June 14th 2007 12:42 pm

balik kampung!

Huhhooo.. smlm dah confirm tarikh balik…. thanks kat Kak Siti sebab berjaya ubah dari 10 Jun kepada 20 Jun… kalau wan balik 10 Jun lepas, mmg wan kat Malaysia skrg… Dulu wan wish lagi lambat dari 20hb, tapi tak kisah lah.. Kemudian pagi tadi keluar ke Nouvelles Frontieres untuk cancelkan satu tiket yang wan tempah dulu.. tarikh asal dulu 2 July utk CDG – KUL dan 25 Ogos untuk KUL – CDG. Nasib baik kakak tu setuju pulangkan 75% dari harga asal berbanding 50% sebab dah kurang 30 hari dari 2 July… Terselamat 200€ gak lah. tapi yg bab remboursement ni, bukannya sekelip mata terus dapat duit. Kene tunggu gak.

Semalam Fara datang dari Grenoble, hari ni lak Semy datang dari Paris.

Dari pagi tadi lagi mengemas bilik sambil bersms.. penat gak. Banyak baju yang dah lama nak diderma. Punya la susah. Call Secours Populaires, mereka tak terima dah derma baju. Kemudian call Secours Catolique, pun mereka tak terima.. tapi SC kasi no telefon Croix Rouge (Palang Merah), mereka terima orang derma baju, tapi pada hari Isnin antara jam 2 hingga 4.30 petang sajer. Aiyoh. Nak derma baju pun terpaksa call ke beberapa no, lepas tu semua cam tak nak lak.

Esok pergi ke Colmar. Tapi tak tau pergi sorang diri atau dua orang. Tapi harap pergi 2 orang lah.

Lepas confirm tiket semalam, terus mencari tiket KUL-KBR. Mulanya nak sms Ije suruh belikan guna card dia, kemudian nampak Diana online. Dia dulu pernah ke Paris guna Wenkt Travel Planner. So, cucuk je la. hehe.

6/13/2007 6:09:27 PM
:: syazwan hilton :: : diana diana!!
diana ismail : ye ye!!
:: syazwan hilton :: : apa kata kalau blanja wan flight KUL – KBR
:: syazwan hilton :: : RM115
diana ismail : haa?
diana ismail : nak balik kelantan ke?
:: syazwan hilton :: : aah
diana ismail : ooo ok je..
diana ismail : nak bila ni?
:: syazwan hilton :: : 21 jun ni
diana ismail : kasi details laa
:: syazwan hilton :: : KLIA KUL – Kota Bharu KBR
diana ismail : bole diusahakan
:: syazwan hilton :: : 07:50am
:: syazwan hilton :: : MH1384
:: syazwan hilton :: : Thu, 21 Jun
diana ismail : nama?
:: syazwan hilton :: : ZANINI Syazwan
:: syazwan hilton :: : Syazwan HILTON takut tak lepas
:: syazwan hilton :: : http://www.malaysiaairlines.com/main_MY.aspx
diana ismail : ahahah
diana ismail : hilton jadahnya
diana ismail : FIRST NAME SYAZWAN?..LAST NAME ZANINI?
:: syazwan hilton :: : last name hilton
:: syazwan hilton :: : eh*zanini
diana ismail : SALUTATION NAK LETAK APA WEIH?..DATUK KE TANSARI?
diana ismail : AHAHAHAH
:: syazwan hilton :: : tun
diana ismail : JAP..ADA BERITA KEMATIAN LAK
:: syazwan hilton :: : huh?
:: syazwan hilton :: : sape?
diana ismail : eh kalau mobile number 019..country code letak 60..area code 19 eh?
:: syazwan hilton :: : aah
diana ismail : 1. Booking Details Booking Reference: J3US** Confirmation Number: 061533** Booking Status : Booked
diana ismail : Passenger Details and Contact Details Passenger: ZANINI SYAZWANMR Ticket Number: 23224020551**
:: syazwan hilton :: : YEAH
:: syazwan hilton :: : love u!!
:: syazwan hilton :: : forward email ke colmarien@hotmail.com
diana ismail : ok if dpt mail nanti dd fwd kan
diana ismail : nak kena siap laa gi umah org meninggal
diana ismail : tata!

Kan senang? Heheh. Actually risau gak kalau beli tiket MAS last minute ni. Sebab kalau beli on the spot, harga dia paling rendah RM205.. Kalau beli online cam ni, RM115 je.. KAlau orang taja cam ni, RM0 je… Terima kasih Diana Ismail dan Al-Fatihah kepada sedara dia yang meninggal semalam.

Wan cadang nak beli CKin2U for him untuk Abah dan CKin2U for her untuk mama. Tapi mama tak nak. Ije lak request tshirt, suruh beli lengan panjang tak besar tak kecik. Demand betul, tapi nasib baik dia kata dia nak pi basuh kereta dia dan nak tinted cermin.. Mujur dia sporting, wan akan pakai kereta dia utk beberapa hari pertama di Malaysia, sehingga Ime balik dan kasi kereta lain untuk wan.

