April 24th 2009 11:30 am
Teater Mahsuri Istana Budaya
Tarikh: 23 April 2009
Lokasi: Putrajaya, Penjara Pudu & IStana Budaya
Peneman: Pyan Kemain
Lawatan bermula seawal jam 2 petang. Kami melawat orang – orang berikut:
1. YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan, tingkat 17, Menara KBS)
2. YB Dato’ Mohd Yasin Mohd Salleh (Ketua Setiausaha Sulit, Kementerian Belia dan Sukan, tingkat 15, Menara KBS)
3. YB Dato’ Noh Omar (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, tingkat 17, wisma Tani)
3. YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Dalam Negeri, tingkat 13, Wisma Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna)
Tak dapat jumpa semua pun. ada yang ke Jakarta.. SHopping kat Mangga Dua kot… Teman Najib kot. Heheh… kat WIsma Tani, ada expo pasal pertanian. Banyak gerai kasi test minum Air Cendawan, MAs Cotek dan sebagainya.. Ada nugget tempe, dapatkan sekilo untuk Ello (Ello memang sangat suka tempe, dia ikut petua Khir Toyo untuk maintain kulit cantik)

wisma tani, presint 4, putrajaya

Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Tingkat 2, Menara KBS. kenapakah mereka letak lukisan sebelah kiri tu? i rasa perlu letak satu bingkai je yg tgh2 tu, yg kiri tu tak perlu kot. Kelakar giler tgk, saper punya idea lah..

namaku terabadi dalam buku ini
Actually, ini first time ke Pejabat Menteri KPDN&HEP. Memang terkenal dengan Kementerian paling busy di Malaysia… Memang busy giler. Mak guard pun macam tanya banyak soalan. Then bila call bilik menteri, orang sana dah kenal i, terus Mak Guard bagi pass keselamatan.
Seriously, memang busy. Kalau masuk bilik Menteri kat Kementerian Belia dan Sukan dulu, takder la sesibuk sekarang, still boleh main ping pong dalam bilik menteri (dah nama kementerian sukan kan, kene la fit sentiasa, btw main ping pong guna Nintendo Wii & Projektor je.. Haha.. i’m joking anyway)… TApi kat Pejabat Menteri Dalam Negeri ni, orang ramai giler… Macam kedai pun ada gak.. Penuh orang kat kerusi.. Bising lak tu.. Cuba imagine Kementerian Kebudayaan ataupun Kementerian Hijau, sure takder orang… sunyi je bilik Menteri..

pyan kemain. kemain lagi smart nak jumpa menteri katanya.
Dari Putrajaya, kami ada teater Mahsuri kat Istana Budaya. Tapi teater start kul 8.30malam, still banyak masa. Tambahan kami sedang mengantuk.. Kalau dapat tidur, memang best giler… Guna highway Putrajaya – Kuala Lumpur, exit Bulatan Pandan. Plan asal nak gi office Haliza Misbun kat Desa Pandan, nak tidur situ. Tapi dia tgh shoting kat Penjara Pudu. So, kami ke Penjara Pudu lah.

pyan dan kak liza.
Drama ‘Bebasnya Aku’ yang tgh shot ni, akan ditayangkan di RTM nanti. Tergelak bila Pengarah kata: “Liz, lepas maghrib ni, kita gantung u”. maybe pic yang kami snap ni ialah gambar2 terakhir Haliza Misbun sebelum digantung (untuk cerita BEbasnya Aku, Haliza bunuh suami, so kene hukum gantung). Tapi motif la nak gantung lepas Maghrib pada Khamis Malam Jumaat kan, horror tau! Kitaorang prefer buat benda lain yang lagi best pada Khamis Malam Jumaat (i mean, baca Yasin..korang jangan fikir benda lain)

tak boleh amik gambar.

belakang itu ialah bilik gantung. love it!

