July 28th 2006 10:52 am
Siti mengandung 2 bulan?
SSSS16: Airport Entzheim, Strasbourg
SSSS17: Foyer budak Melayu, Colmar
SSSS18: Mulhouse, France
SSSS19: Belfort
Hello hello, selepas 4 hari tak sentuh internet, akhirnya jumpa gak internet. Tidak ada benda menarik, kecuali sekarang wan berada di Belfort, tetap di France, sempadan dengan Switzerland. Lepak kat rumah Hazrul, dah 3 hari dah.. Actually wan tak rapat sangat dengan dia, tapi selamba je la menumpang… Dia pun baik (cam wan)
Ermm…

sawah

ermm.. dibelanja cafe oleh orang yg tak kenal.. thanks dude

matilah ketubang kecik ni (cam dari Aberdeen ke Birm je)

seriously cam tak caya kene naik flight kecik ni.. 3 kerusi je sebaris




seribu satu cara ambik gambar sendiri.. seperti biasa sbb flight kosong, wan conquer satu baris… naik baik tak ambik business class, tak der beza..
Still terfikir gak, jarak Lille ke Strasbourg lebih kurang dengan jarak Paris ke Strasbourg, tapi flight jenis lain… vendi venci vinci (wan tengok, wan benci, wan naik gak)..

yeay.. sampai gak strasbourg akhirnya.. dan mendarat smooth giler…

ni masakan yang my junior, Izdihar masak untuk wan… nasi goreng (first time dia masak nasi goreng.. biasa la budak SPM baru duduk overseas).. sedap + banyak giler + sayur taugeh yang dah lama tak makan..
PAda pengalaman wan, flight yang mendarat dengan cara paling lembut / smooth ialah KLM (4 kali wan try, 4 kali mendarat dengan lembut), dan jugak Air Baltic… sangat lembut! Air Asia pun lembut gak.. (sesuatu lak perkataan ‘lembut’ ni).. paling kasar ialah Airbus A320 milik MAS kalau mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan sebab landasan pendek, so ketubang kene break laju sebaik sahaja menjejakkan tayar ke landasan…
balik pada diary, Satu malam stay kat Colmar, wan ke Belfort. Lagipun juniors ada summer class, so takkan nak stay kat rumah mereka seorang diri kan? So, wan ke Belfort.. Lepak dengan Hazrul.. sampai je Belfort, dia ajak main pool dan bowling. “Ah, matilah aku tak reti main”… seriously wan ni mmg tak reti bersukan langsung… hahah.. hahah.. hahah.. gelak je laa…
Bowling pun tak reti? padahal kat Seri Perdana 2 tu, siap ada bowling 2 lanes lagi.. tapi wan tak pernah sentuh.. hahah..

longkang kanan, longkang kiri.. hahahah
Korang gelak laaa, wan tak kisah……
*TAjuk entry blog ini sekadar untuk memaksa anda membaca hingga abih entry ini.opsss
Viewed 437 times by 173 viewers
No Comments yet »


