December 27th 2005 11:44 am

pusing paris dlm masa 2 hari…

alhamdulillah. 2 hari ke paris yang ditaja 100% pengangkutan dan penginapan, wan akhirnya kembali ke Lille. chee wah… selama ni, ramai gak contact wan, tanya pasal paris dan tempat menarik… at least dah 10 email yang wan dapat “Syazwan, we’re going to Paris… boleh propose tempat menarik? hotel bagai”… biasanya dari rakan rakan seperjuangan (pelajar – pelajar) dari Wales, England, Scotland, Ireland (UK la senang.. sajer nak panjangkan list)… Germany bagai… ok ok.. wan buat la planning untuk dua hari.. yang Syazwan dah test sendiri, dan yang Syazwan akan tulis balik dalam ayat skema dan menggunakan kata ganti nama Saya instead of Wan… heheh

Hari 1
Tiket harian metro paris ialah 3.20€ untuk Sabtu, Ahad dan hari cuti. Dan 6.40€ untuk hari hari lain. Di Paris, terdapat 14 laluan metro dan lebih daripada 300 stesen. So, anda tidak akan berada lebih dari 400m dari stesen metro! Sebab tu la BryanBoy pun ada tiket mingguan metro! Dari hotel di Porte de St Ouen, wan ke stesen Anvers, di sini ada Sacré Coeur. Keluar je dari metro, akan terus nampak, jalan kaki naik ke atas, atau boleh naik kereta kabel macam kat Bukit Bendera. Free sebab guna tiket sama.


ni la Sacré Coeur, berada tinggi di atas bukit. Wan pergi ni pagi 25 Dis (terlupa lak, happy birthday Ije yang birthday pada 25 dis dan happy birthday abah yang birthday pada 26 Dis)… again, wan pergi ni pagi 25 dis, cam tak raya ke French ni?

Dari Sacré Coeur, kami ke stesen Cité.. stesen ni terletak di atas pulau, di tengah tengah Paris, dibelahi oleh Sungai Seine. (asyik tertukar dgn Sungai Thames di London)… saper pernah tgk citer The Hunchback of Notre Dame, sure tau la pasal Notre Dame de Paris ni.. sampai skrg, loceng seberat 13 tan yang berada di ketinggian 69 meter itu tetap berbunyi. Loceng ini dinaikkan pada tahun 1631. Notre Dame membawa maksud ‘Our Lady’


loceng bernama Emmanuel yang 13 tan tu berada kat South Tower, yang kanan tu…

Dari Notre Dame, kami jalan kaki ke Centre Georges Pompidou. Bangunan yang berfungsi sebagai pusat kebudayaan ni berwarna warni. Merah sebagai transport, kuning untuk electricity, hijau untuk gas, putih untuk pengudaraan dan sebagainya.. Jadi, kalau anda berada di bangunan ini, anda perlu berjalan di atas benda merah… :) .. Di luar bangunan ini, banyak pelukis jalanan yang melukis potret dan karikatur anda, juga terdapat clown dan ‘orang emas’, dan banyak kedai cenderemata yang murah di sini. 4 t-shirts paris berharga 15€..


seorang clown tengah bertugas. Dia akan kaku sehingga anda kasi duit, then dia akan bergerak sekejap sebelum kaku balik, dan seterusnya. another clown yang gagal kat sebelah tu.. :p

Kemudian kami ambik metro line 1 ke Louvre.. turun di Stesen Palais Royal Musee du Louvre. oh ya, kepada sesiapa yang pernah baca Da Vinci Code, semua tempat yang wan pergi ni, kebanyakkannya ada dalam novel itu. Baca la ye! Louvre ialah museum terbesar di dunia. Menempatkan lukisan termahal di dunia, Mona Lisa (lukisan kedua termahal ialah Whistler’s Mother, di Musée d’Orsey, yang pernah dirosakkan oleh Mr Bean.. ingat filem ini?)..


Metro line 1 ialah metro tertua di dunia. Sejak tahun 1900 lagi. Sehingga sekarang, mereka masih kekalkan metro yang guna tayar getah seperti tayar kereta kita di beberapa line lain (memang ada kerjaya mengepam tayar kereta api!). tapi line 1 ni dah guna metro yang paling moden. tengok la papan tanda yang tertua ini (anda boleh tgk papan tanda tertua ini dari sudut berlainan di blog BryanBoy)


Rafiqi dan Wan di depan Pyramides du Louvre, pintu masuk ke Louvre yang direka oleh arkitek Jepun, bergembiralah Faizaru dan eeone sebab kedua mereka dari Jepun :p.. Travelling Writer tgh berehat dengan jurukameranya.. hahaha.. senyum!

