June 13th 2007 04:30 pm

Pembekuan Wenkt Travel Planner…

Selepas 8 bulan wan bermain – main dengan Wenkt Travel Planner (WTP), wan akhirnya bekukan WTP dengan post mortem ..

WTP dibuat sekadar suka suka. Ianya adalah ‘virtual enterprise’ sekadar untuk menolong orang yang mengunjungi ke Eropah: mengatur perjalanan, memilih hotel, cadangan tempat lawatan, cadangan tempat makan halal, tempat solat dan sebagainya…

Mulanya macam tu lah.. wan charge 4euros sehari untuk benda2 cam tu.. maksudnya, mereka akan contact wan via email, MSN, YM, SMS, friendster dan sebagainya, kemudian wan akan mintak jadual flight in-bound dan out-bound juga budget yang mereka mahukan.


Biasanya, kalau percutian family, budgetnya akan jadi tight.. kalau dgn kawan, mereka lebih suka backpacker punya style… kalau dengan rombongan kementerian, budget mereka unlimited… kalau kerabat dan Tan Sri pulak, kepuasan adalah segalanya. hehe… pernah mereka cakap: Budget saya ialah RM25k sehari di Paris! Hotel mana nak aku propose? Limosine mana untuk transfer? Makan kat mana? Apa nak dilawat… Takkanlah wan nak proposekan lawatan yang berharga RM1k sehari sedangkan budget mereka RM25k.. LARI BUDGET tu!!

Kemudian ada yang mintak supaya wan jadi guide mereka kat Paris. Kalau wan takder kelas atau weekend, wan boleh la pergi.. bayar tiket pergi 27euros, hotel satu malam 30euros, tiket balik 27euros, tiket paris 5.40euros dan makan – makan 15euros.. total 104.40euros.. tapi wan charge 175euros sehari.. sempat merasa 2 kali je anyway. aku bukannya hot, bukan laku pun.. jadi guide sangat best.. tapi kene banyak tau fakta. kene tau Eiffil dibina pada 1889 oleh Gustave Eiffel.. kene tau tinggi Arc de Triomphe ialah 45kaki, dan lebar 30 kaki… senang je, baca dalam buku masa on the way ke Paris!

Tapi tidak semua karenah orang adalah sama. Kekadang best layan, kekadang penat melayan. Kalau dapat artis yang macam Umie Aida best la.. dah la baik, peramah, suka belanja orang, suka senyum, tak banyak songeh.. senang bekerja… bertuah saper jadi laki dia…tapi tidak semua artis macam tu..

Banyak pengalaman manis dan buruk dalam bermain dengan “virtual enterprise WTP” ini. Ianya bukan skim cepat kaya melalui internet.. ianya bukan kita letak 1000, kemudian dapat 5000 dalam masa 90 hari… Ianya bukan skim berpiramid… sorry, wan tak main benda2 cam tu.. Wan hanya bermain dgn “pure business”. Wan lebih bangga menjadi anak kepada Pengedar Proton yang bangkrap sebab tak mampu membayar kos sebab kereta tak laku, berbanding menjadi anak kepada jutawan skim cepat kaya yang asetnya dibekukan (baca Mastika Jun 2007)

Sorry la. WTP bukannya macam Luxor, Amway ataupun Elken. Berada di luar negara, tapi mereka masih mengejar wan untuk masuk program macam itu? Aiyoh! Sorry la… wan bukannya mudah disogok untuk jadi kaya dengan jaminan atau tawaran untuk jadi jutawan berasaskan jualan langsung. Kalau program baru, maybe boleh la, tapi kalau dah 10000 pengedar untuk Kelantan sajer, buat apa? Pernah ada kawan sendiri yang datang jumpa wan secara peribadi, suruh masuk skim macam ini.. letak 1000, lepas 90 hari, dapat 5000… siap berdebat dan dia sgt yakin.. tapi lepas 90 hari, ianya menjadi soalan sensitif untuk ditanya selepas harapan untuk menjadi kaya melalui cara tersebut telah MUSNAH.

