May 12th 2009 01:02 am

suku abad. semasa party.

Lokasi: Poolside, Duta Vista, Jalan Duta
Tarikh: 8-12malam, 6 May 2009
Tetamu: 127 orang

KEPADA TETAMU YANG SNAP GAMBAR, SILA HANTAR GAMBAR KE contact@wenkt.com UNTUK DISIARKAN DI SINI. LEBIH 20 KAMERA BERGERMELIPAN SEPANJANG MALAM, NAK GAMBAR ITU!!!

Majlis tidaklah teratur sangat. Tiada emcee menyebabkan Ello dan Is menjadi emcee bidang terjun. KEgagalan menjemput tetamu makan sebaik tiba juga merupakan satu kesilapan. Next year, party lebih besar. Lokasi lebih senang dikunjungi, dan hari yang lebih sesuai. InsyaAllah!

Cuma, tiada hujan yang memang boleh spoilkan semua perancangan selama 2 bulan. Bayangkan, tepi kolam, di malam yang hening dan gelap, bermandikan cahaya lilin, bertemankan suara karaoke. Oh yeah, karaoke… Asalnya wan jemput dua artis indie, dan berharap mereka boleh menyanyi banyak lagu, tetapi akhirnya beratur orang mau menyanyi. RAmai betul menyanyi, semuanya menujukan lagu untuk wan..

Majlis sebegini diadakan untuk mengumpulkan kenalan wan: dari kawan2 myspace yang belum pernah jumpa, kawan2 baru, kawan2 rapat, sepupu sepapat, keluarga, clients, VIP dan VVIP, dan juga mereka yang pernah bertukar business card dengan wan.

Bayangkan: majlis 210min (3 jam 30 min), tetamu 120 orang. Ia purata 2 min waktu melayan setiap tetamu. So, kepada yang rasa wan kurang melayan, atau rasa terpinggir, wan minta maaf banyak – banyak… Mungkin saya terlupa, atau saya sibuk dengan yang lain.

Apapun, daripada 120 orang, dianggarkan 20 VIP dan VVIP, 80 anak – anak ikan dan baki 20 adalah tetamu biasa (boley?). Seriously, ianya adalah medan yang comel – comel. Penuh dengan kawan2 yang comel. Kalau AI ada, sure meriah AI menambahkan koleksi… Rasanya LQ dgn BB pun mau tutup malam tu bila semua berpindah ke Duta Vista. Hahaha

Ramai yang i kiss pipi mereka. Peluk dan kiss pipi toksah kira lah.. Ello, Is, Abg Adie, Abg Am, Fzy, Pyan  selalu dapat. Hahaha. I seriously terharu dan AMAT BERTERIMA KASIH kepada mereka. tanpa mereka, majlis hari jadi sebegini tidak akan menjadi. LOVE u olls!

pintu masuk utama… langsir ditutup sepanjang majlis, kiranya yang tidak tau apa terjadi, sure tak nampak kat dalam. Juga suprise bila tetamu datang. Hehehe

welcome to a quarter of a century birthday celebration of Syazwan Zanini

melangkah masuk di tangga yang penuh dengan lilin

juga tepi kolam yang penuh dengan lilin… wan suka lilin yang diatur berselerak kat tengah2 tu.. menarik giler!! thanks Is dan Abg Am yang gigih memanjat mengatur lilin

juga meja makanan yang ada lampu comel dalam skirting…

cake. 6kg. bentuk no 2 dan bentuk no 5. pandan lapis.

meja VIP. bunga hidup + tea leaves. epal pun epal segar.

lilin sekeliling kolam. lilin atas meja. belon dalam kolam. bila dgr lunakan suara orang karaoke sayup2, memang besh dan tenang. Semua tertanya saper menyanyi. Haha nasib baik tak hujan

meja merah dihiasi 3 lilin dalam mangkuk kecik, meja emas dihiasi dengan lilin dlm bekas tinggi.. dan ditaburi bunga. love it!