wan, cik ayob dan kak liza.
Lepas je maghrib, kami ke Istana Budaya. Ramai betul blogger. Hahaha. Merasalah orang tgk i dtg dgn Pyan. Hahaha. Kalau Getah ada, sure dia makan hati punyalah..

teater mahsuri
Teater ni memang best. Walaupun kami dalam keadaan mengantuk, kami tetap bersekang mata untuk tengok teater ni setiap part tanpa perasaan nak tidur atau buat teater sendiri. Tapi penutup dia cam tergantung je. Kami nak tau apa terjadi kepada orang yang membuat fitnah, kami nak tahu tindakan Wan Darus bila tahu bini dia kene bunuh , kami nak tahu camner kesan sumpah mahsuri. Overall, best jugak lah… Thanks pyan sebab sudi teman i..
Kategori : Teater
Tarikh : 24 – 30 April 2009
Masa : 8.30 Malam
SINOPSIS
Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi, dara pingitan Pandak Mayah dan Cik Alang. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamanya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan, iaitu Wan Darus, adik kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.
Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal dirumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang.
Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekerma Jaya setelah termakan hasutan isterinya. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh. Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum mati Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggalkan Langkawi.
********
Abih teater, kami pulang ke Shah Alam. Pyan stay kat rumah i. kami abihkan Khamis Malam Jumaat kami dengan….. ermmm ermm ermm.. borak2 sampai tertidur.. Lalalala…

pyan.. sebelum tidur.. gambar tgh tidur tak perlu publish ye.
Viewed 2093 times by 648 viewers
19 Comments »



oh aku pernah masuk penjara pudu tapi xpernah la plak ke tali gantung..
Rugi tak pergi tgk tali gantung….
Cara fungsi dia
Dia akan patahkan tulang jaw kita once jatuh
dear wenkt-berani gagal,kemain ya.uppsss…sori.hehe…
my 1st time i drop my comment here.
such a nice blog,but will read ur posts later,tgh study leave nih.kalo mmbaca blog,jawapannya…apa nk tulis untuk jawapan exam nnti.haha….
apa2 pn,wish u all the best.
simple yet nice post.
all the best in future.
kalau u exam french, ada soalan dan jawapan kat blog ni
hahaa
hye wenkt!
my 1st time ere…
ermm… kemain dgn pyan tuh!
Ada unsur2 fitnah tak berasas ni…
Lalala
Kami kawan jr la
aku mampu melihat dari jauh je kamu dgn pyan.
Org yg dekat dgn kami pun hanya mampu melihat gk…
Tgk je, tak leh sentuh ya
i like the entire layout of this blog. tak seram ke gi penjara?
U tgk bilik2 akhir
Ada 6 sebelum dibawa ke tempat gantung
Imagine mereka bacakan hukuman,
“mahkamah telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati dan hukuman akan dijalankan sekejap lagi”
Cuba imagine org lain yg tgh tunggu giliran dgr
sekurang2nya mereka boleh mengucap sebelum mati.
tapi kalau mati time tgh clubbing agak sempat x ngucap ?.
By the way, teringat clip arwah saddam kene gantung. time
tu ade terpikir..waa dalam beberapa saat lagi dia dah kat alam lain.
weeeeeeeee……… I’m going to watch the theater this Monday……
Brp u byr tiket? Sure nyersal laalla
Haha…. actual price was RM 70, dpt diskaun 30%, so i byr RM 52 for the ticket…. ok lah not bad teater mahsuri ni…mcm ade part yg tergantung jer….btw, i’ve received ur invitation card, insyAllah i confirm kan, i nk pilih member mane nk jadik teman…
wenkt!
brapa nombor umah u?
getah dah beli minyak tanah ni…
awas!
Hahaha
bg tau ello tu, untuk mengekalkan kesuburan lelaki makan oyster.
kalau nak mengekalkan kelakian, jgn makan sotong. haha
sotong sedap la
kemaen lg kt pjara pudu hahak..bestnya tgok teater ngee