Eh, wan patut cerita pasal WTP kan? Ianya lebih menarik bukan?

Korang ingat senang? Hahah. Meh la wan ceritakan pengalaman wan kat sini. BUkan nak mengungkit mereka yang pernah guna khidmat wan, tapi sebenarnya, cara mereka melayan wan lebih mendewasakan wan sendiri. Tak sama pengalaman yang wan terima bila kita belajar dan bila kita bekerja di bawah orang. tapi wan sentiasa simpan di hati: pelanggan adalah raja. pelanggan adalah raja. ingat tu. Duduk di overseas kadang kadang tidak mendewasakan wan. Wan hanya ada 20 kawan di tempat yang sama. Berbanding boleh jadi 500 di Malaysia di tempat yang sama. Dan sebab itu, wan tidak berhadapan dengna situasi hakikat kehidupan yang sebenar

Mulanya, wan sekadar bagi cadangan melalui internet…. kemudian mereka akan decide.. hotel mana, berapa bintang dan sebagainya… kamudian ada yg suruh wan settlekan dahulu, kemudian mereka akan bayar balik… nasib baik tak pernah ditipu lagi.. saling mempercayai.. tapi wan akan berhati hati sentiasa.. siapa tidak mahu bercuti percuma bukan? haha

Kemudian ada juga yang minta benda pelik pelik… Nak helikopter untuk tengok Paris dari udara, nak wine tasting… nak tidur kat istana lama dan sebagainya… pelanggan adalah raja, terpaksalah wan akur dengan permintaan mereka.. ingat: pelanggan adalah raja. dan kos yang wan minta ialah lebih dari RM20k. (bukan untung, tp bayaran awal utk tempah itu ini)

Banyak perkara yang memeningkan juga wan alami kekadang. Ramai yang tidak reply email, tidak balas SMS, tidak buat confirmation.. tapi lantak lah, i’ve done my part… janji duit masuk.. eh, pelanggan adalah raja! Kemudian, ada juga yang datang 1 beg tarik kecil, macam pramugara je.. kemudian bila time balik.. ada 8 beg kecil dan besar yang perlu diterbangkan bersama… shopping sakan di Paris!! Nak tak nak, perlu settlekan gak…

Pernah ke factory outlet? Dulu pernah bawak seorang anak menteri ni.. sebaya.. sekepala gak la.. tapi dia lebih metro.. tapi seperti kebanyakkan pelanggan lain, mereka tak nak wan cerita kat blog pasal mereka, apatah lagi gambar ditayangkan.. bila sampai je kat Factory Outlet tu, bila tgk barangan kat situ, katanya: “murah, tapi last year punya design“.. mak ai! Tau pulak tu design last year.. maksudnya, dia up to date lah! Kaya siot kalau barang designer pun tau keluaran tahun mana.. ermm.. gigit jari je la….

Biasanya, kalau yg datang atas tugas rasmi, kita akan terpaksa layan suami dan isteri (sbb mereka dibayar utk dtg 2 orang). Biasanya suami perlu ke satu tempat atas urusan rasmi, dan perlukan peneman untuk jurubahasa dan sebagainya…. manakala isteri pula perlu ke shopping complex atas urusan peribadi dan perlukan peneman untuk jurubahasa juga. dan wan lak sorang sorang. cam ner tu? Dalam hal ini, bertolak ansur adalah penting. cheeee… Dan of course la, kalau wan rasa wan serasi dgn si suami, wan akan pentingkan suami.. kalau yg si isteri nampak baik, wan join la si isteri.. mana tau dapat sugar daddy or sugar mummy kan?