Ada yang bertanya: meja merah untuk lelaki dan meja emas untuk perempuan ke? Aiyoh, majlis wan ini dihadiri oleh 97% lelaki, sah2 takder orang kat meja emas nanti.

ucapan sebelum majlis potong kek… i pakai baju putih, yang lain hitam. tapi ramai je caras i dgn pakai baju warna lain gak..

tiup lilin. oh yeay. banyak kamera snap i (feeling glemer lak). juga kelihatan meja VVIP (pinggan mangkuk bersalut emas.. risau gak takut ada yang tau dan curi. ahahah)

potong dan suap.

semua dalam pic ini adalah lelaki.

kelihatan Kak Fida (Naib Presiden GPMS) dan abg Najib, dan juga kawan2 MMUyang first time jumpa  (Ron, Razlan dan Faiz).

I got msg kat Myspace, sedutan:

i kinda need ur help!
last nite at ur bday party, i met this one guy, we got acquainted for a while, and then i kinda ditch him and left him sbb i was nervous and now i feel bad about it.i think i need to talk to him again.ngee.

nama dia *******.i think he is in his late 20’s.fair skin.around 5′8 – 5′9 tall.gaya die mcm abg2. die pnah blaja kat UK.u knal dia x? ade x die nye myspes ke fesbuk ke g4m ke etc?(omg why i sound so desperate?matilaa.lol)

OMG. jadi tempat bertemu pasangan. kalau korang kawen, ajak i nanti. Jangan tetiba lari nikah kat Amsterdam senyap2 dah lah ye.

Juga tempat VVIP bertukar business card.. i kenalkan Naib Presiden GPMS dengan Ketua Wanita UMNO Singapore, dan wan tgk hingga abih majlis mereka berborak. Dan juga ku tahu, 2 orang kawanku yang kerja kat swasta, dapat offer kerja kerajaan bila wan introduce mereka kepada seseorang kat meja VVIP. 01 july ni start kerja, 10% gaji 4 bulan pertama i amik tau *matilah feeling Kelly Services*… takpe, 1st july nanti hari susah untuk AI sebab perbicaraan dia dgn Saiful akan bermula! yeay… nanti cctv AI masuk bilik hotel saiful kat negara jiran akan ditayangkan.. yeay!

Nik Azan dan Amir Luqman. Kawan masa skolah SIC, last skali mereka jumpa pada tahun 1999.

kelihatan 4 orang wakil VOY, musuh ketat YOYOOH…

Pyan & Apis (2 aset paling berharga sekarang), abg Adie, Fzy dan Abg Am.

yang pegang mic ialah Elle (manager Siti Sarah) dan disebelah dia ialah Asyraf Shrek

israq, yusrie dan ilya

wan dalam kolam

CErita dia simple je… Wan tahu korang ada niat nak baling tapi wan sentiasa berhati2… Yang nak baling pun kene tahu risiko sebab wan ada phone kat tangan… Tetiba Abg Am datang mintak pinjam phone.. Wan selamba je cakap phone dgn Fzy…Biasalah, telefon Abg Am memang sentiasa kene bar, tak sangka lak dia just main2 je nak pinjam phone..

Tak sangka lak tetiba on da way nak ke cafe, terasa diriku ditolak seseorang. Hahahah. Tetiba sedar, dah dalam air. Hampeh. Semua datang tanya phone kat mana? Hahaha. Materialistik la korang ni..

inilah dia orang yang menolakku ke dalam kolam, Adi Luqman

Last friday, waktu lunch, wan berada kat KLCC. Adi Luqman kerja kat depan KLCC je, ajak dia utk lunch sesama tapi dia kata waktu rehat dh nak abih… LAst2 i SMS dia…

Wan: I kat dome. menarik la permandangan sini. dah la depan i ni kolam..
Adi: Lagi la i xnak datang..

Hahhaha. Ku tak dendam… kelakar k! HAhaha.. sebab i tak fikir langsung dia yang akan tolak wan. hahaha

pic tempat sebelum dekorasi

lakaran dekorasi

selepas dekorasi.

tukang dekorasi

Dua orang ini, Abang Adie dan Abang Am ialah wedding planner, tukang hias pelamin, hiasan meja makan utama dan juga menjalankan event planner untuk majlis2 yang mahal. Rate mereka bermula dari RM8500++ untuk sekali hias majlis perkahwinan. For sure, harga boleh runding. Mereka kawan wan sejak tahun lepas, dapat rate kawan je (modal barang hiasan, modal kain, modal bunga, modal minyak kereta. cukup). Alhamdulilllah

ready untuk balik

Takder makna bercuti sepanjang 3hari 2malam di Duta Vista. Check-in 5hb, dah kene start tiub belon. 6hb kene hias tempat dan berparti sampai subuh, 7hb dah check out. Hahaha

abg adie. tq dan good bye duta vista.