Kami kembali ke Metro line 1, seterusnya ke stesen Concorde.. Place de la Concorde, salah satu mercu tanda Paris. Anda boleh nampak Eiffel Tower dari sini (Eiffel Tower bukan tempat menarik bagi wan, sebab tu kami pergi lambat.. hahah.. ).. Juga berhampiran dengan taman Tuileries.. Taman yang banyak patung (yang BryanBoy jilat itu.. hahah)


tiang batu di belakang wan tu diambil dari Luoxor, Mesir.. sebijik sama… juga ada gambar Amoun kat situ… Kerja kerja memindahkan batu ini dari Louxor ke Paris mengambil masa 4 tahun.

Kembali ke metro, kami ke Charles de Gaulle – Etoile. Dua benda menarik, Arc de Triomphe dan juga Avenue des Champs Elysées, jalan ketiga sewa kedai termahal di dunia selepas 5th avenue di US dan satu jalan di Hong Kong. Satu meter persegi di sini ialah 9600€…. Bayangkan butik LV seluas 1000 meter persegi itu!


inilah Avenue des Champs Alysées. gambar snap dari bawah Arc de Triomphe. kene tunggu lama baru dapat snap gambar sbb jalan sentiasa busy…


Arc de Triomphe.. salah satu tempat yang tidak pernah kosong.. sentiasa ada orang.. antara tempat paling senang nak jumpa Melayu selain di Eiffel Tower

Dari sini, kami ke Eiffel Tower.. Sudah gelap, kami hanya ambik gambar berlatar belakangkan lampu Eiffel Tower dan kami akan naik Eiffel Tower ini esok… Lihatlah, Eiffel Tower walaupun bangunan yang paling banyak diabadikan dalam photo, tapi bukanlah tempat utama bagi Wan di Paris.. :)


Effel Tower dikelipan waktu malam.. Suka! heheh.. Merasalah kesejukkan untuk ambik gambar.. hahah… merasalah Hakim Radzuan sebab wan dah suka pakai Armani Exchange gak! haha

Kembali ke Hotel… About my hotel erk, wan ditaja untuk tinggal di Etap Hotel Porte de St Ouen.. Bilik untuk 3 orang tapi tinggal seorang diri.. saper tak gembira kan? ahhah…. harga bilik ialah 47€ per night (RM210.81)… Kalau anda pergi ke Paris bertiga, anda boleh share la harga hotel, tapi semua hotel dan pengangkutan wan lepas ni akan ditaja, so saper nak join wan boleh la.. Just bayar pengangkutan, hotel free! hahah.. i mean tumpang bilik wan la.. (tapi kene tidur sekatil laa… sila la tanggung risiko sendiri!)


gambar ni disnap seminit lepas check in.. sangat kepenatan dan nak merasa merebahkan badan atas katil yang empuk actually.. tu sebab terus bukak beg, salin baju tidur dan tidak hiraukan barang barang yang bertaburan (i’m alone ok!)


lepas 10 minit, bangun dan bukak contact lens (muhaha.. giler tak senonoh tidur dengan contact lens….)… sambil tu, kemaskan balik benda yang dikucar kacirkan tadi.. then kluarkan semua toiletries, atur atas sinki.. arghh penat.. gosok gigi, cuci muka, buang contact lens, pakai krim then tidur.. night paris….


map paris hari pertama. ni hanya proposition je la ok? tapi ianya antara yang terbaik bagi wan.. (as a travelling writer la)

dari hotel di Porte de St Ouen, ke Anvers (Sacré Coeur), then ke Cité (Notre Dame de Paris), then ke Palais Royal Musée du Louvre (Louvre – Mona Lisa), then ke Concorde (Place de la Concorde) seterusnya ke Charles de Gaulle – Etoile (Arc de Triomphe dan Avenue des Champs Alysées), last skali ke Bir-Hakeim (Eiffel Tower = besi buruk).. OK. then habiskan hari anda dengan naik metro dari Ecole Militaire, ke Concorde, then ke Franklin C Roosevelt, then kluar stesen, jalan kaki sepanjang Champs Alysées ke Charles de Gaulle – Etoile.. Jalan paling vogue!

…bersambung

Viewed 734 times by 317 viewers

No Comments yet »

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

« | »