May 27th 2006 11:19 am

situ sana sini bhgn 2

dari lille ke grenoble, dari grenoble ke montpollier, dari montpollier ke millau, dari millau ke toulouse, dari toulouse ke andorra, dari andorra ke la rochelle dan still berterusan…

perjalanan sejauh 2000 km setakat ini mengelilingi france by car adalah satu pengalaman yang menyeronokkan. kami seramai 6 orang dari lille dan dhira dari la rochelle, tujuh orang dalam satu kereta > Opel Zafira… pendek kata, cam naik Oddessy, dan wan pernah duduk belakang skali sejak sehari dua ni, so dapat rasa apa yang best ke tak duduk belakang skali. Kepada miruL, nasib baik kita pakai Oddessy, kalau pakai Stream, sian kat adik kat belakang… hahah… skrg baru rasa sendiri pengalaman duduk blkg dlm kereta cam tu


perjalanan yang kami lalui setakat ini.. 2000 km


on the way… dari toulouse ke andorra, ada sign ke barcelona gak

dari grenoble, kami menghala ke Montpellier, singgah makan di kedai kebab, dan Hakim yang kebetulan tengok buat pratikal di bandar tersebut, join kami untuk makan sama. Dan dia bawak kami pusing Montpellier..

Montpellier terkenal dengan bangunan lama yang dijaga rapi, dan terletak di tepi pantai. Port yang digunakan oleh cruise dan kapal feri menghala ke Afrika Utara dan Spain. Juga terkenal sebagai penempatan artis antarabangsa. Tidak hairan lah kalau anda berselisih dengan Misha Omar atau Jacklyn Victor di KLCC, sebab anda boleh jumpa Brad Pitt ataupun Tom Hanks di sini minggu lepas. hehe


dhirah, wan dan zeff kat kedai kebab..


jalan jalan keliling Montpollier lepas makan lunch


posing :p


zeff, darul, moi and dhirah


hahaha…


gare de montpollier (vakzal / train station) dgn zeff


depan vakzal skali lagi

seterusnya, dari Montpellier, kami menuju ke Millau, sure anda pernah dengar tentang Millau Viaduct bukan? Jambatan tertinggi di dunia, setinggi 270 meter dari paras tanah, dan tiang yang paling tinggi ialah 343 meter(lebih tinggi dari besi buruk / eiffel tower paris). Tujuh tiang tinggi ini merentasi lembah Tarn, dan tol ialah 5.10euros dengan jarak 2450 meter.


Jambatan ni dibuka sejak januari lepas, dan sudah ramai yang bunuh diri… jatuh di depan kami mungkin?


macho tak?


darul and moi…


tak sangka sampai ke tempat ni.. sebab dia bukan terletak di tengah bandar…

Selepas penat ambik gambar di bawah, kami naik ke atas dan melalui jambatan tertinggi ini. Vasttt!!! Kalau naik Jambatan Pulau Pinang pun kita dah gembira, bayangkan kita naik jambatan ini… Kami pandu dengan kelajuan kurang dari 30km sejam haha… kalau kat malaysia, depan skolah pun kami pandu 60kmj… hahah


kami dah nak sampai!!!! semua dah ready kamera di tangan!! hahah

Selepas dari viaduct, kami menuju ke Toulouse, bandar pink, tempat buat Airbus… sure pernah tau tentang A380, kapal terbang penumpang terbesar di dunia ini? Di bandar inilah kapal terbang gergasi ini dibina. Kami tidur di sini.


dalam kereta.. dari toulouse ke andorra


darul and moi depan Rugby Stade Toulousain punya butik..

Dari Toulouse, kami menuju ke Andorra, negara kecil di antara France dan Spain. Dulu yang letupan di metro Madrid, dikatakan oleh pengganas dari Pays Basque, kawasan antara Toulouse dan Barcelona, termasuk Andorra ini lah. Tapi negara ni selamat dan tak der cukai, kawasan bebas cukai, so harga barang ialah 20 peratus lebih murah. Contoh barang yang murah ialah rokok. Satu karton di France ialah 47 euros, dan di Spain 39 euros tapi di Andorra dijual dengan harga 20euros.





Viewed 373 times by 180 viewers

1 Comment »

1 Comment

(Required)
(Required, will not be published)

« | »