May 26th 2007 10:08 pm

selamat hari lahir, mama!

Pengumuman: Pada 28 mei, jam 1718 GMT+8, matahari akan berada tepat di atas Kaabah, inilah masa untuk betulkan balik kiblat anda, dengan melihat bayang2 mentari :)

Disclaimer: this is NOT a sponsored/paid entry

***

Hari ini 27 mei… selamat hari jadi mama… semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu… dari anakanda, Syazwan mewakili adik beradik yang lain.. dan juga mewakili abah…

Dan semalam, wan menang pertandingan Black Fury. (klik la, siap ada gambar wan dgn haliza lagi). Black Fury is an energy drink formulated to increase and maintain alertness, endurance and performance levels of your body and mind. Use it to overcome stress, or inject energy into physical activity – or simply savour the taste that comes with power!

 

Dan hadiah dia ialah 30 tin Black Fury 240ml dan mereka mintak alamat kat Malaysia, maka wan letak alamat Mama je la.. so Mama, terimalah hadiah dari wan tu nanti.. dalam masa 21 hari katanya. Jangan risau, minuman tenaga ini dijamin halal.

Senang kan? Menang hadiah, then kasi kat Mama sebagai hadiah hari jadi. Hahah. Well, ada sesetengah travel planner dibayar melalui wang pos ke alamat di Malaysia, kemudian mama pi ‘tebus’ kat Post Office then duit tu kasi kat mama je la.. lagipun, seberapa banyak perkara baik yang kita buat kat ibu kita, ianya masih tidak boleh membalas nilai setitik susu ibu yang kita minum dulu.

Kalau korang nak menang gak, pergi la daftar di site Black Fury

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Black Fury, sila hubungi mereka di

Address :
SILVER BIRD COMPLEX
Lot 72 Persiaran Jubli Perak
Seksyen 21, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Telephone: 03-5192 2888 (16 lines)
Facsimile: 03-5191 4808
Email: consumer@stanson-high5.com

*Terima kasih kepada Yam yang secara tak sengaja ajar wan masuk pertandingan ni. Dia tak menang, wan lak yg menang. hehe….

Again, happy birthday Mama…

Viewed 819 times by 332 viewers

8 Comments »

8 Comments

  • At 2007.05.26 23:44, Guest_2905 said:

    Jurnal Kembara Haliza di Eropah

    Oleh: TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN

    Menjelajah kota-kota indah di Eropah menjadi impian sesiapa saja. Bagi yang mampu dari segi kewangan dan mempunyai masa, cepat atau lambat impian itu akan pasti terlaksana.

    Bagi yang kurang berkemampuan barangkali memilih untuk melancong ke tempat-tempat yang lebih murah atau membiarkan saja impian indah itu mampan di kepala.

    Bagi mereka yang gemar melancong, keindahan Kota Rom dan Paris sudah tentu menjadi destinasi yang tidak boleh tidak dipadamkan dalam jurnal kembara mereka. Pelakon Haliza Misbun juga mempunyai impian yang sama.

    Berjalan-jalan ke seluruh Eropah, singgah melawat Menara Pisa di Itali, menjejaki laluan air menaiki gondola di Venice dan menyelusuri lebih 200 jambatan di Gent, Belgium… arghh apa lagi yang lebih indah selain dari itu?

    Haliza tidak pernah menjangkakan peluang itu datang kepadanya sehinggalah syarikatnya, Halle Pictures diberi kepercayaan oleh RTM baru-baru ini. Halle Pictures diberi kepercayaan untuk menerbitkan rancangan Jurnal Kembara yang bakal menemui penonton pada Julai depan.

    ‘’Memang saya suka melancong. Sudah banyak tempat saya pergi, tidak sangka pula peluang ke Eropah datang secara percuma seperti ini,’’ kata Haliza yang juga Pengarah Urusan Halle Pictures.

    *Jurnal Kembara dokumentari realiti

    Haliza bukan sahaja bertindak sebagai penerbit, sebaliknya turut menjadi perantara rancangan yang berkonsep dokumentari realiti itu. Jurnal Kembara singgah di negara seperti Perancis, Belgium, Jerman, Belanda, Monaco, Austria, Vatican City dan Itali.

    ‘’Dalam kehidupan, apa pun yang saya buat mesti dengan minat yang mendalam. Kerana minat saya melancong, maka rancangan ini selesai penggambarannya dalam masa yang ditetapkan iaitu kira-kira 21 hari sahaja untuk 13 episod pertama,’’ kata Haliza.

    Tentunya kita sudah banyak diberi input tentang rancangan bercorak pelancongan seperti ini. Bukan sahaja di RTM, banyak stesen swasta lain juga sudah beberapa kali menghidangkan menu yang sama kepada penonton.

    Untuk memberi kelainan, Haliza menyelitkan banyak unsur baru yang jarang digunakan dalam banyak rancangan kembara yang dihasilkan dengan kos melebihi RM200,000 itu.

    Turut bersama ialah Penerbit Eksekutif Halle Pictures Abdullah Ayob Basri.

    Di setiap lokasi, Haliza memastikan perlu menemu bual beberapa pelajar Malaysia yang sedang menuntut di negara orang.

    Selain pelajar, turut ditemu bual ialah petugas-petugas yang berkhidmat untuk pejabat kedutaan Malaysia di luar negara.

    ‘’Itulah yang menjadikan Jurnal Kembara ini berbeza. Kita dapat menyelami pengalaman, suka dan duka mereka di tempat orang secara langsung melalui Jurnal Kembara,’’ kata Haliza lagi yang sempat merakamkan temu bual dengan Duta Malaysia di Austria, Datuk Mh. Arshad.