Beberapa kejayaan WTP?.. Kepuasan terukir bila pelanggan selemat kembali ke tanah air tanpa sebarang masalah. Namun, jika berdasarkan kejayaan materialistik, wan letak no 1 ialah kejayaan atur Honeymoon kerabat yang request heli, wine tasting dgn istana itu. Korang ingat senang nak tempah heli tanpa bayaran cagaran? ahaha.. Dan no 2, tentulah projek Jurnal Kembara RTM dulu. Diberi kepercayaan untuk mengatur perjalanan dan jadual kerja projek yg menelan sehingga RM200k adalah satu pengalaman yang sangat berharga. Dan ianya berbaloi: dari segi pengalaman dan bayaran! =p

Ianya banyak… banyak mengajar kita. Ianya tempat untuk wan bermain business. Bermula dengan modal kosong. Hanya website yang separuh siap, dan internet. Oh ya, wan tidak charge kepada kawan pelajar yang ingin ke sini dan tanya pendapat wan… Dari Ireland, UK dan juga Malaysia tu biasa lah! Tapi paling jauh.. ianya dari Canada dan Jepun. (yg Canada tu, berada kat PAris sekarang). tiap kali datang, ada buah tangan untuk wan: Majalah, rokok, souvenirs tempatan dan sebagainya…

Oh, satu lagi benda best. kalau yang datang itu ialah Menteri, korang boleh request apa sahaja untuk mereka bawa.. Sebabnya, tidak akan ada orang / securities yang akan check beg mereka… dan yg wan pernah nampak mereka bawak ialah DURIAN! sebiji dengan duri duri tak buang kulit.. hahahah.. dapat seulas pun dah cukup! Oh, itu kenangan manis. Kenangan yang pening ialah: mereka datang dalam deligasi.. kalau semuanya dari KL senang lah. Kemudian ada yang dari Alor Star lah, dari Johor Bahru lah, dari Sarawak lah, kemudian connection flight kat KL, then nak upgrade tiket ke Business class lagi.. pening!!!! Terpaksa check internet tiap 2 jam guna password connection travel agency, kalau ada kosong kat Business Class, terus book… haha.. macam main saham lak, ada lubang je, terus sumbat nama.. lepas tu baru perasan yg wan dah sumbat nama suami, tapi terlupa nama isteri. hahah! Nasib baik dari France ni, mereka semua dari PAris dan bukannya Bordeaux, Strasbourg dan NIce..

Tapi jangan risau.. kalau yg datang deligasi ini, just bawak resit, semuanya boleh diclaim.. semuanya akan dibayar. tak kisah lah harga berapa.. duit rakyat gak. ehhe.. tiket Eurostar last minute / on the spot, teksi, tiket metro 1€ kat Milan pun wan claim gak! hahaha

Dan tak dinafikan, sebagai seorang yg obses dengan duit, part yang paling menarik ialah bila dibelanja makan “wan, awak makan je, nanti saya bayar”, dibelanja shopping “wan, awak pilih la satu jam, nanti saya bayar”, dibelanja tidur “wan, awak tidur skali dalam bilik kami lah”.. dan paling best, masa kat airport: “nak skit duit dari kami… baki syiling euros ni pun, wan ambik lah”..

Arghhh… nampaknya, wan akan bekukan WTP ini… malas nak layan buat sementara waktu.. ianya banyak mendewasakan wan, byk mengajar erti mencari duit, byk mengajar erti bekerja di bawah orang, banyak menghubungkan wan dengan menteri, kerabat mahupun orang biasa…

Dan wan bekukan Wenkt Travel Planner, yang wan buat sajer sajer tanpa modal ini, dengan asset semasa bernilai lebih dari 2600euros.. ianya adalah upah, tips, baki curi senyap senyap (cam tempah hotel harga penuh, tapi bayar dengan diskaun 8%), cam tempah heli harga 2300, tapi bayar 2000 je… dan wan main ceklat sebab wan masukkan juga kamera Canon EOS bersama dengan lens tajaan tu dalam asset… so, ianya bukan asset tunai sahaja.

Dan ingatlah: Jujur dengan fakta sbb mereka boleh check di wikipedia, tepati masa dan hormati pelanggan anda. Kita tak perlu paksa mereka hormati kita, sebab bila kita hormati mereka, mereka akan menghormati kita balik….

