Santau, Jin & Sihir.

Mungkin ramai tertanya, kenapa wan jarang update blog. Wan pun tak faham, kenapa jadi malas nak update blog, padahal banyak cerita boleh dikongsi dan ditulis.

Wan jadi terlalu malas nak tulis blog, sampaikan, dan bukak dashboard wordpress, dan klik add new post, tapi stop kat situ. Terasa ada kerja lain perlu dibereskan: facebook, farmville, tgk tv, dan lain – lain. Terasa ada kerja lain perlu dibuat selain update blog!

Dan ‘kemalasan’ ini terjawab 3 hari lepas. Wan menemani seorang kawan berjumpa seorang ustaz untuk rawatan resdung. Dan ustaz tersebut sangat peramah. Masa kawan tgh buat rawatan dgn pekerja ustaz tu, dia ajak wan berbual. Dan dia suruh wan cerita pasal diri wan sebab dia kata ada tak kene dengan diri wan. Kemudian wan cerita, seluruh badan jadi mengeletar dan berpeluh. Dada jadi sakit, belakang badan jadi sakit, padahal kami masa tu tengah lepak, bukan tengah buat kerja berat.

Lepas tu ustaz bacakan satu doa yang menyebabkan wan muntah darah. Sedikit darah keluar. Wan tak lihat sgt sebab mata pedih. Kemudian ustaz ambil checklist dia dan suruh wan checkkan mana yang berkaitan.

Antara yang tepat ialah wan batuk2 berterusan tanpa sebab klinikal. Sebenarnya benda ni dah lama, tiap kali wan ke luar negara, contohnya Uzbekistan, Indonesia, Thailand, malah Vietnam, di mana semua negara tersebut lagi kotor (dan berdebu) berbanding Malaysia, tapi wan akan sihat bila berada di luar negara. Bila balik ke Malaysia, wan jadi batuk balik, dan sentiasa batuk. UStaz jelaskan yang santau yang dihantar kepada wan tu, dia punya keberkesanan hanya semasa wan di Malaysia, santau tu tak boleh ikut sampai ke luar negara. (Maksudnya: saya kene pindah duduk luar negara ke apa?)

Kemudian, tanda yang lain yang ustaz jelaskan ialah wan jadi cepat sayang yang mendalam dengan orang yang baru dikenali… Trust me, wan jumpa orang baru, tak kisah la cantik ke buruk, hensem ke tak ensem, wan jadi sayang kat orang tu… Ustaz sendiri yang cakap benda ni..

Then, antara tanda – tanda lain yang wujud kat diri wan

Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas. – mmg lepas asar, jadi malas walaupun plan nak jogging.
Badan terasa berat dan malas.
Badan terasa bisa-bisa/gatal. – dah banyak kali jumpa doktor, doktor kata sbb kurang minum air, tapi wan minum byk kot.
Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa. - pernah terjadi beberapa kali
Bermimpi jatuh dari tempat tinggi. – ehem ehem
Ada terasa benda bergerak dibawah kulit. – ni terjadi masa rawatan, sangat jelas dan mencuakkan!
Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali. – yg ni normal, selalu terjadi.
Malas beribadat.
Sikap berubah secara mendadak.
Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
Kerap sendawa bila mendengar al-quran. - yes, masa ustaz tu baca ayat sedikit pun, wan sendawa kemudian muntah darah
Mengantuk bila dengar al-quran. – rasa tak selesa bila dgr al-quran.
Bermimpi seram yang menakutkan.
Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal. – yg ini paling jelas…
Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. – yup, i am
Selalu melihat kelibat dirumah. – pernah terjadi… tapi rumah telah didindingkan
Terasa diri selalu diperhatikan/diekori.
Timbul rasa takut tanpa sebab. - yup
Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik.
Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur.
Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur.
Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.
doa elak sihir dan pukau.

Ustaz kata, kesan yang terjadi kepada wan ialah, wan jadi malas untuk update website, untuk update blog. Bayangkan, santau dan sihir, juga jin, boleh mempengaruhi benda yang berkaitan dengan teknologi baru.

Secara jujurnya, wan menjalankan perniagaan melalui internet, wan dapat client dari blog, dari website, dari email.. dan cara untuk dapatkan client sepatutnya ialah dengan mengupdate blog, buat promotion di website lain, di website ads yang lain, di forum dan juga melalui email. Tapi wan jadi malas.

