pierre
                                      2 ash
                                      3 diane
                                      4 dzoelhakim

                                      ada wan terlupa nama ke?

                                      apapun, no more banner dafi.. ada simpan, tapi dh tak snap gambar la. hehehe

                                      • At 2007.05.07 22:03, wenkt said:

                                        Haliza tiup lilin di London
                                        UNTUNG jadi Haliza Misbun. Pergi luar negara pun ada orang hendak taja. Joyah dapat tahu pada tika dan saat ini pelakon jelita itu sedang berada di Eropah. Ops… tentu ada yang kaitkan pemergian Haliza dengan kes sedut lemak di Jerman yang Joyah tulis minggu lepas tu. Bukan, bukan Halizalah yang Joyah maksudkan. Artis lain. Haliza ke Eropah bukan sedut lemak, tapi untuk menjalani penggambaran rancangan televisyen untuk RTM. Haliza bukan sahaja bertindak sebagai penerbit rancangan Jurnal Kembara, tetapi juga sebagai pengacara.

                                        Antara lokasi menarik yang dilawati sepanjang di Eropah ialah Munich, Vienna, Austria, Venice, Rome dan banyak lagi.

                                        Haliza juga bakal menyambut ulang tahun ke-33nya pada 14 Mei ini di London.

                                        “Siap dapat balak Belanda lagi tu,’’ kata Haliza dalam SMS kepada seorang teman di Pancaindera. Hai, macam mana hubungan dengan jejaka kacak orang Perancis yang diuar-uarkan hari itu? Dah potong kek ke? Tunggu bila Liza balik nanti Joyah akan cungkil habis-habisan.

                                        p/s joyah tak nak contact wan ke??

                                        • At 2007.05.07 22:09, wenkt said:

                                          Saya bukan syok sendiri’

                                          Oleh Nor Akmar Samudin
                                          akmar@hmetro.com.my

                                          SEBELUM dituduh perasan atau artis syok sendiri, Haliza (Liza) Misbun, awal-awal lagi membuat kenyataan penubuhan Halle Pictures Sdn Bhd adalah untuk mengembangkan bakat seninya.

                                          Justeru, tidak hairanlah dia mendukung watak utama untuk setiap drama terbitan syarikatnya itu. Terbaru, Liza muncul dalam drama 13 episod berjudul Jernih Kasih Myra yang turut dibintangi Ridzwan Hashim dan Azizah Mahzan.

                                          Idea asal Liza sendiri manakala skrip ditulis Rina Khan.

                                          “Tidak mustahil ada yang bertanya kenapa saya berlakon drama terbitan sendiri dengan menjadi tunjang utamanya. Ini bertepatan dengan penubuhan Halle Pictures yang bertujuan mengembangkan bakat lakonan saya.

                                          “Kebanyakan penggiat seni tahu saya bukan boleh bekerja dengan semua orang dalam industri. Dengan adanya Halle Pictures, di samping boleh ketengahkan bakat yang ada, saya juga boleh mengutarakan idea sendiri.

                                          “Sepanjang berlakon, bukan semua watak saya dapat bawa. Jadi menerusi syarikat sendiri, saya boleh mencipta jalan cerita mengikut kehendak dan selera saya serta membawa watak yang belum pernah dimainkan sebelum ini.

                                          “Biarlah orang hendak kata apa, asal saya tahu apa yang dibuat. Sekalipun saya mengutamakan kepentingan sendiri tetapi saya juga tidak mengabaikan selera penonton,” katanya.

                                          Di sebalik sibuk berlakon, Liza aktif sebagai pengacara. Pada pagi Rabu minggu lalu, Liza bersama empat krewnya terbang ke Eropah menyempurnakan tugasan rakaman program Jurnal Kembara terbitan syarikatnya.

                                          “Jurnal Kembara adalah untuk tayangan RTM. Seperti orang lain, saya juga melalui proses serupa dengan menghantar kertas kerja kepada RTM. Jurnal Kembara diilhamkan menerusi persahabatan saya dengan beberapa lelaki yang berasal dari luar negara. Mereka sering bercerita mengenai keindahan negara mereka. Dari situ, saya dapati sesuatu boleh dikongsi bersama penonton di sini.

