August 1st 2006 10:39 am
Sultanahmet, Istanbul, Turkey
Sultanahmet = Blue Mosque
Tak tahu mengapa, tapi wan telah jatuh cinta dengan masjid ini. Nanti kalau ke India, akan jatuh cinta dengan Taj Mahal… Seperti wan gilerkan kepada Eiffel Tower satu ketika dahulu.
Walaupun the most important place to visit in Istanbul ialah Topkapi Palace, wan lebih suka Masjid Biru ini (Blue Mosque / Mosquee Bleue dan wan tersasul dengan sebut: Masjid BLUE). Topkapi ialah istana tempat Ottoman Sultans tinggal antara kurun ke 15 hingga kurun ke 19 terkenal dengan kristal, emas, silver dan juga porcelains dari China.
Lagipun Topkapi terletak depan Masjid Biru dan Sultanahmet district is the heart of historic Old Istanbul, kawasan yang dipanggil dengan nama “Stamboul” pada kurun ke 19
Kembali kepada Masjid Biru. Dibina oleh arkitek terkenal Otoman, Mehmet Emin Aga, untuk Sultan Ahmet III, pada kurun ke 16. Dan diberi nama ‘Blue Mosque’ kerana marmar Iznik yang berwarna biru di bahagian DALAM dan bukannya sebab kubah luar yang berwarna biru!! (yup, kenyataan ini mungkin mengubah tanggapan anda selama ini). Paling unik, ianya merupakan satu satunya masjid yang mempunyai 6 menara.
Persoalan: pada zaman dahulu, Kubah dan Menara direka di masjid untuk memantulkan bunyi azan dan kuthbah, dan pada masa skrg kita gunakan Mic + Speaker, bermaksud masjid skrg tidak perlu dibina dengan berkubah dan bermenara. Apa pendapat anda?
Viewed 440 times by 275 viewers
No Comments yet »