Paling teruk, malas reply email. Bayangkan, quotation semua dah ada dalam komputer, tapi wan jadi malas nak reply dan bagi harga kat client!

Bayangkan, wan ke Vietnam 24-27June lepas, tapi tak update blog pasal Ho Chi Minh tour. Wan ke SIngapore last week, tapi tak update pasal Singapore. PAdahal selama ni, balik je dari melancong, terus update blog… ye la, blog ni pasal traveling..

Kemudian ustaz terangkan siapa yang hantarkan sihir, santau atau jin ni kepada wan. Yupp…. nama sama seperti yang bermain di fikiran wan sepanjang rawatan tu… bos lama. Ehemmm… Nasib baik ustaz tu sanggup tolong wan. Kos rawatan pun seikhlas hati.

Ustaz bukak sebotol air mineral, dan extra virgin olive oil, dan bacakan ruqyah 2 sessi… Sessi pertama, badan wan jadi amat sejuk. Dari berpeluh, jadi amat sejuk. Masa sessi kedua, terasa ada benda bergerak di bawah kulit wan, dan benda ni menurun hingga ke kaki. Wan pakai seluar jean masa tu, tapi dapat rasa dengan jelas.

Cuak tak? HEhe dont worry lah! Ustaz dah beri air jampi untuk diminum, dan as you see, wan update blog! Haha.. juga, sentiasa amalkan baca ayat 3 Qul…

Wan skrg tgh melawan benda ni. Paksa diri update blog, try update blog setiap hari. atau 3 kali seminggu sekurang – kurangnya. Lepas raya kita sambut rawatan. TAk pun, masa kat Kelantan cuti raya nanti, cari bomoh dan ustaz kat Kelantan lak..

But dont worry, wan takkan pulangkan santau dan sihir kepada orang yang hantar kat wan tu..

Keep in touch~

Viewed 3421 times by 1809 viewers

10 Comments

  • At 2010.09.02 13:53, arep said:

    inilah alasan malas update blog yang paling kreatif !!!!!! kudos

    • At 2010.09.02 16:32, gergasi said:

      ko kerja makan gaji goverment.. gaji rendah.. memang tadok orang jeles arep..

      • At 2010.09.22 16:24, arep said:

        motif kan ko celaks kaitkan gaji ngan santau.. chantikkah kaw???

    • At 2010.09.02 15:36, kk said:

      ciannya… biasalah org melayu x suka org melayu senang.. semua dia nak bolot…. Allah dah bg rezeki masing2.. apa2 pon kk doakan wan sihat seadanya.. InsyaAllah dengan izinNya.. wan akan kembali seperti biasa..

      • At 2010.09.03 20:28, Syamsul said:

        MasyaAllah…semoga wan sabar dengan ujian Allah ini…semoga wan sihat dengan segera

        • At 2010.09.03 23:07, katak said:

          apa pun, semoga wenkt makin sihat. anggap dugaan dari Ilahi. Bukan senang nak puaskan hati semua orang.

          • At 2010.11.03 10:07, Jun said:

            assalam,

            boleh saya tahu berubat kat ustaz mana ya?

            • At 2011.09.13 02:01, kae said:

              lama tk tgk ur website. then browsing tru terbaca nieh.hmmm…sedihkan tgk sek sek kito deki deki gini.
              anyway i hope ur always well.

              anyway i risau jugak bca ur post ni koz tanda2 tu ada gak pada i.cam mimpi ular2 binatang bisa, n syg mendalam kt org baru kenal tu..malas2 extra kdg2. tahla…tapi tatawlak takkan ada org buat menda2 camtu.

              nauzubillah.mtk2 djauhkan.

              btw ayat yg u paste tu surah ape eks? ayat no brape?

              -kae.

              • At 2011.11.14 06:07, deals singapore said:

                I uncovered this page using google.com So i need to thanks for work. You have done really good site. Great work, great site! Thank you!

                • At 2011.11.15 13:50, learning management system login said:

                  Interesting article, thanks. Do you analyze with regards to the second paragraph in more detail?

                  (Required)
                  (Required, will not be published)


                  × 6 = forty two