Rupanya sim card Hotlink hanya berharga RM6.60, tak pun RM8.80. Murah giler? Dah plan dgn Ije nak ke KB Mall minggu depan, nak beli sim card Hotlink.. nak cari no VIP lah! haha. dan wan akan masukkan no Ije dgn K kat Activ5, saper nak 3 no lagi tu, cepat la chop. tapi make sure korang kene slalu bersms lah! hehe…. Untuk calling2, wan akan guna sim card Celcom, sebab Ime dah janji akan jadikan my prepaid sebagai unlimited since dia pengedar prepaid. Hahaha. Kroni giler.

Aisyehh… dah jauh fikir pasal Malaysia. Then 28 Jun nanti, mama dah plan ke Penang. Cuti2 Malaysia part 1! =p

PIkir pasal malaysia lagi! hahah. dah la. nak pi post surat dan beli ikan keli untuk Ayen..

Viewed 358 times by 161 viewers

17 Comments »

17 Comments

  • At 2007.06.14 15:20, amirulllah said:

    boleh ke tinted cermin kereta?

    • At 2007.06.14 15:57, goasop said:

      aiyark.. nk gune kete? abis i nk kuar dating n mkn camne?~

      • At 2007.06.14 16:02, kak faizah said:

        Wan..patut le semalam tanya x tau lagi bila nak balik..rupa2nya ko dulu dari akak ye..kelazzz gitu..heheh…

        Yr bro/sis nak t-shirt lengan panjang?Ada ke masa summer ni..akak ni dah berjam2 survey t-shirt lengan panjang tulis french..diorg kata x de la..skang sume jual pendek2 je..kalau ada pun nanti tunggu sale bulan julai..pulak..hampas nyior betul kan…

        oh ada 1 lagi..t-shirt yg ada gambar la tour eiffel tu..dlm berapa harga agak2?lengan pendek..ada kwn pesan ni..

        k..la..bonne voyage…

        • At 2007.06.14 16:16, wenkt said:

          @amirullah
          tinted skit je. aku rasa boleh kot

          @goasop
          kete ime bile dpt? kete ime yg satu lagi tu manual kan? waaa… tukar2~~

          @kak faizah
          ye la. kan smlm tu wan tak confirm lagi. adeii.. matilah mana nak cari tshirt ni.. kalau cancel tshirt, sure dia mintak jam or perfume. lagi naya.

          • At 2007.06.14 16:32, goasop said:

            tukar ape? i lagik la xtau nk drive kete manual.uhu. lor. xde ke tshirt lengan pjg skrg? beli jeans ke.. aiman xkisah.

            btw, kete ime? da dpt ke? sepi je. n confirm ke kete tu auto? uhu. balik g kotaraya la eh. blaja manual.

            • At 2007.06.14 17:24, wenkt said:

              haha. tak sanggup pi kotaraya skali agi. heheh. jeans size brp? susahnya lah

              • At 2007.06.15 05:29, Dd said:

                alamak..yew buat mak segan laa nyah!..kui kui kui..xde pape laa tu..sekali sekala tolong kawan ;p

                • At 2007.06.15 06:58, wenkt said:

                  heiyy.. heheh. mekasih kembali sebab sudi tolong! :)

                  • At 2007.06.15 08:29, goasop said:

                    jeans? size 27 pun ok.. tp xnk besar ye. xnk bootcut gak. nk straight cut or relax cut. ngee

                    senang kire. beli tshirt n jeans skali la. mudah =P

                    • At 2007.06.15 09:44, Hannan said:

                      kak faizah, t shirt eiffel tu murah jer. 5€ jer selai.. betul x wan? hehehe… LV project is ON… biar kebulur…asalkan bergaya…

                      • At 2007.06.15 12:59, Dd said:

                        korang nak gi LV ke?..nak itott..nak kirimmm !!!!

                        • At 2007.06.15 14:02, EvA said:

                          Hoho…selamat pulang ke Malaysia Wan….

                          • At 2007.06.15 18:06, wenkt said:

                            @Hannan
                            pandai!!! sure tau kat mana kedai tu kan? kat kawasan centre george pompidou….

                            @Dd
                            heheh… tu projek jangka panjang antara wan dgn han..duit kene byk, hehe… nanti kita join sama

                            @Eva
                            thanks!

                            • At 2007.06.16 19:38, reine said:

                              wan..kenapa baca this post rasa sedey ek??
                              tu vas me manquer beaucoup…meme si on passe pas beaucoup de temps ensemble, je me sens proche de toi..je crois c grace à ton blog..au moins je suis au courant de ce que tu fais..huhu..sob sob sob..

                              • At 2007.06.16 21:37, wenkt said:

                                @goasop
                                dh beli tadi baju… baju je,.. kalau nak jean gak, maybe cari kat Lille nanti… tp baju tu mmg dh lawa….

                                @reine
                                t’inquites, meme si je suis loin, tu es toujours ds mon coeur… hehe… je lis souvent des multiplys mais jamais inscrit.. donc je peux pas laisser des commentaires… a la prochaine fois, peut etre.. je me promets

                                • At 2007.06.17 01:28, equilibrium said:

                                  Bon Voyage…sois heureux…n’importe quoi…on se verra a kota bharu deh! bcp de choses a dire…

                                  • At 2009.01.25 23:36, fiz said:

                                    huhu lame tak masok blog ni .:D

                                    (Required)
                                    (Required, will not be published)

                                    « | »