                                          “Rombongan Jurnal Kembara berada di Eropah selama 21 hari dengan merakamkan keindahan dan pusat pelancongan menarik di 11 kota dan negara terkenal dunia seperti Paris, Belgium, Austria, Itali, London, Barcelona dan Belanda. Destinasi kami bermula di Paris. Dengan menaiki motorhome (lebih besar dari karavan), kami akan meneruskan perjalanan ke semua destinasi itu,” katanya.

                                          Tambahnya, untuk memberi lebih pengetahuan kepada penonton, RTM juga mencadangkan kepadanya mencari penduduk Malaysia yang menetap di negara dilawati dan pelajar negara ini yang menuntut di sana.

                                          Katanya, pengalaman mereka di perantauan akan memudahkan perjalanan pelancong negara ini apabila mereka berhasrat melancong ke negara berkenaan.

                                          “Jurnal Kembara juga sebenarnya program pelancongan memberi panduan kepada penonton yang ingin melancong dengan bajet murah. Jika ada kenalan di luar negara, ia boleh menghubungi rakan di sana dan boleh berjimat dari segi penginapan.

                                          “Saya juga akan menyelami perasaan rakyat Malaysia sepanjang menjadi anak rantau. Skrip Jurnal Kembara saya sediakan sendiri dan bukanlah terlalu rumit kerana kajian dibuat sebelum kami bertolak ke semua negara itu.

                                          “Program ini juga bercorak santai dan saya seperti bercakap dengan audien,” katanya.

                                          Jurnal Kembara diterbitkan sebanyak 13 episod dan akan mula disiarkan pada penghujung Jun atau awal Julai ini.

                                          Halle Pictures menyediakan peruntukan yang besar untuk menjayakan keseluruhan program itu di mana ia menelan belanja RM200,000.

                                          “Rakan kongsi saya, Abdullah Ayob Basri sanggup mengeluarkan kos untuk Jurnal Kembara. Sementara CNI menaja minuman sepanjang perjalanan di sana,” katanya.

                                          Sekali lagi, Liza menegaskan dia sanggup menerbitkan dan mengacarakan program itu kerana yakin dengan kemampuannya.

                                          “Sebelum ini pun saya pernah menjadi pengacara untuk rancangan Suara 90-an Nescafe dan majlis Anugerah Sri Angkasa untuk RTM.

                                          “Paling seronok saya akan meraikan hari jadi saya yang ke 34 (14 Mei) di London. Tetapi tak adalah buat majlis besar di sana kerana kosnya mahal. Beli kek sebiji cukuplah untuk menjamu rakan sekerja,” katanya.

                                          • At 2007.05.07 23:20, Amoun said:

                                            Salam…

                                            Selamat Ulang Tahun moga pjg omor morah rezki..
                                            Usia bertambah.. & life goes on..
                                            So GET ON WITH LIFE!!
                                            LUPAKAN DAFI.. He’s HISTORY :D

                                            • At 2007.05.08 06:56, pendita said:

                                              Selamak ari jadi…

                                              Ni ado brito Dafi;

                                              http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_65462c4d-c0a85061-166a5380-c108e693

                                              Tapi kawe dok laye lasung AF5… Huhuhu…

                                              • At 2007.05.08 16:46, dzoelhakim said:

                                                [apapun, no more banner dafi.. ada simpan, tapi dh tak snap gambar la. hehehe]

                                                hahaha… kalaulah Dafi tak keluar lagi, sampai ke London Bridge banner dia ko promotekan?

                                                • At 2007.05.09 04:10, zainal afnan said:

                                                  Wan, happy belated bday, lama dah tak chat. sibuk keje la, ehhe take care!, nak gak satu baju dafi tu kalau ada lagi heh. tq. :) :) :)
                                                  tc,

                                                  c u l8

                                                  • At 2007.05.09 15:02, saifuddin said:

                                                    hai Dafi….boleh kenal tak?

                                                    • At 2007.05.10 06:13, rayna_farish said:

                                                      wan…rayna nak tshirt yang Daffi PERNAH pakai…hehehe.. :p [matilah kena cap stalker]

                                                      jadi apakah yang aku harus lakukan untuk mendapatkan tshirt Dafi itu? hehehe..

                                                      • [...] guide dan coordinator untuk Jurnal Kembara Haliza Misbun. Baca lanjut pasal Jurnal Kembara di artikel 1 dan artikel [...]

                                                        (Required)
                                                        (Required, will not be published)

                                                        « | »