    Apa yang dipaparkan bukan keindahan semata-mata, tetapi juga sejarah, latar belakang dan keunikan sesebuah daerah di sesebuah negara yang dilawati. Malah aktiviti Haliza dan krew juga dirakamkan untuk menyelitkan unsur realiti.

    Sepanjang di negara berkenaan, Haliza dan krew senang menyewa motorhomes untuk memudahkan pergerakan mereka.

    Melawat bakal mentua?

    Banyak yang sudah maklum mengenai cinta Haliza dengan jejaka Perancis semenjak awal tahun lalu. Sementelah ke Paris, sempat Pancaindera mengusik Haliza tidakkah menjenguk keluarga teman lelaki itu?

    Manalah tahu, kut-kut dapat singgah bersua mata seketika, senang urusan perkahwinan nanti kalau menjadi.

    Dengarnya juga Haliza sudah semakin mesra dengan keluarga jejaka bernama Cedric itu banyak orang sudah maklum mengenai kisah cinta mereka.

    Bagaimanapun kata Haliza, dia hanya sempat mengirimkan SMS dan menelefon kerana keluarga Cedric berada di daerah Vichy.

    ‘’Agak jauh kalau saya ingin melawat mereka. Perjalanannya sama seperti Kuala Lumpur ke Johor, sedangkan saya ke sana untuk bekerja bukan berseronok-seronok.

    ‘’Hajat hati memang ingin melawat mereka, tetapi apakan daya. Tidak ada kesempatan. tetapi saya sempat mengirimkan SMS dan menelefon bertanyakan khabar saja,’’ kata Haliza yang kelihatan semakin ceria dengan buah hati barunya itu.

    Siapa Oliver Mohd Radhi?

    Ketika di Belanda, Haliza yang sedang menjalani penggambaran di satu tempat di tepi kaki lima dikejutkan dengan suara garau seorang lelaki Inggeris.

    Dia bercakap dalam bahasa Melayu dan membuatkan krew teruja untuk berkenalan dengan lebih dekat. Lelaki itu ialah Oliver Mohd Radhi berasal dari Belanda dan pernah beberapa tahun menetap di Malaysia dan Indonesia.

    Sewaktu menunaikan janjinya mengagihkan gambar kepada Pancaindera minggu lalu, Haliza juga ditemani oleh Oliver. Amboi, sampai ikut pulang ke Malaysia.

    ‘’Tak adalah. Kebetulan dia ada kerja, dia datang saja ke sini kemudian terus hubungi saya. Ajaklah dia lawat Utusan sekali, tak salahkan?

    ‘’Perkenalan kami hanya sebagai kawan. Dia banyak bantu krew penerbitan semasa kami berada di Belanda tempoh hari tu,’’ katanya.

    Jejaka Belanda itu memeluk Islam pada 1994 dan sangat fasih berbahasa Melayu. Malah, Haliza dan Radhi kini sudah jadi kawan baik yang sering berutus berita dan cerita suka dan duka. Nampaknya jejaka Perancis kenalah bersaing dengan jejaka Belanda pula untuk menawan hati anak Pak Misbun yang seorang ini.

    • At 2007.05.27 04:16, pakcik MMA said:

      wan,
      black fury ni sedap ker? ekeke

      • At 2007.05.27 10:26, pierre DELAFONTAINE said:

        hah.. smalam besday mak aku.. arini besday mak ko…

        masalahnye, aku skang dah tadkde blog, maknenye aku gune blog ko ah utk cakap hepi besday kat mak aku..

        hepi besday mak..

        • At 2007.05.27 10:55, wenkt said:

          @Guest_2905
          wan baca smlm.. tapi masa tu dah bukak speck… then baca gitu2 je.. nasib baik takder nama wan.. tak der la riak sgt.. hahahha

          @pakcik MMA
          wan tak try lagi.. tapi energy drink… best la kalau minum sambil drive jejauh.. heheh

          @pierre
          guna la.. kita share blog ok?? hehe..

          • At 2007.05.27 12:15, equilibrium said:

            terjawabla teka teki jigsaw puzze aku slama ini tentang siapakah Inchik Pierre de LA FONTAIN itu. aku bersyukur coz dia maseh idop thou dia nye blog dah kembali ke alam barzakh…adeiii..pnt aku berduka lara, ropenye ko selamat lagik ek…pandai ko nyorok, cam elvis la pulok! hiks!

            neway, hepi besdey kat mak ko n mak Incik Pierre Si Air Terjun Kecik Kat Brussels!

            • At 2007.05.27 14:32, pierre DELAFONTAINE said:

              bukan majok equi.. aku nak rilek2 jap.. kalo dibuke pintu hati kang aku bukak la balik blog tuh.. muhuhu

              • At 2007.05.27 17:21, maer said:

                syazwan,

                thanks for the info about correcting the qiblah direction. however, I think, you need to add some thingy..

                for those in North America, South America, Australia and Antartica, the date won’t work..! we have to use a different date because of our location..

                pls visit and read this page:
                http://www.phys.uu.nl/~vgent/islam/qibla.htm

                • At 2007.05.27 21:08, wenkt said:

                  @maer
                  yuP.. dulu wan fikir gak.. camner nak kira kalau kita berada di malam hari.. sbb masa siang di Malaysia, USA ialah malam..
                  thanks for the site :)

                  (Required)
                  (Required, will not be published)

                  « | »