Ramai mungkin terfikir berapa kos sambut hari jadi macam ini. Ermm, secara rambang, cecah 5 angka. Sekali sekala. Aku tidak akan sambut Jubli Perak lagi selepas ini. 25 adalah angka unik.

Sewa hotel ialah RM3125 untuk 3D2N, catering lebih kurang RM7 seorang untuk nasi lemak, mee goreng, bihun goreng, 2 kuih, buah, air dan lain – lain. Kain tok sah cakaplah, kalau beli kain 3.75meter untuk langsir rumah pun wan dah rasa mahal, inikan pula beli 2 gulung kain merah dan 1 gulung kain emas, menangis air mata lah tengok resit kain.. Sewa kolam dan cafe tidak termasuk dalam kos catering.. Kek lagi.. 6 kilo maaa,. sponsored by Tok Wan. Mau patah tangan angkat. Banner sekeping pun RM110 untuk printing, dan didesign percuma oleh Isham..

Dan suprise: SEMUANYA DISPONSOR. alhamdulillah.

Survey: pada tahun hadapan, adakah wan perlu buat lagi majlis macam ini?

Viewed 1307 times by 781 viewers

14 Comments »

14 Comments

  • At 2009.05.12 01:25, .AzFaRuL. said:

    i bkn main semangat cari baju warna tema caual itam, tp rilex je i tgk yg lain pkai warna cerah2. x dpt memo ke diorg?

    • At 2009.05.12 01:48, wenkt said:

      itu la pasal… dok caras i..
      lagi sakit hati ialah kawan2 yang shah alam yang sama2 tolong buat persiapan
      semua tau kot tema hitam… hahaha
      next year tema pelangi. rainbow. ada bantahan?

    • At 2009.05.12 01:34, Kaka XY said:

      hehehe
      kalau lilin terapung2 dalam kolam tu lg mantop kot?
      huhu

      anyway, enjoyed the party walaupun cume kenal wan n shain jer..huhu

      eh Azfarul pun ade kew? xperasan plek

      • At 2009.05.12 01:50, wenkt said:

        aiyoh. sehabis women azfarul kat sana. tak perasan ke??

        sian dia…
        plan asal memang ada, cuma kolam tu ada air terjun. walaupun slow je air tu, tapi air tetap bergoncang dan menyebabkan belon dan lilin menuju ke hujung. Bila bersentuh, belon akan pecah.

        • At 2009.05.12 01:56, Kaka XY said:

          laaa women kew? i mane pandang women2 ni..tgk anak2 ikan cute jer
          huahuahua

          yg pic elle tu kanan sekali sape ek? huhu

          • At 2009.05.12 02:14, wenkt said:

            eh yang tu
            ermmm. adi kot nama dia?
            ntah… kawan kepada kawan..

            ada sorang yang datang tu, umur 15 tahun, pulang awal sebab nak ke kelas esoknya.. maybe dia kot?

          • At 2009.05.13 01:59, .AzFaRuL. said:

            sehabis women? tang mana tu.. oops!

        • At 2009.05.12 01:59, k.a said:

          wah
          best~

          • At 2009.05.12 02:14, wenkt said:

            ahaks.
            best tapi penat.
            penat doe

          • At 2009.05.12 14:31, rizz said:

            wahh sonoknye wenkt hehe sori taw xdpt dtg.de komitmen lain hehe

            • At 2009.05.12 15:42, SyafiqSygKamu said:

              Waaahhh…..bestnyer….. sayangnyer tak dpt join smpai abes event…. sob sob sob….

              • At 2009.05.12 18:06, GOMO said:

                SALAM ZIARAH….
                TERUSKAN BERJUANG BRO…

                SALAM…

                • At 2009.05.12 18:50, sitie bum bum said:

                  bestnye!!!

                  • At 2009.05.20 13:00, Aliah said:

                    Happy Belated B’day…to you.. berbaloi segala penat lelah 2 bulan tu ek… after this keep forward lebih lagi tuk capai you dream to become millionaire… ( atau dah capai pun).. :D

                    (Required)
                    (Required, will not be published)

                    « | »