April 17th 2006 01:08 pm

Welcome To Riga, Latvia (edited)

**Welcome To Riga, Latvia** baca seperti Phil Keoghan dalam The Amazing Race.

Wan sekarang kat Riga, ibu negara Latvia. Flight pagi tadi, jam 0910 dan mendarat di Riga jam 1230 waktu tempatan *1130 waktu France*

p.s. wan guna bintang * sebab keyboard ni blur!! tak jumpa mana kurungan dan juga tanda soal… titik bertindih pun tak jumpa… dah la susunan huruf tak sama dengan keyboard english atau keyboard french… tapi demi pembaca setiap blog ni, wan struggle update gak…

Pagi smlm my frends dari Germany datang… 4 orang>> Jaybond, Dizzul, Fauzi dgn Ajman… lepas tu sepupu daruL, dhirah pun dtg Lille gak.. so, kami semua ke Brussels la pagi smlm… 10 orang > Wan, daruL, razaK, farid, ali imran, dhirah, Jaybond, Dizzul, Fauzi dgn Ajman… wan dah beberapa kali ke sini bawak member dan VIP… dah hafal map Brussels ni (map KL aku tak hafal ok!!) so, wan lantik la diri jadi guide.. hahah


my bodyguards… love them!! LtoR: Farid, Ajman, Pojie, daruL, Dizzul, Razak, Jaybond dan Ali

cam biasa pi lunch jap, then Opera, Patheon, Grand Place dan Mannekin Pis… lepas tu abihkan masa dgn makan grufre (darul beli dan wan abihkan.. hahah)


superstar terduduk kepenatan… cheee

then daruL, razak, ali, farid dan dhirah kembali ke Lille by Eurostar (going to London)… train mereka kul 2025, wan lak ke airport jam 2017, yg germany 4 orang tu, bus ke Dusseldorf kul 1915… settled! sampai airport kul 2100, dan flight wan kul 0910 tadi!! so, lepas kat restaurant Quick (cam burger king) then masuk ke Sky Hall.. dah la tak der orang, just ada coffee unlimited, computer without internet, then sofa yang best….

masa check tadi ok jerk… tapi bile dpt boarding pass.. dem.. tempat duduk wan ialah 5D, tepi tingkap tapi no 5… kalau anda biasa travel atau anda ialah pramugara atau pramugari, anda tau la kan yg no 5 tak der tingkap!! aku tetap tak faham kenapa line 5 tak der tingkap… *aku tak jumpa slash lak!!* so, wan just mintak dia tukar tempat duduk, tapi still dlm business laaa…


opss terbeli Burberry Touch for Men dan Paco Rabbane BlackXS…


anda tahu perasaan wan bile tengok permandangan ni selepas tidur sepanjang 3 jam flight? well, aku rasa cam mendarat kat Pengkalan Chepa… For me, permandangan ini sama cam Pantai Sabak masa nak mendarat, cuma tak nampak skolah Parang Puting je.. saper yang pernah mendarat di KB, ada bantahan tak?

tapi bosan la, tak beza pun, cuma dapat hot towel utk lap muka, makan, minum, surat khabar yg tak faham, then kene borak byk dgn pramugara yg english slang mana ntah.. haha.. dan la tua… syarikat flight Air Baltic guna pramugara orang tua yang cam 4 bulan lagi nak pencen, kasi la pramugara yang baru lepas SPM kat Business ni…. bosan tul!!!

Dan suprise!! wan dapat hotel kat Airport actually… hotel Sheraton lagi sbb my ticket business (gedik kan? dah la taja, gedik ambik mewah)… tapi airport ni jauh dari bandar Riga, so, wan cancel hotel ni, dan apply another hotel kat bandar… tak larat ok nak patah balik ke airport smata mata nak tidur… dah la one way kene bayar taxi 8 euros (matilah orang yg terima surat claim nanti)


sampai gak kat Riga akhirnya… alhamdulillah

so skrg kat hotel Franks Riga… mengadap sungai besar… lawa giler.. rumah Riga ni kecik, kotak2 dan warna warni… btw, komputer yang hotel kasi ni, takder USB port (baca > malas nak tunduk ke blkg CPU)

so, i need to take a bath.. lepas ni nak turun pusing bandar.. then patah balik ke hotel dan tdo sampai pagi esok.. my flight tomorrow at 6 pm, going to simferopol (dah la bersimpul, berompol rompol lak…. cam langsir!!)… yeah, esok jumpa miruL.. yuppy….

Viewed 200 times by 107 viewers

No Comments yet »

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

« | »