Bye BYe Wenkt Travel Planner!

dan juga, stop dari duk forward email pasal keuntungan RM1k sebulan dengan masuk wangcepat.com, duit2u.com mahupun prepaid4u.net.. anda telah salah target.. wan hanya percaya kepada “pure business”

Viewed 127 times by 67 viewers

12 Comments »

12 Comments

  • At 2007.06.14 01:00, wenkt said:

    thanks kat abg dzoelhakim, yg banyak membantu wan. wan tau abg akan baca….

    • At 2007.06.14 01:22, masze san said:

      herm…apa la wan ni…mana semangat wan ni!!!wek ap ! wek ap!

      • At 2007.06.14 01:57, wenkt said:

        dulu wan pernah cakap wan nak tutup syazwan.blogspot.com sebab wan nak buat http://www.wenkt.com/blog; maksudnya buat sumthing yg lebih baik

        so?

        • At 2007.06.14 02:06, dzoelhakim said:

          hahaha… aku belum sempat merasa ko punya WTP dengan berpemandukan ko sebagai pemandu pelancongnya ! ni tengah kumpul duit semula. dah tutup kedai dah! of course la aku baca blog ko tiap2 hari. tapikan wan, nak tanya sikit! aku tolong ko apa ek?… wahkahakah….

          wan,

          ni mesti aku selesema sebab jangkit drpd ko kat Lille. longlai segala sendi2 aku nak wat keje. kul 10.30 ada appointment dgn tukang urut nak wat reflexology kat Bandar Baru Bangi. ke sebab aku main futsal untuk kali ke-3 dlm sejarah hidup malam tadi ni. dah aku jalan macam robot…

          • At 2007.06.14 02:33, wenkt said:

            ahaks.. well, ianya bukan tutup, tapi beku.

            jgn salahkan wan pasal sakit2 tu, salahkan diri sendiri dulu.. hehehe

            eh, dulu abg dzoel byk bantu wan.. bantu fotostat kertas, promote dgn burger…

            • At 2007.06.14 10:55, dzoelhakim said:

              alamak lupalah pulak! haah… beria2 aku photostate n tampal kat burger n kasi kat budak2 kptm bangi n tampal kat sekitar bangi, bukit makhota n bandar seri putra.

              aku nak checklah malam ni, kalau masih ada lagi flyer tu tertampal kat tiang2 n notis board.

              wan,

              waktulah ko call aku nak beli burger samapi 40 biji dr Lille. cis… ingatkan betul2la nak beli. rupanya ko kenakan aku…

              • At 2007.06.14 11:31, wenkt said:

                perneh ke org beli burger sampai 40 bijik? itu semua panggilan hangit.. terhasut dgn Hot FM! hehe

                • At 2007.06.14 12:49, pakcik MMA said:

                  wan, nak tutup WTP sbb dah nak balik malaysia kan? Hmm. Ko terlupa satu bisnes yg ko leh wat kat malaysia. Hahaha. Jom wat bisnes SPA. Hahahaha. Takper, nnt kita joint venture masa kat malaysia. Kita wat travel agency sendiri. Dun worry, still pure bisnes. ekekekeke

                  • At 2007.06.14 13:19, Hannan said:

                    wan, walaupon kite ni otak giler2…tapi prisip kite, duit no 1 kan? ( tapi persahabatan tetap “diutamakan” )hhaah….xder duit camner nak jalan kan?

                    • At 2007.06.14 13:53, wenkt said:

                      @pakcik MMA
                      layan gak bukak SPA kat Kelantan.. boleh kita asyik guna sauna dgn hammam tu.. hahaha… contact aku nanti, dtg kelantan.. Kita bincang semua…

                      @Hannan
                      duit no 1. Kalau takder duit, cam ner nak beli belt LV kan? OUr project on kan?! =p

                      • At 2007.06.15 05:09, nashrex said:

                        alang2 da success tu.. teruskan je laaa..
                        kagum aku ngan kerja yg ko buat~

                        • At 2007.06.15 06:40, wenkt said:

                          sure akan continue. tapi bukan skrg. :)

                          (Required)
                          (Required, will not be published)

                          « | »